Kita selalu dengar bila ada antara ibu-ibu menyediakan menu berasaskan kek atau pastri, ada sahaja rungutannya. Umpamanya bila hari ini buat, elok menjadi kek yang dimasak tapu bila buat lagi sekali boleh pula ‘meragam’ pula. Kek dimasak keraslah, bantatlah, dan macam-macam lagilah yang menyebabkan kita tidak puas hati.
Tapi lain kisahnya bila anda mencuba menu yang satu ni, Kek Sarang Semut dengan menggunakan resipi yang dikongsikan ini. Menurut Noramilia, kek sarang semut yang dibuatnya menjadi dengan jayanya.
Untuk itu, apa kata hujung minggu ini anda sediakan menu ini untuk dinikmati bersama seisi keluarga.
“Alhamdulillah semalam mencuba buat kek sarang semut menggunakan resepi yang member MAHN share. Menjadi dengan jayanya. Lembut sedap lemak ya ampun . Terima kasih ya tak lokek ilmu saya tak ingat siapa empunya.”-Noramilia
Ads
Bahan-bahan:
2 cawan gula halus.
2cawan air panas.
Sebuku butter (250g)
5bijik telur
½ cawan susu pekat
Esen vanilla
2 cawan tepung gandum
2 sk soda
1sb susu tepung
Ads
Cara penyediaannya:
1- Panaskan gula halus sampai cair dan keperangan,kemudian masukkan air panas,kacau sebati letak tepi sat.
2- Cairkan butter,masukkan 5biji telur,½ cawan susu pekat dan esen vanilla. Kacau sebati. Takperlu mixer.
3- Ayak tepung, soda susu tepung. Campurkan dalam step (2) Dan (1).
Ads
Perap 2-3 jap. Kitorang perap 2jam je semalam sebab excited sangat Alhamdulillah jadi.
Kunci utama kesedapan rasa pulut kuning selain rasanya yang enak berlemak dan lembut dimakan, tidak dinafikan warna pulut itu juga memainkan peranan utama. Jika terlihat warnanya kuning cantik dipandangan mata, secara tidak langsung memberi isyarat untuk kita membayangkan betapa enaknya rasa pulut yang dimasak.
Berkongsi resipi dan cara penyediaan pulut kuning yang sempurna, boleh ikut cara Puan Masmira lakukan di mana menu ini bukan sahaja untuk hidangan keluarga malah dijadikan menu jualan dan mendapat sambutan daripada pelanggannya hingga kini.
Untuk itu, apa kata kita cuba sediakan resipi pulut kuning dengan resipi ini. Jom semak.
Saya nak share resepi dan tips untuk masak pulut kuning jadi cantik, merelit, lemak, lembut, dan sebiji-biji (tak benyai atau lembik/ kembang).
Resepi ni dari mak saya, saya guna sepenuhnya buat meniaga lebih 2 tahun dah.. Alhamdulillah jadi sumber rezeki, yang penting customer selalu rindu nak order lagi hehe
Bahan-bahan dan steps:
1)1 kg beras pulut (beras pulut biasa, bukan pulut susu)
*beras pulut susu nanti pulut kuning jadi benyai lembik.. Kalau boleh cari beras pulut yang panjang skit, elakkan yang jenis montok-montok hehe
– bilas 3-4 kali, rendam letak serbuk kunyit dalam 2 sudu besar (at least 3 jam)
– sebelum kukus, kena bilas balik dengan air paip.. Sejat dengan penapis
* perlu bilas balik untuk hilang kan bau kunyit berlebihan dan pulut tahan lama.. Please jangan guna perwana.
2) Halia 1/2 inchi (wangi dan buang angin)
– kupas dan cincang nipis-nipis dan paling halus
*orang yang makan tak kan perasan pon ada halia dalam pulut.
3) Daun Pandan 5 helai (wangi)
– 3 helai koyak 3 dan ikat untuk letak dalam pulut masa kukus
– 2 helai koyak 3 juga untuk buat lapik pulut dalam periuk kukus
4) Panaskan air dalam pengukus, dan masukkan beras pulut dalam pengukus, halia cincang tabur bagi sekata dalam pulut, dan daun pandan tadi.. Tutup dan kukus dalam 15-20 minit ikut pada jenis pengukus atau kuantiti pulut.. So kukus sampai pulut dah masak.
5) santan fresh dan pekat : 250-300 gram
– Dalam besen sederhana, masukkan 2 cawan air panas (baru didih, saya guna air panas cuckoo), masuk garam 1.5 sudu besar gula, 1.5 sudu kecil garam. Larutkan gula dan garam.. Then masuk kan santan pekat tadi.. Kacau-kacau sampai rata sebati.. Test rasa tengok, ada masin dan manis sikit.
