Nak tebuk dinding untuk pasang kabinet, plus, kipas dan sebagainya, rasa sayang pula kan. Nak-nak lagi kalau jenis yang guna mozek atau tiles.
Tersalah drill boleh buat tiles tersebut pecah atau rosak. Dah nampak ‘cacat’ bahagian tersebut.
Bagi anda yang nak cuba sendiri drill, jangan bimbang. Cuba step by step yang dikongsikan lelaki ini menerusi akaun TikTok @sayazuhri.
Dalam video tersebut, saudara Zuhri menunjukkan cara-cara tebuk atau drill tiles tanpa pecah atau retak.
Ambil tape dan tandakan bahagian tersebut.
Gunakan mata diamond supaya tak pecah atau ‘crack’
Buat perlahan-lahan dan pakai mode untuk ketatkan. Apabila dah tembus baru guna drill.
Masukkan skru dan adjust bagi betul kedudukan.
Siap!
@sayazuhriJangan takut tebuk tiles. Ada cara untuk mengelak daripada pecah! #fyp #foryou #learnontiktok #fypp♬ original sound – Zuhripocoyo
Mudah je kan. Lepas ni tak payah fikir banyak kali, boleh drill sendiri.Selamat mencuba!
Sumber: TikTok @sayazuhri
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
19 Tahun Bergelar Pramugari, Telekung Tercabut Di Hajarul Aswad ‘Jawapan Dari Allah’ Tanda Hidayah Buat Wanita Ini.
Setiap orang sudah tertulis dan berbeza jalan cerita hidupnya. Demikian juga dengan isteri dan ibu bernama Sharifah Lisa ini.
19 tahun mengabadikan diri sebagai pramugari sehingga mengabaikan tanggung jawab sebagai isteri dan ibu, akhirnya wanita ini mendapat ‘hidayah’ dari Yang Maha Esa.
Bekas pramugari sejak tahun 1992-2015 ini ada berkongsi pengalamannya sebagai isteri, ibu dan juga pekerja di awan biru.
Perkongsiannya dalam satu Hadith Open Mic begitu menyentuh hati pada mereka yang hadir.
Pengalaman bekerja dan tanggung jawab sebagai pekerja dan juga isteri, ibu dan wanita dalam arena pekerja yang kontroversi nyata memberi seribu satu kemanisan buat wanita ini. Sementelah, dia seronok bergelumang dalam dunia kerjaya yang penuh glamor.
“Dulu waktu mula-mula join kerja sebagai pramugari, yang saya fikir pasal kerja best boleh lihat satu dunia. Tapi tanggung jawab nak jaga penumpang bukan satu kerja yang mudah.
“Dalam masa yang sama saya terlupa tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Bila berada di atas saya anggap itu rumah saya dan tiada istilah cuti. Sehingga tak tahu bila cuti sebabb hidup berlandaskan monthly roster.
“Hingga saya lupa suami terpaksa menggalas tanggung jawab sebagai ibu dan ayah kepada anak-anak apabila saya tiada di rumah.
Ketika itu, dia terfikir apa tanggung jawabnya sebagai isteri dan wanita. Sehinggalah 2014, Allah buka mata beri peluang untuk dia mengerjakan umrah.
“Kejadian itu saya mencium Hajarul Aswad, telekung tercabut sehingga nampak anak rambut. Malunya waktu itu depan kaabah. Terus saya fikir sampai bila nak jadi macam ni. Allah dah bagi tanda. Dulu saya kerja pakai kebaya, free hair. Tapi bila sampai hotel saya pakai tudung.
“Saya sebenarnya tak berani nak berhenti dari pekerjaan yang saya fikir inilah yang memberi rezeki pada kami.
Tapi kejadian itu buat saya buka mata, dan balik rumah saya bincang dengan suami. Tapi waktu itu masih teragak- sehinggalah 2015 saya diberikan surat diberhentikan kerja dan itu adalah surat “Allah beri jawapan”. Tak perlu saya sedih dan anggap itu satu hikmah walaupun diberhentikan.
Akuinya, walaupun diberhentikan tapi dia dapat peluang untuk lebih mengenali anak dan berbakti kepada mereka.
“Hati saya dah tenang dan senang sebab diberikan jawapan. Sehingga kini saya tenang dan gembira sebab dapat laksanakan tanggung jawab kepada suami dan anak-anak. Sekarang adalah masa untuk saya ‘bayar’ balik masa yang saya hilang dengan mereka.
Untuk lebih lanjut boleh dengar video penuh di sini:
Sumber: The Rohani & Hijabista Magazine
“Mulanya Kami Berjuang Memiliki Zuriat…”-Isteri Ni Terus Sabar Temani Suami ‘Melawan’ Kanser Usus!
Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Perancangan manusia itu usaha manakala perancangan Allah itu takdir. Apa yang pasti, setiap apa yang berlaku janganlah sesekali kita sebagai hambanya putus berharap andai apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan.
Begitulah juga kisahnya dengan pasangan suami isteri ini, pada awalnya sama-sama berusaha dan berjuang untuk memiliki zuriat dan apabila masuk tahun ke lima seakan hampir ‘berjaya’ apabila berpeluang untuk melakukan rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI).
Begitu pun, di sebalik berita gembira itu, takdir Allah SWT mengatasi segalanya apabila diuji pula dengan dugaan yang sangat hebat apabila suaminya didiagnosis mengidap kanser usus tahap empat.
Itu yang dilalui oleh Syazana Fatihah Jamil, 26, apabila suami yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Muhammad Sazrin Asraf Saidin, 29, diuji penyakit berkenaan sejak September tahun lalu.
Memetik berita yang dikongsikan Harian Metro, Syazana Fatihah berkata, sebelum ini mereka melalui fasa ujian menjalani rawatan kesuburan bersama demi memiliki zuriat sendiri, namun kini perjuangan itu digantikan dengan episod paling getir bersama suami yang kini melawan kanser.
Katanya, sebelum ini suami menjalani enam sesi kemoterapi di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Pahang dan lima kali radioterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) namun rezeki tidak memihak kepadanya apabila sel kanser semakin agresif.
“Sekarang suami sedang mengulangi rawatan kemoterapi buat kali kedua dan kini berada di Hospital Bukit Mertajam, di sini kerana mengalami kesukaran bernafas, baru-baru ini. Saya yang sebelum ini berniaga kek batik dan cheesekut hentikan jualan untuk menemaninya setiap kali mendapat rawatan.
“Insya-Allah saya setia bersama suami dalam perjuangannya kerana sebelum ini kami sudah bersama berjuang untuk memiliki zuriat sendiri jadi kali ini saya tidak akan tinggalkan dia biarpun terpaksa melupakan impian itu kerana kesihatan suami lebih penting ketika ini,” katanya sebak.
“Melihat semangat suami buat saya kuat…”- Isteri
Menurutnya, sebelum ini mereka membuat rawatan kesuburan di HTAA kerana ketika itu suaminya berkhidmat di Kuantan, Pahang dicadangkan prosedur IUI pada Jun tahun lalu namun tiga bulan selepas itu suami didiagnosis penyakit itu.
“Mungkin bukan rezeki kami untuk memiliki anak buat masa ini kerana Allah berikan ujian hebat ini dulu tetapi saya sentiasa bersangka baik kepada Allah kerana yakin dan percaya suami akan sihat serta pasti ada ‘pelangi’ untuk kami selepas ini.
“Bagi saya penyakit suami adalah ujian berat kedua untuk saya kerana pada 2017 saya jaga arwah abah kerana sakit tibi usus dan sekarang saya jaga suami yang sakit kanser pula tetapi melihat semangat suami buat saya juga kuat,” katanya memberitahu mereka berasal dari Pulau Pinang.
Alami Masalah Buang Air Besar
Berkongsi berkenaan tanda-tanda awal yang dialami oleh suaminya sebelum disahkan mengidap kanser usus dan kini terpaksa menjalani rawatan kemoterapi yang masih berbaki 11 sesi di Hospital Pulau Pinang.
“Sebelum didiagnosis kanser usus suami mengalami masalah buang air besar dan ingatkan masalah buasir tetapi berat badan suami juga susut sebelum dia membuat pemeriksaan kesihatan dan selepas menjalani beberapa prosedur doktor mengesahkan penyakitnya itu,” ujarnya lagi dan turut memaklumkan kebajikan suami sentiasa dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya TLDM selain Badan Kebajikan Angkatan Tentera (Bakat) dan masih dalam permohonan bantuan zakat.
Sumber : Syazana Fatihah Jamil & myMetro
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Bukan Sebab Duit, Tapi Allah Panggil.” Hafiz Mahamad Bawa Staf Tunai Umrah Undang Sebak Ramai
Usahawan terkenal, Hafiz Mahamad sejak dahulu lagi suka berkongsi rezeki. Terbaru, menerusi laman instagramnya, dia memberi ‘duit raya’ kepada para pekerjanya.
Awak, ini duit raya “Bonus 1 bulan gaji” & 2 antara kamu saya akan hantar ke Umrah selepas raya ni. Lihat lah air mata mereka
Tak ada apa yg lebih bahagia dari melihat mereka senyum.
December haritu, Alhamdulilah Kita bg bonus tahunan 2 bulan gaji. Harini, kita bg bonus raya sebulan gaji. “Bukan sebab kita hebat, tp Allah masih beri kita peluang”
Kemana lg duit & hasil support orang ramai untuk perniagaan yg saya nk alirkan ? Saya takkan pernah membazir, tp kalau untuk menghargai mereka, kita takkan berkira kira.
Lebih menyentuh hati, di dalam video tersebut juga Hafiz mengumumkan membawa salah seorang pekerjanya untuk sama-sama menunaikan ibadah umrah.
Semalam, bila saya panggil nama yg dpt ke Umrah tu. Menitik air mata dia, saya faham sangat. Dia nk pergi lama dh. Pernah dia cakap
“Kalau sampai dkt sana, saya tknk duduk hotel” saya nk beramal je. Alhamdulilah, hadiah raya dia. Selepas raya kita berangkat. Doakan rezeki @ainaabeautyofficial disana nnt
Saya taknak KPI menjadi satu sistem & pengukur pada kebajikan mereka. Cukup sekadar mereka tahu yg Jika kurang, kita improve. Jika baik, kita bantu team yg lain
Entah lah. Tak tahu macamana nk balas atas kepercayaan awak, customer semua bagi. Tak tahu mcmana nk balas tenaga yg semua staff, usahawan Ainaa bagi.
Saya akan alirkan semuanya pada,
“Kejayaan Demi Kebahagiaan”
Sumber:
ARTIKEL MENARIK: “Tiap Malam Dia Jerit, Tak Lena Tidur.” Jururawat Ni Throwback Pengalaman Rawat Bella, Bikin Ramai Sebak
ARTIKEL POPULAR: “20 Tahun Lalu Susah Cari Sekolah Untuk Anak.” Ahmad Idham Bina Sekolah Pendidikan Khas, Kemudahan Untuk Anak Istimewa
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club