Umumnya bila kita menyediakan hidangan laksa untuk keluarga, selain kita perlu memasak kuah laksa yang pekat dan enak, proses merebus mi laksa juga harus dilakukan dengan sempurna agar lembut dimakan.

Pun begitu, untuk merebus laksa kering akan mengambil masa yang lama.Tetapi andai digunakan teknik kukus, proses memasak mi laksa lebih mudah dan pantas.

Ini sebagaimana perkongsian pengalaman daripada dua wanita ini. Menurut mereka cara ini bukan sahaja cepat malah banyak lagi keistimewaan lain berbanding jika direbus.

Ingin mengetahui lanjut, ikuti perkongsian daripada Nor Fazura  Asyraf via MAHN.

LAKSA KUKUS

Sejak tahu laksa kukus lagi sedap dan mudah, saya kukus je. Laksanya lebih tahan lama, tak mudah basi dan senang dimasak. Tak payah basuh dan tos dah lepas kukus. Biar je dalam periuk kukus tu.

IKLAN

Cara nak buat :

Laksa Dikukus Bukan Je Cepat Masak, Tapi Banyak Kelebihannya. Rugi Kalau Tak Follow!
1.Rendam dulu untuk lembutkan kemudian basuh bersih.

Laksa Dikukus Bukan Je Cepat Masak, Tapi Banyak Kelebihannya. Rugi Kalau Tak Follow!

2.Panaskan air dan kukus.

IKLAN

3. Kukus pun sekejap je berbanding rebus. Sebungkus laksa dalam 10 minit je atau sampai lembut. Sambil-sambil tu boleh kukus telur sekali bersama laksa.

Begitu juga dengan perkongsian daripada Sharifah Khairuddin melalui MAHN, menurutnya jika dikukus laksa tidak putus-putus dan tidak berair.

Ini perkongsiannya.

Harini melaksa pulak..buat kuah pekat melekat.

IKLAN

Laksa Dikukus Bukan Je Cepat Masak, Tapi Banyak Kelebihannya. Rugi Kalau Tak Follow!

Carasaya nak bagi laksa tahan lama..Rendam laksa semalaman..kemudian kukus .

Laksa Dikukus Bukan Je Cepat Masak, Tapi Banyak Kelebihannya. Rugi Kalau Tak Follow!

Laksa tak putus-putus dan tak berair.
Nak perangat laksa cuma perlu kukus je…walaupun perangat laksa tetap cantik.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI