Isteri kepada Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Datin Dr Halina Mohd Yunos sememangnya seorang wanita dan ibu yang penuh inspirasi.
Ibu kepada enam orang cahaya mata termasuk dua pasang anak kembar ini benar-benar wanita bertuah dalam perjalanannya mengandung, melahir, menyusu dan membesarkan anak-anak kerana mendapat sokongan dan bantuan penuh daripada suami tercinta.
Jika bercakap bab penyusuan, sememangnya Dr Halina boleh dijadikan inspirasi oleh semua ibu dan bakal ibu yang mahu memberikan susu ibu kepada bayi mereka.
Dengan kerjaya sebagai seorang doktor yang sentiasa sibuk, Dr Halina mampu menyusu dan mengepam susu untuk anak-anaknya sejak dahulu lagi.
Terkini dia masih dalam perjalanan penyusuan sepasang anak kembarnya Emilia dan Eusof yang berusia 16 bulan.
Dr Halina pernah berkongsi gambar pam payu dara yang digunakan untuk mengepam susu buat si kembar dalam laman Instagramnya berikutan keputusan yang dibuat untuk berhenti mengepam susu sebagai stok untuk si kembar yang semakin membesar.
Dalam kapsyennya, Dr Halina mengucapkan selamat tinggal kepada pam yang telah banyak berjasa kepadanya sepanjang perjalanan indah penyusuan tersebut.
Dalam mood sebak, beliau rasa berbaloi segala kegigihannya berjaga malam dan mencuri masa mengepam di antara waktu sedang melayan pesakit.
Ads
Ia adalah perjalanan penyusuan dan mengepam yang indah untuk saya. Mengucapkan selamat tinggal kepada pam saya ala Marie Kondo. Saya sebak sedikit. Semua kerja keras, berjaga lewat malam, menyelinap untuk mengepam di antara waktu melayan pesakit.
Ia tidak mudah tetapi ia berbaloi.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penyusuan susu ibu, anda boleh menulis di ruangan komen. Saya akan akan cuba menjawab semampu saya. Saya pasti kebanyakan anda berpengalaman sebagai ibu menyusu, boleh kongsi perjalanan anda juga…
Kepada semua mama di luar sana..kita boleh lakukan ini!
Jawab Soalan Penyusuan
Mengotakan janjinya, Dr Halina menjawab pelbagai pertanyaan berkenaan pengalamannya menyusukan anak kembar daripada para pengikut Instagramnya.
Berikut antara pelbagai soalan berkenaan pengalaman Dr Halina menyusukan anak-anak kembarnya yang ditanya oleh para pengikutnya.
Ads
Rutin Susukan Kembar
Dr if you dont mind to share your breastfeed routine for twins. You do tandem or by turn or both.
Dr Halina: I uses to tandem feed masa diorg kecik sbb ringan. At one point, I stop tandem feeding sbb diorg tak berapa cekap nak balance diri sendiri and I tak kuat nak handle both. Now back to tandem coz diorg dah pandai masuk dlm baju I and I tak sampai hati nak tolak
Macam Mana Nak Simpan Stok Susu?
Dr, saya tgh cuti, so i DF all the time.. bila try pump, memang sikit sgt keluar, buat bertambah stress.. tp saya nak simpan stok Susu, macam mana ye?
Dr Halina: stress is milk killer. Trust me. Lagi kita stress, lagi susu tanak keluar. Drink a lot of water, eat healthy food,. Pump whenever baby tak susu ie at night kalau baby tak bgn
Ads
Tip Banyakkan Susu Badan
Macam mana dr make sure susu sentiasa banyak?. Baby saya baru 3 bulan. Saya rasa macam cukup2 je untuk baby. Langsung tak pump.
Dr Halina: I don’t need to say much, all comments here is true. Must have demand to create supply. Give your body 1-2 days to adapt. Nanti Susu akan makin byk. Eat healthy food, drink lots of water.. Avoid stress (hahahaha) don’t ask me how..
Persiapan Ibu Pertama Kali
Dr pls bagi tips n preparation for 1st mom nk bf baby..
Dr Halina: read book to understand the concept of breastfeedibg. Paling penting you kena faham konsep supply and demand. And dobt be afraid, kita and baby kita sama2 belajar. Dont giveup.
Semoga penjelasan dan perkongsian pengalaman dan tip daripada Dr Halina boleh dijadikan panduan dan inspirasi kepada ibu-ibu lain di luar sana untuk memberikan yang terbaik kepada anak.
