Bagi ibubapa yang mahu merancang cuti balik kampung, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 memaklumkan bahawa tarikh cuti tambahan diberikan sebanyak tiga hari bersempena Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini.
Ia diberikan kepada guru, pelajar dan ibu bapa bagi memudahkan mereka menikmati Aidilfitri bersama keluarga tercinta, saudara mara dan sahabat handai.
Kredit Foto: Sinar Harian
Cuti tambahan yang diperuntukkan KPM ini pula berbeza untuk Kumpulan A dan Kumpulan B. Berikut merupakan cuti yang diberikan mengikut hari:
Ads
1) Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Terengganu)
30 Mac 2025 (Ahad)
2 April 2025 (Rabu)
3 April 2025 (Khamis)
Ads
Kredit Foto: Sinar Harian
2) Kumpulan B
(Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya)
Ads
2 April 2025 (Rabu)
3 April 2025 (Khamis)
4 April 2025 (Jumaat)
Untuk info, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dijangka pada 31 Mac (Isnin) (tertakluk pada perubahan) dan 1 April (Selasa) dikira sebagai cuti perayaan dalam takwin tahunan itu.
Siapa sangka tandas pun ada pertandingan! Memang luar biasa bila kebersihan dan kemudahan awam diberi perhatian sampai ke tahap ini. Anugerah ‘Toilet of The Year’ (TOTYA’24) ini bukan saja unik, tapi juga langkah bijak untuk galakkan semua pihak terus jaga standard kebersihan yang terbaik. Kagum betul dengan inisiatif macam ni!
Penganjuran pertandingan seperti Anugerah ‘Toilet of The Year’ (TOTYA’24) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) benar-benar mencerminkan usaha yang luar biasa untuk meningkatkan standard kebersihan dan kemudahan awam di negara ini.
Dengan 625 penyertaan dari seluruh negara, anugerah ini membuktikan bahawa kepentingan kebersihan di pelbagai sektor seperti hotel, pusat membeli-belah, lebuh raya, stesen minyak, restoran, sekolah, dan PBT mampu menjadi inspirasi untuk transformasi lebih besar. Tahniah buat KPKT atas inisiatif yang penuh visi ini!
Anugerah ini merangkumi tujuh kategori utama yang dipertandingkan, termasuk industri hotel, pusat membeli-belah, konsesi lebuh raya, stesen minyak, restoran, sekolah, serta pihak berkuasa tempatan (PBT).
Berikut merupakan senarai pemenang TOTYA’24 mengikut kategori:
Memetik laporan Sinar Harian, pemenang setiap kategori membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta piala iringan dan sijil penghargaan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, kebersihan tandas awam bukan sahaja penting bagi memberikan keselesaan kepada rakyat, malah ia mampu meningkatkan imej negara sebagai persiapan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Anugerah ini telah mencetuskan pelbagai komen daripada netizen, dengan ramai yang kagum dan menyambut baik penganjurannya.
Selain itu, ada juga yang memuji pemilihan pemenang dan menyatakan minat untuk melihat sendiri tandas-tandas yang mendapat pengiktirafan tersebut.
Tahniah kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)! Inisiatif sebegini bukan sahaja kreatif, malah memberi impak besar dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kebersihan dan standard tandas awam. Syabas atas usaha yang luar biasa ini!
Sumber: Sinar Harian & @IzzraifHarz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nahas FRU, hilang anak tahun lepas, tahun ini pula hilang suami. Isteri Koperal Nurit Pandak, 34, anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam kemalangan tragis menerima ketentuan takdir kehilangan suami dan anak dalam tempoh kurang dua tahun.
Jowissemborisxs Bah Johan berkata, suaminya telah berkhidmat selama lebih 10 tahun sebagai anggota polis.
“Kami berkahwin selama empat tahun. Sebelum ini kami mempunyai anak perempuan, tetapi meninggal dunia pada tahun lepas (Februari 2024) kerana masalah jantung.
“Kini dia (Nurit) pula meninggalkan saya dan keluarga. Ini (kehilangan) memang amat menyedihkan,” kata Wanita berusia 36 tahun ini.
Kemalangan tragis yang mengorbankan sembilan anggota FRU itu dilaporkan berpunca daripada rempuhan lori yang membawa muatan batu di Jalan Sungai Manik-Sungai Lampam pagi tadi.
Nahas berlaku ketika tujuh konvoi kenderaan FRU dalam perjalanan pulang ke Ipoh setelah selesai penugasan perayaan Chitra Pournami di daerah Hilir Perak.
Ujar Jowissemborisxs, suaminya sememangnya meminati kerjaya sebagai anggota polis dan kehilangan anak perempuan mereka pada tahun lalu tidak mematahkan semangat suaminya.
“Siapa yang tidak sedih kehilangan anak perempuan. Namun, beliau (suami) sedih tidak lama dan menerima ketentuan itu sebaiknya.
“Kini, saya terpaksa menerima kehilangannya setelah hidup bersama selepas lebih empat tahun,” katanya.
Tak terima tetamu 2-5 Julai, “Bagi peluang Umi & abah berehat”- Abang Nurly Shahirah. Kehadiran tetamu yang tidak putus-putus sejak pemergian Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman pada 9 Jun lalu membuatkan keluarganya memohon sedikit ruang untuk berehat.
Menerusi perkongsian seorang individu dikenali sebagai Ahmad Nazrul di Facebook, keluarga arwah memutuskan untuk tidak menerima sebarang kunjungan orang ramai selama empat hari, bermula 2 Julai hingga 5 Julai 2025.
“Untuk makluman, pihak keluarga Allahyarhamah Nurly Shahirah tidak akan menerima kunjungan sepanjang tempoh tersebut. Rumah keluarga arwah juga ditutup buat sementara waktu.
“Kami berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama dan memahami situasi mereka. Terima kasih,” tulisnya dalam hantaran yang dimuat naik sekitar jam 8.34 malam, Sabtu.
Perkara itu turut mendapat perhatian abang kepada arwah, Najmuddin Azman, yang memuat naik semula kenyataan tersebut sambil memohon agar masyarakat memahami keadaan keluarganya ketika ini.
Menurut Najmuddin, ibu bapa mereka belum berpeluang berehat sepenuhnya sejak kejadian yang menimpa adiknya kira-kira tiga minggu lalu.
“KAMI HARAP ORANG RAMAI BERI RUANG UNTUK UMI DAN ABAH BEREHAT. SEJAK KEJADIAN ITU BERLAKU, MEREKA BELUM BETUL-BETUL DAPAT REHAT. INSYA-ALLAH, BILA ADA KELAPANGAN NANTI, BOLEHLAH DATANG MENZIARAH,” KATANYA.
Difahamkan, pada Sabtu petang, pihak keluarga turut memasang tali penghadang di kawasan pusara Allahyarhamah Nurly Shahirah.
Langkah itu diambil susulan dakwaan terdapat individu yang melakukan perbuatan khurafat dan syirik, termasuk mengambil tanah kubur arwah untuk tujuan tidak sepatutnya.
Terdahulu, Allahyarhamah Nurly Shahirah merupakan antara 15 individu yang terkorban dalam tragedi kemalangan membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik, Perak, pada 9 Jun lalu.