Murah, mudah dan boleh dibeli secara borong menyebabkan rakyat Malaysia gemar melayari laman sesawang e-dagang China bagi membeli produk kegunaan harian mereka termasuk makanan.

Malah kebanyakan peniaga tempatan juga gemar menjadikan produk daripada republik itu sebagai sumber perniagaan.

Namun yang menjadi kebimbangan masyarakat terutama umat Islam, adakah produk khususnya makanan yang dibawa masuk dan dijual secara langsung itu mempunyai pengesahan atau sijil halal?

Tampil menjelaskan situasi yang sering berlaku, Cikgu Samm yang juga TikToker terkenal dengan konsep pembelian borong dari China menyatakan bahawa konsep halal di negara republik itu tidak sama seperti di Malaysia.

Tip / Petua

IKLAN

Menurutnya, Malaysia mempunyai badan pengawal yang dikenali sebagai Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang bertindak memperkasa penggubalan, penyeragaman, perundangan Islam selain menjadi badan yang mengeluarkan sijil halal.

“Konsep halal bukan tertakluk kepada makanan tetapi penggunaan barang harian, skin care, kosmetik, perkhidmatan dan banyak lagi.

“Untuk pengetahuan anda, selain daripada raw material, ia juga merangkumi pengeluaran, penyediaan, penyimpanan, pengendalian dan banyak proses lagi.

“Manakala di China, halal hanya tertakluk kepada food of meat, susu dan minyak yang boleh dimakan,” jelasnya sambil menambah tidak ada satu badan rasmi yang menjaga keseragaman halal dalam kalangan muslim di negara tersebut.

Tambahnya lagi, kilang China yang ingin memohon sijil halal perlu merujuk kepada jabatan keagamaan tempatan atau dikenali local religious affair.

IKLAN

Pun begitu, tiada keseragaman dalam halal kerana kesemua keputusan tertakluk kepada undang-undang ataupun perundangan pada jabatan tempatan masing-masing.

Justeru, dia turut mempersoalkan para peniaga yang sewenangnya menjual produk makanan dari China tanpa mengetahui status halal.

“Adakah produk yang dijual itu mempunyai halal dari China, jika ada boleh tunjuk logo atau pengesahan halal yang dinyatakan?
“Sekiranya ada, adakah Jakim telah endorsed dan adakah anda (peniaga) boleh membaca bahasa Cina yang terdapat pada produk.

“Kalau tidak boleh membaca, tidak mempunyai halal mahupun endorsement daripada Jakim, bagaimana anda boleh menjual dan suruh rakyat Malaysia terutama umat Islam untuk membeli dengan menyatakan ia halal, selamat,” ajunya.

IKLAN

Melihatkan lambakan produk dan barangan dari China yang memenuhi pasaran tempatan, Cikgu Samm menasihati para pembeli di sosial media agar menjadi lebih peka dengan isu halal terutama makanan.

Malah katanya, sudah menjadi tanggungjawab semua untuk peka tentang isu makanan halal pada masa sama menjaga standard halal di Malaysia.

Sumber : Mstar

Mesti Baca :

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Pembeli Online Usah Ambil Mudah Dengan Logo Halal dari China, Ianya Berbeza Dengan Jakim