Kejam! Tiada Perikemanusiaan! Hanya itu yang terlahir saat berita ini di laporkan. Lebih kejam lagi, mayat kanak-kanak itu dibuang kerana sindiket menjual organ tersebut tidak dapat dihubungi.
Bayangkan apalah perasaan ibu dan ayah serta keluarga kanak-kanak ini yang ditatang bagai minyak yang penuh diperlakukan sebegitu hanya kerana terpedaya dengan iklan penjualan organ.
Kejadian yang berlaku di Sulawesi Selatan ini, kedua-dua suspek yang berusia 14 dan 17 tahun ini telah mengaku telah menculik dan membunuh mangsa untuk menjual organ mangsa kerana terpengaruh dengan tawaran yang dilihat di internet yang menawarkan harga lumayan bagi setiap organ.
Menceritakan kembali detik mereka memujuk mangsa yang baru berusia 11 tahun, mereka telah menawarkan mangsa upah membersihkan rumah dan menawarkan gaji sebanyak 50 000 rupiah iaitu bersamaan dengan RM 14.
Mangsa yang tertarik dengan tawaran tersebut telah bersetuju untuk mengikut suspek pulang ke rumah. Setibanya di rumah, suspek mula bertindak kejam dengan mencekik mangsa dari arah belakang, sebelum menghentak kepalanya ke tembok sebanyak lima kali hingga kanak-kanak itu meninggal dunia.
Mayat kanak-kanak tersebut telah dimasukkan ke dalam plastik hitam untuk diserahkan kepada pembeli organ di internet namun malangnya tiada sebarang maklumbalas yang diterima.
Kedua-dua suspek menjadi panik apabila tidak menerima maklumbalas dari pembeli, mereka kemudiannya telah membuang mayat kanak-kanak tersebut di bawah jambatan di kawasan air kumbahan.
Mayat tersebut dijumpai pada 8 Januari lalu, dan dari penemuan itu polis telah menahan kedua-dua suspek untuk siasatan lanjut.
Ustaz Don Daniyal ‘direhatkan’ terus dari program Salam Baitullah. Tindakan pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sekali lagi mencetuskan kontroversi dalam program Salam Baitullah terbitan RTM di TV1, semalam tidak lagi mampu menyelamatkannya.
Baru muncul semula selepas direhatkan, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman beri bayangan kekecewaan ekoran tindakan pendakwah popular itu.
“Bila bagi peluang, ‘consult authority’ dan ahli agama, ‘remind’ apa yang boleh cakap dan apa yang tak boleh, kenalah pandai ‘anticipate response from viewers’.
“Wisdom kena ada, kawalan diri kena mantap. Don’t play victim. So sorry have to rest you. Maaf semua, hang in there team,” ciap Suhaimi di platform X, hari ini.
Bercakap kepada Malaysiakini, Suhaimi berkata Don Daniyal sepatutnya mengikut setiap garis panduan yang diberikan.
“Apa yang kami dah beritahu untuk dibuat dan tidak dibuat. Kami dah beri peluang, dan berunding dengan pihak agamawan tapi dia tak ikut.
“Kita tak terima dia untuk on air (bersiaran) lagi. Untuk baki episod Salam Baitullah akan datang dia takkan ada dah,” katanya.
Sebelum ini Don Daniyal mengundang kontroversi apabila dia membuat dakwaan bahawa Nabi Muhammad SAW melamar dan ditolak seorang wanita , Ummu Hani.
Kontroversi itu menyaksikan dia direhatkan seketika oleh RTM daripada terlibat dalam program Salam Baitullah.
Malam tadi dia membuat kemunculan semula, namun sekali lagi menuai kecaman apabila membuat dakwaan yang diragui mengenai kelebihan memandang ulama.
Dakwaan Don Daniyal itu ditegur oleh Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Rozaimi Ramle, dan Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Hapiz Mahaiyadin kerana bersumberkan hadis palsu.
Menurut Rozaimi, RTM khususnya Suhaimi tidak patut terburu-buru mengembalikan Don Daniyal daripada berehat.
“Saya ucapkan tahniah kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, kerana komited bertindak sehingga keputusan merehatkan terus Don Daniyal dari program Salam Baitullah dikeluarkan.
“Ketua Pengarah Penyiaran pula jangan cepat berubah dalam membuat keputusan. Sepatutnya, dia harus menilai dulu impak Don Daniyal kepada masyarakat,” katanya.
Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan kes kemalangan jalan raya yang berlaku di Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE). Difahamkan, mangsa Ahmad Fadzil Omar Azadin, 64, memiliki hobi bagi mengendalikan motosikal jenis Ducati Panigale itu selain kerap menunggang bersama rakan-rakan sekiranya mempunyai waktu terluang.
“Arwah ayah seorang yang sangat baik, jika keluar menunggang motosikal sekalipun dia akan balik ke rumah sebelum Zohor kerana akan solat setiap hari di surau berhampiran rumah di Pandan Indah,” ujar Muhammad Hafidz Ahmad Fadzil yang merupakan anak kepada arwah.
Memetik laporan Harian Metro, Dikatakan anaknya itu mengetahui kejadian malang yang menimpa ayahnya apabila dihubungi rakannya yang memaklumkan mengecam motosikal Ducati Panigale itu yang selalu digunakan dia dan bapanya tular di media sosial.
Katanya lagi mereka memiliki lima motosikal di rumah kerana bapanya sejak muda sehingga sudah bersara dalam pekerjaan pun masih minat menunggang motosikal.
“Ayah memang suka menunggang motosikal tetapi tidaklah ke tempat yang jauh kerana dia akan balik sebelum Zohor.
“Arwah setiap hari akan solat Zohor di surau berhampiran rumah dan dia akan menjadi orang pertama yang sampai di sana dulu malah dikenali ahli kariah surau,” katanya.
Menurut Muhammad Hafidz, arwah ayah seorang yang baik hati dan satu lagi sikap terpujinya apabila setiap petang dia akan ke rumah abangnya yang diserang angin ahmar di Cheras melawatnya.
“Itu memang sikap arwah ayah jika ada saudara yang sakit dia tetap akan pergi ziarah walaupun sehingga ke Ipoh, Perak dan Melaka.
“Sebelum ini bapa saudara saya yang di Cheras sakit akibat angin ahmar, ayah memang akan pergi menziarahi abangnya itu setiap petang,” katanya.
Katanya, dia memohon orang ramai mendoakan arwah bapanya supaya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
“Arwah ayah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas selesai proses bedah siasat hari ini,” katanya.
Manakala salah seorang rakan, Mohd Said Mohd Shariff turut berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di laman Facebook menyifatkan arwah adalah individu yang menyenangkan serta banyak pengalaman dalam menunggang motosikal.
Last perbualan kami…”Assalamualaikum “Brother u need to ride, we need to ride, its been a whilekan”..ok bang inshaAllah on..
kebetulan mmg jarang dpt ride bersama sejak kelas setiap minggu, last bertemu akhir Ramadhan, sempat catch up,berpelukkan melepas rindu “we plan to ride soon”…Qaddarallah tidak kesampaian hasrat kami..sedang sibuk kerja tk sempat tgk hp..Dapat panggilan dr Abu Talhah utk pengesahan sy terus minta zaujah menghubungi zaujahnya…إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ramai yang mengenalinya terutama sahabat2 riding..
Beliau merupakan seorg sahabat yg cool malah sy menganggapnya sebagai seorg abg & menghormatinya, awal2 riding sekitar 2016-2017 banyak yg sy pelajari hasil drp kerap mengekori beliau dari blkng..
“No doubt ridingnya skill yang amat baik” boleh katakan seorg yg luarbiasa bila mengendalikan jentera,..
kerap juga kami ride bersama,cuma dia mmg jenis tk guna hp so just tunggu same time rv point yg sama..kerap kali dia akan ckp “Remind me if I’m going too fast” & ada kala dia komen cara sy riding or dia akn ckp u going too fast brother..tp jarang2 sbb kebiasaan dia lead the way..
Inilah dia Abg Fadzil..perbualan kami sentiasa topik motor, how to handle the machine, he’s past experience riding sort of models, general topics & pastinya perbincangan ilmiah al quran & sunnah yg telah kami dpt manfaat bersama², semuanya kami sepakat dlm hal agama Alhamdulillah sahabat semanhaj yg tulen..
Pernah kami melawak yg masih segar diingatan..
sy kata pd dia “Bang “can u imagine, I’m gonna be late for changging my suit so i just go berjemaah with my racing suit with the knee slider everythng”..dia reply “after solat they gonna call imam asking your solat valid or not”..kami gelak terbahak2..MashaAllah semoga Allah merahmatinya..
Disudut lain pula beliau juga adalah pencinta sunnah seorang yg istiqamah dgn solat berjemaah saf depan pasti miliknya, sentiasa lekat dimajlis ilmu asatizah sunnah, tidak pernah lepas dr tangannya al quran setiap hari/Pagi..
Kemana kami ride bersama dia akan pastikan sempat balik utk berjemaah dimasjid..perasaan sebak pilu, namun pasti Allah lebih menyayanginya atauran Allah terbaik untuknya..
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه
“Ya Allah berilah ampunan kepadanya, sayangilah ia, jagalah ia dan maafkanlah ia..”
**InshaAllah esok solat jenazah diharap semua geng2 yg kenal ride sama2 ke masjid al azim,inshaAllah akan dimaklumkan selanjutnya
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak-anak adalah amanah dan taggungjawab yang perlu diberikan penjagaan dan perhatian sepenuhnya oleh ibu ayah. Sekiranya diabaikan, maka ibu ayah tersebut adalah insan yang tidak berhati perut kerana membiarkan nasib anak-anak tidak terbela.
Kena Tidur Di Koridor Rumah
Begitulah yang berlaku di Pasir Gudang, Johor ini apabila sepasang suami isteri berusia sekitar 50-an tergamak membiarkan anak mereka berusia 13 tahun tidur di kaki lima rumah. Remaja lelaki itu terpaksa tidur di koridor hadapan rumah kerana dihalau kedua orang tuanya.
Menerusi perkongsian di grup komuniti, jiran memberitahu remaja lelaki itu sudah beberapa hari tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah. Dia bahkan terpaksa membuang air besar di kawasan tangga rumah pangsapuri itu kerana tidak boleh masuk ke rumah.
Tidak mahu dikenali, jiran tersebut turut memberitahu kejadian remaja lelaki itu dihalau bukanlah kali pertama.
Sudahlah tidak dibenarkan masuk ke rumah, remaja lelaki tersebut juga tidak diberi makan dan minum tetapi dia tetap meneruskan persekolahan seperti biasa. Tambah jiran itu lagi, remaja lelaki tersebut merupakan anak yang baik dan menganggap kejadian ini kes pengabaian kanak-kanak dan ibu ayahnya boleh dipenjara.
Makan Minum Atas Ehsan Jiran
Katanya lagi, sehingg hari dia membuat hantaran tersebut, remaja lelaki itu masih berada di luar rumah dan tidak dibenarkan masuk. Menurutnya lagi, remaja lelaki tersebut makan dan minum di atas ehsan jiran-jiran di sekitar situ.
Hasil perkongsian pengendali akaun tersebut, pihak polis terus mengambil tindakan dan melakukan siasatan lanjut. Kenyataan dari Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya telah menahan sepasang suami isteri warga tempatan tersebut pada hari Khamis.
Hasil siasatan awal mendapati remaja itu telah diabaikan dengan dibiarkan tidur di kaki lima perumahan itu selama beberapa hari sejad Ahad yang lalu. Kedua-dua suspek telah menjalani ujian air kencing dan negatif dadah.
Ambil Baju Dari Tingkap, Mandi Di Tandas Awam Untuk Ke Sekolah
Pasangan tersebut telah ditahan reman selama lima hari sejak mereka ditangkap dan menurut sebuah portal berita tempatan melaporkan remaja terbabit telah berdepan dengan situasi ini sejak setahun lalu. Dia juga dilihat mengambil pakaian sekolah yang dihulurkan dari tingkap dan terpaksa mandi di tandas awam untuk bersiap ke sekolah.
Sama-sama kita doakan remaja tersebut mendapat pembelaan yang sewajarnya dan jika benar orang tuanya bersalah, mereka akan dihukum di atas penganiyaan yang dilakukan.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...