Selepas melalui detik duka ketika keguguran beberapa bulan yang lalu, pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi khabar gembira kini hamil anak kedua.
Menerusi Instagramnya, Uyaina berkongsi cerita kehamilannya keduanya sebagai penutup tirai 2023.
Uyaina yang kini sudah pun berada di trimester kedua kehamilannya meluah rasa syukur malah cukup teruja untuk menyambut bayi keduanya pada tahun baru.
“Salam semua. Kami ada berita gembira untuk dikongsikan. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah, kami bakal menyambut kelahiran anak kedua.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Siapa sangka perkataan ‘unboxing’ yang sebelum ini digunakan untuk hastage membuka kotak atau bungkusan kini menjadi trend apabila digunakan oleh pengantin baru dengan hastage ‘unboxing pengantin by husband’ atau ‘unboxing pengantin.
Viral beberapa hari lalu menerusi perkongsian pengguna di laman TikTok, ia seakan trend yang menjadi ikutan dikalangan wargamaya.
Video yang dimuat naik memaparkan aksi pengantin lelaki membantu pengantin perempuan membuka tudung dengan menanggalkan aksesori bahagian kepala. Masih berpakaian pengantin, aksi itu dirakam menerusi cermin oleh pengantin perempuan.
Biarpun, ia nampak biasa dari padangan kasar, namun ia boleh melangkau imaginasi jika ditonton oleh remaja dan kanak-kanak.
Sejak ia menjadi trending, rata-rata wargamaya memberikan pelbagai reaksi mengenai aksi begitu.
Sehingga kini, ia menjadi carian popular di sosial media. Cakna mengenai hal ini, Pensyarah Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, Dr. Ahmad Sanusi Azmi menegur tindakan yang tidak wajar itu.
Beliau menjelaskan bahawa ia perbuatan yang bercanggah dengan prinsip asas Islam agar memelihara kehormatan kaum wanita.
Katanya lagi, melahirkan rasa bimbang ia akan menjadi budaya yang tidak sihat dikalangan masyarakat.
Seterusnya ikuti lanjut perkongsian beliau. Moga muhasabah diri agar perbuatan ini tidak berulang. Ibu bapa juga berhak menegur anak-anak yang baru melangsungkan perkahwinan mengenai adab dan pergaulan suami isteri.
Suami Jangan “Unboxing” Isteri
1. Telah menjadi trend terkini pula di TikTok, pasangan pengantin baru menjalankan upacara “unboxing isteri”. Akhbar Kosmo melaporkan: “Video yang dimuat naik itu memaparkan pengantin lelaki akan membantu membukakan tudung pengantin perempuan dengan menanggalkan setiap aksesori yang terdapat pada bahagian kepala pengantin terlebih dahulu.”
2. Upacara ini adalah bercanggah dengan prinsip Islam secara asasnya. Rasulullah memerintahkan para suami agar memelihara kehormatan dan penampilan para isteri sekalipun di hadapan seorang lelaki yang buta.
3. Perhatikan bagaimana Rasulullah memerintahkan isteri Baginda agar memakai hijab sekalipun di hadapan seorang yang buta. Saranan ini diucapkan kepada Saidatina Ummu Salamah dan Saidatina Maimunah apabila datang seorang buta ke rumah Baginda. Kata Rasulullah: احْتَجِبَا مِنْهُ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَلَيْسَ هُوَ أَعْمَى لاَ يُبْصِرُنَا وَلاَ يَعْرِفُنَا؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ: أَفَعَمْيَاوَانِ أَنْتُمَا أَلَسْتُمَا تُبْصِرَانِهِ “Hendaklah kamu berdua memakai hijab.” Lalu isteri Baginda berkata: “Bukankah dia seorang yang buta wahai Rasulullah? Dan dia tidak boleh melihat kami.” Lalu Rasulullah menjelaskan: Bukankah kamu berdua boleh melihat dia? (HR al-Tirmizi)
4. Apa yang lebih membimbangkan sekiranya video upacara sebegini menjadi perhatian kepada anak-anak muda yang masih bersekolah sehingga mereka terkeliru dalam merasakan perbuatan tersebut boleh dipraktikkan yang berpotensi menjadi budaya.
5. Atau perbuatan tersebut diikuti pula oleh pasangan suami isteri lain yang turut mendedahkan aksi mesra mereka. Bukankah kita tidak mahu menjadi pencetus kepada kemungkaran. Sabda Rasulullah: وَمَن سَنَّ في الإسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كانَ عليه وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَن عَمِلَ بهَا مِن بَعْدِهِ “Dan barangsiapa yang melakukan perlakuan jahat di dalam Islam, sehingga diikuti oleh orang lain, maka dia beroleh dosa dan menanggung dosa mereka yang melakukan perbuatan tersebut.” (HR Muslim).
7. Malah, istilah “unboxing” ini juga tidak layak untuk digunakan pada isteri yang bukan material atau barangan semata-mata. Nasihat ini hanyalah berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah demi kebaikan sesama muslim. Semoga Allah membimbing kita.
Setiap pasangan suami isteri pastinya inginkan hubungan kasih sayang hingga akhir hayat.
Namun, cinta yang disemai sepanjang hayat juga akan dipisahkan oleh kematian yang datang mengundang. Siapa kita untuk melawan takdir ilahi.
Bagaimana pun, kisah cinta tetap utuh dihati walaupun pergi mengadap Ilahi.
Baru-baru ini sebuah perkongsian seorang anak di twitter, hani_camin yang memaparkan kisah cinta ibu bapanya sehingga menjadi tular di twitter sehingga 30 ribu retweets dan 24 ribu likes. Biarpun ayahnya telah meninggal dunia lima tahun lepas, kenangan kisah cinta tetap disimpan rapi oleh ibunya.
Ikuti kisah yang sungguh inspirasi ini
Walaupun abah tak pandai masak, tetap teman mak siap masak
Abah kongsi makan dengan mak
Sentiasa ingat abah
Rindu abah
Surat cinta
Menjengah diruangan komen, rata-rata melahirkan rasa kekaguman kisah cinta ini. Malah ada juga netizen yang berkongsi kisah cinta ibu bapa mereka. Semoga arwah bapa Hani ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.
Sumber: Twitter hani_camin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan berkawan dengan orang-orang yang salah. Carilah sahabat- sahabat yang membuatkan diri kita menjadi lebih baik dan sekali gus semakin dekat dengan Allah.
Malah kita juga sering mendengar orang dulu-dulu berpesan, katanya berkawan biarlah beribu, berkasih pula biarlah pada yang satu. Ada juga yang berkata, kawan sejati susah hendak ditemui. Begitu juga katanya, bukan semua orang kita boleh buat kawan.
Hal ini elok juga dikongsi kepada anak- anak agar mereka tidak tersilap memilih kawan, bimbang merosakkan diri.
Untuk itu, menarik juga untuk difahami perkongsian di akaun Fb Hajjah Rohana Saad.
BUKAN SEMUA ORANG KITA BOLEH BUAT KAWAN
Ada orang kata berkawan biar beribu, berkasih hanya satu. Ada juga yang kata kawan sejati susah nak di temui. Ada lain berkata kawan lain, sahabat lain. Ada juga kita jumpa kawan makan kawan kan?
Memang ada spesis insan yang pada dasarnya pijak semut tak mati. Depan kita kemain lembut, manis budi bicaranya. Belakang kita dialah raja segala setan yang bertopengkan manusia. Kawan boleh jadi lawan kita seandainya kita tersalah pilih kawan. Berkawanlah sampai berpuluh tahun sekalipun, tetapi seandainya kita tersalah langkah, kita akan habis! Kawan kita pun belum tentu membantu kita.
Hindari kawan yang mengajak kita membenci orang yang tak di sukai nya, kerana suatu hari ada satu pekara yang membuat dia tidak menyenangi kita. Dia akan mengajak orang lain pula membenci kita. Orang yang bersikap macam ini memang harus di jauhi. Dia menjadi jarum mencucuk orang dengan hasutan dan hasad dengki yang membuku di dadanya.
Ada juga kawan yang tak mampu simpan rahsia sendiri adalah orang yang takkan boleh simpan rahsia orang lain.. kalau benda yang tak sepatutnya dia boleh cerita dengan kita tak mustahil rahsia kita pun dia boleh share dengan orang lain. Hari ni mungkin dia kawan tapi akan datang belum tentu jadi kawan, kita kena sentiasa berpada pada dengan sesiapa saja.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...