Seperti yang kita dapat lihat, saban hari ada sahaja inovasi terbaharu mengenai rekabentuk rokok elektrik atau vape berada di pasaran.

Malah bagi penggemar vape, mereka bagaikan membelinya sebagai satu koleksi kerana rekabentuk yang dikeluarkan sangat unik.

Terbaharu rekabentuk vape sekali lagi mengundang perhatian ramai namun kali ini tercetus kebimbangan kerana rekabentuk yang dibuat bakal menarik perhatian kanak-kanak dan juga bayi yang menyangkakan itu adalah mainan.

Hadir dalam variasi karakter haiwan berwarna-warni, vape itu dikatakan boleh menggalakkan kanak-kanak merokok, sekali gus membahayakan kesihatan mereka. Ini kerana akan ter cetus minat untuk ambil tahu serta seterusnya membeli sedangkan mereka tidak tahu bahawa ianya bukan dihasilkan untuk kanak-kanak.

Antara yang lantang menyuarakan tentang produk ini tentunya Pengarah Perubatan Klinik Iris, Shah Alam, iaitu Dr. Arisman Wenge Abdul Rahman yang menggesa kerajaan bertindak segera untuk menanganinya.

[TRENDING] ‘Dia Ditinggalkan Terkapai-kapai Menguruskan Anak-anak Yang Sedang Membesar. Adilkan Semua Ini?

[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan

IKLAN

“Ini bukan satu jenaka, tapi ini adalah satu jenayah. Tolonglah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kesihatan kita, Dr Zaliha Mustafa ambil serius isu yang memudaratkan kesihatan mental dan fizikal ini.

“Laksanakan tindakan keras dan jelas dengan segera! Sampai macam ni sekali kita menggalakkan dan mendedahkan anak kecil dan budak sekolah dengan penampilan video dan gambar serta iklan malah “kedai-kedai” yang aktif tumbuh macam cendawan dalam negara kita. Bodoh atau cerdik? Speechless.

Dr Arisman turut mempersoalkan masa depan masyarakat di negara ini sekiranya mereka telah didedahkan dengan penggunaan alatan elektronik berbahaya sejak usia muda lagi.

“Bagaimana generasi kita 10 tahun atau 20 tahun akan datang jika seawal usia kurang 10 tahun sudah terdedah dan mudah mendapatkan barangan ”bodoh” ini tanpa kawalan dan penguatkuasaan keras oleh kerajaan. Generasi apa akan kita dapat nanti?” soalnya lagi.

IKLAN

Selain Dr Arisman, rata-rata pelayar media sosial turut meluahkan rasa bimbang serta marah dengan penjualan vape itu di pasaran negara ini.

Menerusi komen-komen di Twitter, netizen juga bersuara mengenai remaja masa kini yang dilihat terang-terangan menghisap vape di kawasan awam.

“Trend yang sangat merisaukan. Merata-rata sekarang ni boleh nampak budak sekolah, remaja lelaki dan perempuan hisap vape secara terbuka tak cover dah.

“Kalau macam ni punya design, anak aku yang empat tahun tu pun minta suruh beli weh.

IKLAN

“Kat Bukit Bintang tu penuh dengan budak belasan tahun hisap vape,” tulis beberapa netizen.

Sumber : Mstar

Ramai Bimbang Rekabentuk Vape Seperti ‘Mainan’ Undang Tarikan Kanak-Kanak Ramai Bimbang Rekabentuk Vape Seperti ‘Mainan’ Undang Tarikan Kanak-Kanak

[MESTI BACA]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Ramai Bimbang Rekabentuk Vape Seperti ‘Mainan’ Undang Tarikan Kanak-Kanak

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI