Penggunaan produk kecantikan bagi seorang wanita memang sesuatu yang lumrah. Malah terasa janggal pula sekiranya ada seorang perempuan yang langsung tidak menggunakan apa-apa produk kecantikan yang terjual dipasaran.
Mungkin jika ingin disenaraikan antara produk yang paling asas semua antara kita pakai adalah seperti krim pencuci wajah, syampo, bedak, lipstik dan minyak wangi.
Bila bercerita tentang penggunaan produk-produk kecantikan ini pula, pelbagai macam ragam pengguna. Ada orang memang sekali sekala guna, jadi tidak hairanlah bertahun-tahun pun produk tak habis-habis. Ada pula yang jenis pakai hari-hari tapi guna sikit-sikit, kononnya nak pastikan produk tidak cepat habis. Nak berjimatlah katakan.
Tapi tahukah anda, sebenarnya setiap produk kecantikan yang digunakan apabila dibuka sahaja penutupnya, ia mempunyai tarikh luput bagi memastikan produk yang dipakai kekal berkualiti. Dan setiap satu produk itu juga berbeza-beza jangka hayatnya.
Apa kesannya menggunakan produk tamat tarikh luput?
– Produk kurang berkesan atau tidak berkesan langsung jika digunakan
Ads
– Takut memberi efek pada kulit seperti radang dan sebagainya
Ini cara nak lihat jangka hayat produk selepas dibuka.
Lihat logo Tempoh Selepas Pembukaan (PAO) yang biasanya ada pada setiap produk yang dijual. Contohnya “12M” atau “24M” dan ini bermakna, produk itu boleh digunakan 12bulan ataupun 24bulan selepas dibuka.
PAO mula diguna pakai dalam penglabelan produk kosmetik pada 2005. Penggunaan tersebut diwajibkan oleh Europe Commission dimana semua syarikat pengeluar produk kosmetik perlu meletakkan label PAO pada produk mereka sekiranya produk tersebut mempunyai tarikh luput di bawah 30 bulan.
Ads
Jom Semak PAO produk yang ada dipasaran.
Micellar Cleansing Water Garnier setelah dibuka penutupnya boleh digunakan selama 6 bulan.
Ads
Ini pula bagi produk Loreal Elseve Extraordinary Oil, PAO menunjukkan 18 bulan lamanya.
Minyak wangi pun ada ye, contohnya bagi minyak wangi Amouage ini dilabelkan 30 bulan sahaja.
Jadi tidak hairanlah ye kalau simpan lama-lama minyak wangi yang telah digunakan melebihi jangka hayatnya maka kurang berbau dan tidak kekal lama harumannya. Semoga info ini dapat memberi manfaat untuk kita sebagai pengguna produk yang bijak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah tak anda mengalami masalah tiba-tiba suami jatuh sakit dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan. Demikian yang terjadi pada Jiha Shuib apabila suaminya tiba-tiba collapse akibat serangan strok.
Tidak pernah menyangka perkara begitu boleh memberi impak yang cukup besar padanya kerana selama ini tidak mengambil kisah bab simpanan waktu kecemasan, jauh sekali untuk bertanyakan kepada suami number pin ATM nya.
Disebabkan pengalaman tersebut, Jiha ingin berkongsi dengan wanita lain di luar sana tentang info penting yang sepatutnya seseorang isteri ambil peduli supaya tidak gelabah apabila berlaku kecemasan.
Berikut 7 Perkara Penting Yang Isteri Kena Ambil Tahu Dari Suami:
Degil Untuk Berhenti Merokok
Aku rasa keluarga aku adalah contoh keluarga tipikal, orang biasa berpendapatan sederhana dan kedua-dua kami bekerja. Ada hutang kereta sederhana, ada 2 anak sekolah, ada hutang sewa rumah yang biasa-biasa.
Ada hutang pinjaman peribadi dan komitmen biasa macam penapis air bayar bulan tu. Alah, yang biasa-biasa saja. Golongan sederhana yang cukup-cukup makan setiap bulan.
Ada orang yang beringat buat simpanan kecemasan, ada simpan rekod kewangan kedua-dua pasangan dan ada sumber pendapatan pasif, tapi kebanyakan orang? Macam kami yang tak pernah sangka akan alami benda-benda begini tak ada pun kesedaran untuk buat sesuatu.
Sepatutnya aku kena sedar dah risiko bila suami aku degil untuk berhenti rokok. Dia curi-curi hisap rokok di luar, masih merokok berpuntung-puntung waktu bekerja. Walaupun banyak kali kena serangan asma dan sesak nafas, tetap dia merokok balik.
Gedegang! Tiba-tiba dia collapse. Senyap, sunyi dan kaku.
Tidak Tahu Nombor Pin ATM
Masa awal tu aku masih okay, ada keluarga sahabat handai yang sedekah duit dalam genggaman setiap hari. Lagipun dalam keadaan terkejut beg tangan aku dan dompet Saiful entah kat mana-mana. Tak boleh fikir dah aku pasal duit ke, masa depan ke apa.
Hari berlalu dengan slow-motion, dunia aku siang malam hanya di sekeliling katil Saiful terbaring kaku tu.
Tapi bila doktor mula cakap suruh belikan barang itu ini, aku mula gelabah. Mana aku nak ambik duit ni? Dalam bank? Eh, itu duit untuk bayaran bla…bla…bla….
Dalam akaun Saiful ada duit belanja rasanya. Tapi… Eh, aku mana tau nombor pin dia. Aku tak pernah tanya dan tak pernah terasa nak ambik tau, hulur tangan terima duit aku tau.
7 Perkara Isteri Kena Ambil Tahu:
Disini titik permulaan persoalan-persoalan yang sepatutnya seorang wanita ambil peduli sebelum terlambat.
1. No. Pin akaun-akaun bank suami. Ini #palingpenting dan #palingsulit. Kalau tak memang gelepar lah nak beli katil, nak beli susu, nak bayar kos ujian-ujian hospital (GL pun tak leh cover cukup tau), nak beli tilam angin, tiub-tiub hidung, tiub-tiub kencing, krim-krim, stokin preassure, mesin angin tilam, lampin dewasa, kos ulang alik hospital, kerusi roda. List dia panjang tau, panjang berjela-jela.
2. Passcode online banking, telefon bimbit, tab, komputer, alarm rumah, peti besi dan sebagainya.
3. Ambil tahu dimana letaknya dan labelkan semua kunci-kunci pendua, kunci simpanan asalkan bukan kunci rumah bini #2 suami.
4. Rekod insuran /takaful suami. Surat menyurat gadaian simpan dalam fail betul-betul. Lepas keadaan sudah tenang boleh telefon ejen untuk tuntutan insuran, jika rumah atas nama suami boleh claim MRTA (kot kalau tak silap)
5. Nombor telefon pejabat / majikan suami / bahagian sumber manusia. Kena maklumkan keadaan suami, tanya kelayakan perubatan suami ada ke tak dan jika majikan ada caruman insuran kelompok atau sebarang kemudahan sebagai pekerja mungkin mereka dapat membantu.
Mereka juga boleh bantu untuk buat tuntutan Socso bagi swasta, JPA bagi penjawat awam. Kalau tak pun, telefon mereka dan minta mereka maklumkan kawan sekerja keadaan suami yang tenat dan minta doakan kesembuhan suami.
6. Surat tawaran kerja suami / baca klausa apa kemudahan cuti sakit yang layak / berapa bulan gaji akan dibayar dalam cuti sakit. Baru boleh rancang berapa lama boleh survive dengan duit yang tinggal, baru tahu mana nak rujuk rawatan susulan untuk suami.
6. Rekod hutang-hutang semasa, duit orang dalam tangan suami mana tahu suami bendahari kelab ke, surau ke, jiran tetangga ke. Kalau orang datang tuntut nanti taklah gelabah.
7. Hutang suami macam kereta, rumah, pinjaman koperasi ke apa-apalah / komitmen suami setiap bulan bayar macam maintanence ke, polis komuniti ke nanti boleh buat refinance atau terminate saja bila diorang tuntut hutang mana yang boleh untuk berjimat.
Simpan rekod dalam fail yang tersusun.
Skill Malam Jumaat
Ingat tau, bila kita susah masa itu baru boleh kenal siapa kawan siapa lawan sebenarnya. Tak mustahil saudara sendiri akan lari jauh-jauh dan mengelak dari menunjuk muka takut-takut kita mahu menumpang. Pesanan ini atas dasar pengalaman sendiri.
Isteri yang bijak adalah isteri yang ada harga diri, bersedia berkorban dan tidak takut bertindak untuk kepentingan anak-anaknya. Kalau suami perahsia sangat semua benda kepit celah ketiak dia, itu memang kena guna skill malam jumaatlah untuk pujuk.
Tak sayang anak bini lah maknanya tu, jangan sampai anak isteri merempat di tepi jalan suatu hari nanti. Ayat seperti
“Sayang jangan risau, nanti kalau jadi apa-apa kat abang si polan-si polan akan tolong. Semua duit dan harta abang, geran-geran rumah, stable lumba kuda, kelab-kelab malam dia yang akan uruskan. Takyah fikir apa-apa ya, tenang-tenang aja”. (ni contoh)
#angkatkening kau boleh percaya? Kalau percaya, okaylahhhhh. I rest my case.
Seperti mana kita ketahui sabun pencuci pinggan ada yang dijual daripada jenis cecair di dalam botol dan ada juga jenis pepejal yang ditempatkan di dalam bekas. Setiap satunya boleh digunakan untuk mencuci pinggan mangkuk dengan bersih mengikut keselesaan pengguna.
Pun begitu, apa yang mencuri tumpuan di laman Tiktok berkenaan sabun pencuci pinggan ini apabila pemilik akaun @afifiechan berkongsi video di mana ayahnya meletakkan sebekas Planta dibucu singki.
Menurutnya, sabun pencuci Axion yang digunakan sebelum ini telah habis dan ayahnya telah membuka satu bekas yang jika sekali pandang memang terlihat hampir sama dan oleh sebab itu ayahnya membuka dan meletakkan bekas tersebut di sinki.
Melihat keadaan itu, dia meletakkan kepsyen di videonya “Tak jadilah buat nasi briyani’ dan katanya lagi “habislah planta baru beli nak buat nasi briyani”.
Apa yang pasti, perkongsiannya itu telah menarik perhatian warganet dan ada yang merasakan ianya sangat lucu disebabkan planta tersebut siap diletakkan air di dalamnya.
Hasil tinjauan di ruangan komen, rata warganet terhibur dengan gelagat ayahnya yang tanpa sengaja tertukar antara axion dan planta. Bahkan ada juga yang berkongsi pengalaman ‘tertukar’ seperti ini bila ayahnya mencuci pakaian dengan menggunakan sabun pencuci lantai. Macam-macam komen yang diterima, tidak dengan itu ada juga yang menyakat semua pinggan mangkuk perlu dicuci sekali lagi!
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.