Perkahwinan adalah permulaan kepada rumah tangga. Ia adalah permulaan kepada suatu perjalanan kehidupan yang baru. Suami dan isteri berkongsi sebuah kehidupan dalam membentuk keluarga yang harmoni.

Dalam tempoh itu menuju bahagia, sebenarnya pasangan akan mengharungi hidup onak duri dalam rumah tangga.

Begitu juga apabila kelahiran cahayamata, tentunya ia lebih mencabar termasuk sumber kewangan.

Sudah pasti, pasngan suami isteri akan memastikan ekonomi keluarga stabil agar anak-anak dapat membesar cukup keperluan.

Begitulah cabaran yang dilalui oleh pasangan ini yang berkongsi suka duka kehidupan kira-kira 10 tahun yang lalu.

Menerusi perkongsiannya di facebook, saudara Akhtar Syamir kehidupannya dulu fokus kepada keperluan yang utama sahaja sehingga alpa untuk membahagiakan isteri.

Sehinggalah suatu hari, teguran rakannya memberi kesedaran kepada dirinya untuk berubah menjadi lebih baik terutama untuk mengembirakan hati isterinya.

Mula menyusun strategi untuk memantapkan ekonomi, hasilnya selepas 10 tahun pasangan ini menjalani kehidupan yang lebih sempurna.

IKLAN

Seterusnya ikuti perkongsian beliau. Moga ia menjadi motivasi buat pasangan suami isteri lain.

10 tahun yang ‘struggle’ 

Kami simpan gambar ni dah lama. Gambar ni selalu kami tengok dan gelak bersama-sama. Memang kelakar dan dalam masa yang sama sangat menginsafkan.
Gambar ini menjadi bukti kepada usaha kami untuk berubah ke arah yang lebih baik. Bukan hanya dari segi fizikal, tetapi dari segi emosi juga.

Isteri Asyik Pakai Baju Dan Tudung Sama, Teguran Deep Kawan, Buat Suami Ini Ubah Sikap.

IKLAN

Benar, kami struggle dahulu.

Langsung tak peduli pasal penampilan diri. Fokus kepada minggu depan nak makan apa, pampers cukup ke tidak, pakaian pun tak bertukar. Pakai yang sama je. Nak beli rasa macam membazir sangat.

Sedihnya bila tengok isteri pakai baju dan tudung yang sama je. Saya pun sama. Sampai kawan saya pun ada tegur “ko ni takde baju lain ke?”

Sampai satu tahap kami sedar yang kami nak berubah ke arah yang lebih baik. Saya mula fokus kepada mencari rezeki, isteri fokus kepada memudahkan urusan saya mencari rezeki dan dalam masa yang sama, kami sangat mengambil berat tentang kegembiraan dan emosi kami. Ini benda penting yang kami tertinggal sebelum ini.

Fokus bahagiakan isteri, rezeki makin bertambah

IKLAN

Isteri Asyik Pakai Baju Dan Tudung Sama, Teguran Deep Kawan, Buat Suami Ini Ubah Sikap.

Fokus saya untuk sentiasa gembirakan dia. Fokus dia, untuk sentiasa menggembirakan saya. Saya sentiasa utamakan hati dan perasaan isteri. Sebab saya tahu, apabila dia gembira, dia pasti akan menggembirakan semua. 

Kami jadi lebih rapat, kami lebih bertolak ansur. Kami sentiasa berkomunikasi. Jika ada masalah, kami terus selesaikan. Siapa betul dan siapa salah bukan lagi keutamaan. Kami sedar, bukan hanya perlukan duit semata untuk gembira.

Menggembirakan pasangan juga boleh membawa ke arah rezeki yang lebih baik.

Sejak dari itu, semuanya menjadi lebih mudah dan dipermudahkan. Alhamdulillah rezeki kami semakin bertambah. Yang dahulunya hanya jadi angan-angan dan gurauan sewaktu sebelum melelapkan mata, mula menjadi kenyataan.

Syukur Alhamdulillah. Rezeki ramai orang ada dalam rezeki kami. Tanpa apa yang kami lalui, tanpa bantuan ramai orang secara sedar atau tidak sedar, besar kemungkinan kami takkan sampai ke tahap ini.

Terima kasih atas challenge ini. Jika anda sedang melalui proses yang perit itu, kekal positif. Ada sinar di hujung jalan nanti. Gembirakan seramai mungkin orang yang boleh. Mulakan dengan yang paling dekat dengan kita. Pasangan, ibu bapa dan anak-anak. Insya-Allah berkat doa semua, pasti akan dapat membantu. Yang penting, jaga hubungan dengan Allah.

Sumber: Akhtar Syamir

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI