Mungkin ada yang beranggapan semua ini hanyalah kebetulan, namun mengikut kajian sebenarnya aura kehamilan ini boleh ‘berjangkit’.
Menurut satu kajian penyelidikan dari sebuah jurnal pada tahun 2014 menerusi American Sociological Association, seseorang yang mengandung ataupun mempunyai aura kehamilan juga boleh mempengaruhi kawan-kawan terdekat untuk sama-sama hamil.
Bukan itu saja, sebuah lagi penyelidikan mendapati bahawa ‘risiko’ seseorang wanita untuk hamil akan meningkat apabila lebih ramai rakan mereka yang mengandung dan melahirkan anak dalam tempoh 3 tahun terkini.
Begitupun perlu difahamkan bahawa aura tersebut hanya ‘merebak’ dan ‘berjangkit’ melalui cara psikologi, dan bukanlah secara proses biologi.
Dengan kata lain, kehamilan kawan-kawan terdekat akan mempengaruhi keinginan seseorang wanita untuk turut memiliki zuriat sendiri, walaupun sebelum itu mereka mungkin tidak terfikir untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.
Ads
Demikian juga situasi yang dilalui oleh MUA Bellaz apabila dia tak sangka sama sekali fasa kehamilan kali ini bersama dengan kawan baik sendiri.
“Hahah betol laa org tua2 kata kwan rapat nnti pakat berjangkit pregnancy sama2 sekali hehe..ni terjadi dlm sejarah kami bertiga pregnant sekali …🤣
“Dulu 2019 skrg ni terjadi lagi 2022 haha apa2 syukur Alhamdulilahh…lebiu CIK HAYA RAHIM & Zeela Touch.” kongsi pemilik nama sebenar Nur Nabilah Zulyadaini.
Ads
Berkawan since tadika sama-sama sampai sekarang.
“Kali ni di Apit baby teruna kiri kanan dgn anak dara di tgh2 ..insyallah..apa2 pon kami mendoakan untuk smua para bakal2 ibu dapat zuriat secpt mungkin dan dipermudhkan urusan bakal2 ibu yg nk melahirkan baby nnti Amenn
Banglo Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini sudah diroboh, hanya tinggal kenangan. Tiada lagi banglo megah milik Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang dahulunya tersergam indah di belakang sebuah hotel di Petaling Jaya.
Banglo dua tingkat yang pernah menjadi syurga bagi penyanyi Seri Dewi Malam ini kini hanya tinggal longgokkan pecahan batu selepas dirobohkan oleh pemilik baharu dua bulan lalu.
Memetik portal Hibglam dan juga menerusi TikTok Hibglam yang kelihatan hanya tembok batu coklat kiri kanan yang masih tertera nombor rumah 42 yang bersisa, manakala pintu pagar gah rona hitam sudah diganti dengan zink hijau, menandakan kerja-kerja kontraktor sedang dijalankan. Difahamkan pembeli hanya inginkan tanah dan bukan banglo tersebut, selain turut membeli lot bersebelahan kediaman tersebut.
Menurut pengawal yang diupah oleh syarikat pembinaan, beliau telah menjaga kawasan berkenaan sejak hartanah bertukar milik sekitar awal tahun ini.
“Saya cuma tahu dahulu rumah besar ini pernah didiami seorang penyanyi popular, tetapi kemudian dibeli oleh sebuah syarikat. Kerja merobohkan rumah pun baru sahaja dilakukan sekitar Mei lalu. Selebihnya saya tak tahu. Saya cuma kerja jaga,” katanya ketika ditemui HibGlam.
Tiada sebarang kerja pembinaan dijalankan pada hujung minggu dan perincian mengenai projek berkenaan juga tidak dipaparkan di bahagian luar premis. Melalui celah pintu pagar zink setinggi lapan kaki itu, jelas kelihatan sebuah jengkaut masih ditinggalkan untuk menyelesaikan kerja pembersihan sisa runtuhan.
Menurut sumber terdekat keluarga Allahyarham, kediaman tersebut diruntuhkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah projek komersial. Namun, individu terbabit tidak mengetahui syarikat mana yang berjaya membeli hartanah tersebut ataupun harga yang ditawarkan kepada anak tunggal arwah, Aliff Omar Ali, 42.
Usaha untuk mendapatkan komen waris Allahyarham juga belum berhasil apabila panggilan kepada Aliff tidak dijawab. Sementara itu, seorang kenalan terdekat Allahyarham menyatakan barangan peribadi arwah terutama yang berkaitan dengan kerjaya seninya sudah dipindahkan ke tempat lain.
