Selepas seluruh dunia diserang pandemik Covid-19, kerajaan Arab Saudi menghentikan sementara kemasukan jemaah untuk memasuki negara itu bagi mengerjakan umrah, bertujuan membendung jangkitan wabak.
Terbaru, Arab Saudi membenarkan semula ibadat umrah dilakukan sepanjang tahun secara berperingkat mulai 4 Oktober lalu selepas tujuh bulan ditangguhkan.
Bagi yang berpeluang melakukan ibadat umrah terawal selepas pandemik, pasti momen tersebut meninggalkan seribu satu kenangan.
Dr Ahmad Samhan berkongsi perasaan teruja, gembira dan sebak tatkala diberi kesempatan menjejakkan kaki ke tanah suci untuk mengiringi jemaah sekali gus berpeluang melakukan umrah bersama isterinya.
Sampai sekarang masih rasa macam bermimpi.
Dua hari lepas saya terima panggilan telefon dari sahabat saya, Dr Faizan Irdawaty.
“Samhan, nak pergi umrah tak? Ada orang nak sponsor?”
“Hah, nak sponsor? Tapi kenapa?”
“Travel agency nak cari doktor untuk iring jemaah. Lepas tu awak kan doktor selebriti”
Terkedu.
“Bila tu?”
“Lusa”
Hah!
Ads
“Kena tanya isteri dulu,nak bincang. Saya call lagi setengah jam untuk bagi jawapan”
Banyak perkara diuruskan dalam masa terdekat. Selepas berbincang, isteri nak ikut sekali.
“Boleh ke isteri saya ikut sekali? Untuk isteri, saya bayar”
“Saya dah bincang dengan CEO, dia sponsor sekali dengan isteri”
Ya Allah! Rezeki.
Malam itu juga staff dari EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd terus hubungi saya. Terangkan dokumen apa yang diperlukan dan urusan apa yang perlu saya selesaikan.
Keesokkan harinya, terus ke imegresen untuk buat passport. Ambil gambar untuk umrah. Buat swab test. Cop sijil nikah di pejabat agama.
Alhamdulillah, Allah mudahkan semua urusan dan staff EMRAZ travel sangat membantu. Semuanya selesai dalam 1 hari. Syukur.
Ads
Allah masih panjangkan umur saya dan isteri dipilih untuk jadi tetamu Allah. Tiada kata mampu diungkap melainkan bersyukur pada Allah.
Berjurai air mata.
Bilamana saja kaki menjejakkan bumi Madinah, terus berjurai air mata.
Dari tadi menahan sebak.
Walaupun sudah berkali-kali datang Madinah, perasaan tetap sama seperti kali pertama datang.
Masa belajar di Mesir, asal ada cuti mesti datang Saudi jadi Mutawif bawa jemaah. Cari pendapatan buat tampung belajar sambil rebut peluang buat umrah.
Kedai-kedai masih banyak tak dibuka Dan tak ramai orang.
Syukur masih dipanjangkan umur untuk menziarahi Rasulullah s.a.w. Kerinduan yang sekian lama dipendam, akhirnya hari ini terubat.
Syukur masih berpeluang menapakkan kaki di bumi Madinah. Tanah yang penuh berkat. Tanah yang sama dipijak oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Tanah yang menjadi saksi di akhirat kelak.
Ads
Solat dalam masjid nabawi. Tiada penjarakkan sosial. Hanya perlu pakai pelitup muka.
Kota Madinah yang sebelumnya dikenali Kota Yathrib. Kota yang diduduk oleh penduduk yang lemah lembut dan peramah. Sedikit berbeza dengan penduduk Mekah.
Jalan pun kosong. Tak seperti sebelum ini sesak.
Kota Madinah merupakan tempat yang dimuliakan oleh Allah dan Nabi s.a.w sangat mencintai kota ini dan penduduknya. Baginda sering mendoakan kesejahteraan penduduk kota Madinah. Di antara doa yang dipanjatkan baginda:
“Ya Allah, berkahilah mereka dalam timbangan mereka, dan berkahilah mereka dalam sha’ dan mud mereka, maksudnya bagi penduduk Madinah”(HR Bukhari dan Muslim).
Nabi SAW bersabda, “Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih utama dari seribu kali solat di masjid lain.” (HR Bukhari dan Muslim).
Di bumi barokah ini, saya doakan semua followers saya juga dipilih Allah untuk datang menziarahi Rasulullah s.a.w.
Siapa tak kenal dengan pelakon Adam Corie. Mungkin masih ada yang tidak tahu, sebelum ini Adam Corie merupakan seorang penari.
dia pernah menjadi guru tari dalam program realiti TV dan sejak itulah namanya dikenali.
Namun baru-baru ini, Adam telah menjelaskan yang dia kini tidak lagi berkhidmat sebagai penari dan juru tari biarpun pendapatan kerjaya itu sangat lumayan.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Adam berkongsi kisah dia meninggalkan karier tersebut selepas memilih untuk memeluk Islam.
“Dulu saya dapat satu tawaran untuk buat persembahan dan saya tanya pelanggan persembahan apa dan dia kata tarian tiang serta minta saya sediakan penari perempuan sahaja.
“Tawarannya sangat lumayan, ketika itu saya dah masuk Islam dan saya rasa was-was dan rujuk ustaz dan ustaz kata kalau boleh elakkan sebab tak berkat.
“Jadi saya hubungi semula pelanggan saya dan beritahu saya tolak persembahan itu dan sudah tidak lagi buat persembahan selamanya. Saya pun dah tak mengajar orang menari lagi ketika itu,” kongsi Adam.
Tambah pelakon filem KL Gangster itu, dia kini mencari keberkatan dalam mencari rezeki selepas membuat keputusan tersebut.
“Alhamdulillah, ustaz dah bagi keterangan. Saya berhenti untuk mengajar.
“Sampai sekarang dan sejak daripada itu saya buat keputusan untuk berhenti buat persembahan. Saya teruskan berlakon sampai sekarang. Itulah berkatnya.
“Pendapatan lumayan tapi keberkatan yang saya cari selepas kembali kepada fitrah (memeluk agama Islam),” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan Adam menjadi penari ketika persembahan Ziana Zain di Anugerah Juara Lagu 1992.
Mengenali Ratu hati Tuanku Agong ini, pasti rakyat cukup familiar dan teruja apabila baginda sering kali berkongsi gambar dan video tentang aktiviti harian baik yang rasmi mahupun peribadi.
Aktiviti tersebut dikongsikan di laman Instagramnya setiap hari secara terbuka untuk tatapan rakyat jelata.
Terbaru, Tunku Azizah memuat naik gambar satu insiden kecederaan yang dialaminya baru-baru ini.
Dengan kapsyen yang ringkas namun perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai. Termasuklah foto kakinya yang tercedera, dengan kapsyen ringkas.
pagi tadi saya main golf, tak perasan lobang sprinkler dan sy jatuh/terseliuh kaki kiri saya ….. alhamdulillah hanya bengkak .. hari selasa sy akan buat MRI …. terima kasih kerana ramai yg mendoakan …..
” nak sangat jadi golf champion!!! ” … syukur ankle tak patah ….. hanya sakit bisa je !
Perkongsian itu mendapat reaksi rakyat sehingga ramai yang menitipkan doa dan mengharapkan supaya baginda Tunku Azizah agar diberikan kesembuhan dengan segera.
Sekali sekala apa kata kita sediakan menu antarabangsa untuk keluarga kita dan di sini ada dikongsikan resipi untuk menyediakan salad buah mengikut resipi orang Filipina sepertimana yang dikongsikan oleh Marimar Mas.
Menurutnya resipi salad buah ini diperolehi daripada kawan sekerja yang berasal daripada Filipina dan apa yang lebih mengujakan katanya salad ini sangat sedap rasanya. Hinggakan bila disediakan untuk menu pencuci mulut di sebuah majlis, tetamu menikmatinya dengan penuh berselera hingga ada yang menganggap sald buah tersebut puding.
Jadi buat anda yang belum pernah mencuba rasanya, apa kata sediakan menu ini untuk dinikmati bersama keluarga. Bahan-bahan yang digunakan pun ringkas dan tidak rumit cara penyediaannya.
Sebelum itu, jom lihat detail bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakannya melalui perkongsian ini. Selamat mencuba!
Filipino Fruits Salad
Okay hari ini baru ada kesempatan nak share recipe “Filipino Fruits Salad” yang Mas dapat dari kawan Pinoy kat tempat kerja.. Rugi yakmat kalau anda tak try. Memang sedap ‘giler’ tau tak, tak percaya boleh tanya siapa yang dah makan ni.
Ni adalah 1st attempted Mas buat time majlis sembahyang hajat untuk Mas dan Baby haritu. Pak Haji yang baru turun Masjid pon boleh tergugat iman tau makan ni, sampai kan dorang bagitahu Abah “Sedapnye Puding buah ni”..
Anda juga boleh try buat kat rumah atau bila ada majlis untuk dijadikan pencuci mulut.
Bahan-Bahannya adalah :-
1) Fruit Cocktail (Any brands will do)
2) Sweet Condensed Milk ( Any brands will do)
3) Cheddar Cheese
4) Nestle Cream (Compulsory)
5) Corn Kernel (Bukan Cream Corn tau)
6) Fresh Fruits (Depends Pada Korang nak letak buah apa, lagi banyak lagi sedap)
Cara-Cara Penyediaan adalah :-
1) Korang Basuh Semua Buah-buah yang baru dikeluarkan dari peti ais dan potong mengikut kesesuaian mulut korang. Kalau macam longan tu korang kupas kulit dia dulu dan buang biji kat dalamnya.
2) Potong Cheddar Cheese tu secara dadu.
3) Tapis Fruits Cocktail dan Corn Kernel tu dan buang air dia.
4) Mix kan Nestle Cream, Cheddar Cheese dan Sweet Condensed Milk tu bersama dan gaul. Sweet condensed milk tu anda letak 2 atau 3 teaspoon sahaja atau mengikut kemanisan yang diingini.
5) Mix kan semua buah-buahan dan kacau sampai puas hati.
6) Dah siap, letak dalam bekas yang bersesuaian dan simpan dalam peti ais untuk dibuat makan sejuk-sejuk.
Okay untuk Kuantiti Nestle Cream tu anda boleh agak-agak sahaja dengan Kuantiti buah-buahan. Tapi untuk Cheddar Cheese tu lagi banyak letak lagi sedap. Dan perlu ingat Sweet Condensed milk tu jangan letak banyak sangat nanti manis kang kena diabetes pula.
Dan Untuk Nestle Cream tu boleh cari di Aeon Mall atau Giant tau, kalau di Singapore bersepah je tapi kat Malaysia especially KB memang tak ada.