Selebriti yang juga usahawan berjaya, Neelofa mengamalkan 4 perkara ini sebagai rutin sebelum melelapkan mata. Akui nya, rutin tersebut dilakukan kerana bimbang diri tidak bangun semula dari tidur keesokan hari.
Perkara itu pernah dikongsikan Neelofa Menerusi Instagram @kasihneelofa penghujung tahun yang lalu.
“Empat perkara penting ini boleh kita lakukan mulai hari ini. Jadikan habit dan sebagai rutin.
“Andai diberi kesempatan bangun semula pagi esoknya, maka kita bersyukur.
“Andai dah tak bangun, sekurang-kurangnya kita sudah langsaikan segala sebelumnya. Mulai hari ini, okey, 1 Disember. Bismillah.”
Ads
Berikut adalah 4 perkara yang akan dibuat oleh Neelofa sebelum tidur:
1-Selesaikan yang wajib (solat isyak).
2-Selesaikan semua konflik dengan manusia lain. Kalau tak boleh selesai, maafkan.
3-Ambil masa bercakap dengan Allah. Duduk seorang diri dan cakap apa yang kita lalui, Apa kita jumpa hari itu dan apa kita harapkan kebaikannya. Hanya bercakap sahaja.
Ads
Contoh: “ Ya Allah, hari ini aku berjumpa dengan seorang ini Ya Allah, baiknya dia, banyak dapat belajar daripadanya, lindungi dia Ya Allah.
4-Selesaikan semua urusan besar. Tulislah pesanan atau wasiat bimbang-bimbang kita dah tak bangun esok hari.
Orang selalu cakap, ramadhan datang setahun sekali, usah dipersiakan. Tambahkan pahala berganda dengan melakukan solat terawih dan sebagainya.
Namun bukan semua yang mampu berbuat demikian… Dek kekangan tugas dan tanggung jawab yang harus menjadi keutamaan. Demikian luahan DR Kamarul Ariffin Nor Sadan cukup menyentuh hati.
Lepas berbuka tempoh hari, klinik aku kena serbu dengan pesakit. Ramai bukan main. Terpaksa lihat pesakit laju sedikit sebab ramai yang masih menunggu.
Aku dah mula serabut, mula kurang sabar, dan mula mengeluh.
“Kenapalah aku kena kerja? Di waktu begini, orang lain semua di masjid, tenang-tenang solat tarawih. Aku pula berhempas pulas di sini.” detik hati aku.
Beberapa tahun kebelakangan ni aku dah mula rasa terlepas nikmat Ramadan. Jarang-jaranglah dapat tunai solat tarawih berjemaah, sebab aku kena berkerja.
“Panggil next patient,” kata aku pada pembantu klinik.
Pembantu klinik pun panggil, dan masuk seorang ibu dengan anaknya yang berusia 7 tahun. Si ibu mengadu anaknya demam, aku periksa.
“Doktor, dulu doktor pernah kerja HSI eh?” soal si ibu semasa aku tengah periksa tekak anak dia.
“A’ah. Dulu saya pernah kerja sana. Mana puan tahu?” balas aku.
Terkebil-kebil si ibu tu memandang aku.
“Kenapa, puan?” tanya aku.
“Doktor tak ingat saya eh?”
Aku pula terkebil-kebil jadinya.
“Doktor, anak saya ni, masa dia lahir, doktor yang azankan. Ingat tak?” katanya sambil mengusap kepala anaknya.
Bila dia cakap begitu, terus rasa macam aku mengembara semula ke tahun 2012. Ramadan tahun tu aku bertugas di Jabatan Obsteterik dan Gineakologi.
“Doktor, patient doktor dah nak terberanak tu!” kata jururawat pada aku yang baru selesai berbuka di pantri.
Melompat aku dari kerusi, cuci tangan dan lari pergi dewan bersalin. Sampai-sampai, tengok bahagian atas kepala bayi dah tertonjol di bukaan pangkal rahim.
Masa aku buat persediaan nak sambut kelahiran tu, hati aku dah tak sedap. Rasa berdebar lain macam. Namun, tak sampai 2 minit lepas tu bayi pun lahir dengan jayanya. Alhamdulillah!
