Tentunya ramai yang mengemari roti. Kalau tak ada roti di rumah tu rasa tak lengkap aje.
Sehinggakan roti yang ada nampak kulat tetap digunakan untuk dijamah dengan beranggapan jika dibakar ia selamat dimakan.
Hakikatnya tidak! Sebagaimana perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan yang mendedahkan bagaimana seorang pesakit telah mengalami keracunan akibat makan roti berkulat walaupun belum tarikh luput.
Jadi jangan buat main-main hal ni. Ikuti perkongsian ini. Moga jadi iktibar.
“Sampai masuk hospital anak saya, doktor! 3 hari lembik, macam tuala buruk!”
OK, walaupun dah banyak kali pesan, kita pesan lagi. Kalau nampak roti yang belum luput tarikh, tapi dah ada tanda-tanda nak berkulat, maka jangan makan. Buang terus!
Ada orang, dia rasa sayang nak buang sebab kulatnya tompok kecil sahaja. Jadi dia cuil bahagian yang berkulat tu dan buang. Bahagian yang nampak elok tu dia makan.
Jangan buat macam tu.
Ads
Tompok kecil yang kita nampak atas permukaan roti tu adalah putik spora kulat. Namoak kecil di luar, tapi mungkin jaringan akar kulat dah jauh menjalar ke dalam ruang roti.
Jadi, kita tak boleh nak anggarkan di mana sebenarnya sempadan roti yang telah berkulat dan yang elok. Kalau kita termakan spora atau hyphae, sama sahaja bahayanya.
Ada juga orang, dia bersihkan bahagian berkulat dan kemudian masak atau panaskan roti dengan niat untuk membunuh kulat ni. Kemudian dia makan roti tu.
INI SEBABNYA
Ads
Gambar sekadar hiasan
Jangan buat macam tu.
Benar, kebanyakan kulat akan mati jika dimasak dengan suhu yang tinggi, tetapi roti yang telah berkulat tetap tak selamat untuk dimakan. Tak kiralah digoreng, stim atau bakar.
Kulat menghasilkan sejenis toksin dinamakan mikotoksin(mycotoxin). Ia boleh menyebabkan gejala keracunan makanan. Ia tidak mudah dimusnahkan walaupun dimasak.
Ads
Keracunan makanan akibat kulat dan toksinnya boleh menyebabkan gejala muntah-muntah dan cirit-birit yang teruk, terutamanya untuk kanak-kanak dan warga emas.
Oleh itu, nampak ada perubahan warna pada roti, walaupun tompok kecil, walaupun belum tarikh luput, terus buang. Jangan ambil risiko bahayakan kesihatan.
Makanan sihat, adalah makanan yang selamat.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan
Gambar hiasan: habuk atas roti
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak-anak yang cerdik pandai sehingga memaksa anak-anaka belajar dan memberi tekanan kepada anak tanpa disedari. Jika keputusan peperiksaan merosot, pasti dibebelkan.
Tanpa mereka sedari bahawa setiap anak itu perkembangannya berbeza-beza. Oleh kerana setiap kali diberi tekanan, ada yang mengambil keputusan drastik untuk lari dari rumah. Mereka tidak dapat meluahkan kepada ibu bapa yang terlampau menaruh kepercayaan tinggi buat dirinya untuk menjadi kebanggaan keluarga.
Inilah yang dikongsikan oleh seorang pegawai kaunseling yang pernah mengendalikan kes remaja yang mengalami tekanan akibat desakan ibu bapa. Melalui laman facebooknya Afandy Bin Sutrisno Tanjung memberikan pendapatnya mengenai hal ini. Semoga bermanfaat perkongsian ini.
Jangan paksa anak! Bacalah dengan hati yang terbuka wahai yang bergelar ayah dan ibu. Dah baca jangan lupa sampaikan pada pasangan anda. Kisah ini umum dan sepanjang saya menjadi Pegawai Psikologi/Kaunselor bila melibatkan isu “KERJAYA”, anak yang menjadi “mangsa”. Saya percaya semua orang inginkan anak yang baik, cerdik, cerdas, serta soleh dan solehah. Namun perlu diingat amatlah menyedihkan apabila anak menjadi mangsa keinginan ibu bapa.
Bagi ayah dan ibu di luar sana yang jenis memaksa anak untuk menjadi seperti anda atau apa yang anda inginkan? Tahukah bahawa anak anda akan menangis sepuas-puasnya bila mereka diminta untuk menzahirkan perasaan mereka ketika diberi peluang? (ada yang meraung dan menangis hingga tidak cukup nafas, Allahu.. Saya yang “menghadap” situasi ini berasa teramat sedih dan pilu melihatnya….
ANAK BERPURA-PURA SENYUM TETAPI SEDANG MENGALAMI TEKANAN PERASAAN
Tahukah ibu bapa yang anak anda mungkin berpura-pura senyum dan bila ditanya mereka menjawab ok ayah, ok mak, jangan risau.. Semuanya ok.. Tapi bila bila tidak bersama anda, mereka menangis semahu-mahunya…? Sampai ada yang menangis sambil menyebut bait-bait doa “Ya Allah….. Tolong aku…. Aku dah tak tahan….. Allah…..”
Saya dapat rasakan yang anak-anak ini seolah-olah menanggung “tekanan demi tekanan terhadap perasaannya”… Depan ibu dan ayah mereka mengukir senyum dan ketawa, tapi dibelakang mereka menangis/meraung semahunya… Allahu..
Ini antara jawapan biasa yang ibu bapa berikan bila ditanya apa yang mereka mahukan dari anak mereka:
“Saya ingin anak saya jadi doktor! Boleh tolong rawat orang di samping kalau saya sakit nanti, bolehlah dia merawat saya pula. Saya akan pastikan walau apa sekalipun dia menjadi doktor!”
“Saya ingin anak saya jadi cikgu! Jadi cikgu senang sikit.. Tak macam kerja lain. Lagi satu, jadi cikgu ni cuti banyak!” sambil tersengeh
Ada pula yang cakap begini,
“Saya ingin anak saya jadi ustaz atau ustazah! Saya nak dia hafal Quran. Encik pun tahu kan bila ada salah seorang dalam keluarga kita yang hafiz Quran, mereka boleh beri syafaat kepada kita di akhirat nanti.
Apa yang saya dapati ibu bapa ini telah “imposed” nilai dan apa yang mereka hendak terhadap anak mereka. Dengan erti kata lain, ibu bapa ini seolah-olah memaksa anak-anak mereka agar menjadi seperti apa yang mereka inginkan!
Yang paling menyedihkan ada ibu bapa yang menyatakan, “masa saya muda-muda dulu saya tak dapat nak buat, jadi biarlah dia ini yang lakukan (sambil menunjuk kepada anaknya).
Hati kecil saya berkata, ” adakah ibu bapa ini sedar bahawa kepandaian atau intelektual seseorang itu berbeza? apatah lagi bila anak itu telah berumur 14 atau 15 tahun dipaksa untuk jadi itu dan ini seperti yang mereka inginkan! (anak tu dah jadi buluh dah!). Kalau salah caranya konflik lain pula yang akan timbul!
ANTARA KES:
Kes= Depression. Tahukah ibu ayah, apabila anak ini dirujuk atas sebab stress dan depression. Tidak mahu bercakap dan suka bersendirian. Di belakang ibu dan ayah, mereka sanggup menampar pipi serta menumbuk-numbuk badan dan dada mereka sendiri, sambil menjerit ” kenapa ayah dan mak nak paksa saya jadi apa yang dia nak?! Kenapa saya dibebankan dengan cita-cita mereka! Saya tak mampu! Saya benci ayah dan mak saya! Allahu.. Sayu bila dengar tangisan ini.
