Pastinya menjaga kesihatan amat penting supaya dapat menjalani kehidupan dengan cergas tanpa sebarang penyakit. Namun, kurang sedar mengenai penjagaan pemakanan menyebabkan kita terdedah kepada pelbagai penyakit.
Sebagaimana yang diberitahu oleh Doktor Dr Zubaidi Hj Ahmad bahawa tahap kolestrol yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersumbat yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung.
TAHAP KOLESTROLE JAHAT YANG TINGGI MENYEBBKAN RASA SAKIT, LENGUH DAN KEJANG PADA OTOT.
Masalah tahap “kolesterol jahat” yang tinggi memang mempunyai kaitan dengan masalah saluran darah yang tersumbat dan sehingga menyebabkan serangan sakit jantung. Namun pakar perubatan bersetuju bahawa masalah ini juga memberikan kesan buruk pada bahagian tubuh lain.
IKLAN
Dalam satu kajian yang dilakukan mengaitkan tahap kolestrole jahat yang tinggi berkaitrapat dengan rasa sakit dan kecederaan pada otot-otot besar pada tubuh. Kajian ini dilakukan pada tahun 2015 oleh dua buah institusi, University of Canberra dan Monash University. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal “Sport Medicine”.
Bahkan, risiko untuk mengalami kecederaan otot di bahu dan otot di kaki lebih mudah berlaku jika tahap kolestrole jahat mereka tinggi.
IKLAN
Para saintis memberikan pendapat bahawa tahap “kolesterol jahat” yang tinggi selalu akan mengundang berlakunya keradangan, yang kemudiannya berpotensi mengubah struktur otot dan akhirnya menyebabkan otot tidak berfungsi dengan baik dan mudah mengalai rasa sakit.
IKLAN
Rasa sakit ini mungkin menandakan penyumbatan saluran darah di otot kaki yang menyebabkan mudah rasa sakit dan kejang walaupun kita tidak melakukan akitiviti fizikal yang berat.
Jadi bila rasa sakit, kejang atau lenguh pada kaki walaupun berjalan dalam jarak yang dekat atau berdiri dalam jangka masa yang pendek, elok buat pemeriksaan tahap “kolestrole jahat” dalam tubuh.
Mencuci cermin pintu, tingkat hinggalah cermin muka di meja solek tentunya menjadi satu perkara yang remeh untuk seseorang ibu lakukan. Apatah lagi, jika rutin hariannya sibuk mengurus anak-anak serta keluarga dan dalam masa yang sama turut bekerja.
Hal ini, tentu sahaja menyebabkan masa yang ada cukup terhad, dan semahunya bab membersihkan cermin ingin dilakukan dengan pantas. Jadi jom kita buat tips ini.
TEPUNG JAGUNG
Ambil setengah cawan tepung jagung dan bancuhkan dengan dengan dua cawan air. Kemudian gunakan air tersebut sebagai bahan pencuci dan pengilat cermin dengan cara lapkan bancuhan tersebutke atas permukaan kaca atau cermin dengan menggunakan span.
SURAT KHABAR LAMA
Ambil sekeping surat khabar lama dan basahkan terlebih dahulu dengan air. Kemudian gumpal surat khabar tersebut dan bolehlah terus dilap pada permukaan cermin.
CUKA
Isikan bekas penyembur dengan air dan sedikit cuka. Sembur pada cermin kemudian lap dengan menggunakan kain.
UBAT GIGI
Siapa sangka ubat gigi juga boleh mengilatkan cermin dengan cara meratakan sedikit ubat gigi pad apermukaan cermin dan biarkan seketika. Kemudian bila kering, lap bersih dengan kain dan kesannya cukup berkilau.
Kadang kala ada segelintir mak-mak ni pantang nampak rumah sepah sana sini. Ada yang ada yang kena marah. Maklumlah anak-anak sedang membesar, memang huru-hara rumah.
Jika sebelum kahwin dan ada anak, rumah memang kemas terutama mak-mak jenis perfectionist. Barang-barang rumah ‘terletak’ kemas di raknya. Namun bila dah ada anak sebaliknya.
Itu adalah antara perkara yang anak-anak sering buat ibu ayah sehingga ada susah hati hingga stress. Ada juga yang lasak atau nakal. Bagi yang lalui fasa ini usah stress sangat, takut nanti susah hati ‘makan’ diri pula.
Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais Salim ini. Mak-mak tak perlu nak terlalu sempurna untuk anak-anak. Biarkan mereka membesar mengikut perkembangannya, kita sebagai ibu bapa beri panduan yang betul. Jika salah tegur tetapi jangan terlalu mendesak. Selebihnya kita berdoa dan tawakal.
Jangan la perfectionist sangat ye! 1 – Tak apa anak suka buat sepah sepah rumah, itu tandanya dia aktif dan sihat. Ini la peluang nak didik budaya mengemas, lepas buat sepah ajak anak kemas sekali. 2 – Tak apa anak makan tertumpah tumpah, jangan marah selalu sangat, patut kita puji dia dan galakkan lagi dia berdikari begitu. Boleh makan sendiri tu tanda dia dah pandai berdikari tau. 3 – Tak apa anak lasak lasak sedikit, usah jerit atau tengking suruh dia duduk diam. Layankan sahaja sebab anak yang sentiasa aktif ni bagus untuk tumbesaran otak dia. Bakal ada growth mindset nanti tu.
4 – Tak apa anak tak mahu ikut arahan, jangan cepat tersinggung. Nak jadi ibu ayah hati tak boleh tisu, kena kental. Anak yang susah ikut arahan ni selalunya ada Strong Will, rahsia orang berjaya tu tau. 5 – Tak apa anak lambat sikit belajar, usah stress sangat. Proses tarbiah memang akan makan masa sikit, sebab tarbiah yang berkesan menusuk ke dalam hati dan jiwa bukan setakat lekat di akal je. Jangan biarkan sikap nak perfect kita tu buat kita jadi keras hati dan buta hati dalam mendidik anak anak. Serius. Kalau sikap nak perfect ni hilang comfirm kita akan jadi susah nak stress, susah nak marah marah dan susah giler nak menjerit.
Dapat bercuti diakui adalah merupakan momen terindah. Apatah lagi andai dapat bercuti bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain. Pasti bermakna dan meriah suasananya.
Begitulah yang cuba digambarkan oleh Puan Nur Dalilah, apabila dapat berkumpul bersama 40 ahli keluaga besarnya dengan menjayakan family day ke negeri Kelantan baru-baru ini. Apa yang lebih menarik, percutian kali ini siap booking satu bas!
Berkongsi cerita lanjut, menurut Dalilah atau lebih mesra disapa Dell, “Idea ini tercetus bila bulan Syawal yang lalu. Ketika itu makcik saya buat aqiqa cucu dan bersekali buat open house. Kiranya semua keluarga berkumpul untuk bertungkus lumus buat persiapan rewang kenduri. Jadi terus dia kata nak buat rombongan ke Kelantan naik bas,” jelasnya.
Rombongan Cek Pah Ke Kelantan
“Tidak dinafikan ketika zaman kami kecil, kami selalu buat family day.. tapi bila masing-masing dah dewasa.. dah kerja dan berkeluarga.. agak susah nak gather kan semua dalam satu masa.
“Jadi bila mendengar cadangan tersebut ahli keluarga ramai yang teruja, dan kalau ikutkan family kami besar. Cuma yang pergi kali ini hanya 5 keluarga, ada dalam 6/7 keluarga lagi yang tak dapat sertai.
“Nak dijadikan cerita, ketua rombongan kali ini adalah sepupu saya Eyfa Ariffin.. kitaorang panggil dia Cek Pah.. kira ni Rombongan Cek Pah Ke Kelantan…. Dia yang booking bas, deal dengan homestay.
“Kami cari bas yang selesa (2 tingkat Executive Coach) untuk keselesaan.. sebab ahli rombongan ada warga emas dan juga bayi. Kalau nak dikira ahli rombongan, total 40 orang. Itu tak termasuk ada 1 family yang turut serta tapi naik kereta sendiri,” ceritanya lagi.
