Hati wanita mana yang tidak kecewa bila UPT yang dilihat positif rupanya tidak hamil. Apa lagi bila menanti anak pertama. Apa sebabnya? Fahami punca mengapa keadaan ini terjadi.
Punca gambar pregnant test positif tetapi tidak hamil
Berikut antara perkara yang boleh menyebabkan anda mendapat UPT positif palsu:
1. Membiarkan kit ujian terlalu lama
Sekiranya anda mengambil ujian kehamilan standard dengan penunjuk garis, adalah penting untuk menyemak keputusan mengikut arahan khusus ujian.
Jika dibiarkan terlalu lama sebelum membaca keputusan, air kencing pada kit ujian boleh menyejat dan menjadikannya kelihatan seperti anda mempunyai 2 garis dan bukannya hanya 1 – menjadikan keputusan positif sedangkan hakikatnya negatif.
2. Tamat tempoh
Apabila kit ujian melepasi tarikh tamat tempohnya, bahan kimia yang mengesan hCG – human chorionic gonadotropin – tidak dapat berfungsi dengan berkesan dan menyebabkan keputusan yang salah.
3. Ambil ubat kesuburan
Sekiranya UPT diambil terlalu awal selepas pengambilan ubat kesuburan yang mengandungi hCG – seperti sesetengah suntikan dalam prosedur persenyawaan in vitro (IVF) – anda boleh mendapat keputusan positif palsu.
4. Masih ada hormon hCG selepas bersalin atau keguguran
Keguguran kehamilan biasanya berlaku dalam 13 minggu pertama kandungan. Bahkan kebanyakannya berlaku sebelum seorang wanita mengetahui dirinya hamil.
Biasanya selepas melahirkan anak atau keguguran, hCG boleh kekal dalam tubuh – dianggarkan untuk tempoh masa 4-6 minggu untuk tahap hCG kembali normal.
5. Kehamilan ektopik
Kehamilan ektopik atau luar rahim berlaku apabila telur yang disenyawakan berkembang di luar rahim – biasanya dalam tiub fallopio – ia juga boleh terjadi dalam ovari atau serviks.
Kehamilan jenis ini biasanya tidak akan berkembang kerana embrio tidak berada di dalam rahim – tempat ia boleh membesar. Tetapi hormon hCG masih terhasil yang menyebabkan anda mendapat keputusan positif.
Ads
Kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa. Berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami mana-mana gejala berikut:
Sakit yang teruk di perut atau pelvis semasa hamil
Pendarahan faraj
Pening yang teruk, sakit kepala atau pengsan
Sakit bahu
Dorongan untuk buang air besar
Sebarang gejala lain yang membuat anda berasa bimbang
6. Kehamilan kimia
Kehamilan jenis ini adalah keguguran yang berlaku sebelum minggu ke-5 kehamilan apabila embrio dapat ditanam di dalam rahim tetapi tidak bertahan lama. Anda mungkin tidak menyedari bahawa diri sedang mengandung.
Dalam kehamilan kimia, embrio masih menghasilkan hCG sekali gus menyebabkan UPT positif palsu.
Kehamilan jenis ini bukan berpunca daripada tindakan atau ketidakupayaan oleh wanita tetapi boleh berlaku kerana:
Fibroid
Parut tisu
Jumlah hormon tertentu yang rendah seperti progesteron
Kelainan pada bentuk rahim
7. Keadaan perubatan
Kadangkala keadaan perubatan boleh mencetuskan positif palsu dalam ujian air kencing, seperti:
Sista ovari
Penyakit buah pinggang
Jangkitan saluran kencing
Masalah pituitari
Dalam beberapa kes, kanser ovari dan penyakit serius lain
Jika anda mendapat keputusan ujian positif palsu dan telah menolak sebab-sebab lain, berunding dengan profesional perubatan untuk menguji keadaan kesihatan di atas.
Ads
Doktor mungkin mengesyorkan ujian darah untuk mendapatkan keputusan ujian yang lebih tepat.
Cara mendapatkan keputusan ujian kehamilan tepat
Untuk elakkan gambar pregnant test positif tetapi tidak hamil, ada beberapa cara boleh anda lakukan bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat.
Masa yang betul
Jangan ambil ujian terlalu awal. Disarankan untuk UPT dilakukan selepas tidak mengalami pendarahan haid pada bulan tersebut atau kemungkinan besar anda akan mendapat negatif palsu – mahupun ujian itu akan mengesan kehamilan kimia yang tidak dapat berkembang.
Mengikut arahan label, contoh pregnant test positif
Pastikan kit ujian anda belum tamat tempoh. Baca arahan dengan teliti dan ikuti langkah-langkah dengan tepat untuk mengelakkan keputusan palsu yang akan mengecewakan anda.
Ads
Ulangi ujian kehamilan
Mendapat hasil ujian kehamilan di rumah yang positif, mungkin menyebabkan anda tidak sabar untuk melakukan ujian darah untuk mengesahkan keputusannya. Ujian darah lebih tepat, jadi itu sudah tentu satu pilihan.
Tetapi anda juga boleh mengulangi UPT selepas 3-5 hari untuk mengesahkan kehamilan dan jika hasilnya masih positif!
Sekiranya terdapat sebarang ketidakpastian, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Kesihatan diri ialah perkara yang paling penting untuk kita menjalani kehidupan dengan sempurna.
Selain mengamalkan gaya hidup yang sihat, amalan minum banyak air suam atau air mineral dapat membantu membuang menjaga kesihatan diri.
Namun, salah satu masalah kesihatan yang boleh menganggu rutin harian adalah sakit tekak.
Masalah kesihatan, adalah sesuatu perkara yang selalu dialami oleh kita yang membuatkan suara menjadi serak atau tidak mampu bersuara.
Untuk menghilangkan sakit tekak ini ada caranya sebelum berjumpa doktor. Sebagaimana yang dikongsikan oleh Dr Ezairy M.Sallih.
Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian beliau.
5 Cara Hilangkan Sakit Tekak
Anda selalu alami masalah sakit kat tekak? Macam mana nak kurangkan sakit ni sebelum berjumpa doktor? Jom cuba langkah ini dulu.
1. Kumur air garam. Ambil sedikit garam, campur dengan segelas air suam. Kajian Randomised controlled trial RCT yang saya jalankan sendiri menggunakan sodium chloride 3.0% (air garam) mampu mengurangkan simptom sakit tekak akibat jangkitan ‘non-bacterial pharyngitis’ pada tekak. Kajian ini telah diterbitkan pada tahun 2019.
2. Makan aiskrim. Kenapa aiskrim dapat kurangkan sakit tekak? ‘Soothing effect’ dan agen penyejuk pada aiskrim dapat legakan perit pada tekak.
3. Lozenges. Ini pun boleh dilakukan. Anda boleh dapatkan di farmasi terdekat. Ia dapat mengurangkan rasa sakit pada tekak.
4. Gargle. Ubat kumur seperti listerine, thymol dan difflam boleh digunakan untuk mengurangkan gejala sakit tekak. Biasanya saya akan nasihatkan pesakit untuk menggunakan sebelum dan selepas makan.
5. Ubat. Antibiotik akan diberi selepas pemeriksaan doktor mendapati ada tanda jangkitan bakteria. Memandangkan kebanyakan masalah sakit tekak adalah akibat jangkitan virus, penggunaan antibiotik sebenarnya jarang dilakukan.
Sakit tumit bukan hanya dialami oleh wanita berusia sahaja tetapi ada sesetengah golongan muda mengalami masalah ini.
Sakit sebelum waktunya ini pasti buat kita rasa tertekan.
Masalah berat badan merupakan punca terbesar masalah ini. Tak kurang juga disebabkan oleh gangguan tulang dan sebagainya.
Jika anda memilih untuk tidak berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan lanjut ada baiknya anda cuba 4 petua ini.
Menurut pengamal perbidanan, salah satu penyebab sakit tumit adalah disebabkan masalah angin dalam badan.
Nak pulihkannya senang sahaja, cuba amalkan cara ini setiap hari.
Cara 1
Guna tungku atau batu sahaja. Insyaallah sakit makin reda. Panaskan tungku selama 20 minit dan tekan pada kaki. Lakukan setiap hari pada tumit.
Balut kemas tungku panas tadi.
Cara 2
Anda boleh juga menggunakan betik muda. Caranya adalah dengan memanaskan betik muda di atas api kecil. Angkat dan kemudian letakkan kaki di ataskan hingga betik sejuk. Lakukan setiap hari.
Cara 3
Setiap pagi biasakan minum segelas lemon panas. Selain itu boleh juga buatkan air detoks lemon dan minum setiap kali bangun tidur. Amalan ini bagi membuang toksin dan sekaligus meredakan masalah pada kaki.
Cara 4
Setiap kali bangun pagi, amalkan makan bawang putih yang dibakar. Lakukan amalan ini setiap pagi. Bawang putih baik untuk memulihkan masalah angin dan meredakan kesakitan.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai yang tidak perasan bahawa minuman yang biasa dijual di restoran makanan segera adalah minuman bersoda. Memang enak di makan bersama makanan segera. Namun ia akan menjejaskan kesihatan untuk jangka masa panjang. Sebagaimana padangan yang diutarakan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad. Ikuti penjelasannya.
Kita mungkin tidak mengetahui bahawa menggabungkan makanan segera seperti burger dengan air bersoda adalah sesuatu yang bahaya. Pakar nutrisi mengatakan ia memberikan kesan yang negatif dalam jangka masa yang panjang.
Ini kerana kandungan gula dan kalori yang sangat tinggi di dalam kedua-dua makanan ini. Begitu juga dengan kentang goreng yang disediakan. Ia juga memberatkan fungsi hati, ginjal, pankreas dan jantung.
Jika diambil sesekali, mungkin kesan negatif itu tidak kelihatan dengan jelas, namun jika diambil setiap hari atau beberapa kali sehari seperti mana amalan di kebanyakan individu di Amerika Syarikat, ia memberikan impak negatif dengan cepat.
Gabungan makanan seperti ini juga akan menyebabkan kadar metabolisme akan perlahan, akhirnya ia disimpan sebagai lemak dalam tubuh.
Malah ia hanya memberikan rasa kenyang sebentar saja, dan kita kan berasa lapar semula dalam jangka masa yang pendek dan mahu makan semula. Jika teringin sangat mahu makan burger sesekali, ia mungkin elok diambil dengan air kosong atau minuman lain seperti teh dan kopi tanpa gula. Namun begitu saya tidak mengrekomendasi pengambilan sebarang makanan segera.
Gabungan makanan dan minuman ini penyebab masalah penghadaman
Ada juga beberapa minuman dan makanan yang tidak sesuai digabungkan dengan minuman bersoda. Ia boleh menyebabkan masalah penghadaman.
1. Susu dan makanan/minuman yang mengandungi susu. Ia menyebabkan tahap asid dalam perut akan bertambah.
Ini akan menyebabkan abdomen kembung, rasa mual, muntah dan rasa pedih ulu hati.
2. Makanan pedas. Ramai yang cuba mengurangkan rasa pedas dengan segera minum air bersoda yang sejuk. Secara tidak sedar kita telah mengabungkan dua makanan dan minuman yang bakal mengganggu penghadaman.
3. Mee segera. Ia bersifat asid. Gabungan keduanya akan menyebabkan lebih banyak penghasilan gas karbon dioksida dengan berlebihan di dalam perut. Ini menyebabkan abdomen menjadi tidak selesa dan kembung.
4. Kopi. Kopi pun bersifat asid. Gabungan kopi dan air bersoda membuatkan perut kita tak selesa kerana penghasilan karbon dioksida (dari air soda) yang sangat banyak. Jika dihidangkan kopi jarakkan dua jam jika mahu ambil kopi selepas minuma air bersoda.
Meskipun termasuk dalam minuman yang nikmat, bukan bererti kita boleh sembarangan minum kopi dan soda dalam waktu yang bersamaan. Keduanya memiliki kandungan kafein yang tinggi sehingga boleh menyebabkan insomnia atau kram perut. Sifat asid dari kedua minuman ini juga boleh menyebabkan kenaikan asam lambung.
Semoga bermanfaat.
Saya sendiri mengamalkan minyak zaitun OLIVIE POWER UP setiap pagi dan malam. Alhamdulillah rasa bertambah sihat dan bertenaga.
Cemerlang STPM, gadis cacat penglihatan peroleh PNGK 4.0. Status sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan tidak menghalang Tengku Nurhanis Tengku Othman, 20 tahun, daripada mencapai kejayaan cemerlang apabila memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan hari ini.