Tanpa mengira usia, ramai suami isteri jadikan gajet sebagai orang ketiga dalam rumah tangga tanpa mengambil kira perasaan pasangan dan anak-anak. Ada sesetengah orang tu, setia sangat dengan telefon pintar sampai pegang phone ke mana-mana, malah nak makan dan tidur pun masih melekat di tangan. Allah.. Sedih!

Kalau dahulu, sebelum tidur pasti ada komunikasi, bincang itu, cerita ini tetapi sekarang susah sangat hendak dipraktikkan. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri kerana seronok ‘membelai’ telefon pintar, komputer riba atau tablet dari melayan pasangan.

Sepatah ditanya, sepatah dijawab malah ada masanya langsung tidak berbalas. Sekejap senyum, sekejap masam, seolah-olah gajet itu lebih memahami daripada pasangan yang berada di sebelah. Teruk bukan?

Malah ada kes kecurangan suami isteri berpunca daripada GAJET!

Inilah penangan gajet kalau dipraktikkan dalam sisi negatif sedangkan jika diguna dengan baik banyak manfaat. Kalau macam ini, eloklah betulkan ikut cara ini sebelum keadaan rumah tangga jadi lebih keruh….

IKLAN

#1 Balik rumah, peluk anak bini dulu
Balik rumah, peluk pasangan dan anak-anak dulu. Jangan biarkan gajet menguasai rumah tangga anda. Letakkan had waktu untuk menggunakan gajet di rumah. Bukan tak boleh langsung tetapi biar ada waktu untuk anda saling berkomunikasi dan buat aktiviti lain.

#2 Wujudkan kawasan larangan gajet
Ini patut buat sebab kadang ada mak ayah yang sibuk main phone di meja makan, malah siap bagi anak sorang satu Ipad dan tab. Jadi sila wujudkan kawasan larangan gajet di rumah seperti di bilik tidur atau ketika makan.

#3 Pasangan kena rancang aktiviti
Kadang ramai yang tenung phone sebab bosan tak tahu nak buat apa. Jadi, apa kata anda fikir dan rancang sesuatu aktiviti menarik sebelum pasangan buka phone. Mungkin boleh buat aktiviti membaca bersama, melukis atau tengok movie bersama. Contoh mudah: “Abang, malam ni kita baca buku bersama anak-anak ya.” Tolong bertukar jadi pengguna gajet yang bijak. Jangan terlalu obses sehingga mengetepikan pasangan dan anak-anak.

#4 Buat jadual
Pelik juga jadinya kalau langsung tak buka phone, kadang ada yang bisnes. Jadi buatlah jadual. Mungkin 7-8 adalah waktu LARANGAN dan selepas itu masing-masing boleh sentuh phone. Mana tahu ada yang nak reply mesej penting, bisnes atau gali berita terkini di media sosial.

#5 Tanam dalam hati, pasangan dan anak-anak ‘first’
Mohon tanam dalam hati bahawa pasangan dan anak-anak adalah keutamaan. Yang lain-lain letaklah di tangga kedua, ketiga dan seterusnya.

#6 Habiskan kerja di ofis
Cuba elakkan dari membawa kerja-kerja pejabat di rumah seperti mengemas kini e-mel, melayari Internet untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya. Nikmatilah sepenuhnya saat-saat manis apabila berada di rumah.

Baik suami atau isteri, moga kita mampu menjadi pasangan terbaik untuk si dia dan anak-anak. Nak selamatkan anak daripada masalah main gajet, mak ayah dulu kena selamatkan diri daripada ‘tekan-tekan phone’ depan anak-anak!

Sumber : Nadia Mohamad