Bercuti Sambil Shopping
Perjalanan kami bermula dari 11:00 malam bertolak dari Klang menuju ke Kelantan
Kemudian kami berhenti solat subuh di Masjid Paloh Gua Musang pada jam 5:45pg.
Sambung perjalanan ke Rantau Panjang.
Berhenti breakfast di Kok Lanas, nama kedai KEDAI NASI KERTAS pelbagai menu di sediakan… terutama sekali nasi.. dan roti telur goyang
Selesai sarapan kita sambung perjalanan menuju rantau panjang, sampai rantau panjang around 11am. Kami diberi masa 2 jam untuk shopping.
Selesai di Rantau Panjang, kami bergerak ke pasar Siti Khadijah..sampai sana around 2:30ptg.. dan diberi masa sejam setengah untuk shopping.
Kami bergerak ke Homestay di Wakaf Baru.. ada drama sikitlah..sebabkan homestay kami agak jauh ke dalam dan bas kami tak boleh masuk so kami kene berhenti dijalan luar dan ada 4×4 pick up kami dan beg2.. kat situ agak penatlah sebab dah seharian kan..tapi kami tetap enjoy… sebab homestay tu ada pool, anak-anak pon enjoy the momen mandi pool..
Malam tu kami makan di Restoran KST.. antara restoran seafood yang femes di Kota Baharu.. settle makan malam kami ke wakaf che yeh untuk sambung shopping…dan kami kembali ke homestay pada jam 12:00mlm
kami berehat dan esok pagi tu kami check out dari homestay jam 8pg dan menuju ke Kedai Kopitiam kita.
Ini antara kedai sarapan pg yg popular, alhamdulillah kami dapat special arrangement sebab dah booking terlebih dahulu.
Selesai sarapan jam 10pg dan kami bergerak ke Kuala Terengganu untuk melihat Draw bridge dan juga beli keropok lekor di Kelulut.
Perjalanan pulang mengambil masa lebih 12 jam sebab byk persinggahan.. 🙂 walaupun letih kami tetap enjoy sebab dapat spent time with family…
Akan Datang Ke Cameron Hinghlands Pula
Apabila ditanya mengenai kos untuk percutian kali ini, nyata tidaklah memerlukan kos yang tinggi. Apatah lagi bila adaya yang baik hati menaja bas untuk ke sana.
“Kalau nak kira kos, ikutkan setiap ahli rombongan hanya perlu bayar RM90 untuk dewasa dan RM45 untuk bayi dan kanak-kanak.
“Ini sebabnya ada yang sponsor untuk bayaran bas.. yang lain-lain macam duit makan and shopping tu ikut poket sendirr.. tapi kebanyakkannya, time makan.. ada yang tolong bayarkan.. alhamdulillah.. kami sama-sama kongsi rezeki bersama keluarga kami.
“Apa yang pasti percutian keluarga sangat menyeronokkan. Lagi pun mungkin sebab keluarga kami ni sangat close.. even dalam kehidupan hari-hari biasa, kami ni selalu je jumpa.. selalu je bersama2.. tapi setiap kali jumpa atau berkumpul.. ada je cerita yang nak digelakkan bersama.. pendek kata tak boring.. tak jemu..kami suka berkumpul.
“Mungkin sebab dari zaman ada arwah atok nenek lagi kami dah begini… kerjasama dan tolak ansur.. tak berkira pon.. and yang pntg kami SEPAKAT..kami masing-masing selesa dengan apa yang kami sepakat kan..
“Next ada rancangan nak buat rombongan ke Cameron Highland pula.. tapi yang tu balik hari.. ehhe.. moga ibu bapa kami dan ahli keluarga kami yang lain diberi kesihatan yang baik dan boleh lah kami buat lagi aktiviti ni bersama,” ujarnya lagi.
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah lagi aktiviti menatik menanti anda. Jadi jangan lepaslan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI