Tip penjagaan kulit wajah agar terlihat bersih, cantik dan berseri mungkin ramai beranggapan perlu menggunakan produk-produk hebat dan ternama. Namun tidak dapat dinafikan, dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada di dapur juga menunjukkan kesan yang hebat pada kulit wajah.
Ini sebagaimana jika mengamalkan cuka epal seperti perkongsian daripada DiaNa Said ini dengan menghasilkan sendiri toner menggunakan cuka epal ini. Jom fahami lebih detail cara dan kaedah penyediaannya.
DIY TONER APPLE CIDER VINEGAR
Sebut Tentang Apple Cider Vineger (acv) ni mesti ramai confius kan. Orang kita sebut cuka apple la. Siapa amalkan acv kat rumah dia?
Dari dulu lagi acv ni jadi bahan utama kat rumah untuk tujuan kecantikan. Acv ni kalau minum perit sangat rasa dia kat tekak sebab tu nak cepat kurus jangan bantai minum sesudu pulak.
Hari ni kita nak buat toner acv untuk mencantikkan kulit kita. Kombinasi air suam dengan acv ni boleh kurangkan kulit berminyak, kecutkan jerawat, buang black/white head dan kekalkan kelembapan kulit muka.
3 Item wajib ada:
1 sudu ACV
1 sudu Air Suam
1 kapas muka.
Cara cara
1) Ambil satu mangkuk kaca masukkan 1 sudu acv
2) Masukkan 1 sudu air suam dan kacau
Ads
3) Ambil kapas muka basahkan dengan acv tadi dan sapu pada muka seperti guna toner.
Senang amatkan. Lakukan setiap hari untuk dapatkan kulit muka yang cantik. Selamat mencuba.
Begitu juga menurut perkongsian daripada Fyza Shah, cuka epal ini mempunyai banyak manfaatnya untuk kulit wajah. Nak tahu lanjut, jom semak.
5 MANFAAT HEBAT CUKA EPAL PADA KULIT WAJAH
1. Sebagai toner wajah. Toner penting untuk imbangkan tahap ph kulit kita. Kalau tak seimbang, jerawat senang nak naik. Kulit kita ni sedikit berasid, untuk halang kuman dari membiak.
Ads
So sepadan dengan kandungan cuka epal yang ada beta karotena dan berasid, bagus untuk seimbangkan balik ph kulit muka. Sekali gus dapat matikan kuman jerawat. Korang yang ada masalah jerawat boleh cuba buat cuka epal sebagai toner.
2. Mengurangkan masalah minyak di muka Jerawat dan kulit berminyak sangat berkait rapat. Untuk elak jerawat suka bertandang, kulit wajibulghunnah bebas minyak yang berlebihan. Guna kapas muka lepas tu sapu je kat seluruh wajah.
Kemudian, baru bilas dengan air. Rajin amal camni, korang akan rasa minyak setangki kat muka makin kurang. Opkoz lah pakej jerawat sekali angkat kaki.
3. Menghilangkan garis kedutan Jangan tak tau yang cuka epal ni mampu buat kulit muka kembali muda. Mana taknya, garis kedutan pon boleh hilang tau.
Tak payah dah nak spend duit beratus ratus untuk kesan awet muda. Asalkan korang rajin je sapu cuka epal kat muka. Guna kapas, pastu bilas macam biasa dengan air
Ads
4. Hilangkan racun di wajah Kenkadang kita tak sedar ada racun yang terperangkap kat dalam kulit kita. Bila dibiar lebih lama, tu yang kulit pon tetiba meletuskan jerawat batu nanah semua tu. Sedangkan kita tak pernah amik tau yang kulit kita rupanya penuh ngan racun.
Untuk korang yang pernah salah produk ker, pernah terjebak dengan produk berkimia tinggi, kuat bermekap, haaa ni la solution nye.
Detoks kulit korang dengan cuka epal. Buat secra mingguan je. Nak campur dengan masker lumpur pon bagus jugak. Amal selalu kulit bersih dan muda.
5. Kurangkan bintik penuaan – jeragat Jeragat ni isu kulit paling susah nak selesaikan. Ada yang guna laser, ada yang makan suplemen ada yang sapu krim yang kuat bahan dia untuk hilangkan jeragat.
Tapi korang yang ada masalah jeragat tu cuba lah juga dengan buat masker dari cuka epal ni. Guna kapas muka yang dah direndam jap dalam cuka epal, pastu tepek atau sapu kat muka. Lepas 30 minit, bilas balik dengan air. Yang ni kena rajin buat 2 kali seminggu. Dalam sebulan setengah dah boleh nampak beza.
Wajib ada tau cuka epal ni. In case tetiba kulit muka mengada naik ruam ke apa, boleh tenyeh je ngan kapas celup cuka epal ni. Pastu bilas la balik. Memang gatal kurang taw. Alaaa, murah je seketul cuka epal ni. Lagi mahal buah epal
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru-baru ini tular satu posting dari seorang wanita yang meminta pandangan serta petua dari netizen berkenaan dengan rawatan bagi anaknya yang kerap berkudis.
