Buat yang ketandusan idea untuk memasak hidangan untuk keluarga apa kata sesekali masak western apalah salahnya kan.
Apa kata cuba masak ikan salmon. Ikan salmon dikatakan sebagai raja ikan di antara jenis ikan lainnya. Ini kerana mengandung banyak nutrisi penting yang bermanfaat untuk kesihatan.
Salah satu khasiat salmon adalah dikatakan mengandung antioksidan yang dapat membantu melindungi sistem kekebalan tubuh kita dari berbagai penyakit.
Tak dinafikan ikan salmon agak mahal sekeping tapi jika buat sendiri di rumah mesti dah jimat kan. Gerenti sedap!
Ayuh, buat resipi salmon hari ini. Ikuti perkongsian ini.
Ads
Resepi Salmon Grill Lemon Butter Sauce
Bahan-bahannya :
4 Keping ikan salmon
1 inci halia muda (mayang)
4 ulas bawang putih (hiris)
1 biji lemon (ambil jus sahaja)
Garam & Serbuk perasa
Serbuk lada hitam
Sedikit oregano
Minyak zaitun
Cara Memasaknya :
Ads
1. Perasakan ikan dengan garam, serbuk perasa dan lada hitam.
2. Perahkan jus lemon ke atas kepingan ikan salmon.
3. Taburkan lada hitam dan juga oregano.
4. Gaulkan dengan bawang putih dan halia.
5. Perap selama setengah jam.
6. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak zaitun, kemudian panggang ikan hingga masak
Bahan-bahan membuat Sosnya :
1 atau 1/2 cawan butter
3 ulas bawang putih
Sebiji lemon
Garam
Black pepper
Ads
Cara-cara memasak Sosnya:
1. Panaskan kuali.
2. Masukkan butter.
3. Ketuk 3 ulas bawang putih.
4. Goreng sehingga wangi.
5. Perahkan sebiji lemon dan masukkan beberapa kepingan lemon.
6. Akhir sekali perasakan dengan pepper dan garam.
7. Kacau dengan perlahan.
8. Biar mendidih. Setelah siap, boleh hidangkan dengan ikan dan sayur-sayuran pilihan korang.
Patutlah ramai yang share sehingga cecah 5.2K, nak buat pun mudah kek batik superb ni, bahan-bahan pun sediakan pun senang. Bagi yang gemar makan kek batik ni boleh cuba resepi ni. Memang rasa rich dengan coklat. Selain untuk minum petang, boleh jadi sebagai kuih untuk hari raya. Bagi nak buat bisnes pun boleh. Inilah rahsia nak buat kek batik sedap. Moga perkongsian oleh Tuan Adriana Arissa mendapat manfaat bersama. Jom cuba!
Pukul 3 pagi sis dok buat 7 biji kek batik melting ni. Alhamdulillah rezeki. Siapa nak niaga silakan guna resepi ni. InsyaAllah sedap.
Resepi Kek Batik Melting versi biskut lembut macam kek
Bahan kek batik 600g bskt marie (patah2kan) 200g butter 1 cawan milo 1 cawan susu pekat 1/2 cawan serbuk koko 1/2 cawan air masak 2 biji telur Esen vanila
Bahan2 topping@ganache 100g milk compound 100g dark compound (sis guna beryls) 200ml whipping cream 1 sdb butter 1 sudu besar golden syrup (optional) 1sdk hazelnut paste (tips nak bagi choc sedap mcm cadbury)
Penyediaan
✅Double boil semua bahan topping atau nak senang masukkan dalam microwave. Ketepikan. Biarkan sejuk sekejap.
1. Masak butter sampai cair, api kecik je ek. kemudian terus masukkan susu pekat. Kacau rata. 2. Masukkan pula milo dan serbuk koko. Kacau cepat2 tkt berketul. 3. Next masukkan telur, kacau dl bg rata dan baru masukkan air. Kacau sebati dan biar sehingga pekat. 4. Last skali masukkan biskut. Kacau rata bg smua bskt bersalut coklat. 5. Terus masukkan smua ke dalam loyang saiz 10inci (alas plastik bg bskt x melekat dan seng tarik keluar) dan tekan2 padat. 6. Tuang choc ganache melting dan simpan chiller selama 4jam atau lebih sebelum di potong. 7. Keluarkan kek dan biarkan suhu bilik sekejap bagi kek lembut sebelum senang untuk dipotong.
Rujuk gambar
Petua nak potongan kek batik kemas
***Tips nak bagi potongan cantik. Pisau yang nak guna utk potong kek batik hendaklah dicelup air panas atau lap dengan tisu setiap kali nak potong. Barulah potongan cantik dan kemas. Tak comot. Nak makan pon sedap je kan.
Nak berniaga pun boleh
Silakan share dan berniaga dengan resepi ni. InsyaAllah customer akan suka, manis pon just sweet. Tak minta banyak, doakan semoga kami dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan agar dapat membesarkan anak2 dgn sempurna. Amin
Bayangkan dapat minum air tembikailemon laici waktu berbuka, alang nikmatnya. Rasa segar lalu ditekak. Tubuh kembali bertenaga selepas seharian berpuasa. Cuaca panas macam sekarang ini kita memang nak minum air sejuk saja.
Salah satu air yang memang nikmat bila minum waktu cuaca bahang adalah air tembikai. Campuran lemon dan laici menjadikan minuman jus tembikai ini lebih ‘puas’ diminum. Berikut resepi air tembikai lemon laici yang dikongsikan oleh Ben Safwan
Bahan-bahan:
1.0 kg tembikai ( ditimbang termasuk kulit )
1 tin laici
1 botol air lemon (Houseboom)
Cara membuat:
1. Masuk tembikai dalam pengisar, letak air lemon, kisar dan tapis untuk buang sedikit hampas/buih. Lebih kurang 1/3 hampas untuk elak dari jus pekat bersalut.
2. Tambah air laici tin dan boleh letak ais.
3. Tak perlu tambah gula sebab sudah cukup manis.
INFO TENTANG KHASIAT TEMBIKAI:
*92% kandungan buah tembikai merupakan air, oleh itu ia merupakan antara buah buahan yang mampu membekalkan tenaga dan hidrasi pada tubuh.
*Kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Sudah boleh beli dan simpan stok untuk buka puasa/sahur.
*Kandungan air yang tinggi dalam buah tembikai membantu seseorang lebih kenyang selepas makan buah berkenaan.
Setiap daripada kita pastinya menggemari makanan laut seperti udang, sotong, ketam, siput, kerang dan yang paling utama ialah ikan. Semestinya makanan ini tidak boleh lari dari menjadi sebahagian daripada diet harian kita. Lagilah bagi mereka yang bergantung sepenuhnya dengan makanan dari hasil laut ini.
Ikuti lanjut penjelasan Pakar Kimia Dr Fatimah Salim mengenai toksin dalam makanan laut.
Apakah kandungan kimia ikan?
Ikan kaya dengan bahan kimia seperti protein, iodine, vitamin (terutamanya vitamin D dan B12), mineral dan yang paling penting asid lemak omega-3 perlu (essential fatty acids) iaitu eicosapentaenoic acid (EPA) and docosahexaenoic acid (DHA) yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan pelbagai fungsi badan termasuk jantung, mata, sendi, otak dan kulit.
Selain daripada itu, ikan juga mungkin dicemari oleh logam berat (heavy metal). Sebahagian daripada logam berat (dalam kuantiti yang cukup) diperlukan sebagai zat mineral untuk mengekalkan keseimbangan fungsi sel-sel badan.
Apakah itu logam berat?
Logam berat merupakan mana-mana bahan kimia logam yang mempunyai perbandingan ketumpatan yang tinggi yang terdapat dalam Jadual Berkala Unsur (Periodic Table). Senarai yang biasa dijumpai mencemari air laut dan kehidupannya adalah seperti copper (Cu), iron (Fe), zinc (Zn), molybdenum (Mo), manganese (Mn), cobalt (Co), nickel (Ni), cadmium (Cd), lead (Pb), chromium (Cr), selenium (Se), mercury (Hg), uranium (U), cesium (Cs), silver (Ag), aluminium (Al), strontium (Sr) dan arsenic (As).
Senarai 6 terawal diperlukan dalam kuantiti yang cukup (tidak berlebihan) untuk menjalankan fungsi tubuh kita, manakala yang selebihnya tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada badan.
Bagaimana logam berat ini terkumpul dalam air laut?
Logam berat merupakan komponen semulajadi kerak bumi yang mana disebabkan oleh perubahan suhu (weathering), kakisan (erosion), letusan gunung berapi dan aktiviti perlombongan menyebabkan mereka mengalir keluar ke laut. Namun penyumbang utama pencemaran logam berat dalam air laut ialah dari aktiviti industri dan pembuangan sisa bahan. Secara keseluruhan, paras logam dalam laut telah meningkat disebabkan aktiviti tersebut.
Bagaimana logam berat ini boleh berada di dalam ikan?
Logam berat yang telah mencemari air laut ini secara tidak langsung akan masuk ke dalam badan ikan melalui insang atau mulut ketika mereka berenang, bernafas dan makan. Selain daripada pencemaran logam dalam bentuk asal ini, terdapat juga logam berat yang telah diubah sifat kimianya oleh microorganisma seperti contoh ‘methylmercury’ yang mana merupakan struktur kimia mercury yang paling bahaya kerana kadar serapannya yang tinggi dalam badan.
Bagaimana logam berat ini memasuki badan kita?
Logam berat yang telah mencemari hidupan laut terutamanya ikan tadi akan memasuki badan melalui diet pemakanan kita.
Bergantung kepada kekerapan pengambilan, sistem penghadaman dan proses pengnyah-toksin badan individu, logam berat ini boleh berkumpul dalam tisu badan. Kesan pengumpulan jangka panjang logam berat ini boleh menjadi toksin yang akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius terutamanya lead (plumbum), cadmium dan mercury. Antara kesannya adalah
1.menyebabkan kesakitan pada sendi (join pain)
2. gangguan saraf (numb) pada jari bibir, tangan, dan kaki.
3.mengganggu tumbesaran otot pada kanak-kanak (lambat berjalan dan bercakap)
4.meningkatkan kadar serangan jantung (tekanan darah tinggi)
5.gangguan sistem saraf kepada bayi dalam kandungan (birth defect)
6.menggangu proses perkembangan otak (intellectual disabilities) anak kecil seperti daya focus, ingatan
7.kerosakkan buah pinggang dan hati
8.mengubah genetik (genetic mutation) dan meningkatkan risiko kanser
9.merosakkan fungsi otak (brain damage)
Bagaimana membandingkan jumlah logam berat dalam ikan?
Secara umumnya, semakin besar saiz dan usia ikan tersebut, semakin banyak kandungan logam berat yang dikumpulnya. Maksudnya lebih lama ianya terdedah kepada pencemaran. Selain daripada itu, faktor lain juga harus di ambil kira seperti
• jenis ikan seperti (‘bottom feeder’ lebih tercemar kerana makanan mereka terdiri daripada logam berat yang termendak di dasar laut),
• tempat tangkapan ikan (air yang tinggi kadar pencemaran akan mengandungi jumlah logam berat yang banyak), dan
• tempat tinggal ikan (habitat yang tinggi kandungan logam berat)
Ikan pemangsa (bersaiz besar) yang terletak di bahagian atas rantaian makanan laut biasanya mengandungi lebih banyak logam berat kerana pengumpulan melalui pola pemakanannya. Proses penyingkiran semulajadi logam berat dalam badan ikan ini lebih lambat jika dibandingkan jumlah yang dikumpul daripada makanannya.
Bagaimana untuk menghalang/ mengurangkan kesan toksik logam berat dari makanan?
Untuk mengurangkan jumlah pengambilan logam berat daripada ikan, kurangkan atau elakkan ikan jenis pemangsa dan bersaiz besar seperti ikan parang , jerung, tenggiri dan tuna.
Untuk mengurangkan jumlah serapan logam berat dalam badan pula, biasakan makan makanan laut dengan sayuran hijau atau buah yang kaya dengan serat tidak larut serta komponen fitokimia yang bertindak sebagai antioksidan. Makanan sebegini boleh membantu badan mengeluarkan logam berat ini secara semulajadi dari badan.
Serat tidak larut boleh bertindak sebagai pemerangkap logam berat dalam sistem penghadaman dan dibuang bersama di dalam najis. Antioksidan pula boleh bertindak sebagai agent pengepit (chelates) yang mengikat logam berat ini seterusnya membantu untuk mengeluarkannya dari badan secara semulajadi.
Risau makan ikan sebab kandungan logam berat?
Usah begitu. Logam-logam berat ini sememangnya tidak boleh dielakkan sepenuhnya kerana hampir kesemua makanan dan produk harian kita mengandungi logam berat, namun dalam kuantiti yang sangat sesikit.
Apa yang perlu dan boleh kita lalukan adalah dengan melatih diri dan anak-anak untuk biasakan makan sayuran hijau yang mana boleh membantu mengurangkan dan menyeimbangkan kesan toksin logam berat. Nikmatilah hidup dan usah keterlaluan sehingga sentiasa rasa tidak selamat. Yang penting, ambil tahu tahap kesihatan diri kerana badan kita adalah amanah Allah yang wajib dijaga sebaiknya.
Makan lah apa pun yang halal dan baik, namun bersederhana lah… Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.