Bertemakan putih dan songket, Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi  selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasih hatinya, Adam Lee.

Lebih manis lagi, majlis tersebut diadakan serentak dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-24 tahun.

“Ini Bukan Drama, Memang Betul-Betul Bertunang.” Sweet Qismina & Adam Lee Selamat Bertunang. Tahniah!Pasangan sama cantik sama padan ini  menjalinkan hubungan sejak tiga tahun yang lalu.

Majlis pertunangan berlangsung denga kehadiran 20 orang tetamu di kalangan ahli keluarga masing masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Masing masing yang turut menjadi calon top 5, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 memuat naik gambar pertunangan di Instagram.“Ini Bukan Drama, Memang Betul-Betul Bertunang.” Sweet Qismina & Adam Lee Selamat Bertunang. Tahniah!“Ini bukan babak penggambaran drama, tapi memang kami betul betul bertunang,” pintas Artis Baharu Wanita Popular (ABPBH) 3.0 pada 2017 itu.

Pada majlis berkenaan, Sweet menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Adam.

Kata calon Top 5 kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular bersama kekasihnya dalam drama Bidadari Salju itu majlis berkenaan sudah dirancang lama.

IKLAN

“Ini Bukan Drama, Memang Betul-Betul Bertunang.” Sweet Qismina & Adam Lee Selamat Bertunang. Tahniah!“Kebetulan ia terjadi ketika perang kempen ABPBH 34 sedang berlangsung. Ia jauh sekali gimik, tapi sebenarnya rezeki.

“Lagipun peminat kami sudah lama menanti ada ikatan terjalin. Begitu juga peminat dari Indonesia yang bertalu talu tanya ‘kapan’ (bila) mahu ada ikatan sah.

“Jadi ini sebagai mukadimah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya,” katanya.“Ini Bukan Drama, Memang Betul-Betul Bertunang.” Sweet Qismina & Adam Lee Selamat Bertunang. Tahniah!Sweet berkata, mereka mengikat tali pertunangan selama setahun.

“Perancangan atau keputusan nak kahwin bila belum ada lagi. Kita selesaikan yang ini (bertunang) dulu.

IKLAN

“Lagipun, sektor kreatif sudah kembali aktif selepas kerajaan melonggarkan SOP. Jadi ini juga masa untuk kami bekerja semula,” katanya.

“Ini Bukan Drama, Memang Betul-Betul Bertunang.” Sweet Qismina & Adam Lee Selamat Bertunang. Tahniah!Hubungan pasangan ini dikatakan mekar selepas Sweet mempelawa Adam menemaninya ke ABPBH 31 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ia juga kebetulan selepas mereka selesai penggambaran drama, Adam Chempaka.

 

ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!

IKLAN

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI