Tahniah diucapkan buat pelakon, Ayu Raudhah yang selamat menimang cahaya mata ketujuhnya di sebuah pusat perubatan swasta di Seremban semalam.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh suaminya Zaquan Adha yang memberitahu isterinya melahirkan anak ketujuh mereka iaitu bayi lelaki pada 2 Ogos tengah hari semalam.
Zaquan juga turut memuat naik gambarnya yang setia menemani Ayu di dalam wad semalam.
Ads
“Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan bayi lelaki. Ayu tengah rehat, saya pula nak balik rumah untuk uruskan uri anak.
“Untuk suami di luar sana, biarlah kita yang uruskan, cuci dan tanam.
Ads
“Selain itu, saya juga nak ambil kakak dan juga abang-abang yang lain untuk tengok reaksi mereka dengan baby baru,” katanya menerusi Insta Story.
Paling istimewa, kelahiran anak baharu ini juga sebagai hadiah hari jadi ke-38 buat Zaquan.
Ads
Zaquan juga turut menerima ucapan hari lahir dan sebiji kek bagi meraikan bersama-sama bayinya.
Untuk rekod, Ayu mendirikan rumah tangga bersama Zaquan pada 21 Januari 2011. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan enam anak iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, dan Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam kini berusia setahun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap yang hidup, pasti akan mati. Siapalah kita nak tahu bila ajal kita sampai. Kan? Semuanya telah ditetapkan oleh Illahi.
Sama seperti manusia yang lain juga, usahawan dan pempengaruh, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dirinya amat takut untuk menghadapi kematian.
Memetik laporan Oh Bulan!, Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berkata berita pemergian orang sekeliling sedikit sebanyak mengingatkannya tentang perkara tersebut sekaligus berdoa agar nyawanya diambil dalam keadaan tenang dan tidak mengaibkan.
“Saya terlalu sibuk, melihat ramai kawan-kawan dan rakan selebriti yang meninggal dunia awal, saya berdoa untuk mati dalam keadaan tenang dan tidak mahu dikecam. Saya sebenarnya takut untuk menghadapi kematian.
“Saya walaupun ada segalanya, perniagaan, kekayaan dan anak yang ramai, saya bersyukur tindakan saya masih terkawal dan tidak terlebih.
“Saya sedar saya bukan ahli ulama, end of the day saya akan tua dan sakit, oleh itu saya seru untuk sentiasa buat baik, sebab bila waktu kita mati kita tidak tahu pun.
“Baru-baru ini pun saya kurang sihat dan ada berjumpa dengan doktor, katanya saya perlu jalani kehidupan yang lebih sihat. Tetapi sakit apa yang saya alami maaf tidak dapat kongsikan,” katanya pada majlis rumah terbuka usahawan dan penyanyi duo, AishaHanim yang diadakan di Glamhall Damansara pada Jumaat.
Dalam pada itu, dia juga sudah pun memulakan gaya hidup yang lebih sihat selain perbanyakkan amal ibadah.
“Saya ingin kurangkan bersosial, saya mahu amalkan gaya hidup sihat, banyakkan beribadah. Saya banyak dengar nasihat isteri saya dan sekarang hati saya lebih tenang.
“Jujur saya katakan, sekarang sudah kerap solat berjemaah dengan anak-anak dan cuba untuk banyakkan membaca al-Quran untuk dekat diri dengan Allah.
“Kemudian saya mahu anak-anak semua ambil alih perniagaan supaya saya boleh berehat.” tambahnya.
Ditanya apakah hajat yang ingin dilakukan sebelum pergi menemui Ilahi, Aliff berkata dia memasang niat untuk mewakafkan sebahagian hartanya untuk mendirikan surau dan rumah tahfiz.
“Saya pernah berborak dengan isteri, saya beritahu dia agama saya tidak cukup, tetapi seandainya saya meninggal, saya minta sekurang-kurangnya harta saya diwakafkan untuk buat surau atau tahfiz sebanyak RM1 juta, itu lah niat saya.
“Saya juga berharap sesiapa yang mengenali saya atau rapat dengan saya tidak akan menceritakan perkara yang buruk apabila saya sudah tiada nanti.” jelasnya.
Untuk rekod, Aliff Syukri mendirikan rumah tangga dengan Nur Shahida pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
Sumber : Oh Bulan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru kelmarin pelakon dan juga usahawan, Neelofa meluahkan rasa terkilan dek kerana ada individu tidak bertanggungjawab memuat naik wajah anaknya yang selama ini dirahsiakan oleh mereka.
Hari ini, sekali lagi Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir netizen yang tidak bermoral yang sanggup menyunting gambar anak lelakinya, Muhammad Bilal menggunakan gambar yang tular tersebut.
Luahan ini dikongsikan Neefola sendiri di Instastory di Instagram miliknya. Menurutnya, perbuatan menyunting gambar Bilal telah mengundang komen-komen negatif warga maya yang lain.
Neelofa turut menegur agar warga maya tidak melampaui batas semata-mata untuk memuaskan hati sendiri.
Dia juga memohon agar individu-individu ini untuk menjaga perasan ahli keluarganya dan baginya hanya ibu-ibu yang melalui fasa melahirkan anak pasti akan sedih apabila anak dijadikan bahan jenaka di media sosial.
Sememangnya perbuatan ini salah kerana menimbulkan aib terutama mangsa keadaan pula merupakan sorang bayi yang masih kecil dan tidak berdosa yang boleh dijadikan bahan jenaka.
Tunjang sebuah keluarga adalah ketua keluarga iaitu suami dan ayah kepada anak-anak namun jika sesuatu terjadi pada tunjang tersebut, pasti kehidupan sekuarga akan berubah.
Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita dari dari Kampung Tok Jembal di sini berubah sepenuhnya selepas suaminya yang sebelum ini cergas kini hanya terbaring akibat serangan strok berdarah sejak enam bulan lalu.
Sakinah Abdullah berkata, suaminya, Ahmad Azahar Wan Embong bukan sahaja tidak mampu lagi untuk bekerja sebagai tukang rumah, malah telah kehilangan ingatan dan tidak mampu lagi menguruskan diri .
“Serangan strok berdarah pada 12 September tahun lalu itu telah merosakkan kira-kira 70 peratus saraf otak suami.
“Dia kini tidak ingat apa-apa dan hanya boleh minum susu khas yang dimasukkan menerusi tiub yang ditebuk melalui kerongkongnya,” katanya ketika ditemui di rumah di sini baru-baru ini.
Sakinah berkata, pada mulanya suaminya itu hanya mengadu sakit kepala sebelum diserang sawan pada pukul 4 pagi.
Tambahnya, suaminya telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu sebelum disahkan mengalami strok berdarah.
“Keadaanya sangat kritikal sehingga dia terpaksa ditidurkan di dalam wad selama dua bulan.
“Suami kini sudah stabil, namun dirinya banyak berubah dan bukan lagi seperti dahulu. Saya sendiri pun dia tidak kenal,” katanya.
Sakinah berkata, dia kini terpaksa menumpukan perhatian terhadap suaminya dan menyerahkan pengurusan kedai makan kepada anak sulungnya, Wan Ahmad Faizal, 31.
Ibu kepada lima anak itu berkata, penjagaan suaminya turut dibantu anak keempatnya, Wan Nur Farah Farihin, 23, yang sudah berkahwin.
“Perniagaan kedai makan kami agak merosot pada waktu ini ekoran keadaan ekonomi semasa sedangkan kos perubatan suami mencecah RM3,000 sebulan.
“Bagi menampung perbelanjaan termasuk membiayai kos pengajian anak bongsu berusia 20 tahun yang masih belajar di Akademi Binaan Malaysia, saya mengambil upah membuat ketupat palas,” katanya.
Orang yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank bernombor 13017028354141 (Bank Islam) atau menghubungi Sakinah di talian 011-3758 4434.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.