Perabot serta barangan besar lain dijual sedikit demi sedikit kepada rakan serta ahli keluarga selepas fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Setahu saya semua barangan peribadi terutama trofi serta hadiah penghargaan yang diterima sudah disimpan di tempat selamat selepas tiga tahun rumah itu berada dalam pasaran. Saya kurang pasti sejak bila proses tersebut, mungkin sekitar 2020 ketika pandemik Covid-19 melanda dunia,” ujar seorang sumber yang enggan dikenali.
Sebuah Kenangan
Ketika hayatnya, Allahyarham Sharifah Aini sering mengundang rakan-rakan dan anak-anak tahfiz menjamu selera di banglo berkeluasan 20,000 kaki persegi itu. Menurut sumber tersebut, tujuan Aliff menjual rumah agam tersebut adalah kerana terlalu besar untuk mereka empat beranak berteduh selain kos penyelenggaraan yang tinggi.
Namun, Aliff sempat tinggal beberapa tahun di kediaman terbabit selepas pemergian Sharifah Aini akibat komplikasi fibrosis paru-paru pada 5 Julai 2014. Terdahulu, khabar penjualan hartanah berkenaan mula bertebaran empat tahun selepas pemergian Allahyarham apabila diiklankan pada harga RM8 juta menerusi Facebook. Pada iklan berkenaan turut ditulis banglo tersebut adalah kepunyaan seorang penyanyi popular tetapi dirahsiakan identitinya.
Sebagai penghibur yang cukup menjaga nilai eksklusif, Sharifah Aini mengakui jarang keluar rumah kecuali untuk bekerja atau menghadiri majlis penting. Kediaman tersebut juga sering dijadikan tempat pertemuan dengan rakan media, menjamu kenalan serta mengadakan majlis doa selamat yang turut dihadiri anak-anak tahfiz.
Banglo tersebut dilengkapi perpustakaan, dua dapur, sembilan bilik tidur, tujuh bilik air, dewan acara, lima ruang tamu, kolam ikan serta sebuah bilik pembantu rumah. Allahyarham juga mempunyai ruang khas untuk menyimpan pakaian, aksesori serta barangan peribadi lain yang seakan-akan galeri pameran.
Si kecil ini antara anak selebriti yang menjadi tumpuan ramai. Tiap kali gambar atau videonya dikongsikan di laman sosial milik ibunya, pasti ramai yang memberi respond.
Irisa Alaia anak perempuan kesayangan pelakon Izara Aishah dan suaminya Adib Khalid. Memiliki raut wajah comel persis orang Korea cukup menjadi perhatian ramai.
Terbaru, satu video dimuat naik yang membuatkan ramai terhibur. Gelagat Alaia yang ketawa tatkala dibaling plastik coklat oleh Izara mengundang reaksi ramai.
Walaupun mulutnya sedikit comot dengan coklat namun kaletahnya membuatkan ramai terhibur.
Semakin diagah, Alia semakin kuat ketawa membuatkan matanya yang sepet seolah-olah terpejam.
Pemakaian Deodorant adakalanya boleh menyebabkan masalah baju menjadi kekuningan. Sekali gus boleh mengganggu penampilan anda, lebih-lebih lagi jika baju itu berwarna putih. Pasti kesan kekuningan jelas kelihatn.
Jika ibu-ibu menghadapi masalah ini, kami ada tips mudah untuk hilangkan dengan cepat. Baca ni :
1)Cuka
Guna cuka dan juga air suam. Campurkan dua bahan ini dan rendam kain selama beberapa jam. Kemudian, bilas dengan air sejuk.
2)Baking soda dan air
Kaedah ini sama seperti yang di atas, campurkan baking soda dan air. Kemudian, tabur pada bahagian baju yang kuning dan bilas.
3)Pantyhose ( sarung kaki yang nipis)
Gosok perlahan-lahan pada bahagian kuning itu, dan kotoran akan hilang.
4) Limau nipis
Potong limau nipis dan perah pada bahagian yang kuning. Biarkan beberapa minit. Letak sabun seperti biasa dan basuh.
5) Aspirin
Aspirin ini boleh digunakan pada baju berwarna putih sahaja. Larutkan 2 tablet aspirin dalam
air. Kemudian tuang pada kesan kotor baju dan rendam selama 2 jam. Cuci serta bilas seperti biasa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.