Sesuatu yang dikatakan nostalgia dalam hidup kita pastinya ia begitu indah dan istimewa yang pernah kita lalui suatu masa lalu.
Umpamanya bila terlihat bus lama ini, pasti bekas mahasiswa Universiti Malaya suatu ketika dulu ada cerita dan kenangan yang tersendiri bersama bas ini.
Difahamkan bas ini tidak lagi digunakan semenjak 2019 dan siapa sangka bas yang semakin usang ini boleh bertukar wajah menjadi inapan yang cukup luar biasa.
Tranformasi
Idea asal untuk mengubahsuai bas ini adalah daripada Bekas Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UM, Prof. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan.
Ads
Pada tahun 2019 bas tersebut tidak lagi berfungsi sebagai kenderaan yang boleh bergerak dan semakin reput.
Namun hasil kerjasama dengan arkitek dan jurutera yang berkhidmat di Jabatan Pembangunan dan Penyelengaraan Harta (JPPHB) UM, bas tersebut berjaya diselamatkan dan kini menjadi tempat sewaan.
Ads
Arkitek JPPHB iaitu Puan Nurul Husna Binti Abd Rahman dan Pegawai Projek The Rimba Project Cik Nurul Fitrah Marican telah mengilhamkan idea untuk rekabentuk dalaman bas ini.
Jana Pendapatan
Pada asalnya bas tersebut berada di tempat letak kenderaan berhampiran UM Arena. Ianya kemudian di tarik menggunakan trak tunda dan diangkat menggunakan kren.
Ads
Kini bas tersebut ditempatkan di Rumah No.2, Universiti Malaya yang juga merupakan ruang kerja untuk Water Warriors dan The Rimba Project dibawah UM Sustainability & Living Labs Secretariat.
Antara tujuan asal bas ini dijadikan tempat penginapan adalah untuk menjana pendapatan bagi menyokong inisiatif kelestarian dan kemasyarakatan di UM dan komuniti luar.
Sememangnya bas ini mempunyai nilai nostalgik kepada staf dan bekas pelajar UM terutamanya mereka yang pernah menaiki bas ini suatu masa yang dahulu.
Sering kali kita dihidangkan dengan kisah ibu tiri yang pemarah dan suka mendera. Namun jarang yang mengangkat martabat dan berkongsi kisah manis dengan wanita kedua dalam hidup selepas ibu kandung.
Berbeza dengan pengacara TV bagi program 9999, Anim Ezati yang baru-baru ini berkongsi kisah yang sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu tiri yang menjaga dirinya sejak kecil lagi.
Menerusi entri di Instagram (IG), Anim berkongsi gambar bersama ibu tirinya beserta kapsyen menyentuh hati.
“Seorang wanita yang cukup tabah, cekal, ikhlas dan kuat semangat. Menjadi ibu tunggal besarkan kami lima beradik tanpa membezakan kasih sayang. Dia lah Ibu tiri yang ku anggap Ibu Bapa kandungku.
Terima kasih Mak sebab jaga Anim dengan baik lepas Abah dan Mama pergi. Sayang mak. Sangat,”ungkap Anim Ezati menerusi laman instagramnya.
Membaca di ruangan komen, rata-rata mengakui tersentuh dengan kapsyen yang ditulis oleh Anim dan ada yang mengakui ibu tiri Anim seorang yang baik dan tabah.
Sebagai tetamu majlis tentunya kita akan rasa seronok bila dapat doorgift atau goodies bag daripada tuan rumah.
Macam-macamlah idea kreatif berkenaan pemberian sebagai tanda penghargaan kepada tetamu yang hadir menyerikan majlis.
Dan buat tuan rumah pula, mesti mahu memberi sesuatu yang rare atau yang berguna untuk tetamunya dengan bajet yang tertentu.
Ini sebagaimana perkongsian wanita ini, mengenai roti gardenia sebagai doorgift perkahwinan.
Nak tahu cara membuat tempahan, bolehlah baca perkongsian penuhnya di sini.
STEP UNTUK TEMPAH ROTI GARDENIA
Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut credit sangat. Letih dah saya cerita kat post dari tahun lepas.
Bagi tahu Cik/Puan/Datin/Puan Seri nak tempah berapa banyak roti. Kalau nak tau harga sila lah tanya dulu. Kalau kena dengan bajet boleh proceed langkah seterusnya.
Lepas dapat harga, depa akan bagi no akaun gardenia & email. Apa kita kena buat, kita kena bayar duit dan kita kena email resit dalam bentuk PDF.
Waktu send email bagi sekali details kita. Nama, Alamat, Tarikh nak anta roti, berapa banyak roti nak, dan no telefon kita.
Okey, sampai hari kejadian tak yah dok gelabah apa. Memang lori gardenia akan sampai depan umah hg. Zis pun cempera gak dok tunggu.
