Khairul Aming, diakui menjadi antara ikon anak muda yang menjadi inspirasi semua golongan termasuk kaum wanita yang gemar memasak. Siapa sahaja yang tidak mengenalinya.
Baru-baru ini, sekali lagi usahawan Sambal Nyet ini diberi pujian oleh peminat dan warganet kerana menggunakan Bahasa Melayu ketika menyampaikan ucapan apabila dia menjadi wakil bagi negara Malaysia hadir ke sebuah majlis TikTok For Your Stage yang diadakan di Indonesia, pada 29 Oktober lalu.
Khairul Aming yang cukup terkenal dengan video masakan itu kelihatan tenang dan selesa berbicara menggunakan bahasa Melayu. Hal ini berbeza sekali sebagaimana segelintir antara kita akan secara automatik menukar intonasi dan dialek bahasa bila berbual dengan orang Indonesia.
Susulan itu, pelbagai reaksi telah diberikan oleh follower dan warganet yang menyifatkan Khairul mempunyai jati diri yang tinggi dalam mengangkat Bahasa Melayu.
Tulis salah salah seorang warganet “Bahagian yang paling menarik ialah Khairul masih bercakap dalam bahasa Melayu, selalunya sesetengah daripada ‘influencer’ akan automatik guna bahasa Indonesia,”
“Alhamdulillah, kekalkan jati diri dengan menggunakan Bahasa Melayu di negara orang, sangat mengenal akar umbi. Syabas!,” komen yang lain.
“Khairul Aming memang betul-betul ikut resmi padi, makin berisi makin menunduk ke bumi, tidak sombong, selalu menjaga hati pengikut dan stafnya. Moga terus sukses!,” puji seroang netizen lagi.
Malah ada juga yang cuba mengusik dengan meninggalkan komen, “Takde hello wasap gaissss pon😂”
Ads
Tidak kurang juga ramai mengucapkan tahniah di atas kejayaan yang diraih.
“Tahniahhh wakil Malaysia, awak memang memberikan inspirasi terbaik buat masyarakat.
Tulis yang lain pula “The best part KA still cakap bahasa melayu , sebab sesetengah daripada akan auto cakap indo. Proudddd”
“sukaaaa khairulaming ttp bngga cakap Bahasa melayu Malaysia,takde pun cuba nak ikut cakap Bahasa Indonesia 🥰🥰
“Sebelum dia kaya duit.. Dia dh kaya jiwa.. Sebab tu la dia kaya duit sekrang.. Semoga terus sukses bro,” komen yang lainnya pula.
“Alhamdulillah kekalkan jati diri dengan menggunakan Bahasa Malaysia Di negara org … 👌🤲💪”
Ibu ibu engkaulah ratu hatiku… Ibu adalah insan yang penting dalam kehidupan anak-anak. Inilah insan yang menjadi idola, pemberi semangat dan juga orang yang bertanggung jawab dalam membentuk sahsiah dan peribadi anak-anak mereka.
Part membebebal dan menegur itu lumrah, kalau tidak anak-anak tidak menjadi ‘orang’. Ada baiknya apa yang ibu-ibu lakukan, bukan semata-mata mahu mendera tetapi mahu mengajar supaya menjadi insan yang berguna.
Satu perkongsian oleh saudari Nurlia Mohd Nor di laman facebooknya cukup menyentuh hati. Bercerita tentang rutin arwah ibunya yang sehingga kini dipraktikkan olehnya terutama dalam bab penjagaan rumah dan disiplin.
.
Saya senaraikan beberapa perkara yang semasa hidupnya Mak dah tunjuk contoh tauladan yang baik dalam bab penjagaan/ mengemas rumah:-
1) Bangun pagi perkara pertama Mak buat adalah kemas tempat tidur, dan katil tu takkan ada siapa berani landing untuk bersantai- santai / berehat. Nak landing sila ke sofa/ruang tamu tengah. Sampai malam katil tu cadarnya tetap ‘tegang’. Hehehe.
2)Mak akan basuh baju di awal pagi selepas solat Subuh. Sesiapa lepas solat Subuh tidur balik dan bangun lambat silalah basuh baju sendiri. Kalau taknak basuh sendiri, mandi dulu kemudian sambunglah tidur semula. Hahaha. Dalam baldi memang takkan ada pakaian kotor.
3) Mak akan sidai pakaian sebaik sahaja siap cuci. Takde tangguh-tangguh. Kadang- kadang Abah perli,
” Matahari pun tak muncui lagi. Awei beno pun sidainya..”
4) Selepas sidai pakaian di ampaian luar Mak akan ambil penyapu luar. Mak sapu halaman dan sapu dalam longkang. Buang daun kering etc. Kemudian Mak masuk rumah semula, ambil penyapu di dalam dan sapu dalam rumah pula.
5) Mak akan breakfast. Lepas makan terus basuh pinggan, cawan. Rumah kami takkan ada pinggan mangkuk dalam sinki. Abah pun basuh pinggan dan cawan sendiri walaupun dia seorang guru besar, ketua di sekolah dan juga ketua keluarga. Abah pun tunjuk contoh tauladan yang baik. Kerja rumah mesti sama-sama buat. Bukan harap Mak semua. Settle breakfast kemudian Mak akan berehat sambil baca surat khabar.
6) Tepat pukul 10 pagi Mak akan masuk dapur untuk masak. Settle masak Mak akan siap hidang semua. Pinggan, gelas, periuk nasi semua dah ada atas meja. Dapur pula Mak akan lap, kemudian Mak akan sapu semula ruang dapur.
7) Selesai masak dalam pukul 12 tengahari Mak akan angkat pakaian di ampaian dan terus lipat. Dalam rumah kami memang takkan ada longgokan baju yang belum dilipat. Mak pantang tengok benda berlonggok.
8) Kemudian Mak akan terus mandi, pakai telekung dan menunggu waktu solat Zohor.
9) Lepas Zohor Mak akan makan dan berehat sehinggalah pukul 4 Mak dah siap mandi dan stand by untuk Asar.
10) Waktu petang aktiviti santai. Ada masa sambil bersih halaman Mak bersembang dengan jiran, ada masa Mak dok rumah menonton tv. Kalau ada kelas mengaji biasanya lepas Asar Mak akan pergi sampailah pukul 6.30 petang.
11) Nak masuk Maghrib Mak akan mandi lagi sekali. Waktu ni Mak akan make sure semua orang dah rendam pakaian dalam baldi untuk dibasuh keesokkan hari. Bagusnya Mak ni setiap kali nak menghadap Allah dia akan make sure mandi dan badan dalam keadaan bersih. Sehari Mak mandi 4 kali. Sebab tu kalau nak tahu kulit badan Mak cantik. Tiap kali mandi dia akan gosok daki di badan, sabun. Bila Mak sakit setiap kali mandikan dia saya memang suka tengok kulit Mak. Mak dah la putih, kulit pulak bersih, halus walaupun dah berumur 70++.
12) Selepas solat Maghrib ada masa Mak akan makan dulu, ada masa Mak akan tunggu Isyak.
13) Settle dinner Mak akan bersihkan semua meja makan. Sampah kalau dah penuh Mak akan buang di tong sampah luar.
.
Selain itu:-
1) Towel, telekung, selimut, sarung bantal, cadar, Mak ada jadual berkala untuk basuh. Sebab tu kalau tengok semua telekung Mak takkan ada kotoron contoh kuning di dagu, tahi lalat etc. Sampai reput kain tu tetap bersih. Sama juga dengan towel, selimut. Dah bertahun- tahun pun masih elok.
2) Bilik air bukan tunggu kotor baru cuci. Sambil mandi pun kadang-kadang dengarlah Mak memberus.
3) Buku cerita/mainan selepas baca/main silalah simpan di tempatnya. Bukan suka hati nak selit sana sini. Kalau tak letak di tempat yang sepatutnya Mak akan ambil.
Habit ni saya dah perhati dari kecil lagi. Imagine hari-hari tengok rutin yang sama. Memang ‘meresap’ masuk dalam otak dah. Hehehe. Ia bukan soal kemas, bersih semata- mata sebenarnya, tapi ia berkaitan dengan DISIPLIN. Mak ni tambahan masa muda orangnya lemah lembut je. Saya pun tak ingat bila mak pernah marah. Mak tak pernah pun bagi arahan/ marah kami untuk ikut rules dia. Mak bukan jenis pot pet, pung pang marah. Bukan.
Tapi..
Saya belajar dari PEMERHATIAN. Bila dah biasa dengan keadaan begitu, sebagai anak kita pun dah terikut habit Mak. Sebab tu kalau nak anak- anak buat sesuatu, kita mesti buat dulu dan tunjuk contoh tauladan yang baik.
Percayalah..
Terima kasih Mak sebab dah didik satu perkara yang baik untuk kami ikut. Bila terkenang rutin harian Mak ni rasa rindunya Ya Allah. Rindu pada susuk tubuh itu.
Al fatihah Mak..
.
*Dalam gambar ini adalah bilik Mak Abah di sini. Semua dah tinggal kenangan. Walaupun dah berumur, tapi sebab dah biasa kemas tetap akan kemas juga kan. Dan gambat yang lagi satu adalah ‘rumah’ baru Mak. Mudah- mudahan rumah baru Mak ini Allah gantikan yang lebih baik dari apa yang ada di sini. Aaminnn..
Nota: Habit Mak ni saya perhati dari KECIL. So bila dah berakal, dah faham pelan-pelan kami pun ikut habit Mak dan bantu Mak buat kerja rumah sama. Umur 4, 5 tahun dah boleh bantu Mak buang sampah, umur 6 tahun basuh pinggan mangkuk, sapu sampah dan sebagainya. Tugasan ikut kesesuaian umur. Bukanlah Mak buat semua ni seorang sampai tua. Jangan salah faham. Mak dan Abah saya bawa tinggal bersama sejak 7 tahun lalu. Bila Mak tak sihat saya yang jaga Mak, mandikan dia hari-hari, sediakan makan minum, cuci najis Mak dan sebagainya sehinggalah Mak menghembuskan nafas terakhirnya di sini. Jasad Mak pun bersemadi di sini bukan di kampung. Mak dah takde, sekarang Abah tetap tinggal bersama kami. Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk berbakti pada orang tua walaupun saya tahu sampai bila-bila pun jasa mereka membesarkan saya takkan terbalas..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memang betullah, bila kita tahu sesuatu formula berkaitan kira-kira, pastinya bila digunakan akan memudahkan urusan harian kita.
Begitu juga dapat memudahkan untuk mencari helaian muka surat dalam Al Quran yang ingin dibaca.
Jika sebelum ini kita tercari-cari setiap muka surat dalam al Quran, namun bila mengetahui kaedah ini, ianya lebih mudah dan pantas.
Nak tahu bagaimana, ini formulanya.
Cara Mudah Mencari Muka Surat Dalam Al-Quran
Contoh:
1) Kalau anda mencari juzuk 5 muka surat yang ke berapa..? cuba formula ini..
5 – 1 = 4
4 kena darab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8.
Letak nombor 2 lepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 pada muka surat ke 82.
Sekarang cuba buka Al-Quran.. Lihat juz 5 pada muka surat 82.
2) Juzuk 10 muka surat berapa??
10 – 1 = 9
9 darab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18.
Sama macam di atas.. Letak nombor 2 lepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 pada muka surat 182.
3) Juzuk 23?
23 – 1 = 22
22 darab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44.
Letak nombor 2 lepas jawapan..
Jadi, juzuk 23 adalah pada muka surat 442.
Baru-baru tular isu mengenai seorang ibu meluahkan rasa penat dan burn out akibat menjaga anak di rumah.
Luahan tersebut kemudiannya ditempelak seorang lelaki sehinggakan mendapat reaksi ramai.
Berkongsi pandangan mengenai isu tersebut, Dr Say menerusi laman instagram tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Ujar bapa kepada dua orang cahaya mata ini, dia tahu betapa penatnya menjaga anak-anak dan emosi seorang ibu tidak sepatutnya dinafikan.
“Saya tak tengok video suri rumah breakdown tu tapi yang menarik perhatian saya is betapa lancangnya bahasa mamat yang komen terhadap video tu. Assumption saya sama ada dia tak kawin lagi ATAU dah kawin dan dia ada masalah rumahtangga ATAU dia seorang bapa yang mengabaikan anak-anak ATAU HE IS SIMPLY B*BAL.
“Again saya bukan nak jadi feminist di sini tapi i was there berpantang 2 bulan untuk kedua-dua anak saya & each time it was a different experience.”
“Anak pertama toksah cakap memang saya koyak rabak siap saya buat status “Officially Koyak” sebab babies ni 2-3 jam sekali bangun nak susu jadi kita yang biasa tidur malam 8 jam straight semestinya affected a lot by this. Belum campur babies tu colic/ babies tu demam.
“Bila ada anak kedua memang tak dinafikan senang menjaganya sebab dah berpengalaman. Tapi time kita berjaya tidurkan anak kedua, datang lah anak pertama melompat menjerit sebelah telinga anak kedua maka terbangunlah dia & sia-sia usaha kita menidurkan anak kedua sebelum tu.”
“Terus terang cerita sebelum saya ada anak pun saya ingat bestnya jadi suri rumah takyah serabut kepala fikir kerja. Duduk rumah jaga anak lagi senang tapi setelah 2 bulan menemani bini berpantang baik anak pertama mahupun anak kedua kepala saya dok fikir “kenapa lah aku tak kerja ofis 8am-5pm even better kalau aku kerja outstation sure lagi best” sebab my body & mind were constantly exhausted.
“Itupun saya tak jaga anak tu 24jam apetah lagi housewives yang jaga anak 24 jam & apetah lagi kalau anaknya lebih dari seorang & apetah lagi kalau anaknya require special needs.”
“Dengar kata mamat tu dah minta maaf tapi again Din, kenapa la ko tak fikir dulu sebelum ko menulis Din? Followers aku ramai mommies Din & kalau ko baca dm diorang, ko patut bersyukur sekarang kena pakai mask kalau tak sorang-sorang nak cari ko tuk cili mulut, duku & starlight ko Din.
“Jangan main-main dengan emosi housewives. Singa pun takut ngan diorang Din.” ujar Dr Say menerusi kapsyennya.
Akta Penjagaan Ibu Bapa bakal diperkenalkan bagi memastikan kebajikan warga emas terus terjamin serta mengukuhkan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa mereka.