Tak dinafikan, pasaraya Mydin dilihat lebih popular dan mempunyai pengaruh yang tinggi berbanding lain. Mungkin kerana harga barangannya jauh lebih murah berbanding lain serta banyak cawangan yang boleh didapati di seluruh Malaysia membuatkan masyarakat selesa berbelanja di situ.

Terpalit dengan isu bersama seorang penyanyi rap baru-baru ini, mungkin membuatkan seorang doktor berkongsi kisah pesakitnya dengan Mydin.

Menurut doktor tersebut yang merupakan doktor perubatan rehabilitasi,

Ketika saya masih berkhidmat di hospital dulu, saya selalu tulis surat. Hampir setiap minggu saya tulis surat permohonan kerja bagi pihak pesakit saya. Itu memang antara skop kerja saya.

Saya ingat lagi ada satu surat yang saya tulis kepada salah satu cawangan MYDIN Malaysia, memohon mereka pertimbangkan mengambil seorang pesakit serebral palsi sebagai pekerja mereka.

Pesakit saya tu ada kekurangan upaya fizikal dan kognitif. Pergerakannya memang jelas nampak bermasalah. Berjalan tidak sempurna. Kawalan jari jemari pun tak baik.

Mydin balas surat saya, dan kami berjumpa untuk penerangan lanjut. Beriya-iya saya buat jelaskan kenapa pesakit saya perlu bekerja.

Bekerja adalah punca pendapatan. Bekerja adalah satu bentuk terapi. Bekerja adalah ibadah. Ia memberi sebab dan matlamat kepada kehidupan.

Tak lama selepas itu, pesakit saya dipanggil untuk sesi temuduga. Saya punyalah bimbang, macam saya punya yang akan ditemuduga.

Dipendekkan cerita, pesakit saya telah menerima tawaran bekerja dengan Mydin.

Pada orang lain, mungkin ia berita yang biasa sahaja. Namun untuk pesakit saya dan emaknya ia berita yang membanggakan. Bukan mudah untuk warga kurang upaya untuk mendapat pekerjaan.

Minggu pertama pesakit saya tu bekerja, saya pergi ke Mydin tempat dia bekerja. Saya cari-cari dia tak jumpa. Akhirnya saya bertanya kepada petugas Mydin dan saya ditunjukkan di mana pesakit saya ditugaskan.

Dia ditugaskan di lorong peralatan berkaitan ibadah, seperti kopiah, telekung, sejadah dan sebagainya. Dari jauh saya nampak pesakit saya sedang melipat sejadah. Terketar-ketar tangan dia. Lambat kerjanya.

Risau saya masih belum hilang. Saya risau bila dia kerja dalam keadaan begitu, adakah majikan dan rakan sekerja akan memandang rendah padanya. Berapa lama dia boleh bertahan di sini.

Saya mahu dia bekerja. Pekerjaan adalah punca pendapatan. Pekerjaan adalah satu bentuk terapi fizikal dan kognitif. Pekerjaan juga adalah salah satu jenis ibadah.

Saya menyapa pesakit saya, kami berborak seketika dan tak lama selepas itu kami disertai oleh penyelia pekerja. Penyelia kata Mydin akan pastikan pesakit saya berasa selesa kerja bersama mereka.

Alhamdulillah, setahu saya sehingga hari ini, dah 5 tahun dan pesakit saya masih bekerja di Mydin berkenaan. Sekali sekala saya melawat pesakit saya di sana, nampak ada pekerja OKU lain juga.

Ini suatu yang kita semua kena sokong.

Selain Mydin ada beberapa syarikat yang menerima pekerja OKU(dengan kekurangan upaya ketara), tapi itu lain kalilah saya ceritakan. Hari ini saya cerita tentang Mydin dan pesakit saya, Muhammad Agus.

Di bawah ni, ada Agus bergambar dengan Datuk Wira Ameer Ali Mydin.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Perubatan Rehabilitasi
“Perkongsian Doktor ini Mengenai Pengalaman Pesakitnya dan Mydin Buat Ramai  Kagum”

“Perkongsian Doktor ini Mengenai Pengalaman Pesakitnya dan Mydin Buat Ramai  Kagum”

“Perkongsian Doktor ini Mengenai Pengalaman Pesakitnya dan Mydin Buat Ramai  Kagum”

“Perkongsian Doktor ini Mengenai Pengalaman Pesakitnya dan Mydin Buat Ramai  Kagum”

Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan

Mesti Baca :

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Perkongsian Doktor ini Mengenai Pengalaman Pesakitnya dan Mydin Buat Ramai  Kagum”

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI