Selain merebus ketupat, biasanya malam raya juga mak-mak kita sibuk membakar kek untuk dijadikan hidangan istimewa kepada tetamu.
Paling lazim, kek marble atau ada juga memanggilnya kek belang. Ni dikongsikan resipi untuk yang ingin mencuba menyediakannya malam ini. Jom semak.
RESEPI KEK PELANGI SESUCI LEBARAN
Jom sal kongsi resepi kek marble hidangan masa raya nanti. Bahan pun tak banyak nak buat pun senang.
Sal tahu korang mesti suka kan makan kek ni. Tak muak tau. Lagi kalau panas panas makan masha Allah tak benti tahu tahu abis sebekas kan hihi. Kalau buat malam raya pun onzz jee sekejap je sediakan bahan tu.
1. Mixer kan gula dan butter sampai kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Last sekali masukkan asen vanilla.
5. Asingkan bekas untuk letak pewarna. Kalau nak 3 kaler buat 3bekas ye.
6. Satukan semua kaler dalam adunan. Ikut kreativiti nak buat cemana lakaran ye.
5. Masuk dalam loyang dan bakar dalam suhu 180°C selama 1jam.
* ikut kesesuaian oven memasing ye.
Ads
Siap. Boleh dimakan pepanas dengan kopi o pekat hehee. Kompom terangkat laaa. Opss makan masa berbuka nanti tau hehe.
Sumber.: Saleha Maarof
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pastinya ramai wanita yang kagumi dengan kejelitan dan kelangsingan, pelakon dan pengacara,, Che Puan Sarimah Ibrahim. Tentu ada rahsianya untuk menjaga kesihatan diri biarpun dalam usia 40an.
Menerusi muat naik gambar miliknya di Instagram, Selebriti versatil ini rupanya melakukan senaman menghayun kettlebell seberat 12 kilogram sebanyak 30 kali bagi satu set.
Siapa sangka pada usia begini dia mampu lakukan. Bukan calang-calang untuk latihan senaman begini jika tiada latihan yang konsisten.
Latihan senaman ini sebanyak tiga set, jadi tidak hairan hos televisyen jelita ini boleh kekal cergas, sihat dan langsing.
Rakan artis dan peminat teruja
Dalam pada itu, cara senaman ibu kepada seorang cahaya mata ini menjadi inpsirasi kepada ramai orang termasuk rakan artis dan peminat. Malah menjadikan ia azam pada tahun 2022 untuk memiliki bentuk badan sepertinya.
Untuk rekod, Sarimah berkahwin dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada tahun 2015 dan dikurnikan pertama puterinya, Tunku Sofia Najihah Binti Tunku Nadzimuddin, 3 tahun.
Apabila seorang lelaki yang bertanggungjawab berkahwin. Keutamaan dirinya telah jauh ditolak ke belakang. Apa yang ada pada dirinya menjadi kurang penting. Lebih-lebih lagi apabila insan tersayang bernama isteri menderita sakit.
Pengorbanan seorang suami yang sanggup melakukan apa saja demi isterinya benar-benar meyentuh hati. Inilah yang ditunjukkan oleh seorang lelaki yang beraksi seperti seorang ‘Spiderman’.
Dia dilihat menolak kerusi roda wanita berstatus orang kurang upaya (OKU) di sekitar Georgetown, menarik perhatian orang ramai terutama kanak-kanak. Ada minta mahu bergambar dan tidak kurang menghulurkan sumbangan ikhlas kepada penghibur jalanan itu. Spiderman terbabit, Ahmad Shakirin Mohd Zain, 50, yang juga pelukis jalanan, berkata dia sudah lebih setahun menjadikan kerjaya itu sebagai pekerjaan sambilan meraih pendapatan dan mencari dana bagi merawat isteri, Nur Aznita Mohd Ismail, 37. Sebelum ini, Ahmad Shakirin bekerja sebagai pelukis di Pasar Seni, Kuala Lumpur manakala isterinya adalah tukang masak di restoran terkenal di ibu kota. “Isteri saya pernah terjatuh di bilik air menyebabkan dia mengalami serangan angin ahmar dan kerana menghidap kencing manis, kaki kanannya terpaksa dipotong daripada lutut ke bawah. “Selepas itu, kami berpindah ke Pulau Pinang dan mencuba nasib mencari rezeki di sini dengan cara ini,” katanya yang menjadikan bilik tumpangan dengan kadar sewa RM55 sehari di tengah bandar raya sebagai tempat berteduh. Ahmad Shakirin berkata, sebelum ini pendapatannya bergantung kepada hasil upah melukis dan menjual lukisan di beberapa lokasi tumpuan pengunjung sekitar ibu kota. Katanya, melihatkan ramai kenalannya mampu meraih wang dengan berpakaian adiwira, dia membeli sut pakaian itu menerusi dalam talian dengan harga RM180. “Sebenarnya kami suka kanak-kanak namun belum mempunyai rezeki cahaya mata dan dengan cara ini dapatlah kami menghiburkan kanak-kanak itu. “Selain sebagai terapi diri, kami berasa gembira apabila dapat berdamping dengan kanak-kanak dan berharap orang ramai mendoakan kesejahteraan saya serta isteri,” katanya. Ahmad Shakirin berkata, bukanlah maksudnya untuk meminta-minta, tetapi mereka pernah menerima sumbangan sebanyak 20 sen selepas diminta beraksi Spiderman dan bergambar dan dia tetap menerima sumbangan itu kerana paling penting ialah keikhlasan si pemberi. Katanya, mujurlah pemilik bilik tumpangan disewa mereka memahami keadaan suami isteri berkenaan. “Selepas isteri sembuh nanti, dia bercadang mahu menjana pendapatan dengan menjual makanan berikutan kepakarannya dalam menyediakan pelbagai jenis masakan,” katanya.
Kredit: Harian Metro via: Penang Kini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyentuh tentang solat Tarawih, tidak dinafikan akan timbul bermacam-macam soalan. Apatah lagi bila menyentuh tentang kewajaran wanita pergi ke masjid untuk solat tarawih secara berjemaah.
Oleh itu, untuk lebih jelas apa kata kita dengar penjelasan daripada seorang ustaz ini. Harap penjelasan secara santai yang diberikan ini dapat memberi info bermanfaat dan sekali gus mengelakkan kaum hawa daripada berterusan melanggar syarat-sayar yang telah ditetapkan.
Jom semak apakah syaratnya itu.
Sehari dua ini, berlegar beberapa status tentang hukum wanita bersolat tarawih di Masjid.Kebetulan ada seseorang menghantar mesej bertanyakan soalan. Bunyinya begini.
“Assalamualaikum ustaz, nak tanya kaum hawa kalau pergi tarawih dekat surau tak elok ke? Saya pergi solat dekat surau sebab nak berjemaah. Kalau buat kat rumah sorang-sorang feeling solat tak terasa sangat. Salah ke apa yang saya buat ustaz?”
Setelah free sikit masa, saya cubalah berikan jawapannya berdasarkan apa yang hadis Rasulullah SAW sebutkan dan dinaqalkan dari pandangan ulama’.
Apa Kata Rasulullah SAW dan Para Ulama’?
Lebih afdhal wanita bersolat di rumah. Namun jika aman, bebas dari fitnah. Tak salah. Tak mengapa boleh ke masjid. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW.
Dari Ummu Humaid, isteri Abu Humaid As-Saa’idiy. Ummu Humaid pernah mendatangi Nabi SAW dan berkata bahwa dia sangat senang sekali bila dapat solat bersama beliau. Kemudian Nabi SAW bersabda:
”Aku telah mengetahui bahawa engkau senang sekali jika dapat solat bersamaku. Solatmu di rumahmu lebih baik dari solatmu di masjid kaummu. Dan solatmu di masjid kaummu lebih baik daripada solatmu di masjidku.”
[Hadis Riwayat Ahmad, no. 27135]
Andai wanita tadi rasa macam malas bila solat dekat rumah sendirian, nak ada rasa semangat berkobar-kobar, maka bolehlah dia bersolat di masjid atau surau. Dengan beberapa syarat:
1. Bebas dari fitnah. Contoh macam anak dara comel pergi bertarawih, tiba-tiba jadi bualan jejaka-jejaka masjid. Asal tak pernah jejak pun ke masjid, tapi bila si gadis tadi ada terus bertukar rajin lain macam. Siap tolong bersihkan jamban lagi. Punyalah rajin.
Tak pun si janda Milah bersolat tarawih di surau. Abang Aji asal buat lapan je, tapi sebab ada janda Milah full 20 siap witir. 30 hari Ramadan tau.
Haa, inilah namanya fitnah. Bahaya bahaya.
2. Elakkanlah bertabarruj, berwangian dan tutuplah aurat sempurna. Ini selalu sangat saya tulis pada tulisan lepas. Tak faham juga tak tahulah nak tulis bahasa apa lagi.
Pergi surau dan masjid pakai cantik-cantik wangi-wangi, nak solat ke nak goda lelaki? Betulkan niat ya.
3. Tak berlaku iktilat atau percampuran lelaki perempuan. Hah, ada pula yang ambil kesempatan nak mengoratlah, nak ambil peluang berborak, nak bermesra kenyit matalah. Tak pun nak bergosip. Ini tak boleh ya.
4. Mendapat keizinan suami bagi yang dah berkahwin. Bagi yang belum kahwin, mesti mendapat keizinan ibu bapa.
Jangan main redah je tau. Betul nak beribadah, tapi kena alert juga hal begini.
عنِ ابنِ عُمرَ رَضِيَ اللهُ عنهما، أنَّ النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم قال: ((إذا استأذَنتْ أحدَكم امرأتُه إلى المسجدِ، فلا يَمنعْها))
“Jika isteri kalian meminta izin pada kalian untuk ke masjid, maka izinkanlah mereka.”
Imam An-Nawawi membawakan hadis ini dalam Bab “Keluarnya wanita ke masjid, jika tidak menimbulkan fitnah dan selama tidak menggunakan harum-haruman.”
Jika syaratnya dah cukup, bolehlah dipersilakan ke surau atau masjid. Semoga ibadah kalian lebih khusyuk, semangat, feeling lebih, bertambah kenalan wanita solehah, bertambah ilmu setelah mendengar nasihat dan taujihat.
Jangan bertambah kasih pada bang Aji sudah ya. Alah, guraulah. Gurau pun tak boleh.
Ok ok, jemputlah share pesanan dan nasihat ini ya. Biar ramai yang faham dan dapat elakkan dari tersalah ‘niat’.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...