Kunci utama jika ingin berjaya dalam penyusuan adalah jangan stres!
Sumber: Instagram Dr Halina
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jarang kedengaran berita mengenai pelawak terkenal suatu ketika dahulu Ar Badul. Perkongsian pelakon ini di dalam satu program Di Balik Tawa anjuran Astro meningkap kisah pembabitan awal perjalanan seninya.
Sebak bila mendengar kisah beliau ditinggalkan dengan ibu angkat kerana ayahnya terpaksa bekerja.
“Nama saya Armaya Bin Aman Ramli. Dilahirkan di Singapura dan dibesarkan di Johor. Kemudian saya ditinggalkan pada ibu angkat memandangkan bapa saya sibuk membawa rombongan Sandiwara dari satu tempat ke satu tempat.
Waktu di Johor, saya hidup seperti orang biasa di kampung. Malah, semua kerja kampung saya boleh lakukan. Saya cuma jumpa bapak saya 2-3 tahun sekali. Biasalah bila bapak datang dia dari bandar dan kita di kampung. Jadi bila dia nak balik ke bandar, pelbagai helah dia lakukan. Supaya saya tak ikut kerana bapak nak saya terus belajar.
Yang sedih waktu nk ditinggalkan bapak, dia saja buat tak tahu dan pergi. Saya menangis dan meraung sampai merangkak. Sampai satu tahap saya sapu bekas tayar dan cium. Begitulah rindunya Kita pada bapa kita.
Menurut Ar Badul, beliau dahulu dikenali dengan panggilan Badul di Parit Jawa. Tak banyak yang tahu nama sebenarnya adalah Armaya.
“Kami selalu pindah menumpang sana sini, sampai saya dapat hubungi ayah dan di bawa ke Kuala Lumpur. Di sana saya bersama dengan mak tiri yang garang dan keluarga pun tak senang. Jadi saya ambil keputusan ikut rombongan Kasuma Booty. Waktu tu saya menari dan belajar main muzik. Waktu itu pentas Sandiwara dan kami pergi satu tempat ke satu tempat. Saya pun waktu tu tak sekolah dah.
“Sampai kami dapat tawaran dari Felda buat persembahan. Ketika itu saya menari dan mereka cakap ayah saya je pelakon, tak semestinya kuah tumpah ke nasi. Memang betul kerana ayah pun tak pernah ajar untuk berlawak. Jadi saya merangkak satu persatu sehingga masuk dalam bakat tv bersama arwah R Jaafar.
Selepas itu saya dapat tawaran berlakon dan filem pertama adalah Si badul dan 9 bulan shooting. Ia di anggap filem ‘Hampas’ tapi box office, daripada situ saya dapat tawaran berlakon. Kemudian saya jadi pengarah dan filem pertama Pagar-Pagar Cinta Bersama Liza Abdullah,” ujar Ar Badul yang mendapat pelbagai anugerah termasuklah filem terbaik, pengarah terbaik, pelakon kanak-kanak terbaik dan pelakon komedi terbaik.
Walaupun ada pelakon dan pelawak cakap susah nak hidup, namun kenyataan tersebut dibantah oleh Ar Badul. Menurutnya seorang anak seni hidup di negara kita ini tak susah asalkan benar-benar berbakat dan ada komersil memang tak ada susah.
“Kalau ada yang nak jadi pelawak setakat 1-2 hari esok dah tua dan meninggal. Kemudian ada cakap tengok pelawak, pelakon atau penyanyi tu nak tanam pun tak ada duit. Itu sudah salah persepsi sebaliknya kena tengok siapa diri kita.
“Untuk beri gelaran artis baik pelakon, pelawak dan sebagainya kena tengok kredabiliti dan latar belakang yang penuh dan jangan hanya setakat pelakon sampingan.
“Sebagai artis saya hidup tak susah, cuma tak kaya raya. Malah waktu zaman saya ramai cakap saya kaki perempun, enjoy kerana saya pelakon,. Tetapi mereka tak tahu ada perempuan ludah saya. Jadi, hidup ini kena bayangkan yang manis, walaupun dalaman, kejadian atau masalah dalam diri kita ini pahit.
Tentu ramai antara ibu-ibu memilih untuk menggunakan seterika wap di rumah bagi memudahkan kerja-kerja menggosok baju.
Ini memandangkan penggunaan seterika wap ini dikatakan terbaik untuk menghilangkan kedutan pakaian dengan lebih pantas dan sekali gus menjimatkan masa.
