Setiap hari ada sahaja perkongsian daripada penyampai radio dan pelakon Sharifah Shahirah iaitu Kak Rara dan juga merupakan isteri kepada Ijoy Azhari ini yang mencuri tumpuan warganet.
Terbaru, Kak Rara berkongsi satu video throwback yang memaparkan iklan lakonan suaminya iaitu sekitar tahun 1986. Ijoy melakonkan watak utama di dalam iklan Scott’s Emulsion.
Dapat dilihat kanak-kanak lelaki di dalam iklan tersebut sangat cute, dan ceria orangnya. Rupanya dia adalah anak kepada pelakon jelita Maria Arshad. Jadi tidak hairanlah kanak-kanak di dalam iklan tersebut sangat comel orangnya.
Pun begitu, kebanyakkan warganet tidak menyedari kanak-kanak lelaki tersebut adalah ijoy sehinggalah didedahkan oleh Kak Rara.
Bahkan ramai juga akui iklan tersebut memang cukup popular ketika zaman mereka kanak-kanak, iaitu sekitar tahun 80-an dan akui turut menggemari keenakan rasa makanan tambahan tersebut.
Ads
Malah ramai juga yang perasan, bahawa muka anak-anak Kak Rara seperti wajah Ijoy dan meninjau di ruangan komen, diakui ramai mengakui bertapa comelnya wajah Ijoy ketika kanak-kanak.
Untuk membina sebuah keluarga umpama membina sebuah rumah. Jika asasnya kuat, maka kukuhlah rumah tersebut. Jadi, asasnya adalah hubungan suami isteri yang bahagia. Ikuti amalan Rasululullah ini moga kita dapat membina sebuah hubungan hingga ke jannah.
1 Suka Memberi Hadiah
Ha, yang ini mesti kaum hawa paling gembira untuk tahu. Ya, sebagai seorang suami anda harus peka dan tahu mengambil hati isteri. Jangan asyik bagi alasan “I tak tahu jadi lelaki romantik”. Kalau tak tahu, BELAJAR.
Jangan asyik isteri je yang perlu jaga anda secara keseluruhan. Cukuplah dia telah mengandung dan melahirkan zuriat untuk anda, cukuplah dia dah menjaga makan dan minum anda selama mana anda telah berkahwin dengannya selama ini, cukuplah dia telah melayan anda meskipun sedang penat tanpa menghiraukan kebajikan diri sendiri kerana suami pun turut memainkan peranan penting dalam membina kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga. Barulah wujud keadilan 🙂
Nabi s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu saling memberi hadiah , nescaya kamu akan saling mencintai.”
(HR. Al-Bukhari )
Tak perlu yang mahal-mahal, ikut pada kemampuan. Belikan dia sekuntum bunga mahupun bungkuskan makanan kegemarannya sahaja pun sudah amat bererti buat si penerima. Yang hawa pun jangan lupa memberi okay?
2 Suka Memuji
Kita semua suka dipuji. Bagaimana marah pun seseorang itu tetapi kalau dipuji, pasti hatinya akan sejuk serta-merta.
Nabi gemar memuji isterinya dan baginda juga suka menggunakan bahasa-bahasa yang romantis apabila berkomunikasi dengan isterinya. Contohnya nama panggilan yang sering digunakan oleh nabi terhadap isterinya Aisyah r.a adalah “Aish” yang bermaksud ‘Hidup’ atau “Humairah” yang bermaksud ‘Yang berpipi kemerah-merahan’.
3 Saling Membantu Pasangan
Bukankah sebelum berkahwin anda telah berjanji dengan pasangan bahawa anda sanggup bersusah dan bersenang dengannya? Jadi apabila salah seorang dari anda susah, pasangan yang satunya harus tampil membantu. Tidak kisah remeh mana sekalipun kesusahan itu, anda mesti bantu untuk ringankan beban pasangan.
Diriwayatkan juga daripada Aisyah r.a, katanya: Aku pernah melihat baginda Rasul s.a.w menaungi aku dari terik matahari dengan kain serban baginda sendiri, kerana pada ketika itu aku sedang asyik menonton orang-orang Habsyah sedang membuat pertunjukan di masjid, akhirnya aku merasa jemu melihat permainan tersebut.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
4 Peruntukan Masa Dengan Pasangan
Hanya berdua okay? Kalau dah beranak-pinak tu mintalah tolong sesiapa jagakan anak sebentar. Bawa pasangan pergi bersiar-siar, ambil angin, kongsi kegembiraan dan rasakan nikmat bahagia itu bersama. Jangan jadikan anak-anak sebagai alasan untuk tidak mempunyai waktu bersama pasangan.
Menurut riwayat lain pula, dikatakan bahawa Aisyah pernah memberitahu: “Tiba-tiba muncul beberapa orang berkulit hitam dan membuat pertunjukan di hadapan baginda Rasul s.a.w pada hari raya. Lalu baginda Rasul s.a.w mengajak aku pergi menonton pertunjukkan itu. Maka aku dibiarkan baginda Rasul menonton dari atas bahunya sehingga aku merasa puas”.
5 Amalkan Sentuhan
Sudah sah sebagai suami isteri, jadi tiada apa yang bisa menghalang anda dari ‘melebih-lebih’ dengan pasangan. Rajin-rajinkanlah mengucup atau memeluk atau bersentuhan dengan cara apa pun bersama pasangan.
Dari Aisyah r.a: “Rasulullah s.a.w biasa meletakkan kepalanya dipangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca Al-Quran..”
(Hadith Riwayat: Abdurrazaq)
Dari Hafsah, puteri Umar r.a: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa…”
(Hadith Riwayat: Ahmad)
Nabi s.a.w bersabda, “Sesungguhnya seorang suami melihat isterinya (dengan kasih sayang) dan isterinya pun melihatnya (dengan kasih sayang pula), maka Allah s.w.t melihat kedua-duanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila suami memegang telapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka keluar dari celah jari-jari tangan mereka”.
(Riwayat Rafi’I dari Abu Sa’id)
Diriwayatkan juga, daripada Aisyah, dia berkata… “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w mengeluarkan kepalanya ke tempatku saat baginda di masjid, lalu aku menyisirkannya dan selama beriktikaf baginda tidak masuk rumah, kecuali kerana suatu keperluan”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, katanya: “Pada satu hari ketika aku sedang datang bulan, lalu aku minum dari gelas baginda Rasul s.a.w. Apabila baginda Rasul s.a.w melihat perbuatanku tersebut, maka baginda pun meminum air yang ada di gelas itu betul-betul di tempat mulutku meminum dari gelas tersebut. Bahkan ketika aku datang bulan dan dalam keadaan berkeringat, aku pernah memberikan gelas pada baginda Rasul s.a.w kemudian baginda minum darinya betul-betul dari tempat aku minum pada gelas tersebut”.
(Riwayat Muslim)
Moga keluarga yang kita bina ini kekal sehingga till jannah.
Sumber: www.wanista.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penggunaan gajet kini apa yang kita dapat lihat seakan sudah tidak boleh dipisahkan lagi, lihat sahaja lah anak-anak kita. Setiap waktu, pasti dengan telefon pintar atau tablet di tangan dan tanpa sedar keadaan itu telah mengubah persekitaran dan perkembangan anak-anak. Malah apa yang lebih teruk lagi hingga menyebabkan kesan buruk pada kesihatan mereka.
Bahkan tidak dinafikan juga terdedahnya anak-anak kita seusia bayi dengan gajet ini juga adalah disebabkan kealpaan kita sendiri yang berasa selesa membiarkan anak-anak bermain permainan di dalam telefon agar mereka leka dan dapatlah kita membuat kerja-kerja tanpa ‘diganggu’.
Pun begitu, pendedahan yang berlebihan tidaklah bagus untuk anak-anak dan akan mendatangkan mudarat kepada anak. Ini sepertimana perkongsian video daripada seorang ibu di aplikasi TikTok oleh @finikhasim, berkongsi pengalaman cemas apabila mata anaknya bertukar kemerah-merahan serta sembab yang dipercayai kesan daripada terlalu banyak bermain gajet dan bolehlah dijadikan pengajaran untuk kita semua agar lebih memantau anak-anak agar tidak terlalu terdedah dengan gajet setiap hari.
Ujarnya, punca mata anaknya sakit adalah disebabkan terdedah dengan tahap kecerahan skrin telefon bimbit yang begitu terang. Lantaran itu dia telah berjanji bahawa selepas ini dia tidak akan memberi telefon atau gajet lain kepada anaknya.
Dalam pada itu, ibu ini juga mengaku terlalu sibuk bekerja hingga tidak memantau anaknya bermain telefon.
“I am so sorry, Ibu terlalu pentingkan kerja sampai biar awak hidup dengan gadjet”
Ibu ini juga turut berkongsi nasihat daripada doktor untuk tidak memberikan anaknya terdedah dengan gajet selama seminggu.
“Dia (Aidil) bukannya tengok telefon dari pagi sampai malam. Dia cuma tengok telefon 15 minit pagi, 15 minit petang, dan 15 minit malam. Walau pun sekejap tapi kesan cahaya telefon bagi effect dekat mata dia”, jelasnya lagi.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.