Kerepek pisang,  mungkin ada yang merasakan tiada istimewanya.  Hanya dilumur garam serta kunyit dan digoreng hingga rangup.

Pun begitu, PUAN SHAKILA RAHIM telah berkongsi satu resipi kerepek pisang berempah yang cukup istimewa rasanya.

Malah dengan sebab rasanya yang special, membuatkan anak-anaknya cukup suka dengan kudap-kudapan yang satu ini.

Buat anda yang juga teringin untuk memcuba rasa,  elok dicuba resipi yang dikongsikan ini.  Selamat mencuba!


Sejak dua menjak ni rajin wat kerepek.
Sebab bebudak 2 orang ni request nak.
Kali ni mama buat kerepek pisang rempah.” – Shakila Rahim

Bahan-bahan:

Kerepek Pisang Berempah. Sekali Makan,  Mahu &  Mahu Lagi!

Pisang
Gula
2 peket nestum / oat
3/4 peket rempah ( sangai dulu )
Garam

IKLAN

Cara Buat :

1. Kisar kering gula, nestum, rempah dan garam hingga halus.  Ketepikan.

Kerepek Pisang Berempah. Sekali Makan,  Mahu &  Mahu Lagi!

2. Kupas pisang dan kemudian di rendam di dalam air garam.

Kerepek Pisang Berempah. Sekali Makan,  Mahu &  Mahu Lagi!

IKLAN

3.  Panaskan minyak dan kemudian terus sagat pisang ke dalam kuali.

Kerepek Pisang Berempah. Sekali Makan,  Mahu &  Mahu Lagi!

4. Goreng hingga garing dan pastikan dikacau selalu agar tidak melekat.  Angkat dan toskan.

Kerepek Pisang Berempah. Sekali Makan,  Mahu &  Mahu Lagi!

IKLAN

5. Masukkan dalam bekas.  Kemudian masukkan ramuan rempah yang telah dikisar.

6. Goncang-goncangkan dan gaul rata.

Kerepek Pisang Berempah. Sekali Makan,  Mahu &  Mahu Lagi!

7. Sedia untuk dinikmati.

Sumber: Shakila Rahim

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI