Ketuhar gelombang mikro atau microwave antara peralatan moden yang popular digunakan. Ianya begitu mudah digunakan dalam menyediakan makanan untuk keluarga.
Microwave ini amat popular digunakan kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata.
Pun begitu, timbul juga kekeliruan berkenaan penggunaannya dan kesan pada kesihatan.
Pelbagai tanggapan dan persepsi kita dengar, dan untuk lebih jelas adalah lebih baik kita dengar pandangan doktor bila menyentuh tentang kesihatan.
Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr Zubaidi untuk panduan bersama.
Ini perkongsiannya.
DOKTOR, ADAKAH PENGGUNAAN OVEN MIKROWAVE BERBAHAYA BAGI KESIHATAN ?
1. Penggunaan oven microwave sangat mudah dan ringkas untuk memanaskan makanan dalam waktu yang singkat.
2. Oven microwave merupakan peralatan masak elektronik yang menghasilkan gelombang elektromagnetik kecil (mikro) untuk memanaskan makanan. Tidak seperti alat masak biasa, oven microwave tidak menggunakan api untuk memasak. Gelombang pada oven dihasilkan oleh pipa elektron dari dalam mesin, kemudian dipancarkan oleh interior oven yang dibuat dari besi.
3. Radiasi gelombang tersebut akan diserap oleh makanan dalam bentuk haba, sehingga menyebabkan partikel di dalam makanan bergerak dan menghasilkan lebih banyak energi panas.
4. Namun gelombang dari oven microwave hanya dapat menembusi bekas kaca, kertas, seramik, atau plastik dan tidak dapat menembusi bekas yang dibuat dari besi.
5. Anggapan bahawa oven microwave merosakkan makanan dengan sinaran radioaktif adalah tidak benar, kerana gelombang yang dikeluarkan adalah dalam bentuk tenaga panas.
Ads
6. Beberapa bahan makanan yang mengandung banyak air akan menjadi lebih cepat panas ketika dimasak atau dipanaskan dengan oven microwave.
7. Gelombang pada oven microwave juga tidak dapat memasak makanan dari dalam ke luar, dan makanan yang tebal atau padat memerlukan waktu yang lebih lama untuk dipanaskan.
8. Selain itu, ia tidak mengurangkan kandungan nutrisi makanan, tetapi suhu terlalu panas pada oven ketika memasak dapat merosakkan vitamin, mineral dan antioksida yang terdapat pada makanan.
9. Oleh itu makanan yang terdiri daripada sayuran dan buah yang seharusnya dipanaskan sebentar sahaja. Kerosakan nutrisi juga boleh terjadi ketika memasak dengan peralatan lain jika menggunakan suhu terlalu panas.
10. Oleh itu oven microwave selamat digunakan untuk memasak makanan jika digunakan dengan cara yang betul. Ini kerana radiasi gelombang elektromagnetik yang dihasilkan oven microwave bersifat non-ionizing dan tidak menyebabkan perubahan DNA atau mutasi genetik, berbeza dengan radiasi nuklear dan radiasi yang digunakan di hospital (dalam mendiagnosa dan merawat pesakit) yang bersifat ionizing.
11. Beberapa peralatan dalam rumah juga memiliki sifat radiasi yang sama dengan oven microwave seperti alat pemanas, henfon, komputer dan TV.
12. Meskipun pendedahan kepada gelombang elektromagnetik tertentu boleh menyebabkan kanser, namun radiasi oven microwave belum terbukti dapat menyebabkan kanser. Ini kerana pendedahan radiasi bukan ioninzing yang relatif kecil dan penggunaan dalam masa yang singkat.
13. Bekas logam menyerap dan makanan dalam bentuk cairan seperti telur dan air menyerap haba dengan lebih banyak. Ini boleh menyebabkan kecederaan luka pada tangan ketika memindahkan makanan dari oven mikrowave.
Ads
14. Antara petua menggunakan oven microwave dengan selamat adalah :
✅ Baca dan ikuti arahan penggunaan yang terdapat pada pamplet yang disertakan.
✅ Pastikan pintu oven tertutup rapat.
✅ Jangan berdiri berhadapan dengan oven mikrowave yang sedang beroperasi dalam waktu yang lama.
✅ Jangan menggunakan air berlebihan ketika memasak atau memanaskan menggunakan oven mikrowave.
✅ Tutupkan penutup bekas ketika memasak dengan oven mikrowave agar tidak cepat kotor.
✅ Elakkan menggunakan bekas plastik biasa dan besi.
Gunakan bekas dari gelas atau seramik.
15. Secara kesimpulannya penggunaan oven mikrowave tidaklah berbahaya jika digunakan dengan cara yang betul.
Bila dah kahwin, soal perbelanjaan setiap bulan kenalah dirancang dan dicatatkan dengan terperinci supaya barulah nampak perbelanjaan tiap bulan.
Bukan apa, takut tersasar atau terlebih guna. Jika dulu pen dan nota kecil jadi keutamaan tapi tip yang dikongsikan oleh saudara kita ni, Nik Mohd Fahmi memang best. Jom ikut caranya. Mudah!
Senang je nak rekod perbelanjaan setiap hari tanpa bawa pen dan kertas. Saya belajar dari Azizi Ali bahawa pentingnya kita rekodkan belanja setiap hari.
Azizi Ali namakannya Money Tracker. Mula-mula tu macam agak susah untuk saya nak buat sebab masa kita berbelanja, mana sempat nak tulis. Tapi saya dapat idea sendiri, sangat mudah. Idea ni menyebabkan saya dan Aimi Nazihah berjaya amalkan sampai hari ni.
Caranya macam ni, kita semua kan selalu pegang handphone. Macam dah keperluan jadinya. Mana-mana pun tengok handphone. Jadi, buat satu group whatsapp. Ahlinya suami dan isteri sahaja. Letak nama group Money Tracker. Tiap kali lepas makan, beli atau belanja apa-apa, tulis dalam group whatsapp tu :
Makan tengahari -8.00
Minyak kereta -50.00
Parking -1.00
Bil letrik -78.00
Econsave -45.50
Laptop -1450.00
Ali bayar hutang +300.00
Bonus +500.00
Simbol ( – ) adalah sebagai perbelanjaan atau duit keluar. Simbol ( + ) adalah sebagai pendapatan atau duit masuk.
Dalam whatsapp kan ada tarikh bila kita tulis. Jadi, hujung bulan kita boleh semak balik perkara berikut :
1. Berapa duit kita dah belanja
2. Bila tarikh kita belanja
3. Apa yang kita belanja
4. Belanja lebih bajet atau tak
5. Apa yang terlebih bajet
Kesannya, kita akan tahu belanja setiap bulan terlebih kat mana supaya lebih beringat dan perbaiki cara perbelanjaan ke arah yang lebih berhemah.
Tips ni pun boleh buat untuk benda lain juga. Kalau nak simpan resepi, location, nak buat senarai tugasan, senarai barang nak beli, cuma buat group whatsapp suami isteri dan tulis la apa saja dalam group whatsapp tu untuk simpanan.
Semoga bermanfaat.
Hebat kan?
Kredit: Nik Mohd Fahmi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mempelbagaikan resipi berasaskan tauhu selain digoreng atau dijadikan ramuan pelengkap dalam menyediakan menu hidangan sayur campur atau sebagainya, tauhu ini enak juga jika dimasak dengan resipi ini.
Ia menggabungkan pelbagai ramuan dan dimasak menggunakan teknik kukusan dan gorengan sekali gus menjadikan menu ini bila dimakan terasa lembut di dalamnya, manakala di bahagian luar terasa rangup.
Untuk yang ingin mencuba menyediakan menu ini untuk dirasa bersama keluarga, di sini dikongsikan resipinya. Selamat mencuba.
Okay bahan bahan untuk dua orang makan, boleh digandakan kalau nak jamu pada tetamu atau isi rumah lebih ramai :
bahan-bahan:
Isi tauhu dua keping
Tauhu telur 1 bungkus
Sayur sayuran yang bersesuaian (saya guna lobak,daun sup,cili merah dan lobak)
Bahan perasa (saya guna serbuk pati ayam & lada hitam)
Telur & tepung serbaguna untuk salutan
Air
*Tepung gandum (sekiranya perlu)
Saya tak gunakan isi ayam (malas nak thawing)
step 1
Blendkan semua bahan bersama sedikit sahaja air kecuali telur . Agak agak lah adjust bahan perasa tu ikut selera, jangan terlalu masin. Sekiranya bancuhan menjadi terlalu cair, tambahkan tepung gandum. Sementara nak siapkan bahan blend ni, boleh panaskan dulu pengukus.
step 2
Dapatkan kepekatan yang sesuai supaya tauhu senang disudu ke dalam acuan untuk proses kukus & goreng.
Step 3
Sudukan bahan yang telah di blend ke dalam acuan. Tak kisah nak guna acuan apa apa pun, saya ada acuan kuih ni saja 😅 Kalau guna acuan seperti saya, dapat lah dalam 12 biji tauhu berlauk ni.
Sapukan sedikit minyak di dalam acuan supaya senang nak keluarkan isi tauhu kukus walaupun masih panas. Isi je penuh dalam acuan, jangan risau dia takkan melimpah pun.
step 4
Okay lepas dah kukus dalam 10 minit macam tu, isi tauhu tadi akan naik macam ni. Maknanya dah masak cantik dah. Sekarang dah ready untuk digoreng.
step 5
Keluarkan isi tauhu kukus. Dalam mangkuk,pecahkan sebiji telur dan masukkan sesudu makan tepung serbaguna. Pukul rata dan celupkan tauhu kukus.
step 6
Gorengkan dalam minyak yang betul betul panas supaya effect crunchy telur dan tepung tu jadi.
step 7
Okay terbalik terbalikkan, biar semua sekali garing. Angkat dan hidangkan. Sebelum hidang, saya dab dab dulu dengan tisu dapur, tak gemar kalau berminyak 😀
Baiklah, dah siap! Begini la rupa tauhu berlauk crunchy tu, bolehlah dimakan dengan apa apa sos pencicah macam sos thai ke sampal kicap ke. Saya guna sos thai yang dibancuh dengan air gula, hirisan cili padi, daun ketumbar dan bawang merah segar. Sedap sangat !
Ramai mengakui kuih bakar pandan atau ada yang menamakannya kuih kemboja mempunyai rasa yang sangat enak dan berlemak. Sesuai dimakan sama ada sebagai menu sarapan mahupun minum petang.
Jadi buat anda yang teringin dan teringat-ingat keenakan rasa kuih bakar pandan dengan citarasa tradisi, bolehlah sediakan sendiri. Cara membuatnya cukup mudah dan boleh di masak di atas dapur gas sahaja tanpa perlu oven.
Ini seperti mana resipi yang dikongsikan oleh Norizah Othman. Ujarnya, dia lebih suka kuih bakar pandan yang ditabur dengan bijan yang banyak.
Jadi mudahlah kalau kita buat sendiri, kita boleh tentukan banyak mana yang kita mahu. Buat anda yang ingin mencuba menyediakan kuih bakar pandan ini, selamat mencuba diucapkan.
Ramai yang nakkan resepi ea…Ok di sini sis sertakan resepinya…
Kuih bakar pandan
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 cawan gula
5 cawan santan
2 biji telor
Sedikit pes pandan,garam,pewarna ijau
3/4 Cawan minyak masak
Cara penyediaan :
Bancuh bahan tadi dan blander. Kemudian sapukan loyang dengan marjerin dan tuangkan adunan ke dalam acuan.
Kemudian taburkan bijan dan sedia untuk dibakar di atas dapur gas hingga masak.
Ekstra info :
– Loyang jenis ini boleh dibeli di shopee dengan klik di sini
– Saya menggunakan pakai santan kotak kara sahaja yang paling kecil
– Acuan loyang tersebut di bawahnya ada pelapik bakar dan begini bentuknya. Jadi boleh terus letak di atas dapur gas dan masak menggunakan api perlahan.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.