“Bagaimana nak rawat penyakit kudis pada tangan anak saya?,” demikian pertanyaan seorang ibu dalam satu kumpulan Facebook baru-baru ini.
Selain menerima pelbagai nasihat, pertanyaannya itu turut ditempelak beberapa netizen kerana gambar yang dimuat naik bersama coretan memaparkan kuku tangannya dan bayi, panjang.
Rata-rata netizen menyarankan supaya dia memotong kuku terlebih dahulu sebelum meletakkan sebarang krim perubatan.
Pun begitu, selepas menerima kecaman teruk, wanita berkenaan memadamkan posting berkenaan.
Amalan menyimpan kuku bukanlah perkara baharu dalam masyarakat sebaliknya berlaku sejak dahulu kala lagi terutama di negara Barat.
Namun di dalam Islam, ia sangat dititikberatkan kerana melihatkan isu kebersihan.
Menerusi perkongsian Pengarah Perubatan Klinik Iris, Shah Alam Selangor, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman berkata, menyimpan kuku panjang adalah tidak bagus kerana boleh membahayakan keselamatan dan kesihatan diri.
Menjelaskan mengenainya, beliau berkata, kuku yang panjang berpotensi mengumpul kotoran di celah bawah kuku.
“Walaupun beri alasan rajin cuci tangan, itu masih tidak menjamin kuman-kuman terlepas dari tempatnya.
“Ia tidak mudah dihilangkan dengan kaedah cucian tangan biasa. Pengumpulan kotoran ini secara tidak langsung akan membiakkan bakteria berbahaya seterusnya menjejaskan kesihatan tubuh,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook.
Malah katanya, berdasarkan kajian yang pernah dilakukan di luar negara, pernah dilaporkan bahawa bakteria paling merbahaya iaitu MRSA dijumpai di celah kuku yang panjang.
MRSA memerlukan antibiotik yang sangat kuat dan biasanya jangkitan ini boleh menyebabkan kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) atau membawa maut.
Di Amerika Syarikat pada tahun 1997, sebanyak 16 kematian bayi di salah sebuah hospital dilaporkan adalah dikaitkan dengan jangkitan kuman yang dibawa oleh dua orang jururawat yang memiliki kuku panjang.
“Lagi satu, kebanyakan yang menyimpan kuku panjang juga adalah suka mewarnakan kuku sehinggakan tidak menampakkan ada kekotoran di celah bawah kuku dan ini menjadi tempat kuman-kuman membiak.
“Bukan saja bakteria tetapi kuman kulat atau fungal juga banyak tumbuh,” jelas beliau.
Tambahnya, kuku panjang boleh mencederakan diri.
“Kerap sekali saya jumpa pesakit-pesakit yang ada masalah kulit gatal suka menggaru sehingga menyebabkan luka dan menjadi jangkitan kuman.
“Ada beberapa kes saya mulakan ubat antibiotik kerana luka akibat garu dengan kuku panjang mereka menyebabkan jangkitan kuman. Ada yang menjadi luka ulser khususnya pesakit Diabetes,” ujarnya lagi.
Berkata lanjut, Dr Arisman memaklumkan bahawa kuku yang panjang dan tajam sangat bahaya kepada bayi dan anak kecil kerana kulit golongan itu masih nipis terutama bahagian wajah. Bayangkan jika secara tak sengaja kuku panjang ibu-ibu terkena pada wajah atau bahagian mata bayi.
“Bahkan dalam wad hospital atau di ICU, ada jururawat yang akan tolong potong kuku-kuku pesakit yang terlantar di situ kerana tidak mahu berlaku jangkitan silang dalam wad.
“Maka pentingnya para pelawat atau saudara yang datang ke hospital, bawa sekali pemotong kuku dan tolong potongkan kuku pesakit yang diziarahi. Itu sangat membantu,” tambah beliau.
Merasai keenakan dan kemanisan rasa buah naga tentunya ramai menggemarinya. Apatah lagi jika buah tersebut adalah hasil daripada tanaman sendiri di laman rumah.
Tentu sahaja kepuasan menikmati buah tersebut bersama keluarga akan dirasai makin berganda.
Manakala buat anda yang baru ingin mencuba menanam pokok eksotik ini, bolehlah baca perkongsian ini. Semoga bermanfaat.
Hari ini kita tanam pokok buah naga. Tak susah pun tanam.Ikut amalan, biasa orang guna kayu belian sebagai sokongan. Ataupun konkrit.
Di sini saya mahu jimat kos. Saya tanam keratan batang pokok Gliricidia sepium sebagai batang penyokong.
Biasa orang guna Gliricidia sebagai pokok penyokong vanila. Kali ini saya cuba untuk pokok buah naga.
Ujikaji untuk 6 pokok permulaan.
Korek lubang sekitar 30 cm dalam. Pacak batang Gliricidia sepanjang 2m.
