
Kipas siling 3, 4 atau 5 bilah, mana paling kuat dan senyap untuk rumah? Soalan ini memang kerap bermain di fikiran ramai pengguna, lebih-lebih lagi bila kipas lama di rumah sudah mula rosak, berbunyi kuat atau anginnya tidak lagi terasa nyaman seperti dulu.
Bagi yang baru berpindah ke rumah baharu pula, memilih kipas siling bukan sekadar soal cantik atau mengikut trend semasa. Ia sebenarnya antara perkara penting yang boleh mempengaruhi tahap keselesaan seluruh isi rumah. Silap pilih, ruang jadi kurang nyaman, tidur pun boleh terganggu.

Jadi, kipas siling berapa bilah paling sesuai untuk kegunaan rumah? Jawapannya bergantung kepada fungsi ruang dan keperluan anda.
Tips Beli Kipas Siling: Berapa Bilah Paling Bagus?
Sebenarnya, ramai yang masih keliru tentang perbezaan kipas siling mengikut jumlah bilah. Ada yang menyangka lagi banyak bilah, lagi kuat anginnya. Ada juga yang fikir kipas bilah sedikit pasti lebih bising.
Hakikatnya, setiap jenis kipas ada fungsi dan kelebihan tersendiri. Untuk menentukan kipas siling berapa bilah yang sesuai, anda perlu faham bagaimana setiap reka bentuk mempengaruhi aliran udara dan bunyi.

Menerusi perkongsian DR Elektrikal 924684x di Facebook, kipas siling secara umumnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu 3 bilah, 4 bilah dan 5 bilah.
1. Kipas 3 Bilah
Kipas 3 bilah biasanya terkenal dengan hembusan angin yang lebih kuat. Ini kerana bilahnya lebih ringan, sekali gus membolehkan motor berpusing dengan lebih laju.
Sebab itu juga kipas jenis ini sering menjadi pilihan bagi mereka yang mahukan aliran udara yang lebih padu, terutamanya di ruang besar.
Namun begitu, kipas 3 bilah lazimnya menghasilkan bunyi yang sedikit lebih kuat berbanding kipas lain. Ia sesuai digunakan di ruang terbuka atau kawasan yang memerlukan pengudaraan maksimum seperti ruang tamu besar, bengkel atau kedai.
2. Kipas 4 Bilah
Kalau anda tertanya-tanya kipas siling berapa bilah paling seimbang, jawapannya selalunya kipas 4 bilah.
Kipas ini menawarkan keseimbangan dari segi prestasi angin dan bunyi. Hembusan anginnya masih kuat, tetapi bunyinya lebih selesa dan tidak terlalu ketara.
Selain itu, kipas 4 bilah juga kurang menghasilkan bunyi “potongan angin” berbanding kipas 3 bilah. Disebabkan keseimbangan ini, ia sangat sesuai untuk ruang utama dalam rumah seperti ruang keluarga, ruang makan atau ruang santai.
Bagi kebanyakan pengguna, inilah jawapan paling praktikal untuk persoalan kipas siling berapa bilah yang terbaik untuk kegunaan harian.

3. Kipas 5 Bilah
Untuk mereka yang lebih mengutamakan suasana tenang, kipas 5 bilah pula sering dilihat sebagai pilihan terbaik.
Hembusan anginnya lebih lembut, stabil dan terasa lebih nyaman terutama ketika digunakan dalam tempoh lama.
Dari segi bunyi, kipas 5 bilah juga lebih rendah, malah ada yang sekitar 54 desibel. Ini menjadikannya sesuai untuk bilik tidur, bilik anak atau ruang rehat.
Jika anda jenis mudah terganggu dengan bunyi, inilah jawapan terbaik bagi persoalan kipas siling berapa bilah yang paling senyap.
Mana Satu Lebih Sesuai Untuk Rumah Anda?
Jawapannya bergantung pada keperluan ruang dan gaya hidup keluarga.
- Jika perlukan angin kuat untuk ruang besar → pilih kipas 3 bilah
- Jika mahu keseimbangan angin dan bunyi → pilih kipas 4 bilah
- Jika utamakan kesenyapan dan keselesaan → pilih kipas 5 bilah
Namun, bagi kebanyakan rumah, kipas 4 bilah sering dianggap pilihan paling selamat kerana ia seimbang dari semua aspek.
Faktor Lain Selain Jumlah Bilah
Selain menentukan kipas siling berapa bilah, anda juga perlu mengambil kira beberapa faktor lain:
- Saiz kipas dan keluasan bilik
- Ketinggian siling rumah
- Jenis motor (AC atau DC)
- Reka bentuk dan kecekapan tenaga
Semua ini memainkan peranan penting dalam memastikan kipas benar-benar berfungsi dengan baik dan memberi keselesaan maksimum.
Kesimpulan
Kesimpulannya, tiada satu jenis kipas yang boleh dianggap terbaik untuk semua keadaan.
Sebaliknya, pilihan yang paling tepat ialah memahami kipas siling berapa bilah yang sesuai dengan fungsi ruang serta keutamaan anda sekeluarga.
Bila anda faham perbezaannya, barulah lebih mudah untuk membuat keputusan bijak sebelum membeli kipas baharu untuk rumah.
BACA LAGI : Panas Membahang Sampai Buka Kipas Dan Aircond Serentak! Ini Boleh Sebabkan Kos Lebih Meningkat
Sumber: Facebook DR Elektrikal 924684x
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di




