Justin Bieber Batal Konsert, Alami ‘Kelumpuhan Muka’!

Share

Semuanya boleh berlaku sekelip mata sahaja, hari ini kita sihat mungkin esok lusa boleh diuji dengan masalah kesihatan yang boleh membataskan aktiviti harian.

Ini sebagaimana yang menimpa penyanyi terkenal Justin Bieber, baru-baru ini mendedahkan beliau mengalami ‘kelumpuhan muka’ disebabkan oleh sindrom Ramsay Hunt.

Disebabkan itu, penyanyi berusia 28 tahun ini mengumumkan untuk membatalkan beberapa siri konsert jelajahnya.

Bintang pop berusia 28 tahun itu yang pernah mempopularkan lagu ‘Baby’, berkata demikian melalui akaun Instagramnya pada Jumaat dengan berkongsi video tentang keadaan kesihatannya selama tiga minit.

Memetik laporan Sinar Harian, menurut Mayo Clinic, kehilangan pendengaran dan kelumpuhan muka yang dikaitkan dengan sindrom Ramsay Hunt berlaku buat sementara namun ia boleh menjadi kekal.

Mata kanan Bieber tidak dapat berkelip dan bahagian kanan mukanya tidak bergerak semasa dia muncul dalam video tersebut.

 

“Hai semua Justin (Bieber) di sini, saya ingin memaklumkan anda tentang apa yang sedang berlaku. Jelas sekali seperti yang anda boleh lihat wajah saya.

“Saya mempunyai sindrom yang dipanggil sindrom Ramsay Hunt dan ia adalah daripada virus ini yang menyerang saraf di telinga dan saraf muka sehingga menyebabkan muka saya lumpuh,” katanya menerusi akaun Instagram. – Agensi

Sumber : Sinar Harian  & IG @justinbieber

IKLAN