Tabur 3-4 genggam baja tahi ayam. Tabur sedikit tanah. Letak anak pokok dan timbus dengan tanah atas. Tanah atas ini tanah saya ambil tempat lain. Saya tidak guna tanah sedia ada kerana tanah bukit ini dilihat kurang subur.
Baja tahi ayam akan membekalkan baja yang cukup apabila akar anak pokok mula menjalar ke dalam.
Akhir sekali saya ikat batang anak pokok pada keratan Gliricidia.
Pokok ini ditanam di lereng bukit. Almaklum pokok buah nagau
Hariar jika akar terendam lebih seharian.
Pokok daripada keluarga kaktus ini suka tanah kaya bahan organik. Lebih kerap baja organik diberi, maka akan lebih cepat ia membesar.
Biasanya memakan masa 1-2 tahun untuk pokok mula berbunga.
Pokok yang ditanam ini adalah jenis buah merah isi putih.
Gambar hiasan
Pelajar bawa dari kampung. Saja katanya nak memeriahkan kolej dengan pelbagai pokok. Moga sentiasa murah rezekinya.
Terima kasih kepada 3 orang pelajar latihan industri yang membantu.
Diuji dengan kehidupan yang mencabar dari satu masalah kepada masalah yang lainnya, bukan semua mampu melaluinya dengan tenang.
Pun begitu melalui kisah hidup seseorang ini yang dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, nyata jiwa dan semangat kental yang dimiliki oleh pesakitnya itu adalah wujud dari sokongan ahli keluarganya. Ini sekali gus menjadikan setiap ujian dapat ditempuh dengan tenang.
Semoga kita juga boleh ambil semangatnya untuk kita semua lebih tabah mendepani ujian yang mendatang di tahun 2021 yang cukup mencabar ini.
Ini perkongsiannya.
Di klinik, datang seorang brader ni. Masa masuk bilik konsultasi, nampak dia ceria sahaja. Datang pun hanya kerana nak ubat gatal-gatal.
“Gatal dekat mana?”
“Dekat sini, doktor,” katanya sambil singsing kedua-dua belah seluar hingga ke paras bawah lutut. Kemudian dia tunjuk kaki dia ada ruam dan kudis. Ada juga calar balar.
“Ni kena luka-luka ni?” soal saya ambil belek-belek kulit di kakinya.
“Ni? Kena masa banjir hari tu. Redah seluar apa semua. Nak selamatkan kambing.” kata dia.
“Bagus betul. Kambing pun awak tolong.”
“Itulah. Sebenarnya, itu je harta yang saya ada.” katanya.
Bermula di situ, dia buka kisah tentang dirinya. Semasa PKP pertama tempoh hari, dia kehilangan kerjanya. Bukan dibuang kerja, tetapi syarikat majikannya gulung tikar. Ada dapat pampasan sedikit.
Oleh kerana sukar dapat kerja, dia pun kumpul duit yang ada untuk beli beberapa ekor kambing untuk mulakan ternakan kambing di tanah pusaka bapanya. Mulanya, semua nampak OK. Namun, sepantas kilat, semua berubah.
Gambar hiasan
Dia ingat 2020 dah mencabar. Hilang mata pencarian yang telah lama dikerjakannya. Terpaksa gadai semua yang ada nak jadi penternak dan pengusaha sayuran. Tiba-tiba datang pula 2021 membawa bah. Habis semua musnah.
Reban kambing roboh, kambing-kambing pula hanyut di bawa arus. Tak tahu apa nasib mereka. Kebun sayur pun dah tenggelam, dan selepas surut, ditimbus selut yang hingga tenggelam buku lali. Duit dah habis, harta musnah, tiada apa lagi yang tinggal untuk dia.
“Kecuali satu sahaja, doktor!”
“Apa dia?” tanya aku.
“Keluarga saya!”
Nampak senyuman di wajahnya.
“Itu adalah motivasi saya untuk terus berjuang. Selagi sihat, selagi tangan dan kaki ni boleh gerak, selagi tu saya usaha cari rezeki untuk dia orang.” kata dia lagi sambil kedua-dua tangannya dikepalkan.
Kental brader ni. Berdasarkan cerita dia tadi, boleh kata dia tinggal sehelai sepinggang, tapi dia kekal positif. Kekal bersemangat. Masih tak luntur jiwa juang dia tu walaupun PKP 2.0 baharu sahaja diumumkan. Demi kelangsungan hidup keluarga dia.
Saya yang masih ada simpanan, masih ada pekerjaan, ni pun sebenarnya dah rasa risau dengan keadaan kita pada masa ni. Dah goyang, kata orang. Saya tak tahu jika saya diuji dengan dugaan yang dihadapi oleh brader ni, bolehkah saya kekal optimistik macam dia.
Semoga brader ni dikurniakan kesihatan berpanjangan. Semoga kita semua dikurniakan kekuatan seperti dia ni. Semoga dugaan ini cepat-cepatlah berlalu.
Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Che Ta bukan mak mentua cerewet - "Nanti menantu takut nak balik rumah kita." Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, mengakui dirinya bukanlah seorang bakal ibu mentua yang cerewet dalam mendidik keharmonian rumah tangga.