Kes= stress/Depression “Saya dah cuba hafal, tapi saya tak boleh, orang lain dah alih ke surah yang baru, saya belum lagi, ustaz suka marah dan perli2 saya! Saya taknak sekolah tu…kenapa paksa-paksa saya..” sambil menangis… Cukup sebak mendengarnya..
Kes= Lari dari rumah. “Ayah dan mak nak hantar saya ke sekolah tahfiz, tapi saya tak suka hafal.. Bukan saya tak suka Islam, sy solat 5 waktu cukup… Tapi saya taknk ke sekolah tahfiz… Tolong saya abang (panggilan terhadapku)” ….. Sambil menangis…
Tahukah wahai ayah dan ibu… Bila kita memaksa anak untuk jadi apa yang kita hendak, tanpa melihat faktor lain seperti tahap kecerdasan, emosi dan aptitude (bakat semula jadi) mereka, itu maknanya kita sedang mengorbankan jiwa yang tidak berdosa..
Anak2 ini akhirnya mengalami stress, anxiety dan depression yang berterusan jika ia tidak mampu menghadapi seperti apa yg diharapkan. Apatah lagi jika anak telah menjadi “buluh”, bukan mudah bagi mereka utk “adapt” dengan “arahan” demi arahan oleh ibu bapa terhadap mereka.
Sebenarnya, ada tips untuk Ibu bapa untuk membentuk anak agar menjadi seperti yang kita harap dan inginkan.
1) Tanamkan dalam diri anak kita tentang apa yang kita inginkan sedari anak itu masih bayi lagi. Maksud di sini ialah berdoalah. Doa anda sebagai ibu bapa terhadap anaknya. Bukankah doa ibu untuk anaknya tiada hijab?
2) Bercakap dengan bayi anda sedari kecil. Nampak remeh. Takkan nak bercakap kat budak kecil yang tak tahu apa2. Anda silap! Pada fasa ini otak mereka pesat berkembang dan akan “absorb” apa sahaja yang mereka dengar dan perhatikan! Jika baik yang anda cakap, maka baiklah yang dia dengar. “Never underestimate your baby!“
3) Kalau beli permainan, belikan permainan yang berkaitan dengan jenis pekerjaan yang kita inginkan. Misalnya nak anak jadi doktor, belikan mainan doktor-doktor, selalu cerita tentang kelebihan doktor. Begitu juga kalau nak jadi penghafaz quran, sedari bayi lagi perdengarkan quran, sembang quran dan banyakkan perkara yg berkaitan dengan quran.
4) Tidak memaksa. Adalah normal bagi kanak-kanak bila ditanya “adik nak jadi apa bila besar nanti?” dan ia menjawab, “adik nak jadi superman”. Jangan marahkan dia! Sewaktu kanak-kanak lah imaginasi mereka sedang pesat terbentuk. Fasa ini penting dalam membentuk pandangan mereka terhadap sesuatu. Jika dilekehkan, ini dapat menjejaskan self-esteem anak tersebut. Jadi pemalu, pasif dan tidak suka bergaul.
5) Ahli keluarga yang supportive. Bahasa mudahnya ialah dorongan keluarga, iaitu mempunyai ikatan kekeluargaan yang kuat. Biasanya kecemerlanagn seseorang itu berkait rapat dengan ikatan emosi kekeluargaan yang bahagia.
6) Jangan sesekali membanding-bandingkan anak-anak kerana perbandingan itu boleh memberi luka yang parah pada emosi. Lagipun perlu sedar bahawa kemampuan setiap anak adalah berbeza.
Pesanan: share sahaja kalau rasa info ini berguna juga untuk orang lain. ?
Semoga bermanfaat.
AFANDY BIN SUTRISNO TANJUNG
Pegawai Psikologi
Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Musim durian ni tentu ada yang teruja untuk makan buah ini. Makan banyak pun masih nak lagi.
Pelbagai resipi yang menggunakan buah durian ini termasuk masak tempoyak, pulut bersama durian, kek durian atau serawa durian.
