Jarang-jarang sekali kita mengetahui untuk menyediakan kek boleh rupanya tidak menggunakan tepung. Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh Sara Vee dan ternyata Kek Milo yang dihasilkan ini, nampak begitu menyelerakan.
Buat yang ingin mencuba, disertakan resipinya disini. Selamat mencuba.
Testing kek milo viral tu dengan bahan :
4biji telur
2cawan milo
2sb susu pekat
Pukul (mixer) 3minit semuanya
Masuk dlm loyang, bakar 45min suhu 180’c
Maka jadilah seperti gambar. Lepas tu tak payah tepung memang wow lah!
Yang penting husband mak suko kemain. Chewwy gowwy brownies milo. Sedappp!
Sumber : Sara Vee via MAHN
Tanam Sendiri Rock Melon Di Tepi Rumah Guna Polybag Je. Mudah Jer, Lelaki Ni Kongsikan Caranya!
Ruang terhad tak ada masalah jika ada kerajinan. Di sini admin kongsikan cara penanaman Rock Melon yang dimuat naik Asyiq hassan Baseri menerusi facebooknya.
Saya merupakan peminat rock melon. Jadi saya cuba menanam rock melon di tepi rumah. Permulaanya saya beli buah rock melon jenis Hami, China untuk dimakan. Buah jenis Hami, berbentuk lonjong. Berikut apa yang saya lakukan.
1)Biji rock melon saya keringkan dan dijadikan biji benih.
2) Setelah kering, saya semai didalam cocopeat. 10 hari selepas itu saya pindahkan ke dalam polybeg berisi cocopeat.
3) Saya mula memberi baja AB kepada anak pokok. Kepekatan baja AB dinaikan secara berperingkat setiap minggu.
4) 3 hari/sekali saya sembur racun kulat dan racun serangga
5) Siraman harian dilakukan secara manual sahaja.
Mudah Betul Nak Buat Puff Sardin Kat Rumah. Tak Perlu Uli Pastri, Guna Yang Segera Je, Siap!
Siapa peminat pastry, setiap kali masuk dalam kedai bakeri pasti akan ambil puff. Tak kisah lah puff sardin ke, ayam ke, asalkan nampak sedap pasti akan dipilih! Betul tak?
Sebenarnya nak buat puff macam tu kat rumah tak susah pun tau… Sebab sekarang ni macam-macam produk segera dijual di luar, kita tinggal rajin tak rajin nak masak je!
Misalnya resipi yang akan dikongsikan hari ini iaitu puff sardin. Tak perlu nak susah-susah uli kulit pastry tu, guna je yang ada jual ready made. Nak tahu macam mana nak buat? Jom tengok perkongsian di bawah!
Resipi Puff Sardin Ala Kedai Bakeri
Puff sardin utk minum ptg hrni…resepi paling simple dan senang utk di buat…guna kulit pastry segera…
Bahan utama cuma kulit pastry dan sardin je…. Bahan sampingan bwg2 dan cili utk masak sardin dan sebiji kuning telur utk di sapu ats pastry..
Cara2 ada di setiap gambar 😘
Bahan-bahan:
Kulit pastry (Guna kulit pastry yang kecil je dalam 10 keping)
Sardin
Bawang putih
Bawangholland
Cili
Garam
Gula
Kuning telur
Cara-cara penyediaannya:
Inti Sardin:
1. Mula-mula hancurkan sardin.
2. Kemudian, tumis bwang putih, bawang holland dan cili sampai garing.
3. Seterusnya, masukkan sardin dan masak sampai agak kering.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Siap untuk inti sardin!
Puff Sardin:
1. Ambil pastry dan potong macam gambar di atas. Dan masukkan inti.
2. Lipat segi tiga pastry dan tekan dengan garfu.
3. Sediakan kuning telur dan sapu atas pastry.
4. Tabur pasley, kalau takde abaikan je.
5. Sedia untuk di bakar. Bakar pada suhu 200C selama 20 minit. Siap!
Sedia untuk di nikmati panas-panas! Wah nikmatnya. Kalau beli kat kedai biasanya dah tak dapat yang panas macam ni.
Beli kat kedai, sampai rumah dah sejuk. Buat sendiri lagi puas hati kan. Nak buat banyak mana pun boleh. Puas nak makan nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Mastura Razali
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, KELGST5 di sini
Nak Hilangkan Bau Cili Atau Bawang Dan Kesan Kunyit Kena Ikut Trik Ini!
Pengisar yang sering digunakan untuk mengisar bahan masakan seperti bawang dan cili, atau mungkin kunyit hidup pasti akan ‘melekat’ baud an warnanya bukan?
Mungkin anda tidak selesa apabila menggunakan untuk masak masakan lain, tapi bekas pengisar berbau tidak enak, pastinya sukar. Bimbang juga kalau terus guna, nanti bau bawang dan cili memberi kesan kepada masakan rasa masakan anda nanti.
Jadi, mungkin petua ini boleh membantu anda untuk menghilangkan bau dan kesan yang kurang menyenangkan ini iaitu dengan menggunakan limau nipis dan beras. Begini caranya:
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji limau nipis
- 3 sudu makan beras
- Air secukupnya
CARA-CARA:
- Ambil limau nipis. Potong kecil.
- Isi air dalam pengisar dan letakkan sedikit beras di dalamnya.
- Masukkan limau nipis tadi dan kisarkan bersama beras.
- Kisar selama 15-20 saat, tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain dan cuci bersih pengisar anda.
- Gunakan hampas limau tadi untuk membersihkan bahagian dalam dan luar pengisar. Ia mampu menghilangkan kesan degil dan bau yang ‘kurang enak’ itu.