Menerima keputusan yang membanggakan di dalam peperiksaan SPM 2019, tentunya seisi keluarga turut merasa bangga dan bersyukur. Segala usaha dan penat lelah selama ini, terbalas juga dengan keputusan yang cemerlang.
Antara yang mendapat perkhabaran gembira dengan keputusan peperiksaan SPM yang diumumkan hari ini adalah keluarga ustaz Kazim Elias dan turut berkongsi rasa syukur di akaun fbnya.
Ads
Alhamdulillah… tahniah buat anak..
Terima kasih kepada guru-guru yang mengajar anak saya..dan semua staf Sek. Men. Sains, Tapah, Perak.
Mencari kebahagiaan hidup agar berasa lapang dada, ceria dan sekali gus menikmati rasa kesempurnaan dan segala-galanya teratur dan aman. Pastinya saat menjadi dambaan setiap antara kita.
Pun begitu, hidup ini penuh dengan ujian, ada suka dan dukanya. Apa yang pasti rasa bahagia itu tidak datang bergolek, bahkan ia perlu diusahakan. Caranya bagaimana, mungkin perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak. Jom semak.
TIPS UNTUK MENJADI WANITA BAHAGIA.
Saya ingin kongsikan tips ini kerana menerima ratusan mesej dari banyak wanita yang tidak bahagia. Saya tidak mampu untuk membalas ke semuanya.
1. Kadang kita terlupa yang setiap dari kita punya “senjata” yang hebat iaitu doa. Doa itu kan “senjata”. Gunakan ia dalam apa sahaja situasi. Walaupun dalam keaadan samar…tidak pasti dan langsung tidak nampak apa yang bakal kita lalui, berdoalah dengan yakin.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.
“Dan jika setan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia adalah As-Samii’ (Dzat yang Maha mendengar) dan Al-’Aliim (Dzat yang Maha mengetahui).”
(QS. Fushilat [41]: 36)
2. Saya sering menulis. Untuk menjadi bahagia, apa-apa kiralah kesyukuran dulu. Usah terkejut ada banyak suami kesal kerana pernah tidak menghargai isteri. Dan banyak isteri kesal kerana pernah tidak menghargai suami.
Hakikatnya, kita sering tidak menghargai apa yang kita sudah ada. Dan mahukan yang kita tidak ada.
Banyak isteri yang tinggal di rumah besar, dengan 10 buah kereta, terima hadiah harijadi yang mahal, percutian yang mewah…namun masih tidak bahagia. Hanya kerana suaminya sering pulang lewat.
Banyak isteri yang cukup bahagia, tinggal di rumah yang atapnya tiris (bocor), setiap hari bersyukur kerana dapat makan ikan segar yang dibawa pulang oleh suaminya….seorang Nelayan kampung. Biarpun begitu, bahagianya sama seperti seorang isteri yang tinggal di Istana.
Kira nikmat yang kita ada untuk melihat bahagia…
3. Usah fokuskan kepada satu perkara untuk merasakan bahagia. Banyak isteri/wanita yang fokusnya hanya pada suami.
Suami saya tipu saya.
Suami saya berhutang.
Perlukah saya maafkan suami saya.
Suami saya selalu main handphone.
Suami saya gajinya kecil.
Saya tertekan dengan suami.
Rasa tak dihargai suami….
Begini…
Selagi suami masih sediakan segala keperluan, tidak mengambil dadah, bukan kaki pukul, tidak minum dan masih beragama serta waras, everything will be alright.
Letak Allah dulu dalam hati, barulah lain-lain perkara. You will feel content with your life. Rasa kecukupan yang sukar untuk ditulis dengan kata-kata.
Dan semua perkara lain akan mula nampak kecil….cubalah.
4. Hargai diri selalu. Saya seringkali menulis ini juga. Hargai diri sendiri untuk jadi lebih bahagia. Nothing else really matters…
5. Bangun pagi, syukuri masih punya mata, telinga, tangan, kaki… bahkan setiap apa yang masih mengalir dalam diri. Imagine not having one of them.
Bayangkan jika Allah ambil semula penglihatan kita. Kemudian kita diberikan pilihan. Mahu penglihatan semula atau suami? Pasti kita akan memilih mata kita bukan?
Itulah, kita sering tidak menghargai apa yang kita ada.
6. Apa sahaja perkara kecil akan menjadi sangat besar bila kita sering memikirkannya. Berhati-hatilah dengan apa yang kita fokuskan dalam minda. Ia boleh meragut bahagia.
7. Do not overthinking unnecessarily. Ia membawa kepada banyak keresahan. Suami milik kita sewaktu di rumah. The moment dia melepasi pintu rumah, serahkan semuanya kepada Allah.
Mungkin sukar untuk dilakukan dan ringan untuk diucapkan. Namun hargailah rasa tenang dan bahagia itu dengan senikmatnya.
8. Sometimes you need to divert your attention. Alihkan minda kepada banyak perkara lain dalam hidup. Usah sempitkan dengan perkara yang tidak perlu. Invest your time and energy untuk diri. Read something beneficial.
Membaca boleh:
– Meningkatkan daya fikir.
– Mengurangkan stress.
– Meningkatkan pengetahuan.
– Menambah perbendaharaan kata.
– Memberi memori yang lebih baik.
– Menjadi lebih fokus.
– Meningkatkan kemahiran menulis.
– Lebih relax.
Be a more knowledgeable women!
9. Lakukan apa sahaja yang anda suka untuk jadi bahagia. Selagi tidak melanggar batas seorang isteri. You can do bakings, gardening, apa sahaja. Please know that hidup ini cukup indah untuk dinikmati.
10. Set dalam minda selalu bahawa dunia ini hanyalah sementara. Kadang kita sering terlupa hingga jadi terlalu taksub dengan segalanya.
Tenang-tenang aja. Take it easy and be happy!
sumber : Dzuriasikim Dzulkefli
InsyaAllah esok saya tulis lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Susah untuk menabung? Anda berpotensi miskin di hari tua. Menyimpan untuk hari tua sering kali dilihat sebagai satu cabaran, terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai tuntutan kewangan dalam kehidupan harian.
Amalan menyimpan untuk masa depan sebenarnya amat penting dalam memastikan kestabilan kewangan dan kesejahteraan pada usia tua. Jika kita gagal atau sukar untuk menyimpan pada masa muda, terdapat beberapa kesan negatif yang mungkin akan kita hadapi di kemudian hari.
Tanpa tabungan yang mencukupi, kita mungkin berdepan dengan kekurangan sumber kewangan semasa tempoh persaraan. Apabila sudah bersara, pendapatan bulanan yang biasa diperoleh daripada gaji akan terhenti, dan kita hanya akan bergantung kepada simpanan serta pencen (jika ada).
Ketiadaan simpanan bermakna kita mungkin tidak mampu menampung kos kehidupan asas, apatah lagi untuk keperluan lain seperti perubatan, tempat tinggal, dan lain-lain.
Berikut perkongsian daripada pakar kewangan dan hartanah, Azizul Azli Ahmad
BERAT UNTUK MENABUNG?
Jika kita berat atau susah untuk menyimpan di hari tua, kita mungkin akan menghadapi beberapa kesan negatif, antaranya:
1. Ketidaktentuan Kewangan: Tanpa simpanan yang cukup, mungkin sukar untuk menampung keperluan asas seperti perubatan, tempat tinggal, dan makanan di hari tua. Ini boleh mengakibatkan tekanan kewangan yang besar.
2. Ketergantungan Pada Orang Lain: Ketiadaan simpanan boleh membuatkan kita terpaksa bergantung pada anak-anak, keluarga, atau bantuan luar, yang mungkin membebankan mereka.
3. Kurang Kemerdekaan: Simpanan yang sedikit atau tiada langsung boleh menjejaskan kebebasan kita, menjadikan kita lebih bergantung pada bantuan pihak lain untuk membuat keputusan atau urusan peribadi.
4. Kurang Persediaan untuk Kecemasan: Tanpa simpanan, kita mungkin tidak bersedia menghadapi keadaan kecemasan seperti penyakit atau perbelanjaan tidak terjangka yang boleh membebankan.
1. Simpan Secara Berterusan: Mulakan simpanan walaupun sedikit. Bina disiplin untuk menyimpan secara konsisten setiap bulan, sama ada melalui tabungan biasa, simpanan emas, atau pelaburan yang selamat.
2. Pelaburan Bijak: Kenalpasti pelaburan yang sesuai dengan risiko yang boleh ditanggung. Pelaburan seperti saham, hartanah, dan emas boleh membantu menambah nilai simpanan jangka panjang.
3. Didik Diri Tentang Kewangan: Fahami asas kewangan, seperti pengurusan hutang, faedah kompaun, dan kepentingan pelan simpanan persaraan.
4. Jaga Kesihatan: Kesihatan yang baik akan menjimatkan perbelanjaan di kemudian hari, kerana kita mungkin akan kurang bergantung pada perbelanjaan perubatan.
Menyimpan untuk hari tua bukanlah satu pilihan, tetapi satu keperluan. Walaupun mungkin sukar untuk memulakan amalan ini disebabkan tuntutan kewangan harian, tetapi dengan perancangan yang bijak dan disiplin dalam kewangan, kita boleh mencapai kestabilan kewangan pada usia tua.
Usahakan untuk menyimpan sedikit demi sedikit dan jadikan tabiat ini sebagai satu amalan. Masa depan yang tenang dan bebas daripada tekanan kewangan adalah satu hadiah yang boleh kita berikan kepada diri sendiri jika kita bermula sekarang.
Dengan persiapan kewangan yang kukuh dan gaya hidup sihat, kita boleh lebih tenang dan bebas dari tekanan kewangan di hari tua nanti.
Jika diberi sebuah kehidupan yang senang, hidup mewah dan kaya raya, tentu sahaja ramai yang mahukannya. Apa tidaknya segala kehendak dan impian selama ini boleh dimiliki dengan mudah. Semua yang dihajatkan boleh sahaja dibeli bila mana wang bukan lagi menjadi penghalang.
Namun hakikatnya untuk hidup kaya raya ia tidaklah semudah yang disangka. Bukan senang nak senang!
Selain kita melihat kegigihan usaha yang berpanjangan dan tidak mengenal lelah, pastinya juga ada rahsianya yang tersendiri.
Atas sebab itu juga, tidak hairanlah ilmu untuk menjadi kaya atau jutawan sering dicari dan dipelajari daripada orang yang berjaya. Apatah lagi jika dapat menuntut dengan kaum Cina yang diakui ramai yang berjaya membina kekayaan melalui perniagaan sendiri. Itu tidak dapat dinafikan.
Mengetahui berkenaan rahsia kejayaan orang Cina menjadi kaya, Pengasas AKTA Tuition Maths & Add Maths Tutor Adam Kelvin telah berkongsi 5 rahsia yang nyata mencuri perhatian warganet di akaun facebooknya.
Rahsia orang Cina bina kekayaan
Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes dan bangunkan bisnes bersama-sama adik beradiknya.
Contoh paling dekat sepupu saya. Dia anak sulung dan berjaya buka kedai jual kereta mewah import. Kemudian, dia ajar adik-adiknya lagi 3 orang dibawah buat bisnes berkaitan kereta. Adik kedua buka kedai repair kereta, adik ketiga buka kedai servis aircond kereta dan yang bongsu buka kedai aksesori atau make up kereta.
Dan hasilnya mereka semua kaya dan jutawan underground.
Kami tak sampai hati tengok adik-beradik susah sedangkan ada yang senang diantara kami. Jadi sama-sama belajar untuk bina kekayaan. Senang adik-beradik, senang hati kami.
Kami pegang prinsip, if you want go fast, go alone. If you want go far, go together.
Kalau ada cash banyak atau dapat duit ratus-ratus ribu, jarang kami plan nak kahwin banyak. Haha..sebab tambah beban dan harta lagi kecil portion bila dibahagikan.
Apa yang kami buat ialah kami beli rumah atau hartanah RM100k dalam 2-3 biji sebagai long term investment. Bina portfolio hartanah. Hartanah tu akan double up dua kali ganda ke dalam 10 tahun.
Sebab tu jangan pelik ada family Cina walaupun dah dewasa masih tinggal bersama dengan parents. Duit lebihan tu mereka beli rumah dan bagi orang sewa. Atau yang lebih
hebat lagi, tetiba dah ada sebuah pasaraya hasil pakat kumpul sesama keluarga.
Kami jaranglah berebut harta. Selalunya kami berpakat untuk kembangkan harta yang ditinggalkan tu. Sama ada jual kemudian flip beli bangunan atau kedai untuk disewakan. Duit tu dibahagi sama rata.
WE LOVE PROPERTIES. HAHA..
Tapi saya tak ada banyak rumah pun. Sebiji saja untuk duduk. Senduu.
Perasan tak kalau kedai cina yang baru bukak, akan ada banyak jambangan bunga wish luck dan berjaya dalam perniagaan kepada bisnes owner tu.
Kami sangat gembira kalau ahli keluarga atau kawan-kawan berjaya dalam bisnes. Tandanya parents pun takkan hidup susah dan tidaklah anak sorang yang berjaya tu saja perlu menanggung parents. Lagi senang untuk berpakat bantu keluarga dengan hasil yang dituai.
Tak perlu nak dengki ke apa sebab kita sendiri menyaksikan betapa susahnya mereka nak bina sesebuah perniagaan.
Even ada je dengki. Tipulah kalau kata tak ada langsung kan. Tapi circle saya mostly tak ada nak dengki. Mereka even support beli produk atau guna servis kita. Trust tu dah ada dan lagi mereka sebarkan kepada kenalan yang ada.
Duit yang dapat kami akan simpan dalam unit trust, FD atau simpan je la dalam bank.
Kalau nak beli apa-apa, kami akan tangguhkan keinginan tu sampai hujung bulan, bila ada lebihan, baru spend.
Spend benda yang perlu dan benda kehendak tu sekali sekala.
Untung tau orang Melayu boleh simpan dalam ASB. Saya tengok ASB simpanan antara yang menguntungkan berbanding unit trust atau FD.
So jangan lepaskan peluang untuk save dalam ASB.
Kami memang tak suka berhutang beli barangan kecil seperti fon, peti ais, perabot dan sewaktu dengannya.
Kami akan kumpul duit dan tahan nafsu supaya dapat beli cash. Penat sekali tapi for long term lega minda dari fikir nak bayar bulan-bulan. Tu tak masuk lagi interest. Rugi woo..
Selalunya kami hutang pun benda besar seperti rumah dan kereta. Kereta pun selalunya kami cuba settle cepat-cepat supaya cash flow tak rabak for long term. Kan kalau buat full settlement akan dapat rebate.
Lagi pula kereta susut nilai sangat cepat. Jadi tak berbaloi beli kereta mahal-mahal tapi tak cuba setel hutang secepat mungkin.
Tu sebab orang Cina sangat minat kereta Honda dan Toyota kerana kereta tu mampu milik dan tak perlu maintanance tinggi walaupun mereka mampu je beli kereta mewah.
Ada je orang Cina beli kereta mewah. Tapi ada trick la untuk kurangkan income tax dan selalunya mereka cepat-cepat settle kan hutang kereta tu.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.