Setiap orang ada cara sendiri untuk ‘me time’ Bukan hanya wanita, kaum lelaki juga tidak ketinggalan. lebih-lebih lagi yang sibuk dengan kerjaya. Jadi, masa untuk diri sendiri itu perlu untuk sekurang-kurangnya ‘reward’ diri selepas berpenat lelah sepanjang masa.
Namun, cara setiap orang berbeza-beza. Ada yang memilih keluar bersama kawan-kawan, tak kurang yang memilih untuk bersendiri. Tetapi cara yang dipraktikkan oleh aktor kacak Norman Hakim ini cukup unik dan cukup menyentuh hati.
Apa tidaknya, dia memilih untuk pulang ke kampung menemui ibu dan ayahnya setipa minggu untuk melawat dan mendengar luahan kedua orang tuanya.
Cara tersebut dimuat naik oleh suami kesayangan Memey Suhaiza dalam satu perkongsian di laman instagramnya.
Salam sayang dari ‘sarang’❤️ Minggu ni alhamdulillah dpt tido 1 malam kat rumah mak.Selalu ‘me time’ Jumaat,balik hari je.Minggu ni Allah bagi izin Jumaat & Sabtu
Ads
Tiap kali balik kalau dpt peluang tido,ni la the best ‘port’ tido.Dari zaman sekolah menengah mmg tido kat sini je.Bantal & selimut pun still dari zaman sekolah punya
Alhamdulillah isteri,anak2 dah faham sgt,dlm seminggu mmg saya perlukan 1 hari ‘me time’.Pilihan banyak utk pergi mana2,tapi decision terbaik adalah balik ke ‘sarang’,paling utama dpt ziarah ayah mak sambil dgr luahan rasa diorang yg terkumpul selama seminggu ‘me time’ ni jugak umpama utk discharged & recharge balik energy.Balik KL nanti tu yg mcm2 idea nak buat utk diri,keluarga & bisnes.
Ads
Korang punya ‘me time’ mcmana pulak? Btw tq mak @kamariah.kamat for the pic.Fuhhh mak dah terer ambik gambar la😅👏🏻👏🏻👏🏻❤️
Perkongsian dari Norman Hakim itu mendapat respond dari warganet. Rata-rata kagum dan tak kurang yang berkongsi cara sama seperti Norman Hakim.
azrinasir Makanan jiwa saya jugak ni bang. Kalau tak jumpa rasa lemah jiwa. Dendam rindu tak lepas.. 😅 nak kja isnin lemau..huhu
haidziro_lady_rogerBagusnya.. Sy salute sgt part yg ni. Bkn sbb ank mak ke apa… Sbb sy dh jadi mak. Sy bayangkan ank lelaki sy jaga kebajikan sy n suami mcm ni.. Terharu sungguh rasa. Semoga Allah melimpah kan rezeki utk Oman sekeluarga & sentiasa dibawah lindunganNya💕
Rumah tangga bahagia
mamanurbakeryBerkat hidup bila kita jaga ibu bapa kita. Rumah tangga bahagia, rezeki melimpah ruah 💓
peribumi_17Baguss Norman Hakim Nii.. Bini Nyee Pun Bagus Memahami, Bagi Norman Hakim ME Time Untuk Keluarga Nyee Sendiri.. Harus Dicontohi Oleh Isteri2x Yang Diluar Sana..
asyiquofficialNice share bro norman..sebak anty rasa..perasaan seorg ank yg bahagia bertemu ayah ibu..umpama pulang ke ‘sarang’..yur origin..! Anty mak ayah dah lama pulang.☺️💕
amahrosesAlhamdulillah, Syukur sgt2, Sesungguhnya seseorang itu masih beruntung jika masih punya ibu dan ayah lagi.. Bahagia kan lh mereka selagi mereka masih ada didunia.. Saya doakan semoga segala urusan abg normah sentiasa dipermudahkan..
kaybariah1970Alhamdulillah Allah bg rezeki dan kesempatan buat Norman utk ziarah ibu & bapa….jangan disia-siakan setipa detik yg ada…
Role model anak dan ketua keluarga
siti_hajar_daudBetul..me time ngan mak ayah yg paling seronokkkk..selagi mereka masih ada😍😍
norizan.shaharuddinMasyaAllah….moga dpt sebaik2 ganjaran, berkat dan rahmat Allah buat kedua ibubapanya, Norman dan seisi keluarga, dunia akhirat….u could be a role model anak dan ketua keluarga..Alhmdulillah
awan.amarraYes..alhamdulillah…saya ‘me time..balik rumah mak..seminggu sekali
ciik_puan_mizaSama!! ‘Me time’ sy pon balik kg. Jap lg gerak balik jb semula. Me time dah abis. Boleh la sehari kt kg..😁
aznida_azwaDgn mak pun one of my favourite ‘me time abg Norman .blh borak banyak2 time tu berdua dgn mak 😍😍😍.
Dalam sesebuah rumah tangga, komunikasi antara suami isteri itu penting. Bukan sekadar soal anak mahupun rumah tangga, namun luahan tentang rasa hati juga perlu. Segala keluh kesah pasangan patut di ambil berat. Usah dibiarkan begitu sahaja kononnya si isteri mahupun suami tidak pernah meluahkan.
Andai mereka tidak berbuat demikian, tak salah jika kita yang bertanyakan, selalu ambil berat baik, tanyakan tentang apa yang mereka lalui sepanjang hari. Biarpun hanya benda yang remeh namun itu akan membuatkan pasangan rasa diri begitu dihargai.
Jangan tunggu sehingga berlaku sesuatu yang membuatkan kita menyesal. Waktu itu sudah terlambat untuk berpatah balik.
Perkongsian saudara Firdaus Mokhtar berkenaan hal ini wajar menjadi pengajaran buat semua pasangan supaya take note tentang pentingnya komunikasi antara suami isteri.
Berbeza dengan klien yang lain, klien kali ini mulakan sesi psikoterapi dengan soalan ke isteri saya.
“Puan dah kahwin?” Dia bertanya.
Klien ini seorang lelaki berusia 45 tahun. Seorang usahawan. Waktu sesi pertama, datang dengan badan yang agak gempal. Dalam rekod perubatan tulis 100kg juga beratnya.
Dia kematian isteri sebulan sebelum dirujuk ke hospital. Dia kerap sakit perut dan doktor diagnos sebagai gastrik. Kerap sakit kepala juga. Migrain.
2 simptom yang sebenarnya menunjukkan pesakit mengalami stress. Jadi doktor terus rujuk unit Psikologi dan kaunseling hospital. Di sini dia bertemu dengan isteri saya.
“Oh saya dah kahwin,” jawab isteri saya.
Klien tadi lantas bertanya lagi, “stress kan berkahwin?”
Isteri saya cuma jawab, “biasalah. Macam tu lah hidup rumahtangga.” Cuba memberi persamaan dengan dia. Lepas itu baru klien tadi buka cerita.
Dia dengan arwah isteri dah berkahwin selama 19 tahun. Dikurniakan 4 orang anak. Yang sulong berusia 17 tahun dan yang paling kecil berumur 10 tahun.
Selama hidup bersama arwah isteri dia tak ada rekod sakit. Pada mata dia, sihat sahaja. Cuma pada 1 malam, isteri dia meninggal dalam tidur. Esoknya baru klien tadi sedar, lepas tengok ada darah keluar daripada telinga dan hidung arwah.
Sebabkan tak ada rekod sakit, post mortem adalah 1 kemestian untuk dapatkan punca kematian.
Keputusan yang keluar adalah pembuluh darah pecah. Doktor kata salah satu sebabnya adalah stress. Sebab dia tak ada sakit lain.
Maka, klien tadi ini buntu. Dia marah dengan diri sendiri.
“Kenapa dia tak bagitahu dia stress? Kenapa saya sendiri tak nampak pun dia stress?” Ini dia ulang entah berapa kali. Menangis dia sepanjang sesi. Air mata yang tak berhenti. Sugul sungguh muka dia.
Dia salahkan diri. Rasa dia suami yang tak pandai menjaga isteri, tak ambil tahu tentang derita isteri. Sampai isteri tak cerita apa-apa dekat dia.
Dia rasa dia tak ambil peduli tentang isteri dia. Rasa isteri sihat sahaja tanpa dia tahu sebenarnya isteri sedang mengalami tekanan.
Akhirnya dia hukum diri sendiri. Tak makan langsung. Minum air sahaja. Itu pun bila dia rasa dia perlu. Tak pergi kerja, tak masuk pejabat. Perniagaan dia tinggal terus.
Yang buatkan isteri saya lebih terkesan, masa sesi kedua, 3 bulan lepas perjumpaan pertama tu, dia hadir dengan perubahan fizikal yang ketara. Berat dia cuma 60kg, hilang 40kg daripada sebelumnya.
Dan untuk sesi kedua ini dia masih lagi bercerita dengan air mata. Perasaan bersalah yang tak hilang dari benak hati dia.
Kawan-kawan sekalian;
Ini yang banyak berlaku dalam rumahtangga kita. Tiada komunikasi. Masing-masing hidup dengan sandaran tanggapan sendiri.
“Sihat je isteri aku tu. Tak ada masalah apa pun.”
“Suami aku tu ok. Balik rumah gelak, buat kelakar, layan anak-anak pun ok.”
Itu yang kita sangka. Tanpa kita sekali sekala bertanya kalau-kalau dia ada masalah yang ingin dia kongsi.
Isteri saya selalu pesan begini;
“Sesekali kita duduk, tanyalah keadaan pasangan. Tentang kerja, tentang kawan-kawan dia dan tentang kewangan dia.
Untuk para isteri pula, luahkanlah bila ada perasaan negatif. Luahkan dengan cara baik. Sekadar berkongsi untuk elakkan perasaan terpendam dan boleh jadi depresi.”
Begitulah sepatutnya. Saling berkongsi cerita. Jadi telinga untuk setiap suara daripada pasangan. Suara hati dia. Itu juga salah satu untuk kita hargai pasangan kita.
Sementara masih ada umur. Sementara dia masih lagi boleh berkata-kata. Kita berkongsilah.
Sekian.
Firdaus Mokhtar, Sendiri pun selalu tak tanya ke isteri. Allahu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penghujung bulan Oktober lepas, pasti ramai tahu beberapa orang selebriti terbabit dalam perlumbaan Ironman 2019 yang berlangsung di Langkawi. Antaranya termasuklah penyanyi dan pengacara hebat Alif Satar, bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Tidak ketinggalan Sheila Rusly dan keluarganya.
Dalam perlumbaan tersebut, Alif Satar memilih untuk menyertai kategori penuh dalam Ironman kali ini. Kejayaannya menyelesaikan cabaran-cabaran dengan merangkumi beratus kilometer betul-betul membanggakan banyak pihak.
Rata-rata mengucapkan tahniah dan memuji bapa kepada tiga orang cahaya mata ini kerana berjaya menamatkan perlumbaan dengan jayanya.
Namun, di dalam banyak-komen yang diterima, ada sesetengah netizen menitipkan pertanyaan kepada Alif berkenaan bagaimana dia dan peserta yang beragama Islam lain menunaikan solat sewaktu perlumbaan tersebut.
maaf tanya.. kalau dah lenjan 15 hours camtu, solat semua kat mana ye? dorg ada stop solat ke? maaf bertanya
tidak melatah dengan persoalan tersebut, Alif dilihat menjawab soalan tersebut dengan baik. Malah terdapat juga wakil pengajur yang turut sama memberi penjelasan.
Menerusi Instagramnya hari ini, Alif dilihat memuat naik video dia mengambil wuduk dan menunaikan solat di check point perlumbaan.
Dia juga dilihat memakai kain pelikat dan menunaikan solat bersama beberapa lagi peserta.
Hal ini bukan sahaja menjawab persoalan netizen-netizen berkenaan solat yang diajukan kepada Alif, malahan memperlihatkan bahawa penganjur juga peka terhadap para peserta yang beragama Islam.
Rata-rata rakan artis dan netizen telah meninggakan komen diruangan Instagram Alif dengan memuji penerangan Alif berkaitan solat semasa Ironman.
Penggemar makanan Western pasti suka Sos Blackpper. Baik dimakan bersama ayam atau kambing, keenakan rasanya menambahkan selera bukan?
Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri sos ini, jom admin Kongsikan resipi dari Afiy Al Habibi yang viral sehingga dikongsikan lebih k.
Sos Blackpepper Viral
Inilah resepi yang mendapat lebih seribu share di laman fb sendiri. Ramai yang komen nak petang tadi. Jadi saya panjangkan lagi perkongsian di sini. Sekali dengan cara perapan daging ikut selera sendiri.
Resepi lain yang lengkap boleh jengah di fb saya. Semoga bermanfaat.
Bahan-bahan
Bahan perapan daging ( 3 keping )
– 3 sudu besar sos lada hitam
– 3 sudu besar serbuk cheese
– 1 sudu besar sos spageti cendawan
– 3/4 lada hitam kisar
– 1/2 sudu kecil parsley flakes
* tak perlu masukkan garam. Perapan dengan serbuk cheese sudah memadai.
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan perapan dalam bekas besar.
2. Lumurkan pada kepingan daging kambing setelah dicuci bersih tanpa darah beku.
3. Perap selama 8 jam untuk hasil yang terbaik.
* Untuk perap semalaman masukkan dalam peti suhu biasa.
Resepi Sos BlackPepper Viral
Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api sederhana kecil sahaja.
Masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik hingga naik bau.
Masukkan 1 tin sos spageti keju.
Pilih yang tin kuning seperti dalam gambar.
Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak
silap).
Tambahkan air suam 1 tin.
*konsistensi kuah tak terlalu cair atau ketara pekat.
Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis.
* jangan guna kicap masin
Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar.
Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula ( boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat)
Kacau sebati.
Tutup api setelah cukup semua rasa.
Siap.
Boleh follow facebook Afy AL Habibi untuk resepi lain yang lengkap lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.