Genaplah sudah empat tahun usia Siti Aafiyah, anak sulung kepada penyanyi nombor satu Negara. Cahaya mata yang dinanti-nantikan sekian lamanya oleh Dato’ Siti Nurhaliza dan Dato’ Sri Khalid Jiwa 11 tahun lamanya.
Menerusi akaun Instagram Siti yang mesra disapa Tokti, dikongsikan satu video yang memaparkan kejutan hari lahir untuk si cilik ini. Keluarga bahagia ini kini sedang bercuti di Genting hotel.
Justeru, Kesempatan tersebut diambil untuk meraikan Aafiyah dengan bantuan beberapa orang pekerja dari hotel tersebut.
Pada awal video, kelihatan Aafiyah membukakan pintu dan beberapa pekerja hotel masuk dengan membawa bersama sebiji kek hari jadi.
Reaksi anak sulung Tokti ini nampak gembira dan teruja jelas terpancar di wajahnya walaupun nampak malu-malu.
Ads
Kapsyen Dato’ Siti juga menarik perhatian peminat. Benar Aafiyah lahir atas doa dan kesabaran Dato’ Siti menanti zuriat sendiri.
Penantian yang cukup lama dan Dato’ Siti turut mendoakan agar anaknya ini menjadi hamba Allah yang hebat dan berbudi pekerti yang tinggi.
Ads
Alhamdullillah..
“Aafiyah lahir daripada doa yang tak pernah putus,keimanan dan kesabaran yang tinggi,kecintaan ayah ibu yang suci.
Ads
“Membesarlah Anakku menjadi hamba Allah swt yang hebat imannya, Di sayangi seluruh Makhluk Allah di langit serta bumi, berbakti serta berbudi pekerti yg tinggi.
“Ayah dan ibu sentiasa disisi mendidik dan mengajarmu … Sannah helwah anakku sayang .. #aafiyahturns4
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Difahamkan usaha itu dilakukan oleh pemuda dari Indonesia telah meraih tontonan sehingga 18.3 Juta, melalui kapsyen ringkas penuh retorik bahawa ssungai hanya ada batu, air, ikan, dan tumbuhan, bukannya sampah.
Daripada video tersebut memang jelas nampak sekumpulan ini mengeluarkan sampah dari sungai berkenaan. Seperti yang kita ketahui, pembuangan sampah kedalam laluan air seperti anak sungai boleh menimbulkan masalah banjir atau memburukan lagi keadaan banjir disesuatu kawasan disebabkan longkang-longkang atau anak sungai yang mengalirkan air keluar dikawasan itu tersumbat oleh sampah sarap.
Tidak diketahui lokasi aktiviti berkenaan, namun usaha mereka harus mendapat pujian ramai.
SEBELUM
Bukti menunjukkan sungai yang penuh dengan pembuangan sampah.
SELEPAS
Bukti sungai yang telah dibersihkan oleh sekumpulan anak muda ini.
VIDEO
BUKAN CONTENG BIASA-BIASA TAPI LUAR BIASA!
Biarpun ia sekadar content, namun ia bukan lakonan semata. Ini terbukti apabila memaparkan video sebelum dan selepas pembersihan sungai berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, wargamaya kagum usaha mereka. Bukan conteng biasa-biasa tetapi luar biasa!
Inilah bukti cinta seorang anak buat ibu yang telah uzur dan sakit terlantar. Sentiasa akan berada di sisi sepanjang masa bagi memastikan ibu yang selama ini banyak berkorban membesarkan kita sebagai anaknya dapat diberi perhatian sebaik mungkin.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Itulah yang cuba dilakukan oleh Amin Nasrin Abdullah, 30 tahun dalam menjaga ‘syurga’ nya itu dengan penuh rasa kasih sayang dan tanggungjawab meskipun terpaksa berhenti kerja.
“Biarlah saya menghabiskan masa menjaga ibu yang perlu diawasi hampir setiap waktu kerana dia boleh diserang sawan secara tiba-tiba, selain keadaannya yang semakin uzur sejak kebelakangan ini,” luah Amin Nasrin Abdullah, 30, anak tunggal yang terpaksa berhenti kerja demi menjaga ‘syurga’ nya itu.
Difahamkan sebagaimana memetik laporan Berita Harian, Amin sebelum ini pernah berkerja di sebuah kedai serbaneka selama 10 tahun di pekan Rantau Panjang, namun terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti beberapa bulan lalu selepas ibunya, Halimah Mohd Yusof, 69, hanya mampu terbaring akibat masalah penyakit saraf.
Hidup Berdua Sejak Kecil
Tambahnya lagi, sepanjang hidup sejak kecil hanya bertemankan kasih sayang ibu sahaja selepas ibu ayahnya berpisah. Lantaran itu sedikitpun dia tidak kesal dengan keputusannya untuk berhenti kerja demi menjaga satu-satunya ‘harta’ di dunia yang masih ada.
“Sekarang saya hanya bergantung harap kepada wang simpanan yang dijangka bertahan untuk tempoh dua bulan sahaja memandangkan ibu juga memerlukan lampin pakai buang dengan kos RM450 sebulan.
“Sejujurnya saya sendiri buntu tetapi perlu terus kuat di depan ibu kerana dia hanya mampu terbaring serta perlu dibantu untuk makan, minum dan mandi. Hati saya juga luluh melihat ibu meronta kesakitan apabila diserang beberapa kali dalam sehari.
“Saya tidak sampai hati meninggalkan ibu seorang diri di rumah dan mengambil keputusan berhenti kerja walaupun sebelum ini pernah mengupah orang menjaga ibu dengan bayaran RM600 sebulan,” katanya ketika ditemui oleh pemberita di rumahnya di Kampung Tasek Permai.
Sambungnya lagi,”Di usia begini juga, ramai yang bertanya kenapa saya masih belum berkahwin? Saya hanya mampu tersenyum dan menerangkan bahawa buat masa ini hanya ibu yang menjadi keutamaan saya.
“Sewaktu ibu masih kuat, dia yang membesarkan saya seorang diri dengan menorah getah dan melakukan pekerjaan lain tanpa erti penat. Sekarang adalah masa untuk saya membalas segala jasanya, biarpun bukan dengan kemewahan tetapi saya cuba menjaga sebaik mungkin.
“Besar harapan saya supaya ibu boleh kembali sembuh kerana melihat keadaanya begini ada kalanya membuat saya menjadi sangat sedih, tetapi deminya saya cuba untuk terus kuat,” katanya yang mengakui sentiasa berdoa supaya dirinya terus kuat menghadapi dugaan itu.
Terima Bantuan
Nasib pemuda itu turut mendapat perhatian wakil badan bukan kerajaan (NGO) Thirdforce di bawah Yayasan Raja Shamri (YRS), Tuan Zaimah Raja Omar, yang tampil membantu daripada segi kewangan dan barangan keperluan selain turut memberi sokongan moral buatnya.
Disamping itu, ibunya turut menerima bantuan zakat dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebanyak RM450 sebulan bagi kategori ibu tunggal dan digunakan sepenuhnya untuk rawatan dan membeli lampin pakai buang.
Demam virus tak kebah-kebah lebih seminggu, lelaki ini kongsi penawarnya. Demam virus atau dikenali sebagai viral fever adalah sejenis keadaan kesihatan yang disebabkan oleh jangkitan virus.
Penyakit ini sering berlaku apabila tubuh diserang oleh pelbagai jenis virus yang menjejaskan sistem imun. Walaupun ia bukan penyakit yang jarang berlaku, gejalanya boleh mengganggu kehidupan harian seseorang.
Demam virus biasanya disebabkan oleh virus yang menyerang sistem pernafasan atau organ lain dalam badan. Penyebaran virus boleh berlaku melalui:
*Sentuhan langsung dengan individu yang dijangkiti.
*Udara, seperti melalui batuk atau bersin.
*Kontaminasi permukaan atau objek.
*Demam tinggi: Suhu badan yang meningkat mendadak.
*Sakit kepala: Rasa berdenyut atau sakit di kepala.
*Sakit badan: Ketidakselesaan dan keletihan di seluruh tubuh.
*Sensasi terbakar di mata: Rasa pedih atau panas di mata.
*Loya dan muntah: Sesetengah individu mungkin mengalami gangguan perut.
Gejala-gejala ini mungkin berbeza bergantung kepada jenis virus yang menjangkiti tubuh.
Walaupun rawatan perubatan adalah kaedah utama untuk mengawal demam virus, beberapa kaedah alternatif boleh dijadikan ikhtiar tambahan. Salah satu petua tradisional yang popular adalah menggunakan bahan semula jadi seperti garam kasar, lada hitam, dan limau nipis.
Garam kasar – secukupnya untuk merendam kaki.
Lada hitam – tiga genggam (sebaiknya gunakan yang berkualiti).
Limau nipis – tujuh atau sembilan biji.
2. Perah limau nipis dan masukkan kulitnya sekali ke dalam campuran tersebut.
3. Rendam kaki ke dalam campuran ini.
4. Gosokkan kaki sehingga garam hancur dan sebati dengan air perahan limau.
5. Baca surah Al-Fatihah sebanyak tiga kali dan ayat Kursi sebanyak sembilan atau sebelas kali.
Dengan izin Allah, perubahan ketara boleh dirasai selepas mencuba kaedah ini. Sekiranya anda merasakan sensasi seperti kaki melecur akibat terkena api, segera dapatkan bantuan daripada perawat rawatan Islam. Jika tiada masalah, Alhamdulillah, ia dipercayai mampu membantu mengeluarkan toksin dalam tubuh badan.
Amalan Tambahan
Untuk hasil yang lebih berkesan, amalkan meminum air kelapa muda tanpa gula dan ais selama tiga hari berturut-turut. Minumlah sebanyak dua hingga tiga biji air kelapa muda sehari.
Usaha ini adalah sebahagian daripada ikhtiar, manakala penyembuhan sebenar datangnya daripada Allah SWT. Semoga petua ini bermanfaat dan dapat membantu mereka yang mengalami demam virus. Sama-samalah kita berkongsi kebaikan ini untuk manfaat bersama.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.