Bagi penduduk negeri Kelantan, makan durian bersama budu adalah menjadi tradisi sejak turun temurun.
Boleh dikatakan ia antara menu wajib yang ada setiap kali makan bersama keluarga. Bagi penduduk di negara lain, ia dikatakan hidangan yang unik dan agak pelik apabila durian di makan dengan budu.
Ini terbukti apabila perkongsian pemilik TikTok, hzrnftrh telah meraih perhatian ramai apabila videonya memaparkan durian di makan bersama budu.
Meninjau di ruangan komen ramai yang teruja melihat video berkenaan.
Kucing putih jadi teman Norhamimah lawat kubur suami, “Waktu saya baca doa, Uteh pasti duduk di tepi.” Kucing adalah antara haiwan peliharaan yang paling popular di seluruh dunia. Dengan kecomelan rupa paras, perangai yang manja, dan personaliti yang unik, kucing telah mencuri hati ramai pencinta haiwan.
Bagi Norhamimah, wanita berusia 46 tahun ini, memiliki seekor kucing berwarna putih yang diberi nama Uteh bukan hanya menceriakan hidup malah menjadi peneman setia setiap kali Norhamimah Khalid ke tanah perkuburan.
Menurut Norhamimah, Uteh mula manja dengannya sejak kerap menziarahi pusara Allahyarham suaminya, Azharuddin Said yang meninggal dunia dua tahun lalu akibat serangan jantung.
Ibu lima anak itu berkata, Uteh asalnya kucing buangan yang tidak terurus namun menjadi gebu selepas Norhamimah memberi makan serta menyediakan tempat tidur buat haiwan itu dekat pondok di luar tanah perkuburan.
“Saya jumpa Uteh beberapa bulan selepas suami meninggal dunia dan ia nampak kurus, selain badan berkurap.
“Disebabkan kasihan dan sayangkan kucing, saya mandikan Uteh dan memberinya makan serta minum hingga jadi comel seperti sekarang.
“Saya sediakan juga kotak dekat pondok untuk Uteh tidur dan setiap kali datang, Uteh akan sambut saya kemudian saya berinya makan.
“Waktu saya baca doa, Uteh pasti duduk di tepi saya sebagai peneman seolah-olah tak nak saya sedih,” katanya.
Norhamimah berkata, sejak pemergian suaminya pada 15 November 2022, hampir setiap hari dia akan ke tanah perkuburan untuk menziarah pusara.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak membawa Uteh pulang ke rumah kerana haiwan itu dilihat lebih selesa tinggal di situ.
“Saya memang sayang Uteh namun biarkannya hidup bebas kerana nampak Uteh sihat di situ (sekitar tanah perkuburan).
“Ikutkan saya tak risau sangat dengannya cuma pernah tak keruan selepas ke tanah perkuburan baru-baru ini dan tak nampak kelibatnya.
“Lima hari juga Uteh hilang… cari pun tak jumpa sampai saya nekad cari dengan muat naik hantaran dalam kumpulan WhatsApp kawasan perumahan.
“Tapi saya lega kerana tak lama selepas itu, Uteh muncul semula,” katanya.
Norhamimah berkata, sejak berkongsi kisah Uteh di TikTok, ada yang menghantar kiriman mesej kepadanya dan menyatakan hasrat memelihara kucing kesayangannya itu.
“Mulanya nak bagi kemudian tak jadi lepaskan kerana berat hati.
“Jika Uteh tiada nanti, sunyilah saya kerana tiada peneman bila menziarahi kubur suami.
“Lagipun, Uteh mengingatkan saya dengan suami yang sayangkan kucing dan gemar membawa balik haiwan itu ke rumah,” katanya.
Rozita Che Wan berkongsi pendekatannya sebagai ibu mentua yang santai, selain mendedahkan nasihat yang sering diberikan kepada anak lelakinya demi kebahagiaan rumah tangga.