Kapsyennya menarik perhatian ramai,namun empunya diri tidak mengulas lanjut. Namun dalam hantaran terbarunya di instagram, Fizo berkongsi foto indah hari bahagianya.
Mengenakan persalinan sedondon putih, gambar-gambar yang dikongsikan menerima titipan tahniah dari wargamaya.
Wanita berkenaan dikenali sebagai Fazeera Nazri Aziz dari Sarawak dan difahamkan juga, Fazeera yang menggunakan panggilan mesra Faz pernah bertugas sebagai pramugari sebelum ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah dan ucapan selamat pengantin baru untuk pasangan mempelai.
Sejak tular Channel YouTube Sugu Pavithra yang memuatnaik resipi dan cara masakan serta aktiviti harian keluarganya, pasangan S.Pavithra, 28, dan suaminya M.Sugu, 29,menjadi inspirasi ramai.
Tidak dinafikan berjaya mencatat sejumlah 163,000 subscriber, manakala video-video yang dimuat naik beliau pula mencatatkan jumlah tontonan sehingga 6 juta views. Namun disebalik video itu sebenarnya ada makna tersirat yang membuatkan kita semua berasa bahagia apabila melihat keluarga ini.
Begitulah yang digambarkan menerusi facebook Siti Suryani Yaakop bahawa suami isteri ini dilihat sebagai pasangan bahagia apabila dilihat suami melayan pelbagai permintaan isterinya untuk memuatnaik aktiviti di channel youtube milik mereka. Malah pujian yang wanita ini telah meriah 20 ribu share apabila ramai yang mengakui bahawa itulah sikap yang harus ada bagi setiap pasangan agar rumahtangga bahagia. Sungguh inspirasi. Youtuber menjadi antara pengikat kasih pasangan suami isteri. Sweet!
JADILAH SAHABAT TERBAIK ISTERI.
Satu yang aku suka tentang pasangan ni ialah, suami dia pun rajin melayan. Suruh shoot video pun dia shoot. Suruh makan pun dia makan. Suruh potong kayu pun dia potong kayu. Nampak bahagia dan manis sekali.
Bukan susah pun nak bagi isteri rasa gembira dan dihargai. Jadilah sahabat terbaik dia.
Cuba teman masa dia kat dapur. Tak ambik video pun takpa. Tak kupas bawang pun takpa. Teman je. Borak dengan dia. Seronok dah dia rasa. Dia bukan nak pembantu. Dia nak ‘companion’.
Bukan kerja banyak yang acapkali membuat isteri penat. Perasaan bersendiri tu sebenarnya yang buat dia rasa tak larat.
‘Small gesture. Big impact.’
Ni kadang belum suruh buat apa. Baru isteri ajak selfie sesama je pun muka dah macam berak tak hadam.
Janganlah sampai kurang harta, kedekut pula kasih sayang. Jika begitu, makanya kita telah menjadi orang yang paling papa sekali.
Tentunya ramai yang mengemari roti. Kalau tak ada roti di rumah tu rasa tak lengkap aje.
Sehinggakan roti yang ada nampak kulat tetap digunakan untuk dijamah dengan beranggapan jika dibakar ia selamat dimakan.
Hakikatnya tidak! Sebagaimana perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan yang mendedahkan bagaimana seorang pesakit telah mengalami keracunan akibat makan roti berkulat walaupun belum tarikh luput.
Jadi jangan buat main-main hal ni. Ikuti perkongsian ini. Moga jadi iktibar.
“Sampai masuk hospital anak saya, doktor! 3 hari lembik, macam tuala buruk!”
OK, walaupun dah banyak kali pesan, kita pesan lagi. Kalau nampak roti yang belum luput tarikh, tapi dah ada tanda-tanda nak berkulat, maka jangan makan. Buang terus!
Ada orang, dia rasa sayang nak buang sebab kulatnya tompok kecil sahaja. Jadi dia cuil bahagian yang berkulat tu dan buang. Bahagian yang nampak elok tu dia makan.
Jangan buat macam tu.
Tompok kecil yang kita nampak atas permukaan roti tu adalah putik spora kulat. Namoak kecil di luar, tapi mungkin jaringan akar kulat dah jauh menjalar ke dalam ruang roti.
Jadi, kita tak boleh nak anggarkan di mana sebenarnya sempadan roti yang telah berkulat dan yang elok. Kalau kita termakan spora atau hyphae, sama sahaja bahayanya.
Ada juga orang, dia bersihkan bahagian berkulat dan kemudian masak atau panaskan roti dengan niat untuk membunuh kulat ni. Kemudian dia makan roti tu.
INI SEBABNYA
Jangan buat macam tu.
Benar, kebanyakan kulat akan mati jika dimasak dengan suhu yang tinggi, tetapi roti yang telah berkulat tetap tak selamat untuk dimakan. Tak kiralah digoreng, stim atau bakar.
Kulat menghasilkan sejenis toksin dinamakan mikotoksin(mycotoxin). Ia boleh menyebabkan gejala keracunan makanan. Ia tidak mudah dimusnahkan walaupun dimasak.
Keracunan makanan akibat kulat dan toksinnya boleh menyebabkan gejala muntah-muntah dan cirit-birit yang teruk, terutamanya untuk kanak-kanak dan warga emas.
Oleh itu, nampak ada perubahan warna pada roti, walaupun tompok kecil, walaupun belum tarikh luput, terus buang. Jangan ambil risiko bahayakan kesihatan.
Makanan sihat, adalah makanan yang selamat.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan
Gambar hiasan: habuk atas roti
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lahir anak sulung perempuan, kedua perempuan, ketiga pun perempuan. Tentunya ramai pasangan dalam situasi ini menaruh harapan besar agar kelahiran anak seterusnya adalah lelaki.
Namun rezeki cahaya mata itu ketentuan Tuhan, ada yang dimakbulkan hajat beroleh anak lelaki tapi ramai juga yang tetap dianugerahkan anak perempuan.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Daripada Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya :
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Daripada ayat-ayat ini kita boleh melihat betapa kelebihan memiliki ramai anak perempuan. Apatah lagi jika ibu bapa menjaga serta mendidiknya mengikut landasan yang betul dan anak itu sendiri patuh pada suruhan agama. Ia boleh menjadi pelindung ibu bapa daripada api nerewka.
Sebenarnya anda patut rasa bangga. Paling penting, jangan sesekali rasa tertekan bila anda tidak punya anak lelaki seperti orang lain. Yang anda perlu yakini, rezeki setiap orang berbeza-beza. Ada orang yang hanya memiliki anak lelaki kesemuanya dan ada pula yang bertuah memiliki kembar sepasang dan sebagainya. Semua ini bergantung kepada rezeki daripada Allah.
Antara kelebihan yang anda perlu tahu adalah:
1. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, para malaikat akan beristighfar untuknya.
2. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
3. Mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
4. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
5. Ibubapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Bayangkan kesemua anak perempuan anda yang setiap hari mendoakan ibu dan bapanya.
7. Apabila ibu dan bapa diuji dengan sesuatu perkara daripada anak-anak perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
9. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
Bagaimana Seorang Ayah Patut Didik Anak Perempuan
1. Seorang ayah mesti tunjukkan contoh tauladan dan sikap yang baik buat anak perempuannya.
2. Ajar anak perempuan menjadi anak yang sopan serta pandai menjaga akhlakdirinya.
3. Menutup aurat? Ini hal yang sangat penting ayah kena lakukan. Wajib!
4. Tunjukkan contoh bagaimana menjadi orang yang menghormati orang lain serta pandai menjaga hati orang lain ketika bercakap.
5. Ayah harus ajar anak perempuan jadi lebih kuat, percaya dan yakin pada diri sendiri.
6. Walaupun anak perempuan nampak manja dan agak penakut tetapi penting untuk seorang ayah menanamkan kata-kata semangat supaya jadi lebih berani.
7. Ketika anak perempuan mula belajar berjalan, ayah kena jadi lebih kuat dalam memberikan kata-kata semangat supaya anak berani melangkah walaupun berisiko untuk jatuh.
8. Anak perempuan memang anak yang manja. Mereka suka disayangi dan dimanjakanwalaupun sudah besar. Ayah, jangan lupa tentang hal ini!
9. Sentiasa berikan mereka perhatian, konsisten ucapkan ‘ayah sayang kamu’, percayalah anak perempuan anda akan membesar menjadi anak yang berjaya dan bahagia.
10. Ayah wajib jadi pelindung setiap saat hingga akhir hayatnya!
Sumber: My info
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.