Selepas aku potong tali pusat bayi, aku letak bayi dalam dakapan ibunya. Bukan main senyum lagi si ibu. Memancar kegembiraan di wajah dia, tapi tiba-tiba anak mata si ibu memandang siling.
“Doktor… saya rasa peninglah”
“Dah inject Synto?” tanya aku pada jururawat yang bantu aku.
“Dah, doktor!”
Syntocinon ni ubat kecutkan rahim. Biasanya kami suntik pada ibu sebaik sahaja bayi dilahirkan untuk elakkan pendarahan yang banyak.
“Doktor, bleeding banyak ni,” kata jururawat.
Tekanan darah masih OK, tapi denyut nadinya dah laju, tanda-tanda kehilangan darah yang signifikan.
Kami terus ambil bayi dari dakapan si ibu, dan terus uruskan pendarahan. Infusi dimulakan.Uri dipisahkan dengan segera. Darah masih tumpah.
Kami teruskan dengan urutan rahim dan mulakan infusi syntocinon. Air dimasukkan dalam vena. Beberapa orang lagi doktor datang bantu.
Memang haru biru dalam bilik dewan bedah tu. Darah di mana-mana: pada sarung tangan, pada apron, atas katil, di lantai, malah juga atas kasut aku.
Ada 3 orang doktor, dan 2 orang jururawat tengah bertungkus-lumus pastikan pendarahan terkawal dan keadaan pesakit stabil.
“Puan, angkat sikit punggung!”
“Puan, suami mana?”
“Puan, nama siapa?”
“Puan, OK tak?”
Dalam keadaan tu, kami perlu berkomunikasi, tapi kerana keadaan genting dan mendebarkan, suara kami agak tinggi. Jadi bila beri arahan atau menyoal pesakit, kadang-kadang kedengaran seperti marah.
Setelah berperang dengan situasi getir tu, akhirnya pendarahan berjaya diberhentikan. Keadaan pesakit pun beransur-ansur stabil. Akhirnya hanya tinggal saya dan seorang jururawat menemani pesakit di bilik dewan bersalin tu.
“Doktor…” sapa pesakit dengan suara yang lemah. Mukanya kelihatan sangat lesu. Mata dia kuyu.
“Ya, puan.”
“Anak saya OK tak?”
“Alhamdulillah OK. Dia ada di warmer.”
“Boleh tolong saya, tak?” soal wanita yang kini telah rasmi bergelar ibu itu.
“InsyaAllah, boleh.”
“Tolong azankan… anak saya.”
Kali pertama pesakit suruh aku azankan bayi dia yang baru lahir. Biasanya bapa bayi yang azan atau iqamah sendiri.
“Suami saya… on the way. Dari Perak. Polis. Bertugas. Doktor azankan dulu, ya.” katanya dengan ayat yang pendek-pendek. Barangkali terlalu penat.
Tak sempat tanya, pesakit tu dah jawab persoalan aku. Aku hanya senyum dan angguk tanda bersetuju. Sejujurnya, itu kali pertama aku azankan bayi yang baru lahir.
Semenjak hari tu, dah entah berapa ramai bayi yang aku azankan atau iqamahkan. Semua pasangan muslim, bayinya aku akan azankan jika pasangan beri kebenaran.
Memori itu terus melenyapkan keluhan aku yang tadi. Mungkin aku tak dapat tunaikan ibadah khusus Ramadan seperti tarawih, tapi aku diberi peluang tunaikan ibadah yang orang lain tak berpeluang tunaikan.
Jadi, apa yang nak dikeluhkan?
“Terima kasih, doktor,” ujar suami merangkap kepada bapa kepada budak tadi.
“Semoga anak Tuan jadi orang hebat !” balas aku.
“Macam doktor” balas dia.
Entah kenapa saya jadi emosional. Bahang je rasa dada. Bahang yang mententeramkan jiwa. Nasib baik tak nangis. Jika tidak, malu ternampak dek brader polis tu.
Apapun, di bulan Ramadan ni, marilah kita jadi seproduktif, jika tak mampu jadi lebih produktif dari bulan-bulan yang lain.
Kerja itu juga ibadah. Kita tunailah seperti mana kita tunaikan ibadah-ibadah lain. Dengan keikhlasan dan dengan sepenuh hati.
Ada hari-hari yang membuatkan metabolisme tubuh anda bermasalah. Disebabkan itu anda harus menghentikan beberapa kebiasaan yang menjadikan metabolisme anda menjadi lebih baik untuk badan ideal dan mendapatkan tenaga.
Salah satu cara mengubahnya adalah dengan membakar lemak secara efektif selain daripada berhenti mengambil minuman dan makanan yang tinggi gula serta lemak.
Lebihkan pada pengambilan sarapan yang sihat serta berserat yang dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan yang mencegah obesiti.
Dipetik dari portal Boldsky, berikut adalah merupakan kebiasaan di pagi hari yang seharusnya dihindari jika anda mahu pastikan kadar metabolisme anda berjalan dengan normal. Ayuh ibu- ibu, check semula apa kebiasaan anda di pagi hari, mana tahu ada terselit di dalamnya!
1. Kurang Tidur
Ini boleh menjadi masalah yang serius kepada anda kerana ia boleh menyebabkan kalori susah dibakar dan mungkin juga kadar kolestrol anda meningkat.
2. Tidak Minum Air Putih Setelah Bangun
Ramai di antara kita yang memilih kopi sebagai minuman di pagi hari. Sebenarnya kopi bukanlah pilihan yang baik diambil setelah bangun tidur. Anda perlu minum air putih setidaknya dua gelas air setelah bangun tidur dan ini dianggap baik untuk meningkatkan metabolism anda.
3. Minum Kopi Pada Waktu Yang Salah
Tengahari dan petang merupakan waktu terbaik untuk minum kerana waktu ini hormon kortisol berada pada tingkat yang rendah. Jika anda meminum kopi pada siang hari, itu akan merosakan metabolisme anda.
4. Minum Smoothie ketika sarapan
Minum smoothie ketika sarapan memberi kesan buruk untuk metabolism anda kerapa minuman ini mengandungi aiskrim, sirap, buah dan gula.
5. Jarang Mengambil Makanan Berprotein
Protein harus menjadi sebahagian dari makanan anda, terutama pada saat sarapan pagi. Sebab protein dapat membantu membakar kalori. Anda wajib menambahkan makanan kaya protein pada ketika anda sarapan.
6. Memakan Karbohidrat Yang Dimodifikasi
Memakan roti tawar pastinya bukan makanan yang sesuai untuk anda kerana ia tidak mengenyangkan. Oleh karena itu, anda dinasihatkan untuk memakan roti gandum agar anda dapat merasa kenyang sekaligus mempercepat metabolisma anda.
7. Makan terlambat
Sering makan terlambat atau tidak tepat pada waktunya akan menyebabkan kadar metabolisma terganggu. Maka dari itu, dianjurkan untuk sarapan pagi minimal 2-3 jam setelah anda bangun tidur.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada yang lebih membahagiakan seorang suami bila mana mendapat tahu isteri sedang hamil dan bakal menimang cahaya mata. Lebih-lebih lagi, cahaya mata itu cukup dinantikan.
Demikian juga dengan penyampai radio Issey yang berkongsi kegembiraan pertama kali berpeluang melihat bayi mereka ketika membawa isterinya membuat imbasan untuk mengetahui tahap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
“Semalam masa buat review untuk satu produk ni. Aku termenung lama dekat kabinet ni. Mengenangkan kuasa Allah swt. Subhanallah. Sesungguhnya kau maha agung Ya Allah.
“Mungkin ni pengalaman pertama issey. Alhamdulillah. Semalam pergi scan. Dapat tengok sendiri baby sihat, bergerak.
“Baru aku tahu excited dia macam mana bila nak menjadi seorang ayah ni. Doakan yang terbaik untuk kami semua.
Sebelum ini, pemilik nama Fazlisham Mat Hussin itu meluahkan bahawa dia sengaja menyembunyikan perkhabaran gembira tersebut kepada umum sehingga tiba waktu yang sesuai..
“Alhamdulillah, empat bulan sudah. Cuma kami mengambil keputusan tak nak beritahu awal-awal, apabila kandungan dah betul kuat, baharu kami sedia nak umumkan.
“Apabila dapat tahu isteri mengandung, sudah pasti saya paling teruja. Walaupun ini merupakan anak keempat bagi isteri saya, dia pun turut teruja sama sebab ini merupakan anak pertama kami.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.