Kulit Sensitif & Wanita Ni Kongsikan Cara Ibunya Rawat. Sapu Minyak Kunyit Homemade Je!

Share

Mungkin bila kita sebut tentang penggunaan minyak kunyit, ianya bukanlah begitu popular seperti mana  penggunaan minyak bawang putih atau sebagainya dalam membantu melegakan permasalahan kegatalan kulit.

Namun, perkongsian pengalaman Ilya ketika waktu kecil dahulu,di mana ibunya sering menyapu minyak kunyit ini bagi melegakan masalah kegatalan kulit yang dialami, nyata begitu serasi dengannya.

Dan untuk itu, ingin dikongsikan bagaimana cara Ilya menyediakan bahan untuk hasilkan minyak kunyit agar lebih ramai dapat manfaatkan khasiatnya.

Ini perkongsiannya:

Minyak kunyit! Untuk kulit yang bermasalah

 

Sedikit tips untuk orang yang ada sakit kulit.
Resepi ni dari mak. Zaman mak kecik-kecik dulu, mak guna minyak ni sapu pada kulit yang bermasalah.

Saya ada eczema, sejak dari sekolah lagi. Dulu teruk, sekarang dah okay, cuma tak sembuh sepenuhnya.

Saya alah pada bahan kimia dalam kosmetik, bahan dalam sabun, pencuci. Sebab tu salah satu saya tak berani nak cuba-cuba produk kecantikan. Takut sejarah berulang masa alah teruk zaman sekolah.

Sekarang saya baru nak cuba cara mak rawat penyakit kulit.

Bahan-bahanya:

Kunyit
Santan
Garam bukit

Cara-caranya:

Step 1 : Tumbuk kunyit sampai lumat

 

 

Step 2 : Campurkan dengan santan

Step 3 :  Kacau dan masak lagi sampai pecah minyak. Masa ni masuk garam bukit.

Step 4 : Mula nampak minyak dah.

Step 5 : Tapiskan dan minyak kunyit siap!

sumber : Ilya Sazuani Radzuan Ahamad

IKLAN