Kes tertinggal anak di RnR bukan satu perkara baru. Sudah sering kita lihat di laman sosial mengenai kes seperti ini berlaku.
Malah pernah suatu ketika dulu, seorang anak tertinggal ibunya yang sudah tua di RnR. Namun perkara ini tidak boleh ditunding pada sebelah pihak sahaja tetapi boleh diatasi jika ada komunikasi yang baik lebih-lebih lagi jika kita bergerak dalam kumpulan yang ramai.
Baru-baru ini, pemilik akaun TikTok @nureenhuda0406 telah berkongsi rakaman memaparkan ahli keluarganya sedang menanti kehadiran anggota PLUS untuk hantar anaknya.
Difahamkan dia menyedari yang anaknya tidak berada di dalam kenderaan selepas mendapat panggilan telefon dari pihak PLUS.
Namun apa yang menjadi tanda tanya netizen adalah pasangan ini seolah tidak cemas apabila mengetahui anaknya tertinggal di RnR malah dilihat mereka masih boleh tergelak sewaktu ketibaan pihak PLUS.
Ads
Yang mencuit hati netizen adalah, mereka ingatkan anak yang tertinggal itu masih kecil namun rupanya sudah remaja.
Rata-rata netizen terus tak jadi nak marah pada ibu bapa remaja tersebut bila melihat remaja tersebut turun dari kenderaan PLUS.
“Macam mana boleh tertinggal anak yang boleh tahan semangat ni” – Abang PLUS
Menurut ibunya, remaja tersebut tidak memaklumkan kepada dia atau ayahnya yang dia hendak keluar. Malah ibunya menyangka semua sudah berada di dalam kereta sebelum meneruskan perjalanan.
Terima Kasih anggota PLUS, tolong hantar anak kami. Inilah Si Comel tu..
Ads
Caption dari ibu remaja tersebut mencuit hati netizen
Wanita kerdil yang tular sebelum ini, Syakila Norazma Amira Zuharsema, 28 berkongsi wajah bayi lelakinya.
Mesra dengan panggilan Yaya, dia baru sahaja selesai menjalani proses berpantang selama 40 hari. Dalam perkongsian tersebut, dia turut mendedahkan nama anaknya, Muhammad Ayden Adrian yang dilahirkan seberat 2.35 kilogram itu.
Meskipun si kecil ini dilahirkan sebulan lebih awal atas nasihat doktor demi keselamatan ibu dan anak, ibu muda ini mengakui, anaknya mudah dijaga dan tak banyak ragam.
Menurut Yaya, tarikh jangkaan bersalin adalah pada 25 Februari, tetapi disebabkan keadaan fizikalnya yang cuma berketinggian 118 sentimeter, maka boleh memberi risiko kepada bayi dalam kandungan.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi akaun TikTok buyahhh. Kelihatan Ayden seiras ibunya dengan mata yang bulat. Sekali tengok macam kakak dan adik. Sangat comel, geram bila melihat wajahnya itu.
“Walaupun bersalin pada Januari lalu, tetapi bersyukur kerana Ayden tiada apa-apa masalah kecuali penyakit kuning,” ujarnya.
Wanita kerdil ini tular menerusi media sosial sebelum ini. Ketika dia mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga, ada yang beranggapan dia tidak boleh hamil.
Namun rezeki Allah dapat juga merasai nikmat menjadi seorang ibu apabila dikurniakan anak lelaki.
Di dalam sesebuah rumah tangga kena ada ‘give and take’. Tidak boleh hanya sebelah pihak melakukannya. Demikian juga dalam bab menguruskan rumah tangga. Banyak hal yang berkaitan keperluan keluarga yang perlu mendapat kerjasama dari kedua belah pihak. Tidak hanya boleh mengharapkan si isteri atau suami sahaja melakukannya.
Mungkin ada yang menganggap perkara sebegini remeh dan boleh dilakukan sendiri. Tetapi percayalah, andai suami isteri bekerjasama dan saling tolong-menolong itu menambahkan lagi keharmonian dalam rumah tangga.
Jangan sampai pasangan menjeruk rasa dek kerana sikap anda begini. Waima hal kecil pun, lama-kelamaan hati yang terguris akan menimbulkan impak yang besar pada hubungan anda. Lagi-lagi bagi isteri yang memendam rasa.
Berbeza dengan lelaki yang sememangnya diketahui tak banyak cakap, tetapi lain pula dengan situasi si isteri. Jika kurang bercakap maka adalah yang tak kena dan suami harus cepat-cepat menyelesaikannya. Kerana diam si isteri bukan saja-saja, pasti ada yang tak kena.
Satu hari isteri minta tolong belikan pampers anak. Sebabnya pampers anak memang dah nazak sangat, tinggal sekeping je tak boleh survive sampai ke malam.
Kisahnya kami biasa beli pampers dengan seorang seller ni, jarang jarang beli di kedai atau shopee. Sekali beli 1-2 kotak terus, tahan lama sikit.
Kebetulan waktu nak beli tu seller tersebut pergi bercuti. Outstation seminggu lebih juga. Nak tak nak terpaksa beli di kedai.
Pada mulanya isteri cakap balik kerja nanti dia belikan. Saya pun ok la, keluar kerja macam biasa.
Tup tup, tepat jam 3 petang dapat meseg di whatsapp.
“Abg kat mana, nanti tolong belikan pampers terlupa, dah sampai rumah baru ingat”
Saya reply ok je.
Sepanjang laluan balik ada berpuluh kedai termasuk shopping mall untuk berhenti beli pampers tapi malas punya pasal saya cakap dalam hati,
“Kedai depan rumah pun ada pampers, beli dekat situ je la”
Terus menonong tekan pedal sampai kedai di rumah. Cari parking, tutup enjin kereta terus masuk kedai.
Tak buang masa dah, terus ke bahagian pampers. Cari punya cari pampers yang selalu beli tu tak ada. Tanya pekerja kat situ,
“Dik pampers macam ni tak ada ke?”,
“Semua pampers ada kat situ”, itu je jawapan dia.
Ah sudah. Tak kan nak pusing balik semata-mata nak cari pampers. Rumah dah dekat ni.
Sekali lagi malas punya pasal saya buat keputusan selamat beli je dulu pampers apa yang ada.
Terus buat screening dari satu rak ke satu rak pampers, akhirnya ambil keputusan pilih pampers yang sama nama.
Baik, masa ni hati rasa lega sebab dapat beli. Mesti semua akan ok.
Sampai je rumah, bawa pampers tu masuk terus letak atas lantai. Saya pun duduk menyandar kat sofa, penat screening tadi.
Isteri pun datang tengok pampers yang di beli. Dengan tidak semena-mena dia naik marah.
“Abg pampers ni aisy tak boleh pakai, kulit dia sensetif”, isteri
“Dah tak ada lain kat kedai, ini je yang ada”, saya
“Abg pergi la beli kedai lain, kesian aisy melecet nanti”, isteri
“Awak pergi la beli”, saya
Dengan tidak semena-mena suasana jadi sepi, bunyi angin kipas pun boleh kedengaran kuat bila tak ada orang bercakap.
Seharian muncung.. sampai ke malam bila tukar pampers aisy, boleh dengar bunyi suara mengeluh. Tapi saya ego, biarlah nanti lama-lama dia ok la tu.
Selang beberapa hari, baru saya dapat tahu kisah sebenar yang berlaku.
Rupa-rupanya isteri dah pergi cari pampers di kedai berhampiran rumah. 3 buah kedai dia pergi semuanya. Oleh sebab tak ada yang sesuai dia tak beli.
Pada asalnya memang dia nak beli di mall tapi dalam perjalanan balik dia terlibat dengan kemalangan kecil. Tak serius cuma calar sedikit kereta.
Disebabkan oleh kemalangan tu dia jadi terlupa langsung tentang pampers ni. Terus menonong balik ke rumah.
Sampai di rumah baru teringat pasal pampers. Teringat suami kat area bandar, terus minta tolong belikan pampers. Dia pun terlupa nak pesan, beli di mall. Mungkin masih terkejut sebab kemalangan tadi.
Balik tu ingat nak cerita la pada suami tentang kemalangan tadi tapi suami pula dah buat dia terasa. Terus potong niat nak berkongsi cerita.
Bila hati dah terguris jangan kata nak mengadu, nak bercakap pun mulut jadi berat.
Muncung sampai ke malam tu bukan sebab pampers salah beli, tapi muncung sebab suami salah adab bila berbicara.
Aduh, pengajaran sungguh!
Mulai dari saat itu saya dah tekad. Walau apa pun keadaan tak kira penat, marah, stress atau kelaparan sekalipun perkara pertama kena jaga ialah adab bicara.
Bukan dengan isteri sahaja, tapi dengan orang lain juga. Usah berbicara ikut sedap mulut tapi berbicara la untuk beri orang sedap mendengar.
Dari mulut bawa ke hati, mulut yang baik akan bina hati yang baik adabnya. Hati yang baik adabnya akan jauh dari rasa buruk sangka dan busuk hati.
Isteri kalau jenis kuat berdikari dan jarang mengadu apa-apa dengan suami tu baik periksa adab berbicara korang ada kemungkinan isteri tu termakan hati. Diam bukan tanda setuju sahaja, tapi diam juga tanda sakit hati.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais Kita semua perlukan hati yang bersih untuk rasa gembira dan rasa di sayangi.
p/s : Jika korang nak banyak lagi tips dan info kekeluargan seperti ini, ada banyak dalam channel telegram saya. Percuma dan mudah hadam. Klik sini 👉 t.me/CoretanFhais
Siapa je yang tak impikan kebahagiaan yang berpanjangan bersama pasangan masing-masing sehingga ke akhir hayat dan bertemu semula di Jannah. Dah menjadi lumrah pasangan, ada masa hubungan baik sebaik-baiknya! Ada kalanya datang ‘angin taufan’, bermasam muka, bergaduh bagai tiada hari esok tetapi akan baik semula akhirnya. Tapi itulah yang akan jadi penguat hubungan suami isteri.
Selalunya, pasangan yang dah berumur ni jarang kita nampak mereka sweet kan? Lebih-lebih lagi yang sudah ada anak dan cucu yang ‘berderet’ di belakang! Tetapi tidak bagi pasangan ‘senior’ ini yang bernama Ary Ruswandi berkongsi video ‘bersemut’ mereka di laman Twitter miliknya di tepi pantai.
30 tahun hidup bersama, dalam video tersebut kelihatan dia bersama isteri berjalan di atas pasir yang tertera dengan angka setiap tahun yang telah mereka lalui sebagai simbolik sepanjang bersama hingga kini.
“Siap melangkah? Siap!” ujar mereka berdua di permulaan video tersebut.
Manakala di akhir video pula, mereka saling berpelukan dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain sambil berdiri di dalam ukiran lukisan berbentuk hati di atas pasir. Cerita cinta yang indah ini sudah pasti diidamkan oleh semua orang.
30 th berlalu sudah
Kita harus terus melangkah
Tetap temani aku
Disisa waktumu 💞 pic.twitter.com/lnfLxGY6gr
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut cair melihat keletah romantik pasangan ini. Di samping mendoakan kebahagian mereka berdua, ada juga berharap mereka juga mampu mengecapi kebahagian yang sama seperti dilalui kedua-dua individu tersebut.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...