klepto1-6fafc6dc79d06495f5821cc93bd231ef

Tidak dinafikan semua ibu bapa di dunia ini mahu setiap anak yang dilahirkan, dididik dan diasuh menjadi orang berguna serta berjaya dalam hidup.

Memang benar tugas mengasuh dan mendidik tidak pernah mudah, sebaliknya kian mencabar dari hari ke hari. Setiap pilihan dan keputusan dibuat perlulah sentiasa rasional, berpaksikan kepada rasa tanggungjawab dan hormat-menghormati.

Sebagaimana perkongsian cikgu ini, menjelaskan bagaimana petingnya mendidik anak sikap bertanggungjawab dalam hidup termasuk sikap berterus terang untuk mengelak anasir negatif dalam hidup anak.

Ikuti perkongsian ini.

Wow terkejut saya bila dapat screenshot ini. Seorang anak memohon izin untuk menonton filem. Filem adaptasi kartun jer. Dora and Lost City of Gold. Tapi anak Ini masih menghormati ibunya.

Kalau Nak Anak Jadi ‘Orang’, Ikuti Cara Cikgu Ini Didik Anak Erti Tanggungjawab. Deep!

Benda simple, hanya Nak tonton sahaja tetapi dia sangat percaya pada ibunya. Cuba lihat anak-anak kita, adakah hendak tonton satu-satu filem, drama atau kartun perlu pengesahan dari kita? Saya rasa tak kot.

Saya yakin dan percaya Puan Raudzah Arippin telah didik anaknya Widaad dari awal lagi.
Cikgu Ini Kongsikan 5 Cara Didik Anak Sikap Suka Berbincang Sebelum buat Keputusan.

DIDIK ANAK SIKAP TANGGUNGJAWAB 

Saya Kongsikan 5 perkara cara awal ajar anak untuk bertanggungjawab seperti Widaad.

1. Ajar minta izin

Anak-anak perlu ditekankan mengenai mohon keizinan. Tak kisah nak minta barang atau nak buat sesuatu. Janji minta izin. Biasakan anak-anak mohon keizinan jika barang itu bukan hak kepunyaan kita.

IKLAN

Sebelum nak ajar anak-anak mohon izin, kita sebagai ibu ayah juga perlu mohon izin jika nak ambil barang anak, masuk bilik anak atau pinjam barang anak.

Bila kita mohon izin pada anak, anak-anak sendiri akan ikut contoh kita sebagai ibu ayah dalam berkomunikasi.

2. Berikan kepercayaan

Kalau Nak Anak Jadi ‘Orang’, Ikuti Cara Cikgu Ini Didik Anak Erti Tanggungjawab. Deep!

Kita biasa melarang anak buat sesuatu. Kita takut dan risau jika beri kesan yang buruk kepada anak. Itu sangkaan kita.

Sebenarnya anak-anak kita hendak mencuba sesuatu benda yang baru. Walaupun benda baru itu kita dah lalui. Bagi saya biar mereka lalui dengan seliaan dan kepercayaan kita.

Dari situ jika ada baik buruk, kita terangkan dan rasional kan mengapa boleh, mengapa tak boleh. Anak-anak ini bila dia hadapi kesan buruk ada seperti sakit barulah mereka faham.

IKLAN

3. Raikan minat anak

Anak-anak kita ada minat masing-masing. Ibu ayah berperanan cari dan cungkil minat anak. Selami minat anak dan tunjukkan bersama dalam minat anak.

Sampai satu masa, si anak akan ada persoalan terhadap minat dia. Maka mereka akan tahu ibu ayahnya tempat rujuk. Sebab itu jangan sesekali nafikan minat anak atau paksa anak supaya meminati minat kita. Padah akan menjelma.

4. Jadikan rakan sembang

Kalau Nak Anak Jadi ‘Orang’, Ikuti Cara Cikgu Ini Didik Anak Erti Tanggungjawab. Deep!

Tadi saya ada tuliskan, ibu ayah perlu menyelami minat anak. Kesannya anak akan tanya soalan kepada kita. Pelbagai persoalan akan dihujani. Lebih banyak komunikasi maka kita akan lebih rapat dengan anak.

Jangan harapkan anak sahaja bertanya. Sesekali kita perlu turunkan IQ kita. Tanya anak tu, kenapa begini hadi begini. Ini adalah untuk latih anak-anak agar berani menyatakan sesuatu dan yakin diri.

IKLAN

Percayalah bila kita dan anak selalu menyembang. Pertalian kita dan anak lebih dari seorang sahabat.

5. Percepatkan permohonan anak.

Seperti Puan Raudzah ini, beliau menunjukkan minat dan berusaha akan menonton dahulu filem Dora sebelum memberi keizinan anaknya menonton.

Maka bila Puan Raudzah sahut permintaan anaknya dan berikan respon secepat mungkin secara tak langsung anaknya sangat percayainya. Saya yakin selepas ini apa sahaja anaknya ingin tonton, pasti keizinan itu di minta dan di respon oleh ibunya.

Secara tak langsung anak akan percaya si ibu. Bayangkan jika Puan ini lambat-lambat respon atau tak respon langsung. Rasa-rasa dengan siapa si anak akan rujuk? Pasti kawan-kawan atau orang yang kita tak kenali latar belakangnya.

Tahniah kepada Puan Raudzah Arippin kerana berjaya groom anak sehingga jadikan puan sebagai rakan karib paling dipercayai.

Ibu ayah,

Sahutlah hasrat anak-anak. Setiap apa hasrat anak-anak kita sahut dengan berhemah dan berhikmah. Jangan terus larang atau menafikan. Cari baik buruk dan rasionalkan. Anak-anak kita sedang belajar, dan kitalah gurunya.

Semoga bermanfaat,
Hujung minggu ini nak bawa anak tengok wayang cerita apa?

Kredit: Mohd Fadhli

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI