Waktu pandemik begini pasti ramai yang was-was untuk keluar rumah kan. Bimbang wabak berkenaan yang tidak nampak dan ada sahaja di mana-mana. Justeru, ramai yang memilih untuk duduk di rumah jika tiada urusan penting.  Bagi yang mempunyai urusan dengan bank, nak tak nak terpaksa juga keluar kan. 

Rupa-rupanya menerusi atas talian segala urusan ini boleh dilakukan. Menurut Maybank, semua kad debit Maybank boleh ditukar ganti kecuali jika kad berkenaan hilang/dicuri atau terlupa nombor PIN.

Ini Cara Mudah Tukar Kad ATM Maybank Rosak & Tamat Tempoh, Guna ‘Online’ Je. Tak Perlu Nak Ke BankJika tidak mahu berurusan di cawangan bank, anda boleh saja menukarkan kad tersebut menerusi online dan tunggu kad yang baharu dihantar ke rumah masing-masing.

Perkongsian menerusi Twitter ini mungkin dapat membantu.

Nak tukar kad ATM Maybank tapi takut nak keluar rumah ?

Boleh je korang nak tukar kad ATM Maybank korang dengan syarat kad nak tukar tu bukan kad hilang atau lupa nombor pin.

Ini Cara Mudah Tukar Kad ATM Maybank Rosak & Tamat Tempoh, Guna ‘Online’ Je. Tak Perlu Nak Ke Bank

Jadi cara ni korang boleh pakai kalau pakai Maybank2u dengan syarat login di website Maybank2u.

— TheMer (@mermyman) April 13, 2020

 

Kad baharu anda akan dihantar dalam tempoh 9 hari bekerja dari tarikh permohonan.

Sama seperti di cawangan bank, pertukaran kad baharu ini akan dicaj sebanyak RM12.00 dan ia akan ditolak dari baki akaun Semasa atau Simpanan anda. Semoga bermanfaat.

Sumber: Maybankmermyman

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI