Rakyat Malaysia sekali lagi tarik nafas lega setelah mendengar pengumuman dari Perdana Menteri sebentar tadi tentang pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 untuk pencarum KWSP.
Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, beliau berkata berdasarkan dapatan kajian dalam situasi pandemik ini, ada keluarga yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina mula kedudukan.
Bagaimanapun, penjelasan lanjut tentang pengeluaran KWSP ini akan disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia nanti.
Pada masa yang sama, beliau berkata keputusan kali ini amat sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat Malaysia. Namun, pengeluaran khas ini merupakan jalan tengah untuk mengimbangi keperluan mendesak sekarang dan penyimpanan pada masa hadapan.
Walaupun kerajaan telah memberikan kebenaran untuk pengeluaran kali ini tetapi beliau merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan kecuali apabila berdepan dengan keadaan yang mendesak.
Ads
“Walaupun kerajaan berikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
Ads
“Saya berharap para pencarum buat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan,” katanya.
Sebelum ini kerajaan telah membenarkan pengeluaran Caruman Kumpulan Wang Pekerja (KWSP) sebanyak 3 kali melalui skim iaitu I-Lestari, I-Sinar dan I-Citra bermula sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dari tahun 2020 hingga 2021.
Ads
Sehubungan itu, tambah Ismail, perincian pengeluaran khas tersebut akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) serta KWSP sendiri nanti.
Meneliti di ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia ucap rasa syukur berikutan pelbagai urusan yang memerlukan wang masih lagi tertunda akibat ujian yang melanda negara kita baru-baru ini.
Lebih manis lagi, Azzahra Jiwa merupakan cucu perempuan pertama bagi keluarga ini. Di Instagram Dato’ Siti juga meluahkan rasa syukur di atas kelahiran Azzahra, malah di ruangan bekas isteri Dato K, Tengku Zawiyah juga kelihatan teruja menimang seorang lagi cucu.
Selain berkongsi khabar berita tersebut, pasangan ini juga turut memuat naik satu akaun Instagram khas buat anak kedua mereka.
Rupa-rupanya, akaun tersebut sudah dibuat ketika bayi masih di dalam kandungan lagi. Walaupun baru, akaun tersebut kini sudah mencecah seramai 5,803 pengikut.
Rata-rata mengucapkan tahniah kepada Tya dan suami atas kelahiran cahaya mata kedua mereka.
Berita tersebut turut mendapat reaksi daripada selebriti lain.
Pejam celik, rupanya sudah genap tiga tahun pemergian pelawak, Allahyarham Abam Bocey pergi meninggalkan isteri dan anak tercinta. Bukan sahaja ahli keluarga, malah pemergian Allahyarham dirasai ramai peminat dan rakan selebriti.
Terbaharu balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah Mohd Ali telah berkongsikan menerima hadiah potret keluarga yang diberikan oleh seorang cukup kreatif. Dalam perkongsian tersebut dilihat Hidayah atau lebih mesra dengan nama Dayah Abam sebak dapat hadiah potret keluarga.
Dalam potret tersebut dilihat Allahyarham bersama Dayah dan anak mereka, Syed Uthman Hamzah. Hasil kreativiti pemilik akaun TikTok dengan nama creativefactory_painting ini berjaya menghasilkan potrey keluarga ini.
“Terima kasih @the_creative_factory_my Bagi Hadiah yang sangat2 Bernilai buat Dayah Dan Hamzah.. Xpernah dapat bergambar bertiga mcm ni 😭Sangat2 Cantik.. Al-fatihah Suamiku Syed Umar Mokhtar 3Tahun 10/02/2023,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui turut sebak dengan perkongsian rakaman ini. Malah mereka juga mendoakan supaya Hidayah kuat menghadapi sebarang ujian dan usaha membesarkan anak seorang diri.
Sumber : Instagram Hidayah Hamzah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mewujudkan rumah yang selesa untuk dihuni bukan sahaja menitik beratkan adanya ruangan yang luas dengan menepati konsep dekorasi sebagaimana yang diidamkan.
Pun begitu mungkin ada yang terlepas pandang dalam mewujudkan keselesaan, perlu mewujudkan ruang untuk tetamu.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Khairunnisa ini yang juga merupakan Pereka Hiasan Dalaman dan penulis buku. Jom semak apa katanya.
Bagaimana ruang tetamu yang sesuai untuk rumah orang Islam?
Adalah lebih baik jika tetamu tidak dapat melihat langsung aktiviti dan dalaman rumah keluarga.Cukuplah pergerakan tetamu di ruang tetamu sahaja.
“Minta maaf, nak tumpang tandas, boleh?” Biasa tetamu akan buat permintaan mengejut sebegini apabila datang berkunjung.
Sekiranya ada tandas di ruang tetamu, tetamu tidak perlu lagi masuk ke dalam bilik-bilik tuan rumah atau terus terjah ke dapur.
Saya ada menonton kuliah agama seorang ulama Indonesia yang mengatakan:
“Yang terbaik adalah jika kamu boleh mengasingkan ruang tetamu dengan ruang keluarga. Kalau boleh, diasing terus dari rumah kamu sehingga apabila kamu menutup pintu dan menguncinya sekalipun, tetamu masih boleh aman di situ”
Maksud beliau kita sememangnya wajib melayan tetamu sebaiknya. Oleh itu sediakan ruang untuk tetamu semampu boleh namun paling penting ialah mengambil kira aurat dan aib tuan rumah sekeluarga.
Siapkan ruang duduknya, ruang bersucinya (tandas), ruang solatnya dan juga ruang berehatnya (bilik tidur) di satu kawasan yang sama yang tidak perlu melalui ruang keluarga.
Ini dapat membataskan aurat, pandangan dan pergaulan antara tetamu dan ahli keluarga.
Orang putih ada wujudkan ‘powder room’ di ruang tamu. Ia adalah bilik bersiap yang dilengkapi dengan kemudahan tandas. Namun berbeza dengan rumah-rumah di negara kita yang kebanyakkannya tandas diletakkan di ruang dapur atau di dalam bilik tidur.
“Nisa, macam mana ya nak buat? Kalau tetamu datang, dari pintu masuk terus boleh nampak akak tengah memasak di dapur. Tak selesalah. Kadang tak sempat pakai tudung atau baju lengan panjang”
Luah salah seorang pemilik kediaman masa sesi makeover rumahnya.
Sekarang banyak rumah buat konsep terbuka (open concept). Namun, apabila menerima kehadiran tetamu secara mengejut, ia menyebabkan wanita Islam tidak selesa kerana belum bersedia menutup aurat. Apatah lagi ketika itu sedang sibuk beraksi dengan kuali di dapur.
Jika kita lihat senibina rumah lama dahulu, mereka sudah ambil berat tentang hal ini terlebih dahulu.
Di dalam rumah mempunyai ruang publik, semi publik dan ruang privasi.
Apabila tetamu yang tidak rapat datang berkunjung, mereka hanya ditapis dan dilayan hanya di serambi (ruang publik).
Sekiranya merupakan tetamu rapat seperti kenalan atau saudara, barulah dapat masuk sehingga ke ruang menonton, ruang rehat, ruang makan (semi publik).
Manakala bilik-bilik tidur, ruang keluarga dan dapur (ruang privasi) hanya untuk tuan rumah sahaja.
Ramai kita sudah siap beli rumah dari pemaju. Jadi bagaimana untuk menjadikan rumah kita terpelihara aurat dan pandangan dari tetamu?
Mungkin boleh buat begini:
1. Boleh buat penghadang pandangan seperti tambahan tembok atau tabir yang menghalang pandangan terus ke ruang privasi tuan rumah.
2. Boleh tambah tempat wuduk dan ‘powder room’ (tandas) di hadapan rumah.
3. Boleh siapkan bilik tidur/bilik solat tetamu di hadapan rumah.
Saya pernah datang berkunjung ke rumah kenalan di Indonesia. Ia merupakan rumah bertingkat (apartment).
Apa yang menariknya, setiap rumah itu dilengkapi dengan ruang yang sangat menarik perhatian saya. Pemaju menyiapkan ruang untuk pembantu rumah yang boleh dipisahkan terus dari rumah keluarga. Ini bermakna apabila tutupnya pintu dapur dari dalam, maka pembantu rumah boleh menjalankan aktivitinya seperti biasa kerana dilengkapi dengan tempat tinggal, tandas, fasiliti lain dan boleh terus keluar dari kawasan pagar rumah di bahagian tersebut. (Ada 2 akses)
Mungkin apa yang boleh kita buat akan datang ialah merekabentuk rumah di mana ruang tetamu boleh direkabentuk sebegitu. Iaitu mempunyai akses yang berlainan dan terpisah terus dari rumah keluarga.