Pempengaruh cilik, Fatimah ‘The Family UK’ yang cukup dikenali dengan kepetahannya berdialek Kelantan dikhabarkan semakin lemah selepas prosedur pembedahan biopsi dilakukan pada minggu lepas.
Menurut perkongsian di Instagram keluarga ini, Fatimah yang dikhabarkan tidak sihat dan berulang alik ke hospital sejak Mac lalu mengalami pendarahan sejak lapan hari lalu malah sehingga kini masih tidak berhenti.
“Bismillahirrahmanirrahim. Pada hari Jumaat yang mulia ini, kami sekeluarga dengan penuh rendah diri dan pengharapan, ingin memohon jasa baik anda semua agar sudi mendoakan Shifa’ dan Aafiyah kepada anak kesayangan kami, Fatimah binti Omar Mukhlis yang kini masih lagi berada di hospital.
“Fatimah mengalami pendarahan selepas prosedur pembedahan biopsi pada minggu lepas.
“Hari ini sudah masuk hari ke-8 Fatimah mengalami pendarahan dan masih lagi belum berhenti. Keadaan Fatimah semakin lemah semenjak dua hari lepas,” kongsinya menerusi kapsyen.
Ads
Ibu dan ayahnya serta seluruh keluarga turut memohon doa dari semua agar keadaan Fatimah semakin bertambah baik dan stabil.
“Pohon jasa baik anda semua untuk membuat doa khusus agar pendarahan berhenti dengan segera. Semoga berkat doa ramai, Allah kurniakan keajaiban buat Fatimah.
“Terima kasih pada semua yang tak putus-putus bertanya khabar, mendoakan dan juga menitipkan kata-kata semangat buat Fatimah dan kami sekeluarga.
Ads
“Semoga segala jasa baik anda semua dikurniakan ganjaran berlipat kali ganda oleh Allah SWT,” kongsinya lagi.
Terdahulu, beberapa hari lalu Fatimah dikhabarkan tidak sihat bahkan sering berulang alik ke hospital untuk menerima rawatan sejak Mac lalu.
Mengamalkan makanan sihat adalah keperluan setiap manusia. Makanan secara natural adalah yang terbaik namun kadang kala pengambilana makanan tambahan perlu untuk keimbangan badan.
Dengan cara hidup yang sibuk dan masalah cerewat makan adalah salah satu isu yang menjadi pencetus masalah kesihatan.
Di samping itu, turut dipersoalan mengenai banyak real food yang telah diubah secara genetik (GMO).
Bukan untuk menafikan kebaikkan makan makanan segar tetapi kadang kala, perlu juga makanan tambahan untuk bantu boost kesihatan diri. Namun kena juga pengambilannya atas nasihat doktor agar dos dan usia yang bersesuaian. Bimbang jika tersalah pilih makanan tambahan dan terlebih dos boleh mudaratkan kesihatan.
Setiap lapisan masyarakat mungkin memerlukan suplemen yang berbeza.
1. Suplemen untuk lelaki dan wanita. Terutamanya dalam hubungan suami dan isteri dan dalam proses mendapatkan zuriat.
.
2. Suplemen untuk atlet bagi meningkatkan pencapaian sukan. Jadi pilih suplemen yang organik, bukan “suplemen” yang dicampur dengan dadah atau bahan terlarang.
.
3. Suplemen untuk meningkatkan daya tahan terutama bagi mereka yang kerap demam dan selsema, ada masalah kulit yang kronik, atau penyakit kronik yang telah menerima rawatan tetapi masih tidak terkawal. Pilih suplemen yang sesuai dan dos yang optima.
.
4. Suplemen bagi kanak-kanak terutama yang obes akibat kegemaran mereka mengambil banyak makanan dan minuman bergula, banyak makan makanan berproses dan tidak suka makan sayur. Sebab itu banyak vitamin dan bahan tambahan yang ditambah pada susu tepung yang dijual dan diiklankan di TV.
.
5. Suplemen bagi wanita yang hamil dan menyusukan anak. Mereka kerap dibekalkan dengan asid folik, zat besi dan omega 3 untuk keperluan ibu dan anak.
.
6. Suplemen untuk meningkatkan tenaga dan berasa lebih positif dalam hidup.
Semua suplemen ini akan lebih berkesan dengan mengamalkan pemakanan yang betul dan menjalankan aktiviti fizikal yang secukupnya.
#HealthDrZubaidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila seseorang itu berjaya menurunkan berat badan tentu ada amalan dan teknik yang dilakukannya.
Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh seorang bapa ini yang mana suatu ketika pernah mengalami obesiti namun kini memiliki berat badan ideal.
Malah dengan berjaya membuktikan penurunan hingga 65kg, menjadikan dirinya mahu berkongsi ilmu, pandanganp dan cara kepada umum melalui akaun fb miliknya.
Dan ini antara perkongsian yang boleh dijadikan ikutan buat sesiapa yang sedang usaha turunkan berat badan. Jom semak.
10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.
Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan SEKARANG penting untuk APA YANG KITA MAHUKAN ESOK.
Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya laluinya.
Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak untuk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini.
Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad untuk kembali sihat dan turun berat badan.
1. Bangun Awal Pagi (5.30pg)
– Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal.
– Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting bagi mengurangkan berat badan.
2. Kemas tempat tidur
– Benda kecil tapi impaknya besar, kita terus ajar diri supaya ringan tangan dan tidak bertangguh. Kalau tempat tidur pun tak boleh kemas, benda ringan dan tak berpeluh pun. Apa lagi nak lawan kemalasan diri untuk Workout.
3. Mandi dengan air yang sejuk
– Setelah bangun dan kemas katil, mandi terus. Jangan lengahkan dengan ambil phone untuk cek fb atau whatsapp(saya hanya akan cek phone setelah hantar anak anak ke sekolah) Mandi dengan air yang sejuk pada pagi hari amat bagus untuk kesihatan dan penurunan berat badan. Pembakaran kalori lebih banyak jika air lebih sejuk.
4. Sediakan sarapan dan bekal untuk anak anak
– Ini adalah cara saya sentuh kasih sayang kepada anak anak dan isteri. Ya, saya memasak makanan yang sihat untuk mereka sarapan dan bawa kesekolah. Disamping kita tetapkan jadual bagi diri kita, kita juga mampu mengawal pengambilan makanan anak anak dari makanan yang tak berkhasiat. Bukan kita sorang nak sihatkan?
5. Bersyukur
– Ini amat perlu kita tanamkan sedalam dalamnya, hidup siapa tak ada masalahkan. Dari segala sudut pasti akan ada serba sedikit kekurangan. Jadi bersyukur dapat memberi impak positif utk diri kita. Bukankah dengan bersyukur ALLAH tambahkan lagi rezeki kita.
6. Aktifkan diri
– Kita ada masa kita sendiri, jika mampu workout setiap hari, contoh saya, berjalan dan berjogging selang sehari setiap pagi. Tapi kalau kalian tiada masa aktifkan diri dengan banyakan berjalan, naik tangga, kemas rumah atau pejabat, berkebun apa saja aktiviti yang memerlukan pergerakan.
7. Jaga portion pemakanan
– Selalu ingatkan diri, makan bukan sampai puas. Ambil makanan dengan kadar yang sedikit. Proses ini kalian perlu buat secara beransur ansur. Saya pun mulakan dengan makan tidak bertambah. Sampai akhirnya sehingga kini saya makan mengikut kalori intake sepatutnya sahaja.
8. Belajar dan membaca :
– Masuk kelas, beli buku dan membaca, apapun jenis buku. Ia akan memberi impak kepada otak dan emosi kita. Banyak kajian dengan membaca mampu memberi impak hebat. Baca juga berkaitan kisah kisah inspirasi dan ilmu berkaitan diet. Ini menambahkan lagi ilmu dan dengan ilmu segala proses akan jadi lebih mudah.
9. Pilih kawan yang positif
– Kawan adalah pengaruh besar bagi seseorang. Jadi tak salah untuk kita yang ada matlamat untuk memilih dengan siapa kita berkawan. Bukanlah maksudnya kita tinggal atau pulau mereka yang tak positif, cuma kurangkan dan lebihkan masa kita berkawan dengan golongan yang positif.
– Kawan yang dapat mendorong kita akan mempercepatkan proses kita untuk turunkan berat badan.
10. Beri ruang kepada kesilapan dan terus betulkan
– Kita manusia biasa, adakala kita terbabas dengan disiplin yang kita tetapkan. Saya pernah bangun lewat, makan banyak, dan tidak workout dalam masa masa tertentu. Adakala berlarutan sehingga seminggu.
– Jika hal ini berlaku jangan malu mengakui kesilapan dan kesalahan. Terima kekurangan diri dan terus perbaiki. Hal begini paling banyak berlaku dan paling ramai gagal untuk handle. Akhirnya mereka hanyut jauh sekali lagi.
10 perkara yang saya kongsikan ini adalah apa yang saya lakukan selama setahun saya turunkan berat badan sebanyak 65kg.
Tapi Hakikatnya ada masa saya juga kelaut dalam(istilah ni orang diet kenal benar). Saya juga hampir lemas. Cuma jika berlaku begitu segara bangkit dan perbetulkan keadaan.
Jika kalian nak ubah hidup anda dengan keputusan yang besar, maka ambil kawalan kepada benda benda remeh dahulu. Jika benda benda kecil seperti contoh nak kemas tempat tidur pun tak mampu, apatah lagi nak buang lemak hampir berpuluh kilogram tu.
Sepanjang hari berkerja dan hingga lewat malam baru dapat tidur untuk merehatkan diri, boleh menjadi penyebab badan terasa sengal-sengal dan lesu tidak bermaya.
Berkongsi cara untuk mengembalikan kecergasan tubuh badan, Ziera berkongsi amalan yang dilakukan olehnya. Bolehlh dicuba kerana mudah sahaja penyediaannya malah kos puntidak mahal.
Ini perkongsiannya.
Kalau badan rasa lenguh, penat atau pada waktu tertentu, minum benda ni. Baca daripada internet dua tahun lepas, saya dah cuba beberapa kali. Kos dia tak sampai RM5 pun.
Alhamdulillah memang badan rasa segar sikit lepas tu (Kalau saya laaa). Bagus untuk perempuan atau kalau badan ada banyak angin.
Senang nak buat.
Ketuk serai, halia. Didihkan dengan halba, air tiga cawan. Sampai air tu tinggal lebih kurang satu cawan.
Masuk dalam cawan, campurkan asam jawa sikit.
Minum suam-suam sebelum tidur.
Menggigil juga nak habiskan secawan sebab rasa dia macam apa ntah. Tapi tabahkan hati sebab bangun pagi esoknya comfirm cantik
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.