Wanita walaupun  sudah berusia penampilan diri dan kecantikkan diri tetap sebati dalam diri.

Bagi wanita yang telah memasuki usia 40 tahun dan ke atas sudah tentu satu persatu garisan penuaan serta kedut di wajah.

Nak kekal cantik sudah pastinya kena usaha yang tinggi. Bukan hanya pengambilan makanan tambahan sahaja tapi rutin harian.

Nak petua paling mudah dipraktikkan untuk kekal awet mudah mengikut cara Islam.

Ini 6 Petua Paling Mudah Nak Kekal Cantik Bila Usia 40an, Salah Satunya Adab Ketika Mandi.

1) Minum air suam sebaik bangun dari tidur.

Sejurus bangun tidur pada waktu pagi, minum air suam terlebih dahulu. Adalah disarankan minum air suam dengan cara membiarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat tiga kali, kemudian baru telan.
Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yang boleh menjadi ubat.

Boleh juga amalkan petua Nabi Muhammad SAW, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit

2) Urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Amalkan setiap hari.

Urutan perlu dimulakan daripada bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari atas ke bawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut.

3) Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi.

Dianjurkan membaca surah itu ketika curahan air yang pertama, ia perlu bermula pada kepala. Jika mandi menggunakan shower, bacalah ketika air menyentuh kepala.

4) Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf dan minum air suam tiga teguk sahaja.

IKLAN

Amalan ini perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas. Insya-Allah, wajah anda akan kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.

5) Setiap kali anda berhias di hadapan cermin.

Bacalah doa dan selawat di kedua tapak tangan kemudian sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf.

Ia perlu diamalkan setiap pagi. Doanya begini:

‘Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah menantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku daripada api neraka’

6) Paling penting jangan tinggal solat.

Solat perkara yang diwajibkan dalam Islam, air wuduk yang disapu pada wajah lima kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati kita.

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

IKLAN

KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Ini 6 Petua Paling Mudah Nak Kekal Cantik Bila Usia 40an, Salah Satunya Adab Ketika Mandi.

 

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!

MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.

IKLAN

MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat. 

MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?

MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

Bintang Kecil: Periksa mata, kerana dari mata turun ke hati

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

Ini 6 Petua Paling Mudah Nak Kekal Cantik Bila Usia 40an, Salah Satunya Adab Ketika Mandi.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI