Umum sudah ketahui bahawa selain daripada ayam dan ikan, daging merupakan salah satu makanan yang kaya dengan protein. Kalau hari-hari makan ayam dan ikan pun bosan kan.
Memasak daging bukan lagi hal yang sukar, tetapi rasanya penyediannya berbeza mengikut rahsia sesebuah resipi itu.
Begitu dengan resipi masakan daging goreng cara Kelantan. Boleh cuba, Ada rahsia yang boleh buat daging jadi empuk. Jom cuba!
DAGING GORENG KUNYIT KELANTAN STAIL
Hari ni Suk nak share cara goreng daging kunyit cara Kelantan pulak. Biarlah satu Malaysia dah pandai goreng daging pon, Suk nak share jugak
Bahan-bahannya
1/2 kg daging dipotong kecil melintang urat (gaul garam kunyit)
1 biji bawang holand
1 biji bawang putih
Cili merah, cili hijau, cili api
Sedikit kicap (rahsia jadi sedap & cantik )
Ads
Cara-caranya
Potong daging nipis-nipis melintang urat supaya daging tak liat nanti. Cara potong ada di gambar ya. Basuh daging bersih-bersih dan gaul garam kunyit, bawang putih dan sedikit air. Perap seketika bersama air tadi.
Ads
Masukkan daging ke dalam kuali bersama airnya sekali. Biarkan air kering dan daging empuk. Air tadi membantu daging cepat empuk ya. Tapi jangan banyak sangat, jenuh nak tunggu kering.
Bila air dah kering, masukkan minyak masak. Kacau seketika dan biarkan daging betul-betul masak sekata. Kemudian boleh la masukkan hirisan bawang dan cili merah, cili hijau atau cili api.
Ads
Sebelum tutup api, masukkan sedikit kicap ke dalam daging goreng tadi. Haa ni petua nak bagi daging goreng kita lagi sedap dan cantik. Sikit jer taww, nanti jadi daging goreng kicap pulak. Gitohhh.
Tadaaa daging goreng kunyit Kelantan stail is donnnne. Boleh hidangkan bersama sayur lemak putih dan menu-menu lain yang matching.
Masakan sebegini memang sedap baunya. Aroma hirisan bawang dan daging membuatkan daging goreng ini enak dimakan bersama nasi panas.
Ayam masak lada hitam memang menjadi kegemaran ramai. Pastinya akan bertambah nasi. Biasanya jika beli di kedai harganya memang agak mahal. Namun, menariknya, perkongsian ini menunjukkan cara yang mudah untuk membuat hidangan ini.
Jika rasa teringin boleh cuba memasaknya di rumah. Rahsia rasa ayam lemak dan lembut, apabila beberapa ketul butter diletakkan pada ayam semasa proses membakar.
Untuk membuat perapan kena ikut sukatan yang diberikan.
Ikuti resipi ini.
Resipi Ayam Black Pepper.
Bahan-bahan:
Peha ayam 2
Bawang merah 3-4 biji *
Bawang putih 3 biji *
Halia 1 inci*
Sos Tiram 1 1/2 sudu*
Sos lada hitam 1 sudu*
Garam*
Lada hitam 1 sudu* *Dikisar
Perapan:
Perap ayam 1 jam
Bakar ayam 180•c
Dalam 45 minit
.
Isi kentang kalau suka. Sedikit butter letak sedikit di atas ayam.
Dua ketul peha ayamKisar perapanPerapan ayam sebelum bakarButter di letak di atas ayam untuk rasa lebih lemak
Memang sedap! Selamat mencuba
Kredit: Yuhanes Kamaludeen
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila melihat minuman sejuk dengan pelbagai perisa tentu ada yang ingin membuat untuk ahli keluarga. Bagi minuman yang mahal kosnya jika dibeli, apa kata cuba membuatnya.
Melalui perkongsian Mohd Fadzli melalui Masak Apa Hari Ni menjelaskan resepi cara membuat minuman.
Resepi untuk orang yang selalu craving air mahal, benda boleh buat sendiri buat apa beli
Bahan-bahan
– Susu coklat (saya guna farm fresh premium choc milk, tak manis tak muak, SEDAP!
– Choc chip (lebihan buat biskut raya )
– Ais
Senang je kan, rasa ala2 choc cream chip starbucks. Tambah topping whipping cream, so yummyyyy
DONE SIAP
Update : kalau nak rasa java chip (mocha) boleh tambah cafe latte farm fresh.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pempengaruh wanita, Nur Syahirah, 28, atau lebih dikenali sebagai SchaYang, meninggal dunia malam tadi, dipercayai akibat sesak nafas, hanya seminggu selepas mendirikan rumah tangga.