Bahkan bila menggunakan seterika wap ini kita tidak akan risau pakaian melekat atau rosak terbakar akibat terlalu panas sepertimana yang kerap terjadi jika menggunakan seterika selain jenis ini.
Pun begitu, seterika wap ini bila beberapa tahun digunakan akan menyebabkan tangki air bertukar kekuningan dan hingga menyebabkan air jadi berlumut dan berkeladak. Hal ini terjadi kerana tidak dilakukan rutin untuk pembersihan tangki tersebut.
Mungkin masih ada yang belum tahu, bahawa tangki air tersebut sebenarnya boleh dibersihkan seperti nampak baharu dibeli dengan cara yang cukup mudah.
Ini sepertimana video yang dikongsikan di facebook Repair Iron Bangi.
Cara Cuci Tangki Air Seterika Wap
Langkah 1 : Tanggalkan tank drop daripada tapak tangki tersebut supaya kerja kita lebih mudah dilakukan kerana dibawah itu mempunyai litar elektrik untuk mengelakkan daripada terkena air ketika proses mencuci ini dijalankan.
Langkah 2: Kemudian tutup saluran air yang terletak di bawah tapak tangki itu supaya proses mencuci dan membersihkan tangki seterika dapat dilakukan.
Langkah 3 : Kemudian masukkan bahan khusus pencuci tangki.
Langkah 4: Biarkan selama 1 jam.
Langklah 6 : Kemudian keluarkan semua air di dalam tangki.
Langkah 6 : Kemudian bilas tangki tersebut dengan air panas supaya segala kotoran di dalam tangki tersebut dapat dikeluarkan sepenuhnya sehingga bersih. Akhir sekali pasang kembali tapak tangki tersebut dan boleh menggunakannya.
Untuk lebih jelas lagi anda boleh lihat video yang dikongsikan ini dan bolehlah anda buat sendiri selepas ini dan hasilnya pasti anda puas hati. Nampak putih bersih macam baru beli.
Apa yang biasa kita dengar, jika seseorang itu membeli rumah untuk tujuan disewakan pasti matlamatnya ingin menjana pulangan wang daripada sewaan tersebut.
Namun berbeza sekali kisah yang ingin dikongsikan ini, rupanya masih ada keluarga yang baik hati dan pemurah, tidak melihat wang semata-mata.
Bahkan aset rumah yang dijadikan rumah sewa itu bukan sahaja menjadi aset bernilai di dunia malah memberi pulangan hebat di akhirat juga.
Ini kisahnya semoga terinspirasi.
Penyewa ini dihalau keluar rumah sewaktu PKP. Beliau ibu tunggal membesarkan 4 anak bersamanya.
Beliau diuji dengan kesihatan bila mengalami stroke sebelum PKP.
Waktu PKP anaknya tidak berpeluang bekerja dan mereka langsung tiada pendapatan.
Mereka diminta keluar dari rumah sewa yang waktu itu disewa pada kadar RM1200.
Khabar ini tersebar dikalangan ‘geng masjid’. Kebetulan isteri saya ada sebuah rumah sewa kosong.
Mereka menumpang di sini.
Mereka mula ushakan tanaman walau tanah depan rumah sekangkang kera.
Mereka bersihkan dan cantikkan laman rumah.
Kawan kawan,
Ini rumah sewa suri hidup saya. Rumah ini sebenarnya dah beberapa kali di bantu tempat tempatkan pelajar practikal disini dan ibu tunggal didera bekas suami.
Malah kediaman ini juga pernah terbakar bahagian dapur akibat kecuaian pelajar practikal.
Rumah ini lengkap dengan semua kemudahan. Malah ada tv flat screen untuk penghuninya.
Waktu beli rumah ini dari pasaran lelong harganya cuma RM35,000 sahaja.
Hari ini, rumah ini berbakti lagi tumpangkan ibu tunggal ini pula. Mereka jaga, malah muka bercucuk tanam dihalaman rumah kita.
Rumah ini tiada Return of investment (ROI) didunia rasanya.
Kebaikan itu buat saya pandang isteri saya makin jelita. Saya dah tahu, ini antara sebab saya jatuh hati dengan dia.
Dalam buku hartanah, kita hanya diceritakan mencari penyewa dari syurga. Hingga kita lupa bahawa kita juga boleh jadi tuan rumah yang cintakan syurga.
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.