#JusticeForZara seruan dirikan solat hajat serentak selepas solat Jumaat buat Zara Qairina. Seluruh negara diseru dirikan solat hajat serentak demi keadilan buat Zara Qairina Mahathir, remaja perempuan berusia 13 tahun yang meninggal dunia dalam insiden menyayat hati di asrama sekolahnya.
#JusticeForZara Seruan Dirikan Solat Hajat Serentak Selepas Solat Jumaat Buat Zara Qairina
Solat hajat ini dijadualkan berlangsung pada hari Jumaat, 1 Ogos 2025, selepas solat Jumaat, di seluruh masjid di Malaysia. Seruan ini turut memohon agar semua imam masjid memimpin solat hajat selepas solat Jumaat, sebagai ikhtiar rohani bagi memohon petunjuk dan keadilan daripada Allah SWT.
Di sebalik poster dan tanda pagar #JusticeForZara, terselit kisah duka seorang ibu – Noraidah Lamat, 45 tahun, yang masih mencari jawapan atas pemergian anak tunggalnya, Zara Qairina, secara mengejut dan penuh misteri.
“SAYA MAHU PERSOALAN YANG BERLEGAR DI KEPALA BERHUBUNG PUNCA SEBENAR KEMATIAN ANAK SAYA… BERNOKTAH,” LUAH NORAIDAH, YANG NEKAD MAHU MENGGALI SEMULA KUBUR ANAKNYA DEMI MENJALANKAN BEDAH SIASAT.
Anak perempuan yang selama ini ceria, bijak dan dihantar menuntut ilmu di sekolah agama asrama penuh, kini pergi buat selama-lamanya. Lebih memilukan, pengebumian Zara dilakukan tanpa bedah siasat kerana tiada siapa yang mencadangkan langkah itu kepada ibu bapanya yang ketika itu masih terkejut dan trauma.
Ads
Namun, semakin hari, semakin banyak persoalan yang timbul. Maka, sebagai seorang ibu, Noraidah memilih untuk tidak berdiam diri. Beliau kini mengharapkan siasatan yang telus dan adil daripada pihak berkuasa, demi memberi keadilan kepada arwah anaknya.
Dalam usaha ini, doa orang ramai amat diperlukan. Solat hajat yang bakal diadakan ini adalah lambang solidariti rakyat Malaysia, khususnya para ibu dan wanita, terhadap perjuangan seorang ibu yang kehilangan cahaya mata kesayangannya.
Ads
Kepada semua pembaca Keluarga, marilah kita bersama-sama mengangkat tangan dan sujud memohon pada Yang Maha Adil. Moga yang benar terbukti dan yang salah dihukum sewajarnya.
Menerusi sebuah video di akaun TikTok, pelakon Datin Intan Najuwa atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berkongsi cara sebutan yang betul bagi nama puteri sulungnya, Imane Lunara.
Dalam perkongsian tersebut, Intan juga mendedahkan maksud di sebalik nama indah yang diberikan kepada anaknya.
“Kalau tengok sebutan macam Imani tapi sebenarnya Imane.
“Maksud Iman itu beriman. Lunara adalah bunga.
Dia ada dua maksud, kalau Luna maksudnya bulan.
“Kalau panggil Luna ada maksud panggil Lunara pun ada maksud. Semua ada maksud,” ujarnya.
Sementara itu, meninjau di ruangan komen mengenai cara sebut nama nama Datin Intan
“Betul la selama ni aku sebut nama anak dia Iman.
“Ohhh so sebutnye Imeni lunara . I tot Imani rupanya kene sbut Imeni. Cutieer
Setiap ibu bapa pastinya meletak harapan yang tinggi untuk melihat anak-anak mereka berjaya. Kerana itu banyak perkara yang dititik beratkan agar mereka ini cemerlang dalam pelajaran.
Belum lagi reda dengan isu berkenaan dengan silibus pembelajaran, kali ini timbul satu lagi isu berkenaan dengan peralatan sekolah yang uzur namun masih digunakan.
Rasanya ini bukan satu isu baru kerana sewaktu zaman persekolahan kita dahulu pun, kita sendiri berhadapan dengan situasi ini seperti kipas bergoyang, tempat duduk di kantin patah, longkang besar tidak ditutup dan macam-macam lagi sedangkan perkara-perkara ini sering dibincangkan dalam mesyuarat PIBG tapi keadaannya masih sama.
Baru-baru ini seorang pelajar telah cedera apabila kipas silling di bilik darjah terjatuh menyebabkan jarinya patah.
Menurut bapa kepada pelajar tersebut, kipas tersebut dilihat sudah berkarat.
Sebenarnya ini bukan perkaran baru terjadi di sekolah. Suka acapkali juga media melaporkan mengenai perkara ini.
Jadi dimana peranan pihak sekolah dalam hal ini?
Faktor keselamatan sepatutnya dititik beratkan oleh pihak sekolah kerana para pelajar ini masih belum matang berhadapan dengan perkara-perkara seperti ini lebih-lebih lagi yang bersekolah rendah.
Siapa tak terkilan, anak yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh, sengsara dek kerana kecuaian orang lain. Lebih terkilan apabila kecuaian itu masih boleh dielakkan jika pihak yang bertanggungjawab peka dengan perkara ini.
Apa yang dirisaukan lagi oleh ibu bapa adalah apabila pelajar trauma untuk ke sekolah apabila berhadapan dengan kejadian-kejadian seperti ini sedangkan sekolah merupakan gedung ilmu yang seharusnya dijadikan tempat pertama bertahta di hati mereka kerana di sinilah mereka mempelajari banyak ilmu.
Semoga perkara ini membuka mata banyak pihak dan tidak lagi dipandang remeh. Hari ni mungkin ianya terjadi pada pelajar lain, tak mustahil satu hari akan terkena pada anak sendiri jika tindakan masih belum diambil.
Pelakon Puteri Aisyah yang juga merupakan bekas Dewi Remaja telah kehilangan ayahnya Sulaiman Bin Hj Ab Rahman pada 17 Januari yang lalu di salah sebuah pusat perubatan di Kuantan, Pahang kira-kira pukul 8.35 malam.
Berita itu dikongsi sendiri oleh Puteri Aishah menerusi Insta Stories, yang turut memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan bapanya itu.
Baru-baru ini, Puteri Aishah dilihat berkongsi kompilasi video kenangan bersama serta meluahkan rasa rindunya terhadap Allahyarham.
“Posting this video here sebagai kenangan esok hari. Saya tidak mempunyai banyak foto bersama dengan ayah. I wish ada gambar time kecik dengan ayah but tak jumpa. But it’s okay 😊.
I’m eternally grateful, Allah reunited us before you go. Alhamdulillah. I’ll treasure our memories forever in heart. Rindu Ayah.”-Tulis Puteri Aishah
Posting ini mengundang rasa sebak di kalangan para pengikutnya.
Kehilangan ayah atau ahli keluarga sememangnya merupakan kehilangan besar dalam diri seseorang. Ianya jugak boleh membawa impak besar dalam kehidupan seseorang.
Semoga Puteri Aishah tabah dalam menghadapi dugaan ini.
Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan ucapan takziah di atas pemergian arwah bapanya itu.