Hati mana yang tidak sedih dan rindu. Tempat berpaut sejak kecil hilang sekelip mata apabila ajal menyapa. Diri yang masih kecil mahukan belaian kasih sayang dan tempat untuk bermanja sudah tiada. Sesiapa sahaja yang melaluinya tentu hidup tidak keruan. Waima orang dewasa apa tah lagi kanak-kanak sudah tentu hati tidak dapat membendung kesedihan diri.
Menerusi siaran sebuah akhbar, memaparkan kisah seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun masih merintih sedih setelah kehilangan bapanya Iskhandar Shah, 37, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Muar, Johor, Isnin lalu.
Walaupun sudah seminggu berlalu, tetap bersedih.
“Irwan nak ayah”.
Itulah perkataan kerap diulangi anak kecil ini
Mohamad Irwan Shah Iskhandar tinggal di Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina (PUJAYWA) di Taman Satria, Senawang, Negeri Sembilan berikutan nenek yang menjaganya sebelum ini tidak mampu berbuat demikian atas faktor kesihatan.
Ads
Pengasas PUJAYWA, Mohd Zatullah Kamarudin berkata hampir seminggu berlalu, namun kanak-kanak itu sehingga kini masih berada dalam keadaan sedih.nya
“Sebaik diberitahu bapanya meninggal kerana kemalangan itu, dia menangis tidak henti dan saya memeluknya manakala pelajar lain turut memujuknya supaya bersabar.
Ads
“Irwan seorang yang rajin dan mendengar nasihat dan kami sentiasa memintanya supaya tidak lupa sedekah bacaan al-Fatihah untuk arwah bapanya
“Saya dan rakan-rakannya serta penghuni asrama yang lain berusaha memujuknya dan walaupun peristiwa sedih itu sudah seminggu berlalu, namun Mohamad Irwan Shah sentiasa menyebut nama bapanya. Jelas, dia sukar melupakan bapanya itu kerana individu itu banyak membantunya dan memberikan kasih sayang serta perhatian walaupun mereka duduk berjauhan.”
PUJAYWA menempatkan 14 anak yatim berusia antara tujuh antara 15 tahun.
Semoga adik kecil ini kuat untuk meneruskan hidup tanpa kasih sayang ibu ayah. Jika kini hidupnya penuh duka, barangkali ada bahagia yang menanti buat dirinya apabila dewasa kelak.
Kredit & Foto: www.hmetro.com.m
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila sebut nama Yusuf Iskandar tentu ramai mengenali nama anak yang comel ini. Gelagatnya sering mencuit hati peminatnya. Ada sahaja yang melucukan.
Yusuf Iskandar merupakan anak pertama kepada artis malaysia iaitu Hairul Azreen & Hanis Zalikha. Juga pernah menang bagi Anugerah MeleTOP Eraa 2017, bagi kategori Si Cilik MeleTOP.
Baru-baru ini, Ibunya, Hanis Zalikha telah memuat naik video gelagat anaknya itu di instagramnya membuatkan peminatnya bersemut.
Dalam video yang dimuat naik, peminat terhibur dengan gelagat Yusuf yang berlagak seakan juru jual aiskrim. Intonasi suara dan gayanya bersahaja ketika melayan ibunya sebagai pelanggannya, mencuit hati peminatnya.
Pandainya Yusuf buat marketing jual aiskrim pada ibunya. Dalam pada itu, para peminat melahirkan rasa kagum melihat kepetahan Yusuf dalam video berkenaan.
Siapa sangka, dah berkurun lama menunggu berita tetapi tiada khabar, akhirnya dapat juga berhubung semula dengan yang tersayang.
Itulah yang dirasai oleh bintang veteren, Noor Kumalasari, 67, apabila dapat berhubung semula dengan kakaknya yang juga penyanyi bertaraf superstar, Anita Sarawak, 71, pada 1 Syawal lalu.
Memetik laporan Berita Harian, kebiasaannya Noor Kumalasari atau lebih mesra di sapa Noor dan keluarga akan berkumpul beramai-ramai di kediaman kakaknya, Noraini untuk berbual dengan Anita pada pagi Syawal, namun ia tidak berlaku sejak hampir 10 tahun lalu.
Tetapi lain pula bagi tahun ini kerana baginya Syawal tahun ini paling bermakna apabila menerima panggilan Anita atau lebih dikenali sebagai Kak Nita dari Las Vegas, hanya perkataan syukur dapat diungkapkan olehnya.
“Sayalah insan paling gembira menyambut Syawal, tahun ini. Manakan tidak, panggilan yang dinantikan bertahun-tahun tentulah daripada Kak Nita.
“Kami akrab dan membesar bersama sejak kecil, jadi ikatan kekeluargaan tetap utuh biarpun arwah ibu bapa sudah tiada lagi.
“Memang saya sangat merindui Kak Nita. Inilah berkat bulan Syawal yang mulia apabila doa dimakbulkan Allah.
“Alhamdulillah, dapat juga saya berbual dengan Kak Nita, bergelak ketawa, usik mengusik dan berkongsi pelbagai cerita selama setengah jam,” katanya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Mata dan Hati Seorang Kekasih itu berkata, dia agak lambat datang ke rumah kakaknya, Noraini pada Aidilfitri, tahun ini.
“Menjadi kebiasaan saya akan mengunjungi Noraini pada Syawal pertama, tetapi saya sampai agak lewat disebabkan berada di rumah abang ipar terlebih dahulu.
“Setiba di rumah Noraini, saya solat Asar terlebih dahulu. Ketika itulah, Noraini menerima panggilan Kak Nita dari Las Vegas.
“Noraini memberitahu Kak Nita, saya berada di rumahnya, tetapi sedang bersolat. Tak sangka Kak Nita sanggup menunggu saya habis solat dan menunggu untuk berbual dengan saya.
“Saya amat terkejut apabila Noraini memberitahu Kak Nita menanti di talian. Dalam keadaan tergamam, saya dengar suara Kak Nita di hujung talian.
“Suara Kak Nita sedikit berbeza, tetapi itulah suara yang amat saya rindui,” katanya.
Bintang filem Menanti Hari Esok, Tiada Esok Bagimu dan Esok Untuk Siapa ini mengakui, banyak perkara yang dibualkan, terutama kenapa tidak berhubung sejak membawa diri ke Las Vegas pada penghujung 2010.
“Saya dan Kak Nita suka berseloroh, tentulah isu utama yang kami bualkan kenapa tidak berhubung sejak pulang ke Las Vegas.
“Kak Nita beritahu ada menghubungi saya untuk mengucapkan selamat hari ulang tahun seperti kebiasaannya, tetapi saya tidak menjawab panggilan.
“Saya pula katakan ada menghantar mesej kepadanya, tetapi tiada balasan. Pusing-pusing itulah cerita yang kami persoalkan selama beberapa minit.
“Kak Nita juga terfikir-fikir kenapa tidak dapat menghubungi saya. Kali terakhir kami berbual seminggu sebelum Kak Nita berlepas ke Las Vegas.
“Bagaimanapun, benarlah pepatah Melayu, air yang dicincang tidak akan terputus, begitu juga ikatan persaudaraan adik-beradik,” katanya.
Noor berkata, dia tidak sempat berbual dengan suami Kak Nita, Mahathir Abdullah kerana terlalu teruja berkongsi cerita dengan kakaknya itu.
“Kak Nita beritahu, dia dan Mahathir gembira menjalani hidup sebagai orang biasa, bukan lagi berstatus selebriti di Las Vegas.
“Kak Nita sempat mengusik saya, adakah masih suka berjubah hitam seperti kebiasaannya.
“Sudah tentu saya masih kekal dengan penampilan wanita muslimah, cuma tidaklah berjubah hitam selalu, sedikit moden.
“Namun, Kak Nita berkongsi, dia belum bertudung dan penampilan tetap sama, cuma badannya agak berisi,” katanya.
Tambah Noor, Kak Nita ada berkongsi, kehidupannya tidak sesibuk ketika bergelar selebriti.
“Pada usia 71 tahun, Kak Nita merasakan kehidupannya kini lebih tenang dan relaks tanpa terikat dengan tuntutan kerja.
“Ia juga membuatkan berat badannya naik. Kak Nita kini makin selesa menjalani kehidupan seperti orang biasa,” katanya.
Terdahulu, kehilangan Kak Nita dari radar dunia hiburan menimbulkan 1,001 persoalan yang berlalu tanpa jawapan pasti.
Jejak Kak Nita dan Mahathir sukar dihidu, malah, tiada siapa berjaya menyelongkar kehidupan sebenar penyanyi yang popular menerusi lagu Akhirnya Kini Pasti dan Seksis itu selepas menghilangkan diri pada penghujung 2010.
Selama lebih sedekad berlalu pelbagai spekulasi bertebaran, malah, mula timbul cerita rekaan ditokok-tambah bagi menghangatkan tragedi ‘kehilangan’ anak kepada seniman Allahyarham Datuk S Roomai Noor dan seniwati Allahyarham Siput Sarawak itu.
Memegang utuh nilai persahabatan selama lebih 30 tahun, Kak Nita atau nama sebenarnya, Ithnaini Mohd Taib dalam diam menghubungi rakan baik yang juga bekas wartawan hiburan The New Straits Times (NST), Shuib Taib, tahun lalu.
Namun, berita mengenai Kak Nita menghubungi Shuib dan bekas editor hiburan yang juga penulis lirik dan skrip, Roslen Fadzil pada Syawal tahun lalu terbongkar serta tular dalam media sosial.
Malah, kebanyakan portal hiburan tempatan dan antarabangsa melaporkannya hingga menjadi ‘trending’ di seluruh dunia.
Tiga kali pelakon filem Dua Kali Lima dan Diva Popular itu menghubunginya, namun, Shuib terpaksa mengunci mulut demi akur janji, amanah dan pesanan Kak Nita agar cerita mengenainya tidak dikongsi serta diuar-uarkan
Shuib mendedahkan, Kak Nita memberitahunya Allah tunjuk satu persatu kejadian yang berlaku dalam masa serentak sehingga membuatkan hatinya tekad pulang ke Amerika Syarikat.
“Apa yang dapat dikatakan, ada berlaku beberapa kejadian yang membuatkan Kak Nita terlalu kecewa. Allah tunjuk satu persatu dalam masa sama.
“Yang pasti, itulah masa yang sesuai untuknya mengundurkan diri pada saat pulang ke Amerika Syarikat.
“Jadi, pemergian Kak Nita pada 2010 adalah masa yang sudah tertulis buatnya mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni,” katanya secara eksklusif kepada BH Online, tahun lalu.
Seronok melihat kebahagiaan keluarga apabila ayah santuni anak. Begitulah cara pelakon, Aeril Zafriel mengisi masa bersama anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dengan cara yang tersendiri.
Caranya melayani anaknya dengan gaya seakan kuda Unicorn lengkap dengan tanduk palsu, gelagat dua beranak ini nyata mencuri tumpuan peminat.
“Bukan senang nak jinakan kuda unicorn liar ni,” tulisnya beserta dengan pautan video yang merakamkan kanak-kanak perempuan itu sedang menunggang ‘kuda jadian’.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.