Kes penderaan terhadap kanak-kanak kini sering berlaku. Di manakah pedoman kita sebagai ibu bapa yang seharusnya melindungi dan menjaga mereka?
Terkini, seorang kanak-kanak perempuan maut didera oleh bapa tiri dengan menggunakan objek tumpul yang menyebabkan kecederaan yang teruk di beberapa bahagian badan mangsa.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, mangsa berusia 11 tahun itu didapati meninggal dunia ketika di dalam ambulans semasa perjalanan ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.
Punca kematian mangsa dipercayai akibat daripada hentakan objek tumpul pada bahagian kepala dan perut mangsa yang menjadi punca ususnya pecah.
Ads
Ada juga kesan-kesan lebam lain seperti di bahagian punggung, buah dada dan lengan tangan.
Tambahnya lagi, suspek mengaku pernah memukul mangsa dengan baldi akibat kelakukan kanak-kanak itu yang sering membuat masalah ketika ketiadaan isterinya di rumah.
Susulan itu, suspek berjaya ditahan oleh pihak polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ketika di sekitar Hospital Serdang.
Murah, mudah dan boleh dibeli secara borong menyebabkan rakyat Malaysia gemar melayari laman sesawang e-dagang China bagi membeli produk kegunaan harian mereka termasuk makanan.
Malah kebanyakan peniaga tempatan juga gemar menjadikan produk daripada republik itu sebagai sumber perniagaan.
Namun yang menjadi kebimbangan masyarakat terutama umat Islam, adakah produk khususnya makanan yang dibawa masuk dan dijual secara langsung itu mempunyai pengesahan atau sijil halal?
Tampil menjelaskan situasi yang sering berlaku, Cikgu Samm yang juga TikToker terkenal dengan konsep pembelian borong dari China menyatakan bahawa konsep halal di negara republik itu tidak sama seperti di Malaysia.
Artikel Berkaitan
Tip / Petua
Menurutnya, Malaysia mempunyai badan pengawal yang dikenali sebagai Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang bertindak memperkasa penggubalan, penyeragaman, perundangan Islam selain menjadi badan yang mengeluarkan sijil halal.
“Konsep halal bukan tertakluk kepada makanan tetapi penggunaan barang harian, skin care, kosmetik, perkhidmatan dan banyak lagi.
“Untuk pengetahuan anda, selain daripada raw material, ia juga merangkumi pengeluaran, penyediaan, penyimpanan, pengendalian dan banyak proses lagi.
“Manakala di China, halal hanya tertakluk kepada food of meat, susu dan minyak yang boleh dimakan,” jelasnya sambil menambah tidak ada satu badan rasmi yang menjaga keseragaman halal dalam kalangan muslim di negara tersebut.
Tambahnya lagi, kilang China yang ingin memohon sijil halal perlu merujuk kepada jabatan keagamaan tempatan atau dikenali local religious affair.
Pun begitu, tiada keseragaman dalam halal kerana kesemua keputusan tertakluk kepada undang-undang ataupun perundangan pada jabatan tempatan masing-masing.
Justeru, dia turut mempersoalkan para peniaga yang sewenangnya menjual produk makanan dari China tanpa mengetahui status halal.
“Adakah produk yang dijual itu mempunyai halal dari China, jika ada boleh tunjuk logo atau pengesahan halal yang dinyatakan?
“Sekiranya ada, adakah Jakim telah endorsed dan adakah anda (peniaga) boleh membaca bahasa Cina yang terdapat pada produk.
“Kalau tidak boleh membaca, tidak mempunyai halal mahupun endorsement daripada Jakim, bagaimana anda boleh menjual dan suruh rakyat Malaysia terutama umat Islam untuk membeli dengan menyatakan ia halal, selamat,” ajunya.
Melihatkan lambakan produk dan barangan dari China yang memenuhi pasaran tempatan, Cikgu Samm menasihati para pembeli di sosial media agar menjadi lebih peka dengan isu halal terutama makanan.
Malah katanya, sudah menjadi tanggungjawab semua untuk peka tentang isu makanan halal pada masa sama menjaga standard halal di Malaysia.
Dalam kemeriahan umat Islam menyambut hari raya, kegembiraan rakyat Malaysia berganda apabila pencipta kandungan digital VFX atau kesan visual, Mohamad Sofian Abdullah atau leboih dikenali sebagai Sofyank telah dinobatkan sebagai juara Ultimate VFX Challenge – Magic Of The Month di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Jika sebelum ini, Sofyank memukau kita semua dengan video-video magisnya, kini beliau berjaya memukau para juri ‘Is This The Next Zach King?’ yang merupakan acara bulanan yang di anjurkan sendiri oleh Zach King.
Tiga juri terbabit adalah Kelli, Wren dan pengacara rancangan Mythbuster iaitu Adam Savage.
Selain Sofyank, pertandingan ini turut disertai oleh 2 lagi peserta iaitu Eva dari Belanda dan Brandon dari London yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri serta idealogi yang kreatif.
Menceritakan detik menyertai pertandingan ini, Sofyank berkata;
“Saya teruja ketika melakukan cabaran akhir iaitu menghasilkan satu video dalam masa empat jam. Saya menggunakan buah epal dan cermin sebagai alat peraga dan merakamnya di dapur saja.
“Namun ketika proses suntingan saya rasa sedikit tekanan kerana merasai yang saya tidak memberi yang terbaik sewaktu penggambaran.”
Bagaimanapun katanya, dia terkejut dan terharu apabila namanya diumumkan sebagai pemenang dan tidak menolak elemen kejutan apabila cermin bertukar menjadi kek yang memberi keterujuaan apa yang berlaku membawa pada kemenangan itu.
“Alhamdulillah, rezeki saya kali ini dan boleh dianggap berganda kerana menang dan dapat merealisasikan impian bertemu Zach di LA,” katanya.
Sofyank berkata, dia menganggap dirinya sebagai wakil negara dalam menyertai pertandingan itu dan mengakui gembira dapat membawa sesuatu yang membanggakan nama negara dengan bakatnya itu.
“Saya anggap kemenangan ini untuk semua orang yang selalu mengikuti dan menyokong video saya kerana bagi saya tanpa mereka saya tidak akan dikenali sehingga ke tahap ini, malah Zach juga tidak akan kenal saya.
Setiap kali nak masak menu berlaukkan daging, mesti ramai yang pening kepala. Berjam-jam tunggu tapi daging masih liat, sampaikan bahan lain hampir hancur dibuatnya.
Selepas ini, masalah anda pasti akan selesai dan lebih mudah untuk menyediakan menu berasaskan daging. Di laman TikTok milik @limaunipisofficial telah berkongsikan cara lembutkan daging dan resipi daging blackpaper.
Rupanya sangat mudah. Jadi selepas ini tak perlu kita tunggu lama lagi. Mudah sahaja nak lembutkan daging dan boleh terus masukkan bahan yang lain untuk hidangan daging blackbapper.
Bahan-bahan Perapan:
1. Kicap cair
2. Minyak masak
3. Lada putih
4. Tepung jagung
Bahan-bahan Menumis:
1. Bawang putih
2. Cili merah
3. Bawang holland
Bahan-bahan Sos:
1. Sos tiram
2. Sos blackpaper
3. Kicap cair
4. Lada hitam
5. Gula
6. Garam
7. Tepung jagung
8. Sedikit air
Pertama sekali perhatian arah urat dan hiris daging melawan arah urat. Kemudian hiris daging nipis-nipis sahaja.
Tips nak hiris pastikan daging separuh beku lagi senang. Daging ini digunakan bahagian yang liat.
Selepas itu, bahan rahsia untuk lembutkan daging iaitu 1 sudu soda bikarbonat. Bancuhkan soda bikarbonat dengan setengah cawan air. Kacau sehingga larut.
Teknik ini selalu digunakan di restoran Cina untuk lembutkan daging dengan cepat.
Kemudian, terus rendamkan daging dengan larutan soda bikarbonat tadi. Ini kerana soda bikarbonat akan menaikkan PH daging.
Perapkan daging tak perlu lama-lama, hanya 15 minit sahaja sudah untuk membuatkan daging ini lembut sangat.
Bahagian ini penting tau, kena basuh dahulu daging ini bersih-bersih sebab nak buang bau dan rasa soda bikarbonat supaya tidak mengganggu rasa daging semasa dah masak nanti.
Sekarang ini dah boleh perasakan daging dengan kicap cair, minyak masak, lada putih dan tepung jagung. Kacau sehingga sebati.
Terus panaskan minyak untuk menggoreng daging. Goreng daging dengan api sederhana besar dan goreng sekejap sahaja agar ia tidak kering.
Buangkan sedikit minyak, lalu terus tumiskan bawang putih, cili merah dan bawang holland sehingga naik bau.
Masukkan daging yang digoreng tadi.
Sementara itu, sediakan bahan buat sos. Masukkan sos tiram, sos blackpaper, kicap cair, lada hitam, gula, garam, tepung jagung dan sedikit air. Kacau sebati.
Kemudian, boleh terus masukkan sos tersebut ke dalam kuali. Kacau sekejap.
Akhir sekali, masukkan daun bawang. Dah siap!
Tips:
Teknik soda bikarbonat ini hanya sesuai digunakan untuk goreng-goreng dan tidak sesuai untuk buat rendang dan sebagainya.
Mesti Baca :
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.