6) Sediakan besen yang agak besar, masuk kan pulut yang dah siap dikukus tadi.. Keluarkan daun pandan.. Tuangkan kuah santan yang dibancuh tadi ke atas pulut.. Terus kacau-kacau sampai sekata semua.. Jangan risau tengok kuah santan tu banyak (Orang Kedah kata berlaut) sebab satgi pulut akan serap habis kuah santan tu.. Baru lah pulut jadi lembut.. Make sure kacau pulut sampai rata hilang ketul..
Then tekan-tekan dan ratakan dalam besen tadi, biar dia rehat dlm 10 – 15 min baru cedok untuk packing atau makan..
Ekstra Tip
*** pulut yang cukup lemak, kita akan nampak santan tu macam bertali putih-putih kat senduk..
*** pulut selepas gaul santan tak perlu kukus balik kali ke 2.. Cukup sekali sahaja sebelum masuk santan.. Kalau kukus balik nanti pecah minyak dan lemak santan..santan tak lekat pada pulut..
Walau sekali kukus saja, insyaallah pulut tahan lebih 36 jam diluar.. Sebab kita dah bancuh santan dengan air panas.
*** yang ni resepi dan cara keluarga saya.. Terpulang pada kawan-kawan.. Saya sekadar berkongsi tips untuk dapat kan rasa yang sedap dan tekstur pulut yang cantik.. Mungkin boleh dijadikan jualan sebagai sumber rezeki.
Hari ni cuti mengundi mesti mak-mak malas nak turun ke dapur. Maklumlah mood mengundi tak habis lagi.
Kalau rasa penat nak masak untuk makan malam ni, apa kata cuba resipi sardin tin kreatif ni. Serius sedap dan senang.
Himpunan resipi menggunakan sardin tin ini anda boleh cuba. Memang menarik dan sedap!
#RESIPI 1
SARDIN TIN MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-Bahan:
1 tin sardin saiz besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi
1 batang serai
1 helai daun kunyit
250ml santan
3 biji ubi kentang
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 keping asam gelugur
300ml air
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
2. Panaskan periuk, masuk sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masuk air kira-kira 300ml. Setelah mendidih, masukkan
santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.
3. Masuk kentang dan setelah kentang sedikit lembut, masukkan cili padi dan ikan sardin dengan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, mati akan api dan angkat.
4. Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.
#RESIPI 2
SARDIN TIN MASAK TOMYAM
Bahan-Bahan:
1 tin sardin -saiz besar
4 batang serai saiz sederhana – ketuk
1 inci lengkuas – ketuk
8 biji cili padi – ketuk
1 kiub perencah tomyam Knor
1 biji bawang besar
3 helai daun limau purut (urat tengah tu buang)
2 helai daun ketumbar jawa
Sedikit perahan lemon
Cara Memasak:
1. Rebus air bersama serai, lengkuas dan cili padi.
2. Masukkan perencah tomyam, kuah sardin dan bawang.
3. Bila dah menggelegak, masukkan sardin, daun limau purut, ketumbar jawa. Biarkan mendidih dan dikacau sentiasa.
4. Bila kuahnya dah pekat, perahkan lemon dan perasakan dengan sedikit garam. Biarkan masak seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 3
SARDIN TIN MASAK PAPRIK
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1sm halia
5 biji cili padi -ketuk
1 batang serai
3 helai daun limau
Sedikit lobak merah, jagung mini dan sayuran lain
Garam dan air asam jawa
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan cili padi dan kesemua sayura lain.
3. Masukkan kuah sardin dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan sardin dan letakkan sedikit asam jawa. Biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan taburkan hirisan daun limau purut.
6. Apabila mendidih, angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 4
GULAI LEMAK KUNING KELADI IKAN SARDIN
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
100gm keladi -dibasuh dan direbus
2 biji bawang besar
5 biji cili padi
1 liter santan
1sm kunyit hidup
1 batang serai -ketuk
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Kisar bawang merah, cili padi dan kunyit hidup hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan kuah sardin, keladi, serai dan asam keping. Biarkan mendidih.
4. Masukkan santan bersama sardin dan biarkan mendidih.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 5
ASAM PEDAS SARDIN TIN
Bahan-Bahan:
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
2. Setelah garing masukkan kuah ikan sardin dan kacau rata selama tiga minit.
3. Kemudian masukkan ikan sardin dan tuangkan pula air asam jawa. Masukkan juga limau purut dan juga serai.
4. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Mana satu resipi paling disukai? Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tabung Haji menjadi kunci impian 10 beradik dari Perak menunaikan haji bersama keluarga selepas ibu bapa mereka konsisten menyimpan sejak kecil bermula RM10 sebulan.