Ramai yang suka makan jagung rebus. Tapi jika salah masak jagung jadi keras, kecut dan tak manis.
Bagi yang bercadang nak rebus jagung jadi lebih sedap. Ikuti cara ini. Memang menjadi lebih manis dan lembut.
6 tip merebus jagung
1. Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus. 2. Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap. 3. Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya. 4. Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi. 5. Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih. 6. Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.
Lihat gambar pun sudah terliur, apatah lagi jika dapat menikmati Puding Buah Peach bersama keluarga pasti membuatkan anda tambah berselera.
Rasa masam manis buah peach nyata cukup memikat selera terutama sekali anak-anak. Sesuai dijadikan hidangan minum petang dan dimakan waktu cuaca panas. Resipi ini dikongsikan oleh Tg Khuzanika menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Penyejuk tekak puding buah peach?… ada yang tergoda kee???…
Kisah lelaki ini pernah dikongsikan di laman media baru-baru ini. Dalam keadaan diri yang derita sakit kanser, Mohd Izzuddin Zainal, 33, penghidap penyakit kanser limfoma gigih mengambil tempahan tag nama tulisan khat dari katil hospital.
Kegigihannya mendapat perhatian warganet, rata-rata menghulurkan rasa simpati dan menurut isterinya tempahan yang diterima cukup menggalakkan. Namun menerusi Harian Metro semalam, cikgu Izzudin dimaklumkan sudah meninggal dunia. Berita tersebut dikongsikan oleh isterinya.
“SAYA minta maaf. Sesiapa yang sudah membuat bayaran untuk tempahan tag nama, saya akan pulangkan semula wang mereka.
“Mereka yang sudah mendapat tag nama, itulah kenangan ditinggalkan,” itu luahan Suzana Muhamad Tab, isteri kepada arwah Mohd Izzudin Zainal.
Kisah Mohd Izzudin berusaha mencari rezeki dengan mengambil tempahan membuat tag nama tulisan khat sehingga tular di media sosial, pernah dilaporkan Harian Metro pada 2 dan 7 November lalu.
Mohd Izzudin iaitu guru yang mengambil tempahan membuat tag nama tulisan khat dari atas katil hospital bagi menampung kos rawatan disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), 8.05 malam tadi.
Suzana, 34, ketika dihubungi Harian Metro, memberitahu doktor mengesahkan suaminya meninggal dunia kerana jangkitan paru-paru.
“Semalam, arwah masih berusaha menyiapkan beberapa tempahan tag nama walaupun dalam keadaan sesak nafas.
“Pagi tadi tahap oksigen arwah semakin menurun dan semua bacaan lain pada mesin mulai menurun.
“Sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, doktor tetap berusaha memberi bantuan pernafasan di depan saya,” katanya dalam keadaan sebak.
Allahyarham Mohd Izzudin meninggalkan dua cahaya mata lelaki, Sulaiman, 5, dan Isa, 3.
Jenazah akan disempurnakan dan disembahyangkan di Masjid Al-Khadijah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam, pagi esok.
Memasak menggunakan Carbon Steel Wok sememangnya amat sesuai digunakan untuk masakan jenis stir-fry. Ini bersesuaian dengan rekaan dan bentuk periuk tersebut yang bertangkai sekali gus memudahkan untuk pengguna mengendalikan masakan yang dimasak dengan lebih selesa. Bahkan proses kaub balik makanan yang dimasak kebarangkalian tertumpah atau terkeluar daripada periuk adalah tipis.
Sekali gus, dengan menggunakan periuk ini untuk memasak dapat membangkitkan mood dihati ibu-ibu untuk sediakan hidangan istimewa persis restoan lima bintang!
Difahamkan setiap periuk yang baharu dibeli perlu melalui beberapa proses sebelum boleh digunakan. Hal ini dikongsikan oleh Wan LuQman dan dia juga turut berkongsi langkah demi langkah yang dipraktikkan untuk info bersama.
Ini perkongsianna :-
My 3rd kuali.
Baru² ni jumpa kuali saiz 13″ terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13″…Dah setel masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni. Orang putih cakap “season the wok”. Untuk ape bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jaga dia, tak manjakan dia, dia akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna dia.
Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat. Jadi pengalaman memasak anda lebih seronok dan ghairah. Haha…macam enamel wok tu. Sila sayangi kuali anda…
Goreng nasi sambil melambung² nasi tu, goreng telur mata, goreng ikan…memang cantik dan best. Ade je yang dijual pre season wok. Mahal sikit lah..
Proses semua makan masa lebih kurang 30-45minit bergantung kepada power api dapur anda. Kander punya dapur bukan high pressure, tapi turbo burner..
Ok, macam mana nak tahu saiz kuali ni? Kat handle tu ada sticker. Boleh tengok nombor tu…tu lah saiz. Kebanyakan yg ada saiz 14″ 16″…saiz 13″ susah sikit nak dapat. Tapi kuali jenis ni xde dah saiz lagi kecik rasanya kat malaysia…13 kot paling kecik. Kalau dapat saiz 10″-11″, lagi comel masak nasik goreng sorang makan.
Harga dia average rm18-23. Tengok kedai dan tempat. Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak / greasy. Itu adalah minyak dari kilang…kite kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang bontot dia kita gonyoh semua.
Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali ni tau, biar rata semua tempat.
INGAT JANGAN LAMA SANGAT, BILA DAH START BIRU TERUS ALIH KE PERMUKAAN LAIN. KALAU LAMA SANGAT KAT TEMPAT SAMA, NANTI YANG BIRU TU AKAN JADI MERAH. TANDA BESI TERLALU PANAS dan akan berkarat di kemudian hari. Sila buang dan beli kuali baru.
Dah siap. Hensem kan? Biarkan dalam 10min…
Lepas 10 min, kite test season. Letak minyak sikit..
Guna paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ye. Bukan guna tisu muka dalam kotak kat ruang tamu tu!
Test Run…goreng la pape pun, bawang ke, daun bawang ke halia ke serai ke…seronok waktu ni tengok mereka berlari lara. Goreng je sampai garing ke hangus ke…
Masa ni kander goreng kobis, halia dan bawang putih je pun. Tapi bau dia masyaallah terliur! hehe. Bile dah garing kaw², buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali.
Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5min. Bagi dia cool down dulu. Korang tengoklah…kuali je baru. Sudip ikat cable tie tu jugak tak tukar² hahah
Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun ye. Lap² bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan gaul rata lagi sekaliBile kita gosok guna tisu sambil api menyala, dia akan start berasap. Tutup api…siap.
Besok² nak pakai, panaskan dulu, ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali…baru guna. Ini dipanggil pre season…
Buat 2-3 kali pre season, insyaallah lepas tu kuali akan hitam gelap gelita macam kat restoran tu, itu lah yang kita mahu. Konpem x melekat sampai sudah.
Ni kuali kander yang ke-2. Beli ni dulu x season pun…malas. Bila x season, dia jadi macam ni lah. Lepas pakai, cuci bersih², bila dah kering dan simpan. Akan naik karat² tu…jadi setiap kali nak pakai, kena cuci dulu.
Kuali macam ni, untuk penjagaan dia, setiap kali lepas pakai basuh lap bagi kering kemudian sapu minyak di keliling permukaan dia. Baru simpan…haaa gitulah. Ingat muka je kena jaga? Kuali kesayangan pun mesti lah kena jaga.
Kuali pun kander jaga, apetah lagi hati dinder. Lagi lah dijaga….cewaahhh. Eh?!
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.