Pelbagai resepi yang enak dipelajari oleh kaum ibu untuk memastikan ahli keluarga dapat menjamu selera dengan enak hasil air tangan sendiri. Rasanya nikmati memasak untuk keluarga lebih baik daripada hanya membeli dikedai.
Bagi yang nak mencuba resepi kuih apam beras boleh ikuti cara membuatnya sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh puan Wan Junaida Jun. Memang mudah cara membuatnya. Jom cuba!
caranye:
~ campurkn tpg gandum dan tpg beras dlm satu bekas.. lau blh yg besar ckt sbb nanti adunan akan naik sekai ganda…
~ satukn bhn²yg bertanda * dan kisar sampai hancur
~ dah hancur, tuangkn ke dlm campuran tepung tdi… kacau sebati
~ dah sebati, bubuh pewarna dan perap dlm 1jam..
~ dah perap, tuangkn kedlm acuan yg telah disapu dgn sedikit minyak n kukus selama 10minit…
Milo bukan sahaja enak dijadikan minuman tetapi juga boleh dijadikan bahan untuk membuat kuih muih dan sajian pencuci mulut. Cukup terkenal dengan tagline, ‘Minum Milo Anda Jadi Sihat dan Kuat’ Milo cukup ‘dekat’ dengan masyarakat kita.
Salah satu resipi yang boleh dicuba menggunakan Milo ialah agar-agar Milo. Resipi agar-agar Milo ini cukup menarik untuk dicuba kerana hanya dengan empat bahan sahaja, kita boleh hasilkan seloyang pencuci mulut yang lazat.
Anak-anak mesti suka makan terutama apabila dihidangkan sejuk-sejuk. Jom kita cuba resipi Agar-agar Milo seperti yang dikongsikan oleh Ayu Mashrudin ini.
BAHAN-BAHAN:
1 kotak air Milo (1 liter)
1 paket agar-agar serbuk
2 sudu besar gula
3 sudu besar Milo
CARA MEMBUAT:
1. Masak semua bahan di atas dan kacau hingga sebati.
2. Tuang dalam acuan.
3. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4 hingga 5 jam. Hidangkan.
Ecited nak sambut raya kan, bsikut raya maklumlah dua tahun tak dapat pulang ke kampung, ter
Mudah je nak buat, resipi yang simple 20 minit dah siap. Admin kongsikan resipi dari puan Syuhada Che Din untuk ibu-ibu cuba sendiri.
Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali. Tahun lepas dah pernah share resepi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak.
Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
Bahan-bahan :
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing (tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja)
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)
Cara-cara:
• Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
• Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
• Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
• Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.
• Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
• Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
* Kalau tak suka manis manis, boleh kurangkan sukatan gula aicing jadi 3/4 cawan ye.
Selamat mencuba😋
Ada orang lebih suka makan kuih dahulu ketika berbuka. Justeru, wajib ada kuih muih dan pencuci mulut buat hidangan seisi keluarga.
Tak perlu yang rumit, cuba buat menu yang simple tetapi anak dan suami gemarkannya. Untuk itu, admin sediakan Resipi Agar-Agar Lumut Gula Merah yang dikongsikan oleh saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad di ruangan facebooknya.
Resipi ini dimuat naik menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) tahun lepas. Tapi tak salah kan kalau nak repeat sebab cara membuatnya cukup simple. Dan hasilnya superb!
Petang tadi buat agar-agar lumut gula merah… Alhamdulillah menjadi ….baru siap potong ni. Tapi tu lah, ada perangai tak best mekza ni, mekza mkn yang atas je..bawah tu mekza tak makan ???
………………………………………………………… BAHAN: 18gm Agar-agar tali (gune je sepeket tu, kalau gune serbuk sy agak x pasti sbb x pnh try) 1250ml air 1sudu Esen vanilla 1biji telur 2sudu gula putih(boleh kurangkan jadi 1 sudu jika x nak manis) 1kotak santan 1cwn gula merah (kire bleh dpt 1/2 mngkuk putih ikea tu)
Cara:
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.