Dah sampai tue, kita pack sendiri lah roti masuk lam kotak tue nah. Kita bayar harga roti dan harga kotak tue sekali. Dalam R M 2.65 tahun lepas. Tahun ini tak tau.
Tak ada charge delivery. Percuma sahaja sampai depan pintu umah kita.
JIKA BAJET HAMPA BAWAH RM 2. BOLEH TEMPAH NUMEE GARDENIA, SIAP SEKALI KOTAK JUGA.
Ok selamat menempah!
Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd
Sumber : Nurshahira Rosli
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tip tanam pokok bendi dalam pasu, pokok elok subur, cepat berbuah. Bendi atau juga dikenali dengan nama lady finger dan okra dalam bahasa Inggerisnya antara tanaman jenis sayuran yang amat digemari pelbagai bangsa di Malaysia. Kebiasaanya, pokok bendi mampu mencapai ketinggian lebih 1.5 meter dan mempunyai jangka hayat yang agak lama.
Sebenarnya pokok bendi juga sesuai ditanam di dalam bekas atau pasu. Hanya ada beberapa perkara yang perlu anda teliti untuk memastikan tanaman ini mendapat keperluan optimum untuk tumbesara sihat.
Bagi peminat aktiviti berkebun, ada beberapa tip perlu diambil kira jika mahu menanamnya dalam pasu supaya bendi terus hidup subur.
Perkara Asas Untuk Tanam Pokok Bendi Dalam Pasu
1. Pasu
Pokok bendi memerlukan saiz pasu yang dalam untuk menampung akar tunjangnya. Ideal saiz pasu yang diperlukan adalah antara 3-5 gelon bagi setiap batang pokok. Namun jika anda mempunyai saiz yang lebih besar, ia mampu memuatkan 2-3 batang pokok bendi dalam satu bekas.
Pemilihan material untuk tanam pokok bendi tidak menjadi masalah. Sama ada plastik, tanah liat, fiber dan sebagainya sesuai untuk dijadikan sebagai bekas tanaman.
Namun, untuk tanam pokok bendi anda perlu pastikan pasu atau bekas yang digunakan mempunyai lubang saliran untuk air keluar. Batang bendi jenis tidak tahan air bertakung, ia akan mudah dijangkiti kulat.
2. Medium Tanah
Seperti tanaman sayuran yang lain, pokok bendi memerlukan medium tanaman yang seimbang. Medium tanaman yang telah siap dijual di pasaran amat sesuai digunakan.
Yang menjadi kepentingan dalam penyediaan medium untuk tanam pokok bendi ini ia harus mempunyai sistem saliran dan pengudaraan yang baik.
Untuk memastikan keperluan nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran pokok bendi mencukupi, medium tanaman seimbang yang telah siap dicampur tadi boleh diadun bersama sedikit bahan organik atau kompos.
3. Semai Biji Benih
Di pasaran terdapat pelbagai jenis benih bendi. Terbaru, jenis bendi renek. Sebaiknya, anda perlu pilih jenis bendi renek kerana ia lebih mudah diuruskan dan hasilnya cepat. Terdapat juga bendi berwarna ungu. Untuk jenis bendi biasa, ketinggian matangnya boleh mencapai 5 kaki.
Disebabkan pokok bendi mempunyai sistem akar tunjang, ia perlu di semai terus didalam pasu bagi mengelak masalah kerosakkan akar apabila pemindahan tanaman dilakukan. Sediakan lubang semaian antara 1/2 hingga 1 inci dalam di tengah-tengah pasu dan tanam 2-3 biji benih bagi setiap lubang.
Tutup penuh lebung tersebut dan siram biji benih dengan air menggunakan penyembur. Letakkan pasu yang berisi benih tadi di kawasan yang mempunyai cahaya matahari terus dan pastikan medium tanamannya sentiasa lembap. Dalam tempuh 5 hingga 10 hari, biji benih yang disemai tadi akan mula bercambah
4. Lokasi Tanaman
Pastikan pokok bendi menerima cahaya matahari terus sekurang-kurangnya 5 hingga 6 jam sehari. Sebaiknya, pastikan lokasi dipilih untuk meletakkan pasu yang telah ditanam pokok bendi tadi menghadap cahaya matahari di waktu pagi. Ini kerana, waktu pagi tanaman mula aktif menjalankan proses fotosintesis dan cahaya matahari amat diperlukan untuk proses ini.
5. Cara Siraman
Pokok bendi memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap. Oleh itu, pastikan siraman dilakukan paling tidak sehari sekali. Sebaiknya, siraman dilakukan di awal pagi. Ia bertujuan memberi sumber bekalan air yang diperlukan oleh pokok bendi untuk melakukan proses fotosintesis. Siram sekali sehari.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.