Benar perkahwinan itu manis dah bahagia apabila pasangan saling menghargai. Namun jika sebaliknya, setiap tindakan pasangan akan membuatkan hati terguris.
Inilah yang membuatkan pasangan mempunyai pelbagai perasaan yang boleh menjadi penyebab rumahtangga tidak harmoni.
Jadi perkongsian Mohd Fhais boleh dijadikan panduan bersama agar pasangan alert supaya tidak wujud perasaan yang boleh menganggu bahagia rumahtangga.
Jangan biarkan pasangan kita rasa 5 perasaan ini walaupun dengan alasan mencari rezeki.
Ads
1 – Rasa Tak Selamat
Setiap hari risau, takut dan stress. Ini tak baik untuk kesihatan. Wanita ni emosinya kuat, nak beri dia rasa selamat, lindungi dulu emosi dia. Jauhkan dia dari rasa sedih, marah, kecil hati dan penat.
Ads
2 – Rasa Tak Di Hargai
Ucapan terima kasih setiap hari sangat mudah di ucap tapi tak ramai yang buat kerana rasa ia tak penting. Terima kasih jaga rumah, terima kasih jaga anak, terima kasih jaga makan minum kita. Ucap je, dan anda akan rasa perubahan ketara pada isteri.
3 – Rasa Tak Di Fahami
Bila isteri ajak berborak tu tanda dia nak meluah. Diam, fokus dan dengar baik baik kerana dalam setiap patah yang keluar dari mulut isteri itu ada maksud tersirat. Fahami isteri, fahami rumahtangga.
Ads
4 – Rasa Sunyi
Seorang diri jaga anak, seorang diri buat kerja rumah, pergi ke kedai pun seorang diri. Lama-lama rasa sunyi ni boleh jadi racun dalam diri tau.
5 – Rasa Menyesal
Akhir sekali rasa menyesal! Parah dan membawa padah jika isteri rasa begini. Elakkan la selagi masih ada harapan.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Susah sama-sama, gembira pun sama-sama. Baru adil.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mungkin ramai yang tidak tahu, ratu rock Malaysia, Ella mengambil seorang anak angkat perempuan beberapa tahun lalu.
Anak kecil yang diberi nama Shanome Az Zahra, Itu nyata melengkapi sekaligus menceriakan kehidupan rumahtangga pasangan ini.
Pemilik nama sebenar, Nor Zila Aminuddin dan suami, Kapten Azhar walau bagaimanapun jarang berkongsi mengenai anak angkat mereka.
Dalam satu perkongsian sebelum ini, Ella mengakui kehadiran Shanome Az Zahra memberikan kebahagiaan buat keluarganya selain rutin hariannya kini sudah berubah sepenuhnya sejak kehadiran si comel tersebut.
“Alhamdulillah, kehidupan kini bertambah bahagia, saya dan suami sentiasa mencari masa untuk diluangkan bersama anak kami.
“Rutin harian pun berubah 360 darjah, saya kena tukar semula jadual harian. Kalau dulu shopping untuk diri sendiri, sekarang ini anak menjadi keutamaan.
“Saya seronok menjaganya dan suami pun sama-sama membantu jaga Shanome. Kalau salah seorang sibuk dengan kerja, yang seorang lagi akan jaga. Kalau kami berdua sibuk, akan ada orang yang jaga dia. Semua saya pantau untuk Shanome,” katanya.
Terbaru menerusi laman instagramnya, Ella memuatnaik satu video ketika mereka sekeluarga bercuti baru-baru ini.
Dalam perkongsian tersebut, Ella berada di bandar Muar, Johor dan sedang menikmati sarapan di sana. Menerusi video itu, turut ada bersama adalah suami dan anaknya.
Video tersebut meraih perhatian ramai memandangkan pelantun lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah ini jarang berkongsi perkembangan anak tersayang di media sosial.
Bahkan rata-rata yang pernah melihat si kecil ini menyatakan Shanome sudah kelihatan besar dan tinggi.
Hakikatnya jasa dan pengorbanan seorang ibu tidak tolok bandingnya dalam sesebuah Institusi kekeluargaan yang merupakan antara unit penting dalam kehidupan bermasyarakat. Jasa seorang ibu mendidik anak dengan sempurna sangatlah penting sehingga menjadi faktor utama pembentukan jati diri anak.
Malah, pada zaman sekarang, kita sering mendengar masalah-masalah yang berkaitan dengan anak yang terlibat dalam gejala-gejala sosial seperti vendalisme, gengsterisme dan sebagainya. Lantaran itu, seorang ibu adalah individu yang bertangunggjawab dalam mendidik anak-anak membentuk menjadi insan yang akan memimpin negara dan menjadi insan yang berguna kepada negara dan masyarakat.
Majalah Keluarga mendapatkan kupasan oleh Pakar Motivasi terkenal, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad mengenai inspirasi seorang ibu mendidik anak-anak menjadi seorang yang cemerlang dalam hidupnya.
Ibu yang hebat
Sesungguhnya bukan mudah bergelar ibu, walaupun bergelar suri rumahtangga ataupun yang bekerjaya. Seorang ibu yang berjaya mendidik anak dengan cemerlang sudah pastiya memiliki ciri-ciri inspirasi dalam dirinya.
Cabaran bukan sahaja menguruskan pelbagai keletah anak, namun ia termasuk kesihatan, akademik, emosi dan sebagainya yang harus dilakukan dengan penuh kasih sayang tanpa syarat. Pastinya akan lahir rasa kagum apabila melihat ada ibu yang boleh membesarkan anak lebih daripada 10 orang anak, anak yang menjadi tokoh disegani dalam masyarakat atau berjasa kepada negara.
Lazimnya ibu idola ini mempunyai sikap yang sentiasa positif tinggi dalam diri bahawa percaya dan yakin bahawa anak-anaknya boleh berjaya dalam akademik, sukan, perniagaan atau sebarang kemahiran.
Dirinya juga sentiasa memberi aura kasih sayang tanpa syarat. Misalnya tiada kasih sayang untuk anak pertama, bergaji besar atau anak yang lebih cantik. Di mata ibu ini, kasih sayangnya adalah 100 peratus untuk setiap anak-anaknya. Bagainya, kasih sayang ini bukan sebiji kek yang dipotong dan dibahagikan. Sayangnya tetap 100 peratus dan tanpa syarat!
Doa juga merupakan senjata rahsia buat ibu-ibu ini berjaya mendidik anak-anaknya. Setiap solatnya doa dititipkan agar anak-anak diberi kejayaan dan dirinya diberi kekuatan untuk mendidik dengan sempurna.
Malah mereka menjadi guru kepada anak-anaknya tanpa mengira masa dengan membantu segala keperluannya. Malah sentiasa menceritakan pencapaian, kesusahan dan kejayaan yang dialaminya dulu. Moga menjadi inspirasi buat anak-anaknya.
Peranan ibu didik anak cemerlang dalam kehidupan
Mendidik anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala. Namun tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka menjadi seorang yang tidak berjaya. Ia termasuk membentuk sikapnya terhadap agama, akhlak, sikap, akademik dan meningkatkan kemahiran dalam dirinya.
Mendidik anak supaya menjaga ibadat solat, takut berbuat dosa dan maksiat. Galakkan anak untuk bercakap benar walaupun kesan kebenarannya itu akan memudaratkan dirinya sehingga kena dihukum dan dimarahi setelah berkata benar. Dedahkan juga anak dengan kekuatan akidah dan tauhid untuk menghadapi cabaran internet dan media sosial yang boleh menyebabkan mereka rasa tergugat hati tentang hidupan beragama. Walaupun wujud masalah yang besar, anak ini rela berkorban setelah memilik akidah dalam dirinya.
Mendidik anak dengan kehalusan budi bahasa dalam jiwanya ia termasuk menjaga adab bercakap, hormat dan merendah diri dan menjaga hak-hak orang lain. Sikap ini semakin kurang dalam masyarakat kita kini. Adab dan sopan inilah harus dibentuk dalam diri anak-anak supaya apabila berjumpa dengan masyarakat yang memerlukan pertolongan akan sedia menghulurkan bantuan.
3.Bentuk sikap
Anak harus dibentuk mempunyai sikap yang postif dalam dirinya. Apabila melakukan sesuatu kerja akan melakukan dengan bersungguhnya dan menjaga kualiti kerja. Oleh itu, ibu harus menjadi idola terbaik untuk anak membentuk sikap ini. Lazimnya anak akan menjadikan ibu sebagai contoh dalam dalam hidupnya. Ibu pastinya akrab dengan anak setelah hamilkannya selama sembilan bulan dan menyusukan selama dua tahun. Jalinan ini akan membuatkan anak menjadikan ibu adalah cerminan buat dirinya dengan mewarisi sikap ibunya.
4.Akademik
Seorang ibu itu perlu memastikan anak mempunyai pencapaian akademik yang bagus. Walaupun bapa perlu memainkan peranan sama namun kesibukan dengan kerjaya dan menjadi ketua keluarga untuk ekonomi keluarga, ibu memainkan peranan penting untuk mendidik anak cemerlang akademik. Ibu akan membantu anak menyediakan keperluan pembelajaran anak termasuk buku dan kelas tambahan. Juga memastikan kerja sekolah dan perkemba
5.Kemahiran anak
Secara umumnya ramai ibu bapa lambat meningkatkan kemahiran dalam diri anak. Apabila menghadapi peperiksan, anak gagal untuk memberi keputusan yang cemerlang. Seharusnya tingkatkan bakat anak sejak di tadika lagi. Kenal pasti bakat anak termasuk minat melukis, memasak atau sukan. Hantarkan mereka kepada jurulatih profesional untuk tingkatkan kemahiran mereka. Oleh itu, bakat ini lah yang akan menjadi rezekinya dalam membina kerjayanya nanti.
Cabaran mendidik anak
Cabaran mendidik anak-anak menjadikan ibu itu istimewa. Tapi, di sebalik semua tu, perlu diakui bahawa bukan mudah untuk membesarkan dan mendidik anak-anak. Tambahan pula zaman serba moden ini.
1.Sabar
Memang bukan mudah menjadi seorang yang sabar. Namun perlu dengan dengan telatah, bakat dan kebolehan yang berbeza dan anak yang sering membawa masalah berbanding dengan anak lain. Kita kena ingat, Allah S.W.T telah menjelaskan anak itu adalah amanah. Anak adalah dugaan untuk menguji kesabaran kita.
2.Terima anak seadanya
Setiap anak yang dilahirkan itu ada keistimewaannya tersendiri. Begitu juga jika mempunyai anak yang tidak sempurna anggota badannya, ibu harus menerimanya dengan seadanya dan jadikan ia sebahagian dalam hidup. Walaupun ia memerlukan sebahagian besar pengorbanan dalam hidup. Begitu juga dengan kecemerlangan akademik anak. Anak pandai, ibu ayah gembira, Tapi jika memiliki anak yang 10 kali diajar, ibu jangan patah semangat. Inilah cabaran ibu untuk mencari kemahiran diri buatnya agar dapat harungi hari mendatang kelak.
3.Gajet dan media sosial
Apabila maklumat dihujung jari, anak-anak mudah dipengaruhi unsur negatif. Pastinya ia cabaran buat ibu untuk mendisplin anak anak ini agar tidak terpesong daripada landasan hidup. Pemantuan setiap aktiviti anak perlu diketahui ibu dapat menghadapi cabaran dunia tanpa sempadan di abad 21 ini.
Sumber: Majalah Keluarga
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pada bulan ramadan ni tentu kita semua mahu mengandakan pahala. Jika sebelum ini kita sibuk bekerja, jadi ketika dalam tempoh PKP inilah masa untuk kita beramal lebih daripada kebiasaan.
Menerusi Twitter dikenali sebagai Poilet Taper berkongsi amalan ketika di bulan ramadan. Tweet daripada akaunnya memberi manfaat untuk diamalkan semasa dalam tempoh PKP. Beliau menyenaraikan 13 checklist yang perlu dibuat bermula azan subuh. Boleh follow panduan ni.
13 PERKARA BUAT BERMULA AZAN SUBUH
Memandangkan Ramadhan dah nak dekat, ini 13 perkara kena selesaikan bermula azan Subuh sehingga sebelum bangkit dari tikar sejadah.
Memandangkan Ramadhan dah nak dekat, ini 13 perkara kena selesaikan bermula azan Subuh sehingga sebelum bangkit dari tikar sejadah.
✅ Solat sunat sebelum Subuh 2 rakaat. Ia lebih baik dari dunia dan seisinya [Al-Hadith].
✅ Solat Subuh berjemaah. Ia 27 kali ganda lebih baik daripada solat bersendirian [Al-Hadith]
✅ Isitighfār paling kurang 3 kali. Rasulullah SAW beristighfār tidak kurang daripada 70 kali sehari semalam [Al-Hadith].
✅ Membaca ‘Allāhumma ajirnā minannār’ sebanyak 3 kali.
✅ Membaca ‘Allāhumma antassalām wa minkassalām wa ilaika ya’ūdussalām hayyinā rabbanā bissalām wa adkhilnal jannata dārassalām tabārakta rabanā wa ta’ālaita yā zal jalāli wal ikrām’ sebanyak sekali.
✅ Membaca Surah Al-Fatihah sebanyak sekali.
✅ Membaca ayat Kursi sebanyak sekali.
✅ Membaca ‘Subhänallāh’ sebanyak 33 kali.
✅ Membaca ‘Alhamdulillāh’ sebanyak 33 kali.
✅ Membaca ‘Allāhu akbar’ sebanyak 33 kali.
✅ Membaca ‘Lā iläha illallāhu wahdahū lā syarīka lah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alā kulli syai in qadīr’ sebanyak sekali. Allah akan ampunkan dosa walau sebanyak buih di lautan [Al-Hadith].
✅ Berdoa.
✅ Membaca ‘Subhānallāhi wa bihamdihī subhānallāhil ‘azīm’ sebanyak 3 kali. Ia akan memberatkan neraca amalan kita di akhirat [Al-Hadith].
Selepas itu barulah bangkit dari tikar sejadah untuk buat apa saja urusan harian.
❤️ Amalkan ketika berseorangan.
❤️ Amalkan juga ketika bersama keluarga.
❤️ Ajarkan semua ini step by step kepada isteri dan anak-anak. Nanti bila sudah tidak bersama, masing-masing boleh amalkan.
Semoga anda semua dapat ilmu yang bermanfaat hari ini. InsyaAllah.
Arif Aiman kahwin dengan Nurul Aliah Natasha dalam majlis tertutup di Johor Bahru. Momen sebak memeluk ibu selepas akad nikah turut mencuri perhatian ramai.